VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label cuti-cuti cinta. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti cinta. Show all posts

20.3.14

MOOD KE LAUT...


Assalammu'alaikum WBT.

Maaflah ye kawan-kawan. Lately ni mood agak ke laut nak hapdet. So, cuci-cuci mata korang ngan gambar ni dulu. Entry menyusul kemudian ye :)

Till then, have a nice day!

Am using Panorama via Nokia Lumia




#PrayForMH370
#DoaUntukMH370
#MH370
#MalaysiaAirlines
#MAS

20.5.13

CUTI CUTI CAMERON HIGHLANDS : DAY 4 (PART 2)

Assalammu'alaikum WBT.

Penat sudah jalan-jalan di Sungei Palas Tea Plantation, ingatkan nak singgah minum dulu kat Boh Tea Centre & Umppphhh TeaShop. Tapi crowded giler kot dgn macam-macam umat manusia. Terus CANCELLED! Then, ingatkan nak singgah ke Gunung Brinchang, tapi disebabkan dah terlepas simpang menghala ke gunung tu, kitorg teruskan perjalanan. Nak patah balik mmg payah la, sbb jalan mmg ngam-ngam ho je. Jadinya, kami teruskan perjalanan ke Honey Bee Farm.

HONEY BEE FARM

Masuk adalah PERCUMA ye kawan-kawan. Tak perlu bayar pun. Cuma yang kitorg x berapa berkenan dengan Honey Bee Farm ini adalah disebabkan ianya tidak diuruskan dengan betul. Longkang berbau busuk. Pastu honey bee pun xdelah banyak mane pun. Huhuhu. Rasa mcm nak keluar je. Tapi alang-alang dah sampai kata org kan, baik teruskan aje. Bukan selalu dtg ke sini. Pusing punya pusing, xde apa yg best sgt pun.





Kan bahaya bila palang di lereng bukit hanya guna kayu camtu je




Seperti yang dirancang dari awal lagi, kitorg ingat nak singgah ke Wild Orchid Farm dan Rose Valley. Tapi disebabkan cuaca di waktu petang selalunya hujan, tak dapatlah kami nak singgah. Sedih jugaklah sbb dulu masa ada family day kat CH, mmg kitorg akan singgah ke Rose Valley. Tempat yg musti pergi kalau ke CH. Huhuhu.

Kitorg singgah kat deretan kedai bersebelahan Rose Valley tu. Saja nak cari sayur-sayur dan jagung utk dibawa pulang. Jagung kat CH ni mmg terbaik, manis pulak tu. Sempat jugaklah saya buat cucur jagung, bubur jagung manis dan jagung rebus. Mmg terbaik!

Cuma tak dapat nak berbelanja lebih sikit sbb masa ni belum gaji. So, bajet mmg tak banyak. Huhuhu. Antara yg dapat kami bawa pulang:
1. T-shirt CH utk kami anak beranak
2. Fresh strawberi
3. Jagung manis dan sayur-sayuran
4. Fridge magnet CH

Last but not least, segala kenangan pahit dan manis selama berada di Cameron Highlands mmg tak dapat kami lupakan sampai bila-bila. Yang penting, anak-anak seronok bila bercuti-cuti macam ni. Paling best sekali dapat hirup udara segar dan nyaman sepanjang berada di CH :)

Bye bye Cameron Highlands...
TAMAT....

Footnote : Trip to Beijing terpaksa dibatalkan disebabkan penganjur tidak dapat bawa pemuzik bersama ke sana, hanya bawa penari dan peserta demo sahaja. Takpelah, xde rezeki kami nak ke sana :(

16.5.13

CUTI CUTI CAMERON HIGHLANDS : DAY 4 (PART 1)



Assalammu'alaikum WBT.

Dah puas berjalan-jalan kat Strawberry Farm dan Butterfly Farm, ingatkan nak singgah la ke Tea Plantation. Tapi disebabkan faktor cuaca yg hujan setiap hari, kitorg decided to stay another 1 night kat CH. Ada lagi tempat-tempat yang mesti pergi kalau dah ke sana. Mula-mula my dear hubby mcm berat je nak stay 1 malam lagi. Tapi haruslah saya pujuk bgtau kita x puas lagi jalan-jalan kt sini. Bukan selalu dpt g cuti-cuti mcmni. Hehehe. Korang mesti pernah mengalami kes mcmni kan. Nak-nak mcm saya yg dah berbadan 2 ni, mmg x larat kalau nak terus balik ke Shah Alam time tu jugak. Penat berkursus pun x abis lagi. At last, he agreed! Yeayyyy!!!!

Day 3 : PASAR MALAM BRINCHANG

Petang tu, kitorg rest kt bilik je dulu sementara menanti hujan reda. Terlelap terus sbb masing2 keletihan. FYI, pasar malam Brinchang ni antara salah satu destinasi yg korang mesti pergi kalau ke CH. Mmg boleh jadi x keruan bila ke pasar malam ni. Siyes murah giler barang-barang kt sana. Mula-mula tatau nak beli ape. At last, beli jugaklah t-shirt CH utk kami 4 beranak. Then, benda yg musti beli haruslah FM! Murah..murah..murah punya wooo! RM1 satu. Mau juling mata nak pilih. Tapi xdpt nak beli banyak sbb bambam dah ngantok, kesian pulak tgk dia. Kitorg beli mana yg sempat je la.


Day 4 : SUNGEI PALAS TEA PLANTATION

Pas check-out, terus gerak ke destinasi seterusnya yg tak jauh dari hotel. Cuma yg terasa jauh disebabkan kesesakan lalu lintas. Bagi yg pernah pegi, kat Kea Hotel Apartment tu, org sesuka hati je nak parking kat tepi jalan. Tu la puncanya jalan jadi sesak. Dari 2 lane, jadi 1 lane je.

Nak dijadikan cerita, masa driving ke Tea Plantation ni, kitorg anak beranak cuak. Sebabnya, jalan sgt kecil. Mmg ngam ngam ho je. Hehehehe. Nak nak bila lalu sebelah bas. Pergghhh..bertambah-tambah cuak la dibuatnya! So, sila berhati-hati. Yg penting, korang kena bertolak ansur dgn pemandu2 yg lain :)


Parking di sini adalah PERCUMA, tak kisah korang nak singgah berapa lama pun. Mmg ramai foreigners dari Jepun, Korea, org Malaysia pun ramai jugak time kitorg pergi ni. Actually, ada 2 jalan utk mendaki ke puncak Tea Plantation ni, korang boleh pilih samada nak lalu di laluan tanaman teh atau jalan tar. Kitorg pilih utk ikut jalan tar tu sbb x terasa penat. Kalau naik tangga, mmg penat giler ah.



 
 


 

Then, kitorg terus menuju ke tempat pemprosesan teh. Dapatlah tgk cara-cara camne diorg proses teh dari A-Z. Si kakak la yg paling seronok sekali sbb ni pengalaman pertama melawat kilang camni.

 
Ada juga gambar kami berempat. Mekacih kt bro yg sudi tolong snapkan our pic :)
Masa nak turun tu, kitorg pilih ikut laluan di ladang teh. Turun tu xde lah terasa penat sangat. Kesian pulak tgk nenek atok, makcik pakcik yg dah berumur masa diorg tengah mendaki naik tangga ke Boh Tea Centre. Jom kita lihat kehijauan ladang teh ni. Pengalaman pertama buat anak-anak kami, let them speak with the nature... ^__^



 


 
Bye bye! See you soon :)

Next entry ---> Honey Bee Farm

Footnote : Datuk Seri Mustapa Mohamed dikekalkan utk meneruskan dan menerajui MITI lagi sejak tahun 2009 (MATRADE merupakan agensi di bawah MITI). Yeayyyy!!!

8.5.13

CUTI CUTI CAMERON HIGHLANDS : DAY 3 (PART 2)

Assalammu'alaikum WBT.

Selesai sudah kursus Teambuilding, haruslah jalan-jalan kat Cameron Highlands. Rugi la pulak kan, alang alang dah sampai, haruslah spend 1 more night kat situ. Banyak jugak tempat nak pergi. Semua dah ada dalam kepala. Kihkihkih


Tempat-tempat yang kami dah planning nak pergi macam yg dikotakkan dalam gambar tu. Tapi, kitorg hanya dapat pergi certain tempat je disebabkan cuaca kat sana hujan lebat sebelah petang. Sedih jugaklah bila planning nak pergi, tapi x dapat pergi.

Pick Your Own Strawberry!

Ini adalah destinasi pertama yang kitorg terjah sebab dekat sgt dengan Hotel Equatorial tu. Jalan kaki pun boleh sebenarnya. Tapi my dear hubby kesian pulak tgk mak buyung ni berjalan kaki. Hehehe. Actually, kat CH ni banyak strawberry farm. Tapi yang dicadangkan pergi adalah Raju's Hill Strawberry Farm. Kawasannya agak luas. Korang boleh petik sendiri strawberi mengikut banyak mana yg korang suka. Tapi korang kena bayar RM27 di kaunter (kalau tak silap) jika nak petik strawberi sendiri utk 1/2 kg. Kalau lebih dari tu, korang kena tambah duit lagi la.
Raju's Hill is one of the well known strawberry farms in the area. Tourists can freely visit the farms. Entrance is FREE for everyone and can get a free tour of the strawberry field and the actual processing plant which is one of the most remarkable sights of Pahang.
 OPENING HOURS : 8.30 am - 6.00 pm daily


Mereka teruja!
Keterujaan bambam memetik strawberi sendiri. Ngelat sebab petik yg masih muda



Butterfly Farm

Settle je melepaskan keterujaan memetik strawberi, kami terus ke Butterfly Farm yang tak jauh juga dari Raju's Hill Strawberry Farm dan Hotel Equatorial. Lebih kurang 5 minit je, itupun bergantung kepada keadaan trafik kt sana. Kalau nak tau, area situ mmg agak jammed disebabkan jalan yang kecil. 

 







Hi..sayalah Chipmunks!





Macam-macam ada kat dalam Butterfly Farm ni. Antaranya adalah : Butterfly House, Insects Exhibitions, Reptiles & Amphibians, Tropical Flower Garden, Souvenirs Shop dan Restaurant & Cafe.

Kalau korang ke Cameron Highlands, jangan lupa singgah di sini ya :)

Next entry --> Sungai Palas Tea Plantation & Honey Bee Farm

Footnote : Entry auto publish....



7.5.13

CUTI CUTI CAMERON HIGHLANDS : DAY 3 (PART 1)

Assalammu'alaikum WBT.

Sorry la ye kawan-kawan. Entry CH ni x abis-abis lagi. Mood nak update pun ke laut lately ni. Maklumlah kan, ni dah masuk minggu ke 30, perut pun semakin membesar, tidur pun tak cukup, rehat tu xyah cakaplah, makan pun ala kadar je. Huhuhu

Selesai sudah teambuilding hari Pertama dan Kedua. Kini, tibalah masa di hari kemuncak. Pagi tu sepatutnya ada sesi Laughter Wellness. Tapi disebabkan ketidaklaratan (aktiviti hari ke-2 dari siang sampai malam non stop, mmg x larat sungguh). So, saya minta excuse dari penganjur utk join sesi sebelah awal pagi.

Bermain Ukulele & Menyanyi

Sekali lagi. Aritu kan dah belajar chord. Kali ni, kita main sambil menyanyi pulak. X susah pun sebenarnya. Cuma kena rajin berlatih je la. Ada lagu You Are My Sunshine, Rasa Sayang dan macam2 lagi la. Seronok sgt! Boleh berlatih kat rumah nanti. Buku cording pun ada diberi. :)


Creative Draw on Puzzle

Hmmm...masa ni dah mengantuk yg teramat. Buntu, idea xdatang pulak tu. At last, lukis je la ape yg patut. hehehehe. So, inilah hasilnya! (Kalau dah namanya fomfuan kan, haruslah bunga2an)

 

Gabungan puzzle semua peserta
Dominoes/Dominos Game

Masa dah suntuk sangat sebenarnya. Tapi Mr. Bill tetap teruskan juga utk complete kan semua aktiviti TeamPlayShop. 1st, kena create logo kumpulan dulu. 2nd, kena susunkan kepingan dominos tu di atas meja yang disediakan. Haaa..mmg mencabar bila nak susun kepingan2 tu. Sakit hati sgt bila kitorg dah penat-penat susun, tetiba boleh pulak sorang peserta ni 'tersentuh' salah satu kepingan. Akhirnya, x sempat nak tgk hasil dominos tu jatuh pada saatnya, rebah juga. Mujur kitorg ada buat sekatan, tapi penatlah nak naikkan balik kepingan2 tu. Frustrated! (Tapi bila tgk kepingan2 tu jatuh, mmg cantik dan takde satu pun yg masih tegak lagi. Means, kitorg berjaya!)

Sebelum salah seorang peserta tersentuh dominos yg kitorg dah susun
End of programme, majlis penyampaian hadiah utk games yang telah disertai oleh peserta. Utk pertandingan persembahan tu, group kitorg yang dok menari-nari dan bermain alat muzik tu dapat tempat PERTAMA. Sape sangka kan. Hehe. Maybe persembahan kami unik dan lain dari yg lain agaknya. Syabas betty!

Last sekali, diorg announcekan King & Queen of the TeamPlayShop. Penilaian dibuat berdasarkan pengumpulan sticker Take-5. Saya hanya dapat 13 sticker sahaja hasil dari join aktiviti (dpt sticker tu berdasarkan aktif atau tak kita sepanjang TeamPlayShop). Tu pun kira banyak jugak bagi saya yg tgh preggy ni.. Hehehe


Apapun, saya seronok dapat join Teambuilding pada tahun ni. InsyaAllah, jika berkesempatan dan diberi peluang, bolehlah saya join lagi di masa-masa akan datang sekiranya keadaan mengizinkan. Bagi kakitangan MATRADE yang bakal mengikuti kursus Teambuilding pada bulan ini dan bulan2 seterusnya, enjoy ok! Have fun!

Next entry : Strawberry Farm & Butterfly Farm

Footnote : Esok lusa saya akan menghadiri Bengkel Setiausaha Super di Swiss-Garden Hotel & Residences, KL. Then, bercuti sampai 13hb. Hehehehe. Entry-entry bakal menyusul semua auto-publish. ^___^
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara