VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

28.3.13

PETUA : JIKA ANAK ANDA DEMAM, SELSEMA DAN BATUK


Assalammu'alaikum WBT. Morning kawan-kawan! Dah sarapan? Arini saya bawa bekal lagi, nasi goreng ikan bilis+telur mata je pun. Hari-hari balik rumah masak, pagi-pagi panaskan lauk apa yg patut. Jimat dan berbaloi!

Hari ni just nak berkongsi petua ngan kawan-kawan. Selalunya jika anak-anak kita demam, selsema dan batuk, apa yg korang akan lakukan? Mesti bagi makan ubat ye dak. Tapi selain daripada tu, korang boleh cuba petua kat bawah ni. Lebih effective. Nak-nak skang ni ramai yg hidap penyakit 3 serangkai ni (pegi klinik punyalah ramai yg x sihat). So, why not korang cuba :)


Jika anak anda demam, pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun kerana dalam Sains ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit. Ini adalah kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk. Samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

Bila selsema, tetap mandikan 3 kali sehari supaya selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya, ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas.

Bila batuk pula, tetap kena mandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Dan bila tidur malam, sapukan minyak telon, minyak yuyee atau minya burung unta di belakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi. In Shaa Alla, kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum diurut pada badan anak.
(Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak anak dah longgar, tepuk belakang anak setiap kali dia batuk. Kalau dia muntah adalah lebih baik, jadi semua kahak dan lendir-lendiri itu keluar)

Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah pada jam 8 pagi, selepas Zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya dada tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak anda secara tidak langsung.

Selamat mencuba!

Sumber : Facebook

26.3.13

TIPS KECANTIKAN : CARA SEMULAJADI SUPAYA KELIHATAN MUDA


Hari ni saya nak berkongsi sedikit tips kecantikan secara semulajadi supaya kelihatan lebih muda dari usia sebenar. ^__^

Anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yg besar atau melakukan sesuatu yg menyakitkan untuk mendapatkan kulit wajah yg lebih muda. Berikut merupakan cara mudah dan semulajadi agar anda kelihatan lebih muda:

1. Pengambilan makanan kaya antioksidan
Pengambilan makanan kaya antioksidan dapat membantu menghilangkan radikal bebas, mengeluarkan racun dalam tubuh, kedutan dan kerosakan akibat sinar matahari. Makanan kaya antioksidan bukan hanya dapat melambatkan proses penuaan tetapi juga mencegah penyakit jantung, kanser dan tekanan darah tinggi.

Makanan kaya antioksidan ialah seperti buah ber (raspberi, strawberi, blueberi), teh hijau, brokoli, tomato, bawang putih, bayam, lobak, kacang soya, bijirin dan gandum. Jangan lupa untuk mengambil air putih minimum 8 gelas sehari dan mengambil makanan kaya protein dan omega 3. Hindari pengambilan makanan dan minuman manis secara berlebihan.

2. Lindungi kulit daripada sinar matahari
Paparan sinar matahari boleh menjadikan kulit anda berkedut dan bercak-cak coklat. Terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari juga akan menyebabkan anda kelihatan tua. Oleh sebab itu, lindungilah kulit wajah daripada sinar matahari dengan menggunakan sunblock SPF 15-30 yang mengandungi antioksidan dan vitamin A, C dan E. Kandungannya akan membantu mengurangkan kesan negatif daripada sinar matahari.

3. Waktu tidur yang cukup
Kurang tidur boleh menyebabkan kantung mata, lingkaran hitam dan sudah tentu akan menjadikan kita kelihatan lebih tua. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup supaya terhindar daripada kedutan dan kerosakan kulit. 

4. Penjagaan kulit yang baik
Pilihlah penjagaan kulit yang baik dan tidak ada salahnya mencuba bahan-bahan semulajadi misalnya masker pisang untuk kulit wajah dan lain-lain. Pastikan untuk membersihkan wajah sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada pakar kecantikan untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih baik.

Tips kecantikan lain untuk mendapat kulit yang lebih muda ialah dengan melakukan senaman secara rutin, menghindari asap rokok, kafein dan hindari penggunaan kosmetik sembarangan.

Sumber : Mingguan Wanita

Footnote : Nak cantik di luar, haruslah bermula dari dalam... =]

21.3.13

PETUA : CENGKIH UBAT SAKIT GIGI SEMULAJADI


Jika anda sakit gigi, cuba letakkan dua batang cengkih ke dalam mulut anda. Biarkan cengkih lembut dan gigit perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan minyak di dalamnya. Seterusnya, gerakkan cengkih ke bahagian gigi yang sakit dan biarkan selama 30 minit. 

Minyak cengkih berfungsi untuk melawan bakteria sekaligus memberi kesan mematikan rasa. Hasil kajian menunjukkan cengkih juga membunuh bakteria tertentu yang kebal terhadap antibiotik.

Bunga cengkih juga mengandungi bahan kimia anti-radang yang dikenali sebagai eugenol. Melalui kajian pada haiwan, bahan ini menghalang sejenis protein yang menimbulkan peradangan. Selain itu, cengkih juga kaya dengan antioksidan.

Kombinasi kedua-dua bahan ini mempunyai khasiat pada kesihatan bermula dari jantung dan membantu mencegah kanser, hinggalah melambatkan kerosakan tulang dan tulang rawan akibat radang sendi. Selain itu, komponen di dalam cengkih juga dilihat dapat memperbaiki insulin.

Cubalah!

15.3.13

MACAM-MACAM PETUA



1. Merangsang susu ibu
Ibu baru bersalin yang menghadapi masalah susu kering mungkin boleh mencuba petua ini. Ambil beberapa helai daun durian belanda, rebus dan minum airnya. Air rebusan ini bukan saja baik untuk merangsang susu ibu, bahkan merangsang pengeluaran peluh sebagai kaedah rawatan selsema, demam panas dan batuk.

2. Bunga delima legakan kesan terbakar
Buah delima memang diketahui mempunyai banyak khasiat. Begitu juga dengan bunganya yang membantu melegakan kesan terbakar pada kulit. Caranya, tumbuk halus bunga delima dan dicampur minyak bijan. Kemudian, pupuk pada tempat yang terbakar.

3. Daun betik legakan bisul
Biasanya daun betik dijadikan ulam bersama sambal belacan. Walaupun agak pahit tetapi ia pembuka selera. Namun, pasti ramai yang tidak tahu bahawa daun betik yang ditumbuk lumat boleh bertindak melegakan penyakit jika disapu pada ulser, bengkak, bisul, sakit sendi dan luka bernanah. Air rebusan daun betik juga boleh diminum untuk melegakan asma, malaria, darah tinggi dan membunuh cacing dalam usus. Bukan itu sahaja, malah daun betik juga boleh dijadikan sebagai ulam bagi merangsang susu ibu (ambil daun betik yang muda sahaja)

4. Putihkan gigi
Gigi berkarat akibat kesan merokok dan sebagainya pasti menjejaskan penampilan. Jangan bimbang. Ada beberapa petua lama yang mudah untuk memutih dan mengilatkan gigi. Antaranya, dengan membakar beberapa helai daun kelapa kering. Ambil abunya dan gosokkan pada gigi setiap pagi. Lakukan berulang kali dan In Shaa Allah gigi anda akan putih berkilat.

Selamat mencuba!


Footnote : Yeayyy!!! Esok lusa bercuti di hujung minggu. Mau ke mana? X ke mana-mana pun rasanya. Masa untuk mengemas rumah & spend our time with kids. Weekend2 akan datang busy ngan show :D

5.3.13

TIPS : MUDAHNYA DI DAPUR


 1. Telur segar
Untuk memastikan telur yang dibeli adalah segar, rendamkan dalam air bercampur garam. Jika ia tenggelam bermakna ianya masih segar. Tetapi jika ia terapung, bermakna telur perlu dibuang.


2. Bunga cengkih elak semut
Balang gula kerap menjadi tumpuan semut. Bagi mengelakkan keadaan tersebut daripada berlaku, masukkan dua atau tiga biji bunga cengkih ke dalam balang tersebut. Pasti semut tidak akan dekat.


3. Elak biskut lemau
Letakkan kertas pedap di dasar balang biskut. Ia boleh membantu biskut tahan lebih lama dan tidak mudah lemau.



4. Pedih mata potong bawang
Untuk mengelak pedih hingga mengalir air mata ketika menghiris bawang, potong dulu bawang tersebut kepada dua bahagian dan rendamkan dalam air selama 15 minit sebelum menghirisnya.



5. Bunga kobis kekal putih
Untuk memastikan bunga kobis yang dicelur tidak lebam dan kekal putih, tambahkan sedikit susu ke dalam air rebusan.

Selamat mencuba!




Footnote : Kami cintakan keamanan, keharmonian, kedamaian dan kesejahteraan. Kami bencikan peperangan! Semoga tanahair kita sentiasa dalam lindunganNya. Tidaklah sepatutnya ada pihak yg masih nak mempolitikkan isu keselamatan ini hingga tergadai nyawa anak nusa bangsa. Let's pray for Sabah!

4.3.13

TIPS: MENANGANI SAKIT-SAKIT KECIL SEMASA HAMIL


Assalammu'alaikum WBT. Morning kawan-kawan. Arini mengantuk yg amat, since hari Jumaat sampai la ke hari Ahad kami sgt sibuk. X menang kaki tangan. Siyes letih! Bangun pagi tadi terasa sakit satu badan. Hohohoho.

Ibu mengandung mmg mcm ni, mmg xkan pernah cukup tido punya. Tup tup kul 6 pagi tadi baby inside dah menendang2 dlm peyut, minta mummy bangun le tu. Hehehe. Mmg kena dgn timing mummy nak bersiap2 g kerja. Bambam pulak tido x lena mlm tadi, habis satu katil dia golek golek, kejap kang dia nangis dlm tido. Selang 2-3 jam minta susu pulak. Mujur my dear hubby rajin bangun buatkan susu. Makin bertambah sayang la saya ni kat dia. Hehehe. Harapkan mummy mmg x larat la. Ye la kan, dia paham bini dia ngah preggy. Kang pagi2 nak bangun g kerja pulak. Agak-agak boleh tercalon tak dlm list 'Bapa Mithali'? :D

Gagahkan jugak bangun pagi tadi. Ikutkan mata dan badan ni, mmg nak sambung je tido balik. Tapi mikirkan kerja adalah tanggungjawab, harus dilaksanakan sebaik mungkin. Pastu, saya terjumpa satu entry berkenaan dgn tips bagi mengatasi sakit-sakit kecil semasa hamil di AlamHamil.

MENANGANI SAKIT-SAKIT KECIL SEMASA HAMIL

Sebelum mengandung, masalah sakit dan demam kecil memang senang untuk diatasi kerana ubat-ubatan senang diperolehi dimana-mana. Kalau sakit kepala makan saja ubat tahan sakit, kalau demam telan sahaja ubat demam. Tetapi apabila anda hamil, segalanya berubah!

Sekiranya anda boleh, elakkan semua ubat-ubatan semasa awal mengandung iaitu pada 3 bulan pertama kerana pada masa itu bayi membentuk dengan kadar yang sangat cepat. Lebih bagus sekiranya anda tidak mengambil sebarang ubat sepanjang tempoh kehamilan awal ini.

Kebanyakan wanita yang takut memakan ubat yang dipreskripsikan doktor mungkin beralih kepada ubat-ubatan traditional kerana menyangka ubat ini selamat tetapi ada juga ubat traditional dan herba semulajadi yang boleh mendatang kemudaratan kerpada pesakit. Ramai wanita menyangka yang ia bukan sejenis ubat dan membuat keputusan untuk tidak memberitahu doktor.

1. Sakit kepala

Ibu hamil tidak disarankan mengambil ubat seperti aspirin atau ubatan yang terdiri dari kumpulan NSAIDs. Panadol walaubagaimanapun adalah selamat. Sakit kepala yang biasa boleh dilegakan dengan mengurangkan tekanan dan dengan mengamalkan teknik relaksasi. Hindarkan dari makanan yang boleh menyebabkan sakit kepala seperti coklat dan minuman bercafin. Mereka yang menghadapi migrane mungkin perluu mendapat ubat yang lebih kuat dengan preskripsi doktor.
Sakit-sakit kepala ni sering berlaku sewaktu di trimester pertama dan trimester terakhir sebelum kelahiran. Bagi saya, kalau dah sakit-sakit kepala tu, letak  minyak cap kapak kat kepala, tengkuk dan bahu. Gelapkan sikit bilik/ruang yg kita nak baring, then tido je la. Tu je la caranya nak bagi hilang sakit kepala. 

2. Sakit urat dan lenguh-lenguh

Selalunya akan hilang dengan sendiri. Anda boleh mengosok dan meletakkan kain atau menda suam ditempat yang sakit. Panadol juga boleh mengurangkan sakit. Sekiranya ia tidak juga berkurangan selepas beberapa hari, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.
Yg ni mmg saya tengah alami sekarang disebabkan faktor pertambahan berat baby dan berat saya sendiri. Jalan sikit dah terasa penat. Selalunya saya akan sapu minyak panas dan minta my dear hubby urutkan secara perlahan-lahan di sekitar betis, pergelangan dan tapak kaki.

3. Loya dan muntah

Doktor sebenarnya lebih suka untuk tidak memberikan sebarang preskripsi untuk loya, sebaliknya menyarankan memakan makanan dengan kadar sedidit tetapi lebih kerap. Hindarkan makanan pedas dan berkari.
Yg ni saya alami sewaktu kehamilan di bulan pertama hingga ketiga. Mmg sakit jugaklah, but still can manage to reduce it. Doktor cuma minta berehat dan tidak perlu stress sepanjang trimester pertama tu.

4. Pedih ulu hati dan ketidakhadaman

Kebanyakan antacid adalah selamat untuk dimakan pada mana-mana peringkat bersalin. Jangan risau untuk mengambilnya. Kurangkan makanan berminyak, pedas dan minuman berkafin.
Yg ni selalunya akan berlaku ketika bayi telah berusia antara 7-9 bulan. Masa tu, mmg baby dah agak besar. Pemakanan kita pun terpaksa dihadkan kerana faktor pedih ulu hati dan ketidakhadaman ni. Sewaktu mengandung anak sulung, saya pernah muntah dan ada sedikit darah, masa tu kandungan dah 9 bulan.

5. Demam selsema

Minum air secukupnya untuk rehidrasi, menyedut wap panas boleh menolong mengurangkan selsema dan hidung tersumbat. Sekiranya anda mengalami selsema yang teruk dan ia terjadi di awal megandung, spray hidung akan adalah selamat digunakan. Selepas trimester pertama, antihistamine biasa adalah selamat digunakan.
Mmg tak dinafikan, demam selsema sering terjadi di sepanjang kehamilan. Sistem imun ibu akan berkurangan. Nak-nak pulak ketika cuaca yg tidak menentu, mmg demam selsema akan on off.

6. Batuk-batuk

Ubat batuk selalunya selamat digunakan asalkan tidak mengandungi alcohol. Berbincanglah dengan doktor anda untuk recomendasi yang lebih baik bagi wanita hamil.
Yg ni pun sama jugak seperti demam selsema. Kalau batuk yg tidak henti-henti, mmg akan terasa sakit di sekitar perut dan bawah perut. Kdg-kdg urat perut tersimpul! Pernah gak terjadi. Huhuhu


Footnote : Alhamdulillah..semua job mekap dan show pada minggu lepas telah berjalan dgn lancarnya. Semua client kami berpuas hati dgn perkhidmatan yg kami berikan. Misi pencarian uniform utk kumpulan angklung Fusiona Ethnic juga telah berjaya!  Thanks for all ur wishes!!

21.2.13

TIPS : MUDAHNYA DI DAPUR

1. Kangkung lembutkan rambut
Rambut kering biasanya akan kelihatan keras, kasar dan kusam. Apa kata cuba gunakan petua ini untuk melembutkan rambut. Caranya ambil seikat kangkung, buang akar dan bersihkan. Di dalam mangkuk, ramaskan kangkung hingga keluar lendir, sambil itu campurkan sedikit air suam. Tapis lendir dan lumur pada rambut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas. Ulangi beberapa kali dalam seminggu, pasti rambut akan kelihatan lembut dan bersinar.

2. Nasi hangit
Nasi yang dimasak hangit? Jangan panik. Letakkan sekeping roti putih di atas nasi selama 5-10 minit untuk menyerap bau hangit tersebut. Hati-hati ketika mencedok nasi untuk dihidangkan. Jangan sampai ke dasar nasi yang hangit.

3. Bertih jagung cepat masak
Anda gemar buat bertih jagung di rumah? Cuba cara ini. Sebelum memasukkan jagung dalam ketuhar atau alat membuat bertih jagung, rendam dulu bijian tersebut dalam air selama 10 minit. Lembapan tambahan itu membantu bertih jagung pecah lebih cepat dan gebu.

4. Khasiat air rebusan pasta
Selepas merebus pasta atau kentang, jangan dibuang air rebusan tersebut. Sebaliknya sejukkan dan gunakan untuk menyiram tanaman di keliling rumah. Air tersebut mengandungi nutrien yang berguna untuk tanaman anda.

5. Aloe vera rawat luka
Sentiasa pastikan ada sepasu pokok aloe vera di dapur anda. Tumbuhan ini sangat berguna kerana jika ada terhiris atau terbakar jari, segera patahkan daun aloe vera dan gosokkan gelnya pada tempat yang cedera, pasti akan rasa lega. Selain daripada tu, lendir aloe vera ni boleh juga digunakan sebagai mask dan lulurkan di rambut utk kesan yg lebih lembut.

Selamat mencuba!



Footnote : Semalam petang saya masak nasi goreng ikan hancur dan telur dadar. Kami 4 beranak makan kemain berselera dan bertambah2. Hehehe

15.2.13

MUHASABAH CINTA


  • Setiap manusia yang berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta.
  • Seorang ibu sanggup berkorban nyawa untuk anaknya kerana cintanya kepada anak.
  • Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kepada keluarga.
  • Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kepada ilmu.
  • Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kepada tanahair.
  • Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kepada harta.
  • .. dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kepada kekasihnya.
Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta.
 
Itulah cinta. Ia fitrah. Dan ia juga boleh menjadi fitnah.
 
Ia boleh menjadikan seseorang mulia atau hina. Ia bisa merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia, dan ia juga bisa menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia.
 
Sudah lama kita menjalani kehidupan ini, dan sudah banyak kali perkataan 'cinta' kita ungkapkan dan luahkan.
 
Di kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah. Muhasabah tentang cinta. Mudah-mudahan muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua akan di mana letak duduknya rasa cinta kita? Di tempat yang sepatutnyakah? Atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini?

1. Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH
"Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah..." - [Al-Baqarah: 165]
 
2. Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluq Melebihi Cinta Kepada ALLAH
Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." "Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." - [At-Taubah: 24]
Sumber : ILuvIslam 

8.2.13

TIPS : MEKAP UMPAMA SENI

Bagi sebahagian wanita, tidak lengkap gaya harian mereka tanpa calitan mekap.
Namun, apabila bermekap perlu kena pada gayanya kerana sapuan mekap umpama seni. Luarannya ia kelihatan mudah dilakukan, tetapi apabila ‘diwarnakan’ hasilnya belum tentu nampak menarik.
Setiap sapuan bahan mekap perlu diadun sempurna dan rata pada keseluruhan wajah bagi mengurangkan kewujudan garis halus atau berbelak. Selain itu, penting untuk membezakan gaya solekan untuk majlis pada siang hari dan malam, jika tidak, kecantikan wajah tidak me­nyerlah sepenuhnya.
 
1. Asas penjagaan kulit

Asas pemakaian mekap adalah memastikan kulit wajah sentiasa bersih iaitu dengan membersih, me­nyegar dan melembap wajah terlebih dulu.

Tanpa wajah yang bersih, pemakaian mekap tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

2. Riasan mata

Ramai masih tercari-cari tip mekap bahagian mata bagi menyerlahkan titik tumpuan pada wajah mereka. Antara yang boleh dijadikan panduan ialah penggunaan penggaris mata warna semula jadi seperti coklat.

Apabila disapukan, mata kelihatan tidak begitu garang berbanding peng­gunaan penggaris mata berwarna hitam.

Untuk gaya lebih ringkas dan semula jadi, letakkan secara nipis di atas dan di bawah garis mata.

Bagi menutupi kesan ling­karan gelap di bawah mata, gunakan penyamar cela terlebih dulu di bahagian terbabit. Mulakan sapuan dari bahagian dalam mata ke penghujung mata hingga sebati dengan kulit.

3. Mulut

Bagi mereka yang memiliki bentuk bibir yang nipis, gunakan penggaris bibir dan besarkan sedikit bahagian bawah bibir untuk mendapatkan bentuk bibir penuh.

Kemudian ratakan de­ngan gincu atau pelembap bibir, namun usah menggaris bibir terlalu jauh dari garis asal bibir.

Untuk mengekalkan warna gincu pula, warnakan bibir dengan peng­garis bibir tadi sebelum diletakkan gincu kerana ia boleh bertindak sebagai gam dan memastikan warna gincu tidak tertanggal dengan mudah.

4. Pipi

Jika memiliki tulang pipi timbul yang juga satu kelebihan, beri keutamaan kepada bahagian itu. Bagi mereka yang berkulit cerah, gunakan pewarna pipi berwarna kuning kemerah-merahan dan merah jambu kusam untuk wanita berkulit gelap.

Gunakan berus pemerah pipi yang besar untuk mendapatkan hasil sapuan lebih sekata. Sapuan perlu dibuat secara serong iaitu dari bahagian tulang pipi menghala ke mulut. Gunakan satu arah sapuan saja agar warna lebih sekata.

Sumber : Harian Metro
 
 Sebelum bermekap
 

 
 
Selepas bermekap
 
 
 
 
 
Footnote : Yeayyyy!!! Esok start cuti sampai hari Selasa depan. Boleh berjimba-jimba dgn anak-anak. Rindu kat bambam, tasaba nak jumpa dia. Selamat bercuti korang. Berhati-hati di jalanraya :)

24.1.13

TIPS : PERSEDIAAN SEMASA MENGANDUNG

Pentingnya Pemeriksaan Darah Semasa Hamil

(Dapat memberikan gambaran sebenar tentang status kesihatan ibu)

Terdapat 5 perkara utama mengapa penting ibu hamil perlu membuat pemeriksaan darah.

1. Mengesan penyakit tersembunyi
2. Mengesan carrier-status (pembawa penyakit)
3. Mengetahui jenis darah (blood group)
4. Mengesan masalah melibatkan sel darah contoh thalasemia dan leukemia
5. Mengesan antigen dan antibodi ibu

1. MENGESAN PENYAKIT TERSEMBUNYI

a) Hepatitis B
Hepatitis adalah penyakit keradangan hati. Penyakit ini menyebabkan kerosakan hati atau kanser hati. Ia boleh dijangkiti secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan. Tanda-tanda jangkitan Hepatitis B yang berlaku secara tiba-tiba anda akan terus:

- Demam selsema, keletihan, lemah anggota badan, sakit sendi atau otot serta sakit kepala
- Sakit pada bahagian atas abdomen kanan
- Mual, muntah-muntah dan cirit birit
- Kekuningan pada kulit atau mata
- Bengkak pada bahagian abdomen
- Warna najis yang pucat dan warna air kencing yang gelap

Namun bagi yang terkena jangkitan secara perlahan-lahan, ia jarang menunjukkan sebarang simpton.

Cara ia merebak:
- Perkongsian jarum suntikan dengan mereka yang dijangkiti virus
- Hubungan seks dengan orang yang dijangkiti
- Menggunakan perkakas makanan atau barang peribadi daripada orang yang dijangkiti virus ini
- Hanya terdapat vaksin untuk mencegah.

b) AIDS (HIV)
AIDS merupakan masalah disebabkan oleh Virus HIV 1 dan 2. Ia merebak melalui darah dan cecair badan (bukan air liur). AIDS ini berjangkit melalui melalui:

- Hubungan seksual
- Hubungan homoseksual
- Berkongsi jarum suntikan
- Pemindahan darah atau plasma

Gejala AIDS:
- Berat badan menurun
- Kelenjar-kelenjar pada badan membengkak
- Mudah batuk, selsema dan jangkitan paru-paru

Rawatan:
Oleh kerana AIDS ini menyerang sistem imuniti tubuh, tiada antibodi boleh melawan virus ini. Setakat ini tiada vaksin atau pelalian ditemui untuk merawat AIDS.

c) SIFLIS
Penyakit yang mudah berjangkit tetapi boleh dirawat. Ujian mengesan siflis ini dipanggil ujian VDRL. Cara ia merebak:
- Melalui cecair badan termasuklah darah, air mani dan air liur
- Melakukan hubungan dengan orang yang dijangkiti virus ini
- Berkongsi perkakas makanan atau barang peribadi

Tanda-tanda anda dijangkiti adalah seperti demam, badan letih dan lesu. Terdapat kudis pada kemaluan, berair dan pedih dan ada kalanya terasa sangat gatal.

Rawatan:
Ia perlu dirawat dengan segera dengan menggunakan ubat jenis penisilin. Sekiranya seorang ibu hamil tidak menerima rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan bayi dalam kandungan menjadi cacat pada otak dan saraf.

2. MENGESAN CARRIER-STATUS (Pembawa Penyakit)

Terdapat beberapa kes di mana seorang ibu yang membawa virus tetapi pertahanan badannya berjaya menyekat virus daripada menyerangnya. Keadaan ibu yang mempunyai virus tersebut adalah sihat tetapi ia berupaya menyebarkan virus itu kepada orang lain. Jadi ibu tersebut perlu dipantau dan diberikan vaksinansi dan beliau akan diajar cara untuk menghalang penyakit ini daripada berjangkit.

3. MENGETAHUI JENIS DARAH (Blood Group)

Terdapat 5 jenis darah iaitu A,B, O dan Reshus positif dan negetif. Darah posiitif dan negetif saling bertindak balas dan boleh memusnahkan kandungan. Sekiranya didapati darah ibu dan janin berlainan jenis, jenis darah ibu akan dikenalpasti awal untuk memudahkan pihak hospital menguruskannya sekira perlu dilakukan pemindahan darah.

4. MENGESAN MASALAH YG MELIBATKAN SEL DARAH (Kesan Penyakit Dalam Darah Ibu)

Ini lebih dikenali sebagai mengesan penyakit keturunan. Iaitu ia bergantung kepada genetik sesebuah keluarga. Sebagai contoh Thalasemia atau Sickel-Sel Anemia merupakan penyakit keturunan. Tanda-tanda:

- Ibu menjadi pucat dan kurang darah biarpun beliau menjaga pemakanannya dengan sempurna
- Sakit pada bahagian kanan atas perut akibat pembocoran limpa
- Sering pitam
- Pendarahan gusi dan lain-lain
- Ibu sering demam dan tidak sihat

Rawatan:
Pemberian ubat-ubatan yang bersesuaian. Jika perlu terpaksa melakukan pemindahan darah dan harus membuat pemantauan keadaan bayi dalam kandungan dari masa ke semasa.

5. MENGESAN ANTIGEN DAN ANTIBODI IBU

Antigen dan Antibodi adalah 2 perkaitan yang bermaksud protein dalam darah yang memberikan perlindungan kepada tubuh.

23.1.13

TIPS : BAGAIMANA MERANCANG JANTINA BAYI?

Assalammu'alaikum WBT. Ish ish..bersarang sudah rumah saya ni. Haiiiii..ape la nak jadi ngan mak buyung ni kan. Nak update pun tgk mood. Kalau mood ok n ade idea, baru dpt update. Maaflah ye kawan-kawan. Tak berkesempatan nak update pape. Siyes mood makin hari makin ke laut. Ampunkan kami penunggu gua.....

I'm 15 weeks preggy now! Syukur alhamdulillah. Morning sickness pun dah hilang sedikit demi sedikit. Saya pun dah rajin ke dapur sekarang. Auw auw... (sebelum ni rajin jugak tau, tapi disbbkan mabuk teruk, dapur x berasap selama 2-3 bulan berturut2..teruknya lahai..!) Nanti saya kongsi resepi lauk simple yg saya masak semalam. Nyum nyum. Mmg meletops! Sape yg follow FB saya, tau la ape yg saya masak n dinner semlm. Hehehehe

Hari ini, just nak share ngan ibu-ibu bapak bapak info menarik yg mungkin boleh membantu korang dalam merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal. Amin...

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y. Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

 
Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu DIJAUHKAN selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. DIGALAKKAN memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Perlu ELAKKAN memakan makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’ yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Footnote: Masa preggy ke-2, saya lebih suka makan makanan laut especially ketam, kerang, udang dll. Tapi preggy kali ni, saya lebih suka makan makanan yg masam2 contohnya mcm buah mangga, asam boi, air limau dll. Tak kisahlah mane2 pun kan. Yg penting baby sihat, dah syukur alhamdulillah. Cuma si kakak dah bagi hint nak adik girl pulak, boleh geng ngan dia katanya :D

28.11.12

"PERSEDIAAN SEBELUM MENGANDUNG"

Bagaimana proses kehamilan berlaku?

Proses kehamilan adalah suatu proses yang sangat kompleks. Suami bukan sahaja bertugas mengeluarkan sperma, namun lebih dari itu ia perlu memastikan sperma harus menuju tepat ke arah dalam vargina wanita dan rahim.

Selain itu sperma yang selamat sampai pula harus cukup kuat untuk berenang ke fallopian tube (pembuluh telur ke kandungan rahim) dan akhirnya bersatu dengan telur.

Kebanyakan pasangan suami isteri melalui proses ini secara normal. Namun terdapat segelintirnya yang agak sukar dan ada diantaranya yang terpaksa menunggu sehingga bertahun-tahun untuk memperoleh zuriat.

Setiap proses kehamilan memerlukan sperma yang sihat. Definisi sperma yang sihat adalah sperma yang mempunyai bentuk sempurna, lincah dan mempunyai gerakan yang aktif. Anda memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma per mililiter dari semen (air mani, cairan yang keluar saat ejakulasi).

Jika gerakan sperma perlahan atau bentuknya tidak lengkap atau berenang menuju arah yang salah, maka berlaku kesulitan dan kegagalan untuk hamil.

Merancang untuk mengandung?

Keputusan untuk mengandung adalah suatu keputusan yang penting dan memerlukan perancangan yang rapi. Sesetengah daripada wanita hari ini selalu menganggap ianya mudah dan lebih bersikap berharap dan berserah.

Wanita perlu tahu masa serta keadaan yang sesuai untuk dia hamil agar - dirinya mampu menghadapi sebarang tekanan atau perubahan dari segi mental, fizikal malahan ia juga memerlukan kewangan yang cukup.

Secara normalnya tempoh kesuburan kita akan berlangsung sehingga kita berumur 48 tahun iaitu apabila putus haid. Oleh itu wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun (dari 12- 48 tahun sahaja).

Malah wanita perlu tahu yang terdapat beberapa risiko lain yang akan berlaku sekiranya anda hamil pada usia yang agak lanjut untuk hamil iaitu antara 35-48 tahun.

Selain itu, untuk hamil wanita mestilah subur dan berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya (ovulating). Benih wanita hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Ini kerana waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau ' fertile period '. Untuk itu persetubuhan dengan suami perlu dilakukan pada waktu subur bagi menjayakan kehamilan atau menjauhkan diri waktu ini untuk mengelak kehamilan.

Jadi setiap pasangan suami isteri perlulah merancang bilakah masa terbaik untuk hamil.

16.11.12

PETUA : MUDAHNYA DI DAPUR 03

Assalammu'alaikum WBT. Salam Jumaat. Salam 2 Muharram 1434H. Maaflah lambat update hari ni. Siyes lambat! Ke'busy'an melanda di pagi hari. Huhuhuhu. Ok, hari ni saya nak kongsi sedikit tips mudahnya di dapur. ^_^

1. Akar buat bawang tahan lama
Kadangkala ketika sedang memasak anda hanya memerlukan separuh saja daripada sebiji bawang. Bahagian bawang yang tidak digunakan akan cepat busuk. Jadi supaya tahan lebih lama jangan buang akarnya.

2. Bertih jagung rangup
Anda sudah tentunya sukakan bertih jagung yang segar dan rangup kan? Bagi memastikan setiap butir jagung tersebut pecah dengan cantik ketika dimasak, simpan dulu butir jagung tersebut dalam pendingin beku. Kemudian, ketika hendak makan, barulah dikeluarkan dari freezer dan kemudiannya dimasak seperti biasa. Pasti bertih jagung itu akan lebih rangup!

3. Jus lemon lebih banyak
Lemon yang disimpan di dalam balang berisi air yang tertutup rapat akan menghasilkan jus dua kali lebih banyak.

4. Kentang lecek lebih gebu
Bagi yang gemar makan kentang lecek (mashed potatoes), untuk membuatkan ia lebih ringan dan gebu, tambahkan satu atau dua cubit serbuk penaik (baking powder) dalam kentang sebelum dilecek atau dipukul.

5. Tomato segar lebih lama
Cahaya matahari tidak akan merosakkan tomato sebaliknya suhu panas boleh membuatkan tomato kecut. Simpan tomato dengan tangkainya menghala ke bawah. Ini akan membuatkan tomato kekal segar lebih lama.

Selamat mencuba!




Cuba yang ini juga:

23.10.12

MOTIVASI DIRI


Setiap masalah, kesukaran, kesakitan dan apa jua yang menyeksa jiwa adalah merupakan ujian dari Allah untuk menguji sejauh mana iman kita. Iman perlu kepada ujian. Ini jelas sebagaimana maksud firman Allah :


“Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.”
(Al-Ankabut: 2 – 3)
Ujian atau dugaan yang datang adalah dari Allah, sama ada ujian itu sebagai ‘kifarah’ dosa yang telah kita lakukan atau untuk mengangkat darjat kita di sisi-Nya. Allah juga tidak menduga hamba-hamba-Nya tanpa mengambil kira kesanggupannya atau keupayaan mereka untuk menghadapinya, ujian dan dugaan yang diturunkan Allah kepada hambanya adalah seiring dengan keupayaan individu itu untuk menyelesaikan masalahnya. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:

“Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya.”
(Al-Baqarah: 286)

Oleh itu sekiranya kita berhadapan dengan masalah, cubalah bawa bertenang, bersabar dan tetapkan dalam minda bahawa kita sedang diuji oleh Allah, orang yang melepasi ujian itu adalah orang yang berjaya dan mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka.” (At-Taubah: 111)


CARA MENGATASI MASALAH

1. Sandarkan Harapan Pada Allah

Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Al-Insyirah ayat 1-8 yang antara lain maksudnya, “Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan.”


“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”
(At-Taubah: 129)
2. Minta Pertolongan Dari Allah

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
(Al-Baqarah: 45)


3. Jangan Sedih dan Kecewa

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Ali-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

” …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Yusuf : 12)

4. Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5. Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah.

Ujian yang datang juga tandanya Allah sayangkan kita. Jadi ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah dalam apa jua yang kita lakukan. Lakukanlah untuk mencari redha Allah. Fikir dengan positif bahawa setiap dugaan datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersendiri.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah: 216)

(Sumber dari : Nurjeehan)

Footnote : Entry auto-publish. Saya bercuti pada hari ini kerana menghadiri konvokesyen sekolah tadika kakak. Nanti kita story-mory k :)

8.10.12

PETUA : MUDAHNYA DI DAPUR 03


1. Kerepek kembali rangup
Kerepek kentang atau biskut kraker yang lemau atau masuk angin memang tidak sedap untuk dimakan tetapi ingin dibuang terasa sayang. Apa yang boleh dilakukan ialah panaskan dulu ketuhar sehingga 300 F. Serakkan kerepek dalam satu lapisan saja di atas dulang pembakar dan bakar selama 5 minit. Sejukkan kemudian baru simpan dalam plastik atau bekas kedap udara.

2. Jus lebih banyak
Bagi mendapatkan perahan jus limau yang banyak, sebelum diperah panaskan dulu limau tersebut selama 15 saat dalam ketuhar gelombang mikro. Bawang putih juga akan lebih mudah dikupas jika dipanaskan selama 15 saat di dalam ketuhar.

3. Doh tidak melekit
Ketika menguli doh untuk membuat roti dan sebagainya, JANGAN letak tepung pada tapak tangan. Sebaliknya lumurkan tangan dengan minyak zaitun bagi mengelakkan doh melekat.

4. Kacang tak mendap
Jika resepi kek anda mengandungi kekacang, panaskan dulu kekacang tersebut ke dalam ketuhar. Kemudian disalut dengan tepung sebelum dimasukkan ke dalam adunan kek. Dengan cara ini kekacang tersebut tidak mendap di bahagian bawah acuan.

5. Saleri kekal segar
Cara terbaik menyimpan batang seleri dalam peti sejuk ialah dengan membungkusnya dengan foil aluminium. Ia akan kekal segar hingga seminggu.

Sumber : Utusan Malaysia

Selamat mencuba!




Cuba ini juga:

30.9.12

Sticky Post : Saya Minum Ini!

{Entry melekat hingga 30 Sept. Utk view latest n3, scroll ke bawah.}


KELEBIHAN JUS DELIMA GULSAN
- Kandungan antioksidan yang tinggi melebihi jus anggur, blueberry, sitrus dan teh hijau.

FAKTA NUTRISI
1. Potassium
2. Antioksidan
3. Vitamin B
4. Vitamin C
5. Fiber

KHASIAT KESIHATAN
# Menurunkan tahap kolesterol dan agen detokfikasi
# Mencegah pengerasan dan penyumbatan alteri
# Melancarkan peredaran darah
# Mencegah risiko sakit jantung dan stress
# Mencegah kanser
# Merangsang sistem imun badan
# Merawat penyakit kencing manis
# Mengurangkan pembentukan plak pada gigi
# Mencantikkan, merawat dan mencerahkan kulit
# Membuang lemak-lemak berlebihan terutama di bahagian perut
# Memperelokkan rahim
# Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang kemas
# Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid
# Membakar kalori dgn cepat dan dpt mengelakkan pertambahan berat badan
# Awet muda
# Melawan penyakit gout
# Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
# Merawat 'sinus'
# Meningkatkan tenaga
# Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
# Mengatasi penyakit anemia dgn membekalkan zat besi yg secukupnya
# Menormalkan fungsi hati
# Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur dan sakit gusi
# Mencuci darah kotor
# Sgt sesuai utk wanita mengandung

Footnote: Mmg banyak kelebihan buah delima ni..saya amalkan setiap hari pagi dan petang..alhamdulillah, sekurang2nya berat badan turun sedikit demi sedikit..namun, perlu konsisten dan disiplin..dan jgn lupa bersenam utk mendptkan keputusan yg lbh baik..perubahan berlaku pd setiap individu adalah berbeza..Berminat? E-melkan kepada suria1907@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

24.9.12

Tips: Waktu yang Tak Digalakkan Minum Air

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air? Jika boleh, anda cuba elakkan. Tapi, kenapa pula agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

Credit : Google

7 waktu yang saya maksudkan itu adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur.
(Tapi anda digalakkan minum air kosong dahulu sebelum bersarapan)
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat.
(Tapi kalau nak minum juga, perlu tunggu selepas beberapa ketika. Ataupun, rehat sekejap lepas tu barulah minum)
5. Sewaktu tengah makan.
(Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yg mengakibatkan perut buncit)
6. Sebelum dan sesudah makan.
(Anda digalakkan minum dalam jangkamasa 30 minit sebelum makan dan 30 minit selepas makan)
7. Selepas melakukan persetubuhan dgn pasangan.

Mudah-mudahan anda boleh mengikuti tips-tips di atas. Mula-mula mungkin susah nak dipraktikkan. Tapi lama-kelamaan ia pasti akan sebati dgn diri anda.

Sebagai permulaan, cuba amalkan selama 21 hari berturut-turut dahulu. Selepas 21 hari tersebut, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

Selamat mencuba!

Sumber : Rakan FB

Footnote : Dalam sehari saya akan pastikan saya minum lebih dari 2 liter air suam/mineral :)

1.8.12

Aneka Petua

1. Hilangkan rekahan selepas bersalin
Kesan rekahan kulit di perut selepas bersalin agak menjelikkan bagi kaum wanita. Petua untuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil sebiji limau nipis. Campurkan dgn sedikit kapur makan dan sapu pada perut. Biarkan ia kering dan kemudian pakai barut. Amalkan semasa berpantang. InsyaAllah, anda akan takjub dgn kesannya.

2. Cengkih harumkan mulut
Jgn gusar jika anda mengalami masalah mulut berbau. Atasinya dgn menumbuk lumat 10 kuntum bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih. Kemudian gosokkan gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 kali sehari dan lihatlah hasilnya!

3. Kunyit rahsia cerahkan kulit
Untuk mencerahkan kulit tubuh anda, tumbuk lumat sebiji kunyit dan terus gosok ke atas tubuh anda. Biarkan selama 5 minit dan bilas. Amalkan sebulan sekali dan tubuh akan menjadi lbh cerah.

4. Merawat pedih ulu hati
Jika anda mengalami pedih ulu hati, ambil beberapa helai daun sirih, minyak kelapa dan bawang merah. Pastikan kulit bawang merah telah dikupas dan ditumbuk. Campurkan 3 bahan tersebut dan urutkan ke seluruh belakang badan hingga kemerahan. Pedih ulu hati akan berkurangan.

5. Tangan bebas bau hanyir
Selepas menyiang ikan, tangan biasanya akan berbau hanyir dan akan membuat anda rasa tidak selesa. Untuk menghilangkan bau hanyir, cuba lumurkan sedikit halia yang ditumbuk pada tangan. Bau hanyir akan hilang.

6. Redakan demam kuning
Bagi mengurangkan kekuningan pada bayi, rebuskan daun dukung anak dan daun belimbing buluh. Kemudian, mandikan bayi dgn air rebusan tersebut.

Selamat mencuba!


Sumber: Majalah Mingguan Wanita

6.7.12

Tips : Elak Bau Badan

Sudah menggunakan deodoran serta menyembur minyak wangi yang mahal, namun bau badan masih tidak mahu hilang. Bagi yang sering mengalami masalah ini, anda perlu mengamati apa yang anda makan setiap hari.

Ini kerana, terdapat beberapa makanan boleh mendatangkan aroma yang kurang menyenangkan pada badan jika dimakan secara berlebihan. Ikuti tip di bawah:

1. Kurangkan makan bawang
Bawang adalah jenis bumbu masakan. Pengambilan berlebihan makanan ini menyebabkan kandungan belerang berlebihan dikeluarkan melalui pori-pori kulit dalam bentuk peluh.

2. Jauhi alkohol
Pengambilan alkohol berlebihan akan meningkatkan peluh yang akhirnya akan menimbulkan kesan aroma yang tidak menyenangkan.

3. Hindari makanan rendah karbohidrat
Diet yang tidak mengandungi karbohidrat menyebabkan pelepasan bahan kimia yang dikenali sebagai keton di dalam aliran darah anda sehingga menyebabkan bau badan.

4. Produk susu
Minuman daripada hasil susu kaya protein akan memakan waktu yang lebih lama untuk dicerna. Minum produk susu berlebihan akan menyebabkan hidrogen sulfida dilepaskan dari tubuh seterusnya dengan mudah menyebabkan bau badan.

5. Pemilihan deodoran dan pewangi yang sesuai
Oh yang ini amat penting sekali. Sekiranya anda masih merasakan tidak selesa dengan bau badan anda, sila silalah mencari dan memakai deodoran dan pewangi yang bersesuaian dgn anda. Kadang-kadang salah pemilihan deodoran dan pewangi pun menjadi punca bau badan yang tidak menyenangkan.
Sumber : Mingguan Wanita, Februari 2012

Footnote: Klau naik LRT, komuter atau bas, confirm akan ada bau yg kurang menyenangkan. Sabar dan tahan napas je la!

5.7.12

PETUA : MUDAHNYA DI DAPUR 02

1. Cara mudah buang kulit ikan cencaru
Kulit ikan cencaru sukar untuk disiang. Untuk memudahkan tugas anda, selepas membawa ikan pulang dari pasar, masukkan segera ikan ke dalam peti sejuk (tempat beku). Apabila hendak dimasak, barulah dikeluarkan dan terus disiang. Cara ini juga mengelakkan ikan daripada cepat hancur apabila hendak membuang kulit ikan tersebut.

Credit : Google

2. Bersihkan kesan minyak pada pinggan
Untuk membersihkan kesan minyak  pada pinggan terutamanya dalam kuantiti yang banyak, letakkan hirisan batang daun pisang ke dalam besen. Rendam bersama pinggan-pinggan sebelum dicuci dengan sabun. Pasti pinggan yang berminyak akan bersih.

Credit : Google

3. Melembutkan daging ayam liat
Untuk mengatasi masakan daging ayam tua yang liat, gunakan petua ini. Rebus daging ayam dengan air kelapa hingga empuk. Setelah itu, tos daging ayam dan masaklah mengikut kesukaan.

4. Hilangkan rasa pahit daun betik
Daun betik elok dijadikan ulan kerana dipercayai boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, rasa pahit membuatkan ramai yang tidak sanggup memakannya. Bagi mengurangkan rasa pahit itu, anda perlulah rebus daun betik itu bersama-sama daun jambu. Masukkan asam gelugur dan garam kasar. Rebus sehingga masak dan kemudian ditoskan. Bolehlah dimakan sebagai ulam.

Credit : Google

Selamat mencuba!
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara