VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label bam bam. Show all posts
Showing posts with label bam bam. Show all posts

3.7.13

KERINDUAN....

Assalammu'alaikum WBT.

Syukur alhamdulillah..urusan pertukaran sekolah kakak dah selesai. Pagi tadi abah bagitau kakak dapat masuk ke kelas 1 Bijak, dapat kelas no 1 berdasarkan keputusan peperiksaan kakak baru-baru ni di SK Subang...alhamdulillah..lega hati mummy dan babah di sini. Kelmarin berurusan di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, tapi tak dapat nak dapatkan kelulusan dari Pegawai PPD disebabkan beliau sedang bercuti. So, terpaksa tangguh kepada esok harinya. 

Semalam kami dok tunggu panggilan dari PPD tapi hingga jam 10 pagi masih belum dpt apa-apa berita sbb ikutkan kerani yg bertugas, dia maklumkan akan call kami sejurus mendapat kelulusan dari Pegawai PPD. At last, my dear sendiri yang call utk dapatkan keputusan. Ni la masalahnya dgn perkhidmatan awam, masih belum ada perubahan. Patutlah ramai yg complaint itu ini, ingatkan sistem dah berubah. Rupanya masih sama je. **sigh**...

Apapun, takdelah mummy dan babah risaukan kakak dan bambam. Dua-dua dah selamat berada dalam jagaan mak abah di Melaka. Memandangkan tarikh due saya yang semakin hampir ni. Pagi tadi berat hati nak tinggalkan anak-anak, menitis airmata ni...#hatiseorangibu


 
 Mummy rindu sgt pada kamu berdua!
Doakan mummy selamat melahirkan baby ye...

Airmata menitis lagi.... :'(
 
Footnote : 14 hari lagi menanti detik tarikh jangka lahir 17.07...kalaulah baby keluar 19.07, dah sama dgn tarikh lahir saya. Hehehe. Hopefully baby keluar awal dari EDD. Semoga segalanya dipermudahkan... Amin..

29.5.13

COMEL TAK SAYA?



Bambam kena buli dgn mummy ^___^
Geram sgt tgk pipi dia yg montel tu
Sekali tgk mmg mcm gegirl
Tapi 3-4 kali tgk betul2, mmg boboy
Tu belum kira perangai dan ragamnya lagi
 Depan orang mmg pandai duduk diam
Tapi bila kat rumah, dialah putera raja
Kalau bab merengek, dialah no 1
Apa yang dia nak, kalau tak dpt habis dia jerit "Athirah!"
Dah si kakak je teman sepermainan dia
Ohohoho..mcm2 ragam la anak bujang mummy ni
Layankan je la...
 
Footnote : Malam tadi tidur awal. Sampai tak sedar hujan turun mencurah-curah pukul 4-5 pagi tadi, patutlah sedap je tarik selimut. Maklumlah, duduk rumah kampung, aircond original...Hehehe

11.3.13

BEGITU PANTASNYA MASA BERLALU...

Newborn
1 bulan
5 bulan
10 bulan
1 tahun 5 bulan
2 tahun
Dalam sedar tak sedar, begitu pantasnya masa berlalu kan..Dalam sedar tak sedar, bambam telah pun genap 2 tahun usianya..Dalam sedar tak sedar, bambam dah pandai mengira 1-10, alif ba ta, baca doa makan (walaupun dalam pelat2 dia tu) bahasakan diri dia as ABANG (sambil tangan tepuk kt dada), makin hari makin bijak, makin hari makin manja yg teramat (since preggy ni, bertambah2 manja ngan mummy. gedik sungguh! hehe)

Syukur alhamdulillah..sejuk perut mummy mengandungkanmu bambam. Gelaran bambam ni saya dapat since badan dia makin chubby, pipi dia makin bolat sejak dari baby lagi. Geram sgt! Nama betulnya: Ayish (penghidupan yg kekal) Dayyan (pelindung). Dapat nama 'Ayish' directly from Al-Quran. Ramai yg salah sangka pada mulanya, diorg ingatkan bambam ni gegurl. Tapi bila tgk iras wajahnya betul2, mmg terserlah kelelakian dia tu. Tu belum tgk ragamnya lagi. Hehehe.

Sepanjang membesarkan bambam hingga usianya 2 tahun, tak berapa sukar sebenarnya. Sbb sedari baby lagi, bambam mmg x banyak ragam, tanyalah mana-mana pengasuh (taska kt opis, babysitter kt rumah, mak abah saya, adik beradik saya dan plg terutamanya incik asben saya sendiri), pasti response dari mereka, "Senang nak uruskan Ayish, x bnyk ragam". Syukur alhamdulillah..cuma lately ni, bila dia semakin besar, dah pandai cakap n mintak itu ini, since mummy dia ngah preggy ni, makin menjadi-jadi lah manja dan lasak dia tu. Apedehal kan, nama pun anak lelaki. Mmg lasak semacam bila umur gini. Tanyalah mana-mana ibu yg pernah melahirkan anak lelaki. Pasti akan lalui pengalaman yg sama mcm saya ni kan. Hehehe

Tanggal 9 Mac 2013 yang lalu, maka genaplah usia bambam ke-2 tahun. Tapi kami tak celebrate pun disebabkan kekangan masa. Mungkin akan celebrate masa cuti sekolah nnt, boleh bawa anak2 berjalan2 or masa besday babah bulan 4 nanti. Hadiah utk bambam kami dah cari, tunggu time nak beli je. Dan hadiah tu, dia sendiri yg pilih. Tu yg paling penting! ^__^


Buat putera mummy, Ayish Dayyan...
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-2
Semoga dipanjangkan umurmu
Semoga dimurahkan rezekimu
Semoga dicerdaskan akal fikiranmu
Semoga dicergaskan fizikalmu
Semoga menjadi anak yg soleh
Semoga menjadi anak yg mendengar kata
Semoga menjadi anak yg berjasa kpd mummy babah
Semoga menjadi anak yg sentiasa menyenangkan
Semoga menjadi insan yg cekal, tabah dan semangat di masa-masa akan datang
Semoga kamu sentiasa dalam redhaNya…
Ya Allah Ya Ghafur, Ya Arhama Rohimiin,
La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazholimin.
La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah. 
Amin...

Hugs and kisses,
Mummy
Babah
Kakak
Baby inside

View pengalaman bersalinkan bambam kat SINI

Footnote : Nak bawa anak-anak bercuti di mana ya sempena cuti sekolah nanti? Boleh celebrate besday bambam sekali :D

20.2.13

NI LAH KERJA MEREKA!


 
Ni lah kerja anak-anakku tiap kali naik kereta. Suka sgt main horn kereta. Aduhai..bingit dibuatnya! Hangin je driver yg dok parking kiri kanan kami. Hahahaha. Bambam bertambah-tambah nakal dan cembeng sejak nak dapat adik ni. Bukan tu je, manja dia ngan mummy kemain menjadi-jadi lagi. Kalau dulu tu, sikit pun dia x heran ngan mummy. Si kakak pun sama jugak. Apa-apa semua nak minta kat mummy. Nak cari baju/nak pakai baju ape pun minta mummy carikan. Manja kemain dua-dua kesayangan mummy ni tau. #anakanakkita
 
Footnote : Semalam tgk drama Dalam Setiap Sujud nangis. Tgk drama Surat Dari Langit Biru nangis. Tgk drama Korea 'I Miss You' pun nangis. Apapuntabley...dah nama pun pompuan kan. ^__^

16.10.12

RINDUKAN GELAK TAWANYA....

Sebenarnya, few days ni saya rase x brp nak seronok sbb dah almost 1 week bambam meragam. Minum susu tamo, makan tamo, asyik nak ngamok, nangis n merengek je. Huhuhu. Selsema dah semakin berkurangan, tapi dia still ngamok2. Sampaikan malam tadi dia bagi kasut dia kat babah soh pakaikan dan tunjuk ke arah pintu (dia ajak babah keluar). Ok fine, babah bawak dia g jenjalan kejap. Terpaksa la babah layankan ragam bambam even kami berdua sgt penat sbb x cukup tido, jaga bambam di tengah2 malam.

Yg paling kesian bila dia tamo berenggang ngan mummy. Uishhh..mmg agak stress sbb nak buat kerja rumah pun x dapat. Saya sampaikan download 'Talking Tom Cat' semata2 nak bagi bambam happy. HP tu kalau dah dapat kat tangan bambam, mmg selamatlah. Hehehe.


Sampai ke sudah dia dok layan 'Talking Tom Cat' tu. Dia dok tumbuk muka Tom banyak2 kali. Pastu dia gelak. Geletek geletek perut Tom. Tom pun cakap, "No no no". Dia pun cakap kat Tom, "No no no" jugak (dgn gaya tangan pulak tu). Bila usik ekor, Tom cakap, "Ohhhhhh" tanda geli (sambil genggam tangan). Bambam pun buat mcm itu jugak. Ishhh..mmg comel la kan. Seronok la dpt tgk dia gelak2 camtu. Pas agak2 dia dah boring, dia soh saya bukak video Upin Ipin. Since dah pandai cakap ni, kemain jelas lg dia ckp, "Ami, Upin Ipin"

Cuma kesian dekat dia. Meragam dan merengek x tentu hala. Rupa2nya dia tgh menahan sakit sbb gigi geraham tumbuh. Kesianlah kat anak mummy ni. Aritu g jupe paed, dia bgtau selsema bambam agak teruk sbb naik taik mata (disebabkan laluan dah sedikit tersumbat, so naik kat mata). Saya teruskan bagi makan ubat tapi paed soh bagi lebih skit dari dos biasa. Yg paling kesian kakak la sbb bila kakak dekat ngan bambam, bambam nangis2 dan tunjuk kat mummy babah cakap kakak buat. Padahal xde ape pun. Lagipun, cuaca sekarang x menentu. Tambahan pulak bambam nak tumbuh gigi geraham. Mmg bole demam paed bagitau.

Dear bambam, get well soon sayang. Mummy, babah dan kakak rindukan gelak tawa kamu nak. Kami rindukan bambam yang sentiasa ceria dgn gelak tawa tak kira masa, yang sentiasa menjadi penghibur hati mummy, babah dan kakak setiap masa. Luluh hati mummy bila teringat bambam warded akibat 'rotavirus'.

I'm using RetroCamera for Android
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang ziarah orang sakit yang belum tiba ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak 7 kali nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu, yang bermaksud “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi ‘arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu”. (HR Abu Daud dan Tirmizi).
Amin Ya-Rabbal Alamin...

Footnote: Menurut paed bambam, sekarang ni mmg banyak kes penyakit 3 serangkai (demam, batuk, selsema). Kita yg dewasa ni batuk pun bole jadi sampai 2-3 minggu. Huhuhuhuhu. Cuma agak pelik sebab ubat dari klinik mcm x berkesan je pun. Apa pendapat korang?

10.10.12

SI COMEL MUMMY... ^_^


Agak scary di situ. Ngeeee~

Percubaan mengambil gambar sendiri
sambil menjulingkan mata.
Footnote : Kakak dan bambam batuk & selsema setelah sekian lama x sakit. Malam tadi both of them x bole tido. Kesian sgt kat diorg. Get well soon ye sayang2 mummy. Berat hati mummy nak g kerja pagi tadi. T_T

9.10.12

19 bulan!

09.03.11 - 09.10.12

Hari ni bambam genap umur ke 19 bulan (1 tahun 7 bulan).
Semakin lasak, semakin bijak.
Dah pandai cakap macam2 perkataan.
Geram tgk keletah dia.
Dia akan tiru ape saje yg org cakap.
Dan bambam semakin BAMBAM.
Berat semakin bertambah2.
Uishhh..mmg x larat nak dukung kadang2 tu.
Minat muzik macam babahnya juga.
Minat nyanyi macam mummy n babahnya juga.
Mana x tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi :D

Now, dia dah tau mana mata, hidung, mulut, gigi, tangan, kaki dan hampir keseluruhan anggota badan.
Walaupun ade yg cakap, "Lambat jugak dia bercakap ye", namun bagi saya setiap anak tu perkembangannya berbeza.
Lambat or cepat itu x menjadi masalah.
Yang penting usaha kita sebagai ibu bapa dalam mendidik dan mengajar anak2.
Syukur alhamdulillah :)


 Masa ni saya tengah menyanyi lagu "Andaiku Bercinta Lagi" (Kump Mojo). (Ni semua gara2 tgk 'Ameera' dulu, x pasal je bambam minat lagu ni) Haaaa..kalau korang nak tau, ni salah satu lagu favourite bambam. Kemain meneran suara jerit2 bila part korus tu. Pastu, dia dok berebut ukulele ngan saya n kakak. Sbb tu kitorg belikan dia gitar hijau ni. Dia dah nampak gitar then dia cakap, "Mummy, ita. Nak ita." Dah minat tu belikan je la. X mahal pun. ^_^

Perkembangan bambam:

Footnote: Petang ni ada latihan vokal utk kump koir. Harus pergi sbb last week nya kelas x dapat pergi. Tapi tekak still sakit, almost 2 weeks sakitnya. Huhuhuhu

5.10.12

MAJLIS KENDURI DOA SELAMAT (Part 2)


17 September 2012 . Isnin . 11.00 pagi
Taman Muzaffar Shah, Ayer Keroh, Melaka

Majlis kenduri doa selamat ini diadakan bersempena meraikan:
1. Keberangkatan mak abah ke Tanah Suci bagi menunaikan haji
2. Ulangtahun perkahwinan mak abah yang ke 34
3. Ulangtahun kelahiran adik2 bongsu (kembar)
4. Cukur jambul newborn baby anak Kak Long (cucu yg ke 13)
5. Rumah terbuka sempena hari terakhir Syawal

Setiap kali kenduri pun, kami jarang masak sendiri. Semuanya order dgn caterer sahaja. Bkn apa, kesian kat mak nak masak itu ini. Mak abah jadi pengantin, duduk je. Xyah wat pape. Hihi. Breakfast pagi tu pun saya yg masakkan utk tetamu. Mee goreng special je pun. Hehehe. Tapi terpedas skit disebabkan x brp pandai nak bajet bnyk cilinya tu. Tapi dalam pedas2 tu, abis licin mee goreng special saya tu. Bagus3. Xde lah membazirkan. :P

Adik2 saya yg mmg pantang nampak kamera :P
Mak ckp, "Nasib baik kau ade Su. Kalau x, x menang tangan mak nak masak ni semua." Mana taknya, nama je adik beradik perempuan ramai, tapi msg2 dah ade 'handbag' 3-4org. Mmg x dpt nk ke dapur la. Mujur si bambam tu pandai bawak diri main2 ngan cousin dia. Babah pun bole tgk2kan. Hehehe. Bole la saya tlg mak kat dapur. (Saya jugak org yg terakhir bersiap tau. Huhuhu)

Menu makan tengah hari yg sgt menarik. Macam-macam lauk yg ade. (secara otomatik, terbatal dietku. huhuhu)
1. Nasi minyak & Nasi putih
2. Daging masak kurma
3. Sambal udang
4. Sayur campur jawa
5. Rendang ayam
6. Sambal ikan bilis
7. Daging masak kicap
8. Ikan masin & telur masin
9. Ulam2an
10. Sambal belacan
11. Air sirap limau
12. Buah oren sunkist

Mmg best tau kalau buat kenduri ni. Meriah giler! Anak2 dgn ragamnya. Yg mak2 ni gossip sana sini. Hahaha. Topik plg best klau sesama perempuan kalau berjumpa "Eh, kau dah nampak kurus skit. Eh, kau dah nampak berisi skit la. Bla bla bla bla" Saya n cousin pun x lepaskan peluang berborak. Maklumlah, memsg dh berkeluarga. Jumpa pun time Raya je. Tu pun x sempat borak. Hihihihi

Ok, jom kita layan gambar2 sekitar majlis :)

Semua pun tny, "Eh, ni gurl kan."
Mahap ye pakcik makcik.
Saya boboy. Nama saya Ayish Dayyan :D
Kemain lagi bambam kongker tab tu tau
Adik beradik kami dgn anak2 memasing. Meriah!
Newborn baby gurl. Berat baby 4kg!
Kak long bersalin normal tau. Tahniah!
Adik-adikku yg tomei :D
Tabik spring ngan mereka sbb usia perkahwinan mereka dah 30 series.
Semoga mak abah berbahagia hingga ke syurga firdausi :)

Doakan hubungan kami berkekalan juga ye :)
Nantikan update semasa keberangkatan mak abah di Lembaga Tabung Haji. Sedikit sedih di situ...huhuhu :'(

Footnote: Mood dah semakin ok. Saya akan cuba BW blog korang hari ni. Kpd new followers, welcome to my life. Thanks follow. Saya akan terjah blog korang ye. Jgn risau. Saya akan terjah punya. ^_^

3.10.12

MAJLIS KENDURI DOA SELAMAT (Part 1)

15 September 2012 . Sabtu . 11.00 pagi
Dalam Kereta (Shah Alam-Dengkil-Ayer Keroh)

Entry ni xde kena mengena dgn majlis kenduri pun. Ni gambar gedik-gedik kami mase otw balik Melaka ritu. Suka tgk gambar-gambar ni. Dan saya mmg suka snap gambar masa dalam kereta. Geng dgn Mak Dara yg suka posing dlm kereta jugak. Hehehe. X kisah posing cemane pun. Yg pasti c kakak pun x ketinggalan. Dah mak nya suka bebenau ngambik gambau dlm kete, anak pun ikut sama jugak la kan. :P

Tapi bam bam tatap tamo dikaco. Dia tamo posing amik gambo. Ngengade kan. Geget pipi pau tu baru tau. Selalu kenmain lagi nak amik gambo senirik. (ni kes kita dok pegang hp, dia nak capai tapi kita x bagi. tu yg dia ngamok je kejenye)

Incik hubby pun terpaksa layankan perangai kitorg ni. Hahahaha. Layannnnzzzzz...

Bak kata babah, "Like mother, like daughter." Kihkih
Nengok le tu, c bambam keje nak ngamok je
Saya anak babah juga :)
Rase nak geget je pipi pau bambam ni
Balik kampung ooo balik kampung
To be continued....

Footnote: Taip entry laju2. Lemau sungguh nak ngapdet. Huhuhuhu

10.9.12

Genap 1 tahun 6 bulan!

Assalammu'alaikum WBT.
Happy monday!
No monday blues ok. No no no!

Last Monday, kakak genap 6 tahun.
Semalam, adiknya bam bam genap 1 tahun 6 bulan.
Hmmmm..cepat benar masa berlalu kan.
Pejam celik, pejam celik je tgk anak2 dah membesar depan mata sendiri.
X puas meniti hari-hari bersama sewaktu mereka masih bayi kannn.. :)

Encem mummy ni!
Sayang anak-anak mummy! :)

Pagi tadi, sayu sgt nak tinggalkan bam bam, kakak pulak masih lena diulit mimpi.
Masa saya baru pas mandi, tgk bam bam dah bangun nak susu.
Then, masa saya tgh bersiap, saya suruh dia duduk dulu.
Pastu, saya keluar g amik hp kt ruang tamu.
Dia pun membontot jugak. Hehehe
Tgh pakai tudung, dia ckp, "Ami, dok" (pelat pelat dia ckp sambil tunjuk kt lantai)
Mummy, "Haaa..ok2. adik duduk ye, ami nak siap jap"

Few words yg bam bam dah boleh cakap (w/pun pelat2, tapi still bole faham)
1. Babah (his 1st word yg plg clear)
2. Tatak (kakak)
3. Ami (mummy)
4. Atok
5. Nenek
6. Dok (duduk)
7. Mwahhh (kiss)
8. Icak (cicak)
9. Ipas (kipas)
10. Apu (lampu)
11. Nga/awer (bunga/flower)
12. Uyung (burung)
13. Omei (comel)
14. Uda (kuda)
15. Awa (lawa)
dan banyak lagi words yang kami dok ajar.
Alhamdulillah..at least, bam bam cepat tangkap apa yg diajarkan :)

Footnote: Gigih study utk exam (esok hingga Khamis). Nerves tahap gaban dah ni! Ayoyoyoyo...org mood beraya lagi, tapi saya mood nerves nak exam! Huhuhu..

5.9.12

Mengantok Sgt Le Tu...


Masa ni diorg ikut babah hantar barang kat kedai otak-otak kami di Shah Alam. Sempat pulak babah snap gambar diorg. Kesian anak-anak mummy. Mengantok sgt le tu. Bila tgk mereka tidur, comel je kan. Hehehehe

Footnote: Penyakit 'M' dtg menyerang. Rase 'M' nak hapdet belog. Huhuhuhu

9.8.12

17th months old!

Masa berlalu dgn begitu pantas
Terasa mcm baru je mengandungkannya
Terasa mcm baru je melahirkannya.

Kini,
Bam bam dah berusia 17 bulan (1 tahun 5 bulan)
Dah berjalan dgn pantasnya
Dah berlari-lari ke sana ke mari
Dah mula ada butir bicaranya
Dah mula pandai minta itu ini
Dah pandai merajuk (kalau x dpt apa yg dia nak)

Syukur alhamdulillah..
Semoga anak2ku diberikan kesihatan yg baik
InsyaAllah..

Salam sayang,
Mummy, Babah & Kakak

Dia tunjuk Apu = Lampu
Kakak sayang adik :)
On your mark..Get set..GO!
Footnote: Misi malam ni (selepas tarawih), nak cari kasut baru utk kakak dan bam bam kat Uptown Kota Damansara. Kasut yg ada dah x muat, kaki diorg ni cpt besar pulak. hehe. Klau cari weekend/next week, confirm sesak giler. Harap ada yg berkenan di hati la.. ^_^

18.7.12

Kami ♥ Solivite!

yeay!! kami dpt minum solivite!
dap dap sungguh :D
siapa cepat abiskan, dia menang!

****************************************************************************************************************************

Eh, sebelum terlupa. Korang jangan lupa vote saya tau. LIKE LIKE dan LIKE lagi. Klau ade 100 followers, dah 100 LIKE kan. Silalah support saya if korang rase my blog header tu cantik dan suuuwiiiittttt. hehehehe. Thanks korang!!
Klau terjumpa my header ni, silalah LIKE ya!

10.7.12

16 months old!

Nama saya Ayish Dayyan. :)

Terasa cepat benar masa berlalu
Rindu momen semasa kamu di dalam perut mummy
Rindu momen semasa melahirkanmu

Kini, usiamu telah genap 16 bulan
Sudah pandai berlari-lari
Sudah pandai mengomel-ngomel
Sudah ada butir bicaranya
Sudah banyak perkataan yg kamu ungkapkan
Syukur alhamdulillah..
Semoga kamu sentiasa diberikan kesihatan yg baik..
Amin..

Sayang selalu,
Mummy, Babah, Kakak


Footnote: teringat kenangan bermalam di HKL, menjaga bam bam. Masa tu dah 50/50. Syukur kerana Allah beri kami peluang utk membesarkanmu nak.. :'(
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara