Assalammu'alaikum WBT.
Anakanda ke-3 kami, Zayyan Nourkhalish dah genap 8 bulan pada 14 Mac 2014 aritu
Apa yang saya rasa? Susah nak dikata
Suka kerana anak saya semakin besar, semakin bijak
Semakin cerdik akalnya, semakin bijak gayanya
Semakin hari, ada sahaja perkara baru yang hendak dicubanya.
Sekarang Zayyan sudah pandai berdiri dengan sendiri tanpa bantuan
Dari meniarap terus berdiri, tak merangkak pun
Sama macam abang bambam dulu
Kalau nak ambil sesuatu barang tu, dia akan mengesotkan badan.
Kalau berdiri lama sikit, dia seakan takut dan trauma nak turun sendiri
Pernah cuba turun sendiri, tapi terjatuh
Kaki belum cukup kuat
Bila diturunkan, akan kembali berpaut di sofa dan berdiri semula
Paling mengejutkan kami apabila dia dah pandai panjat ke atas sofa tanpa bantuan sesiapa
Terkejut juga sebab cepat betul dia pandai panjat
Cuma bila nak turun, dia x berani
Jadinya, dia akan merengek dan menangis minta diturunkan
Proses nak belajar mmg gitu.
Paling mengejutkan kami apabila dia dah pandai panjat ke atas sofa tanpa bantuan sesiapa
Terkejut juga sebab cepat betul dia pandai panjat
Cuma bila nak turun, dia x berani
Jadinya, dia akan merengek dan menangis minta diturunkan
Proses nak belajar mmg gitu.
Babah menjaganya sepanjang hari di rumah
Bila dengar bunyi kereta mummy, tau la mummy dah balik kerja
Terus bangun dari tidur dan menyengih bila nampak kelibat mummy
Kalau mummy ada, org lain mmg dia tak pandang dah.
Hai la anak..
Begitu eratnya seorang ibu dan anak
Lebih-lebih lagi anak yg mendapat susu badan sepenuhnya
Ya...saya berjaya mengharungi fasa pertama menyusu badan sepenuhnya secara eksklusif
Syukur alhamdulillah..
8 bulan pertama tanpa campuran dari mana-mana sumber susu yg lain
Allah telah kabulkan doaku..Alhamdulillah..
Semoga tuntas sehingga umurnya 2 tahun..
Amin amin..


![]() |
| Mummy nak bawak baby g opis la..yeayyy!! |
#DoaUntukMH370
#MH370
#MalaysiaAirlines
#MAS















