VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label newborn baby. Show all posts
Showing posts with label newborn baby. Show all posts

15.4.14

HAPPY 9TH MONTHS OLD!

"Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar, jengking dan ular
Bonda takkan berundur..
Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa..."

(Arjuna Beta~Fynn Jamal)





Happy 9th old months bobot mummy yg comel
Pandai betul beraksi depan kamera
Pandai senyum dan beri response
Tak boleh tinggal sekejap
Tau tau je dah panjat sofa
Kalau nampak kelibat mummy, menjerit-jerit nak mummy amik dia
Senyum menyeringai je. Hehehe
Semoga sayang bobot sentiasa sihat
Menjadi anak yang mendengar kata
Dimurahkan rezeki sentiasa
Aamiin aamiin..

Love,
Mummy-babah-kakak-abam bambam

7.2.14

SAMA TAPI TAK SERUPA... ^_^

Assalammu'alaikum WBT.

Muka 3 beradik ni lebih kurang sama je masa baru lahir. Masa dalam berpantang aritu, whatsapp gambar ni kat babah diorg, babah pun cakap sama sgt. Pipi masing2 labuh. Yang dapat dagu lekuk mummy, baby Zayyan sorang je. Lesung pipit kiri kanan pulak, kakak dan baby Zayyan. Abam bambam dpt kulit putih gebus dan chubby mcm mummy. Hehehe


Footnote : Rindu pulak dgn anak-anak masa diorg baru lahir bila tgk balik gambar ni...

24.1.14

GET WELL SOON BABY BOBOT!

Assalammu'alaikum WBT.

Pagi ni terasa mengantuk yang amat. Malam tadi mummy x dpt tidur lena. Baby zayyan masih demam lagi, berat hati nak tinggalkan dia pagi tadi. Kesian sgt. Setiap jam baby bangun, mengamuk, merengek, menangis je. Xtau la apa yang tak kena. Masih panas dalam, selsema, batuk. Mungkin nak tumbuh gigi barangkali atau dah nak merangkak atau nak tambah skills yg lain kot. Dulu masa abg bambam dia pun sama juga. Asal beralih bulan je demam.

Get well soon syg mummy! Sedih mummy tgk awak camni. Pergi keje pun terasa berat je. Semoga baby terus diberikan kesihatan yang berpanjangan. Amin amin..

Gambar yg babah whatsapp kan pagi semalam..

Sayu je mummy tgk dia..
Footnote : Semoga baby segera sembuh ye. Ahad ni mummy nak mekap model utk photoshoot. X tenang hati mummy bila anak2 x sihat...nak buat kerja pun rasa x sedap hati je..huhu

15.1.14

HAPPY 6th MONTHS OLD BOBOT MUMMY!

Assalammu'alaikum WBT.

Semalam genaplah usia baby Zayyan Nourkhalish yang ke 6 bulan. Alhamdulillah..masih menyusu badan secara eksklusif sepenuhnya. Syukur alhamdulillah..sepanjang membesarkan bobot mummy ni, tiada sebarang sekatan yang melanda utk fully bf baby. Malahan kalau ada make-up job pun, baby mcm tau2 je mummy xde. Pandai minum EBM guna botol. Good boy! Kalau keluar pun, masih menyusu badan lagi sbb sekarang dah senang, ada nursing cover. Nak menyusu kat mana2 pun xde masalah. ^_^

Dah start ambil solid food. Mummy start dengan memberi pisang kastard (produk Heinz). Pastu untuk bekalan, mummy blend kan kentang dan carrot dengan bubur nasi. Alhamdulillah..bobot suka sgt. Suka makan mcm abam bambam dia tu. Hehehehe

Bobot dah meniarap sejak umur 4 bulan lagi, sekarang dah ligat pusing sana sini, angkat2 montot nak merangkak, berat pun boleh tahan (9kg+ kot...berat je bila dukung..), x kisah nak tidur dalam buai atau di atas tilam je, tapi asyik terjaga je kalau ada gangguan bising (yg ni ikut perangai mummy, x bole bising sikit). Hehehehe. Nak buat mcmana kan, telinga kita telinga lintah.


Gambar kiriman babahnya kat whatsapp. Kemain senyum lagi! Comel comel!
Mummy doakan semoga bobot mummy ni diberikan kesihatan yang berpanjangan, otak yang cerdas, bijak, tubuh badan yg sihat senantiasa. Amin. Love u bobot!

Footnote: Get well soon buat my dear hubby..hari ni berat hati nak pergi kerja sebab dear demam teruk. Huhuhu.

6.1.14

SETELAH BERBULAN-BULAN BERSAMA, AKHIRNYA....

Assalammu'alaikum WBT.

Lamanya tak bersiaran..rindunya kat kawan2 semua..rindunya nak story mory dgn uolls..hari ni, saya baru start memulakan tugas setelah 6 bulan bercuti (3 bulan cuti bersalin, 3 bulan cuti tanpa gaji)..bergelumang dgn anak2 dan incik hubby, dgn urusan rumahtangga, dgn urusan bisnes..alhamdulillah..satu kenangan yg berharga dalam hidup saya bila dpt bersama2 dgn insan yg tersayang..

Hari ni, ayish bambam 1st day kat taska. Bangun pagi kejut dia, ajak g school dia kata "Mummy, ayish tak nak pergi sekolah.." Alamak..mummy dah risau bila bambam ckp gitu. Mana taknya, semalam n kelmarin bukan main seronok bila kami bgtau nnt ayish duduk kat school, mummy babah nak work. Dia kata ok mummy. Tapi bangun pagi tadi, merengek (hampir menangis) takmo g school. Bila anak dah pandai bercakap mcmni lah.

At last dia redha je nak ikut mummy g school. Dia minta susu. Dalam kereta saya letak dia kat pilot seat. Risau kalau2 x perasan dia kt belakang, maklumlah dah bertahun2 x hantar anak ke taska. (skang ni kan mcm2 kes, so kena berhati2 takut terlupa. kebetulan dah 6 bulan x g kerja. Mmg mudah sgt lupa) Taska tu sebelah office ni je pun. Senang. Ingat nak hantar sama dgn baby zayyan, tapi memandangkan bambam dah 3 tahun, harus ajar dia berdikari sendiri, playing around with other kids, learning something at school. Itu semua momen yg indah buat anak2 kecil.

Tadi teacher update bgtau psl bambam. Alhamdulillah..dia ok. Pagi tadi ada assembly dan dance. Teacher bgtau ayish ok. X sabar rasanya nak balik, ambil dia dari taska. Mesti banyak yg dia nak cerita kan.

Baby zayyan pulak, esok baru start kat rumah babysitter. Akak tu duduk depan rumah kitorg je. Senang kalau apa2hal. Setakat ni, kalau tinggal2 gitu kat incik hubby (kalau ada job mekap or pelamin), baby sgt mudah utk diuruskan sbb dia tau mummy was not around, so I have to drink EBM. Hihihi. So tadi asyik tanya incik hubby, mintak dia update psl baby. Baby ok, merengek2 gitu je la.

Buah hati pengerang jantung mummy babah
Footnote: Later saya update perkembangan terkini aktiviti2 kami ya. Especially, baby Zayyan Nourkhalish yg bobot mungil mungil tu. Hehehe. Nanti saya akan cuba seupaya yg boleh singgah ke blog kawan2 yg selalu jengah dan drop komen kt blog saya ni. Tq sayangs!!

17.9.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3 (PART 4)

14 Julai 2013
◆ 12.50am
Dah rasa sakit yg amat. Rasa macam nak patah pinggang dibuatnya. "Dear, bgtau nurse syg dah sakit sgt ni, dah nak bersalin...!" Nurse ckp jgn teran dulu, dia check bukaan baru 8cm. Dia panggil doktor. Doktor pulak check bukaan..eh..dah 10cm!! Doktor suruh saya pegang buku lali. Doktor ajar camne nak meneran. "Jgn keluarkan suara or jerit ye, nnt awak cepat penat. Teran macam nak buang air besar sembelit..." Nurse tadi suruh my dear bagi semangat dari sisi supaya isteri diberi kekuatan utk bersalin.  Kalau ikutkan, kita kena buka mata n pandang ke perut. Tapi masa tu, saya pejam mata kuat-kuat..sesekali je mata ni saya buka..hihi..ngelat!

◆ 1.13am
Dgn 3 kali teran sahaja, lahirlah our newborn baby dgn selamatnya..syukur alhamdulillah..my dear ckp, baby keluar pelepup seketul..syahdunya dapat dengar tangisan baby.Jauh beza dgn kakak dan abgnya sbb doktor tepuk montot baru diorg menangis. Then nurse tunjuk jantina baby kt saya dan tanya, "Suria, baby kamu boy or girl?" Saya dgn lemahnya menjawab, "Baby boy..syukur alhamdulillah..ayish ada kawan dear.." Airmata gembira saya menitis, di dalam hati tidak putus2 bersyukur pdNya..paling terharu bila my dear kucup dahi dan ucapkan terima kasih kpd saya kerana telah melahirkan zuriat kami sambil berkata, "Kita tau syg kuat! I ♥ u syg.."


Terima kasih yg tidak terhingga kpd staff nurse dan doktor yg telah banyak membantu saya sepanjang proses kelahiran our newborn baby pada 13 dan 14 Julai 2013 yg lalu. Terutamanya Dr. Nursyazwana dan 2 org staff nurse yg semasa di labor room telah menjalankan tanggungjawab mereka dgn penuh kerjasama dan prihatin. Terima kasih!!

Dari 10 bintang, saya bagi 9/10 bintang di atas servis dan layanan yg saya terima di Hospital Selayang sejak dari pendaftaran hinggalah di wad bersalin. Cuma agak kecewa dgn nurse yg jaga kaunter pendaftaran tu, kerek giler, tekan perut org mcm ape je, pastu nk jeling2.tang makanan rasanya semua hospital pun lebih kurang je kot, x brp nk ok sgt. Huhu..yg bagusnya, para suami dibenarkan menemani isteri bilamana isteri ditolak ke labor room hinggakan doktor dah habis beri jahitan pun doktor panggil suami teman isteri semula. Kalau hosp sg buloh dulu, bukaan dah 10cm baru diorg panggil suami, ramai je suami patients yg lain yg kebetulan xde kt tempat menunggu, so terlepas peluang nk teman isteri semasa proses melahirkan. Huhuhu. Sesetgh hospital juga masih tidak membenarkan suami menemani isteri ketika di labor room.

Hosp selayang mmg tip top!! Cuma kt sini xde wad kelas 1, so saya pilih kelas 2, 4 org sebilik. Kondisi wad pun sgt selesa, bilik berhawa dingin, langsir pembahagi antara patients pun nurse tutupkan utk tujuan privasi, bilik mandi setiap bilik ada 2 siap shower air panas sejuk, nurse pun sgt friendly dan bauk hati..pendek kata mmg terbaiklah! InsyaAllah jika diberikan rezeki lagi, saya nak repeat bersalin kat Hospital Selayang je...x perlu bersusah payah keluar duit beriban riban utk bersalin..hihihi

Footnote: Gambar baby??? Tunggu k..problem nak upload gambar pulak..kikikiki

22.8.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3 (PART 2)

Assalammu'alaikum WBT...

13 Julai 2013
◆ 8am - 3pm
Actually, tgh malam tu mmg tak dpt tidur dgn nyenyaknya seperti hari2 sebelumnya disebabkan kontraksi yg tak menentu, x kira masa dtgnya. Sakit? Mmg sakit..tapi setiap kali kontraksi hadir, saya berzikir dan menarik nafas melalui hidung dan hembus keluar melalui mulut spt yg tlh diajari oleh doktor. Kurang sikit sakitnya..

Bangun pagi awal sikit pagi tu memandangkan my dear hubby ada angklung show di KL Festival City, Taman Danau Kota pd jam 8pm. So, nak kena keluar awal dari rumah. Tapi lepas breakfast, sidai baju, lipat kain baju, kemas rumah apa yg patut, kontraksi dtg balik. My dear tanya "Syg nak g hospital ke, kalau nak pergi siap2lah. Kita kesian tgk syg sakit mcmni. Psl show tu syg jgn risau. Kita boleh minta staff cover kan.." Saya ckp "Xpe dear, syg boleh tahan lagi, kontraksi ni x kerap sgt. Jap ade jap xde. Kang klau g hosp awal2, dah masuk tu mmg susah nak keluar balik la, asyik kena check bukaan je. Tapi mengikut firasat dan naluri, tgh mlm nnt syg bersalin ni.."

My dear sian tgk saya sakit kontraksi camtu, dia suruh saya baring dan tidur. Mmg saya terlelap time tu, tapi terjaga2 sbb x selesa perut dah semakin menurun dan sbb kontraksi main2 dtg balik. Huhuhu. Pukul 2pm saya bangun g mandi sepuas2nya dan terus bersiap2 utk ikut my dear g angklung show. Beg saya dan baby utk kegunaan kt hosp dah siap2 letak lama kat dlm kereta. 

◆ 7pm-9.30pm
My dear dah setup angklung on stage dan soundcheck, kitorg JJCM kt dlm mall tu je memandangkan dah nak masuk waktu berbuka. Kitorg beli roti boy ngan choc kurma ice blended je sbb xde rasa nk mkn yg berat2. Tgh2 makan tu, kontraksi semakin kerap. Oh tidak! X boleh tahan dah, tak senang duduk dibuatnya, mulut tetap terkumat kamit berzikir. My dear dah risau..saya minta izin ke tandas utk check tanda2, yes mmg tanda2 dah semakin dekat, lendir bercampur darah kelihatan semakin banyak, bawah rahim semakin berat. 

Kembali ke tepi stage, menahan sakit sambil berdoa agar Allah ringankan sakit kontraksi,  sambil usap perut pujuk baby supaya keluar tgh mlm sikit, kita tunggu babah habis show ye syg, sian babah cari duit utk kita sekeluarga..alhamdulillah,  baby dengar ckp. Bila dia dengar alunan muzik angklung, senyap pulak dia, xde pulak kontraksi. Sempat lagi saya snap gambar my dear tgh perform. Hihi


Bayangkanlah, show tu x lama..1/2 jam je pun tapi rasa mcm 12jam lamanya. Huhu..Settle je show, my dear terus buka angklung tanpa berlengah lagi. Uncle technician yg bertugas mlm tu, suruh my dear bawa saya ke hosp dan suruh saya jalan perlahan2. Ya Allah..baiknya uncle tu..dlm kereta menahan sakit sambil genggam tgn dear sekuat2nya..sorry ye dear, tergenggam tgn dear sekuat hati pulak.

TO BE CONTINUED...

Footnote: Maaf ye kwn2, dah lama saya tak balas jejak. Mana yg saya sempat terjah, saya akan terjah. Tgh berpantang dan ada baby tecik mmg renyah sikit. Saya cuba sedaya upaya k..thanks korang yg sudi jengah dan tinggalkan komen tanpa jemu.. ♥♡♥♡♥♡ u olls!!

1.8.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3

Assalammu'alaikum WBT...

Ni saya nak ceritakan sedikit pengalaman2 yg saya lalui beberapa hari sebelum saya bersalinkan anak ke-3 kami. Fuhhh..mmg lain benar pengalaman kali ni berbanding masa bersalinkan kakak dan bambam. Cuma ada sedikit persamaan ketika turun tanda semasa bersalinkan bambam. Time ni hanya berserah kpd Allah SWT agar dipermudahkan segalanya..

1 JULAI 2013 (2 MINGGU SEBELUM BERSALIN)
Disahkan menghidap cirit birit, xtau di mana silapnya. Mungkin tersalah makan, perut ibu mengandung agak sensitif. X boleh tersilap makan sikit. Agak lama jugak saya kena cirit birit, lbh kurang 4-5 hari jugaklah. Hari ke-3 tu, gagahkan jugak ke office tapi still teruk lagi. Sudahnya hari ke-4 saya kena demam pulak. Dapat MC lagi dari doktor panel sbb takut jejaskan baby inside. Doktor bgtau cirit birit pun salah satu tanda kecil nak bersalin...

7 JULAI 2013 (1 MINGGU SEBELUM BERSALIN)
Dah turun tanda (turun tanda seperti sehari sebelum haid) dan mengalami pra-kontraksi atau lbh dikenali sebagai kontraksi main2 (braxton-hicks). Doktor bagi MC selama 5 hari. Time ni mmg x ke office langsung sbb pra-kontraksi ni pun sakit jugak. Kejap dtg, kejap kang hilang. Risau dibuatnya. Mmg x fikir ape dah, cuma fikir ttg diri dan baby inside je. Tapi kalau bos x faham xtaulah kan. Huhuhu

11 JULAI 2013 (3 HARI SEBELUM BERSALIN)
Masa ni dah turun lendir putih bercampur darah. Mmg xde rase sakit pun. Cuma kekerapan kontraksi tu selang sejam sekali. Tapi bila doktor check, baby masih tinggi lagi. Belum turun habis lagi. Kontraksi pun still main2 lagi, kejap ade, kejap xde. Time ni hubby dah risau sbbnya dia busy dgn show bln puasa. Dia dah bgtau member yg main angklung jugak utk standby in case kalau2 saya bersalin pada hari show. Kakak keep calling me tanya mummy dah bersalin ke belum. Mak pulak cakap kalau sakit kontraksi selang setgh jam, cepat2 g hospital. Tidur malam pun x lena. Disbbkan doktor bagi MC seminggu tu, saya pulun wat keje rumah ape yg patut, utk bagi bukaan cepat sikit. Hubby marah sbb dia nak saya rest je. Dari dok diam baik kemas pe yg patut. Mane tau saya bersalin mlm tu jugak. Hihi

13 JULAI 2013 (1 HARI SEBELUM BERSALIN)
Lendir bercampur darah dan kontraksi semakin kerap. Saya dan hubby dlm standby mode. Anytime je boleh bersalin ni. Tunggu punya tunggu, kontraksi hanya ada sejam-2 jam berselang seli, saya xnak ke hospital terlalu awal. Seriau kalau duduk wad menunggu lama2, asyik kena check bukaan je mcm masa bersalinkan bambam dulu. Berbelas jam bukaan nak ke 4cm..huhu

TO BE CONTINUED...

Footnote: Tunggu..saya akan ceritakan pengalaman bersalinkan anak ke-3 kami soon..ada baby tecik ni tak dapat nak hadap blog/fb/instagram/twitter selalu..hihihi..jap2 baby nanes nak susu....tunggu next next entry k..
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara