VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label The Wedding. Show all posts
Showing posts with label The Wedding. Show all posts

3.9.14

PAKEJ PERKHIDMATAN DAN PERSEMBAHAN DARI SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH DAN SUWARA ENTERTAINMENT




Assalammu'alaikum WBT.

Ya ampun...lama bangat nggak ku update blog ku yang semakin bersarang ni..seriously banyak lelabah dah ni. Huhuhuhu. Nape la langsung xde mood nak update. Dah berminggu ke berbulan gamaknya. Ape la nak jadi ngan dak Sue ni kan. Atoyai....tengah gagahkan diri utk rajin aktif berblogging kembali. Banyak giler cerita yang tak tercerita. Huhuhu

Ampunkan kami ye kawan2. Lama jugak tak jengah blog korang. Mood makin lama makin down, ke laut ke darat, ke utara ke selatan..mana pergi ntah mood nak ngapdet. Hehehehe

Meh la nak belanja sikit gambar2 pelanggan yang pernah ambil pakej perkhidmatan dan persembahan dengan kami. Skit je dulu tau, kalau rajin kita story lagi sebab banyak lagi kita nak story. Ngehngeh. 

MEKAP NIKAH HUSNA @ DENGKIL

04.04.14
Dengkil, Putrajaya






PAKEJ PERKHIDMATAN SEWAAN PELAMIN 3 PANEL, MEKAP DAN PERKHIDMATAN SOUNDSYSTEM, DEEJAY SERTA PERSEMBAHAN ANGKLUNG SOLO, MAJLIS PERSANDINGAN HUSNA @ PUTRAJAYA

05.04.14
Dewan Serbaguna, Presint 5, Putrajaya







Pelanggan kami, Husna dan pasangan memilih pakej perkhidmatan lengkap dari Suria Qaisara Beauty Touch dan SuWaRa Entertainment di majlis persandingannya yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Presint 5, Putrajaya pada 5 April 2014 yang lalu.

Bagi yang mempunyai bajet yang terhad, bolehlah menggunakan perkhidmatan seperti yang Husna ambil ini. Gerenti berpuas hati! Mudah-mudahan. Amin :)

CALL/SMS/WHATSAPP:
SURIA 014 2379783

4.2.14

MAKE-UP BERTANDANG FAZIAH FAJA @ KG JOHAN SETIA, KLANG


Assalammu'alaikum WBT.

Ni bulan 11 punya cerita. Masa cuti panjang aritu, mmg x dapek la nak update blog selalu. Kata work at home mom kan. So, 6 bulan mummy kat rumah menatap anak2 terchenta, bergelumang ngan mereka adalah AWESOME! Sesekali dapat job mekap utk wedding or dinner or any other events, mmg best. Dapat pulak incik dear yg always support. Alhamdulillah. 

Make-up Artist MUA aka Mak Andam 
+ 
Manager to our own company 
+
Shaklee Independent Distributor
= 
Work At Home Mom

Itu cita-cita saya, itu impian saya. Sejak dari dulu lagi, nak nak bila dah beranak 3 ni kan, bertambah-tambah kuat azam itu. Soon insyaAllah. Doakan perjalanan hidup saya mudah. Amin amin..

Ok2. Back to topic asal. Hehehe. Job ni pun kira last minit jugak. My partner, Kak Yana minta tolong mekap dan siap2kan perantin. Kebetulan majlis tu ada 2 pengantin. So, dia takut x dan nak siapkan sorang2. So, kitorg collaborate la. Gituuuu kan..yang paling bestnya, rumah pengantin rumah kampung beratapkan zink! Haaa kau..panas rentung! Seb baiklah ada kipas ajaib, kalau tidak abis la perantin, cair mekap kan.

Since ada baby comel ni kan, mmg x pernah lagi tinggal bobot Zayyan kat mana2, kalau sekejap2 setakat g kedai ke ape kan ada la. Tapi bila dpt job camni, mmg kena tinggal dari pagi sampai petang. Paling awal pun, pas bersanding callo betty. Mummy x keruan jugak sebenarnya sbb baby fully BF secara eksklusif sejak hari pertama dilahirkan. Dear whatsapp bgtau baby mengamok carik mummy! Oh tidak!! Seb baiklah dah siapkan perantin, mekap semua. Sempat gak meroyan ngan geng2 sekepala ni bergambar sakan. Hahaha

Jom kita lihat hasilnya!






Haruslah MUA bergambar dgn perantin. Hehe

Pengantin baru: Faja dan suami

Cantik tak? Cantik tak? Hehehe. Apapun, syukur alhamdulillah Faja dan suaminya berpuas hati dgn hasil solekan dari SQBT. Alhamdulillah. Akak bagi pihak SQBT ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Faja dan suami, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Amin amin.

*********************************************************************************************
Suria Qaisara Beauty Touch menyediakan perkhidmatan:
- Sewaan pelamin
- Sewaan busana pengantin
- Khidmat mekap/solekan utk sebarang majlis
- Sewaan dan tempahan bunga tangan
- Sewaan dan tempahan hantaran
- Tempahan hamper

Whatsapp:
SURIA 014-2379783
Facebook:
Suria Qaisara

11.12.13

MAKE-UP WEDDING DINNER PUAN HILWA, SUBANG PERMAI

Assalammu'alaikum WBT.

Bulan 11 aritu dapat job makeup last minute. Betul2 last minute, setgh jam sebelum makeup tu, Puan Hilwa call saya tanya harga makeup utk dinner. Ingatkan company annual dinner, rupa2nya majlis bertandang anaknya. Disebabkan tetamu yg hadir ke majlis anaknya itu terdiri daripada golongan VVIP dan puan ini akan duduk semeja dgn VVIP tersebut, maka beliau ingin kelihatan sedikit berbeza dari segi makeup.

Nasib baiklah rumah puan ni sgt dekat dgn rumah saya yg jaraknya lbh kurang 10min, saya bergegas ke rumahnya. Start mekap jam 4pm, habis 5.30pm disebabkan bonda puan Hilwa nak saya makeup kan juga, tambah lg rezeki. Alhamdulillah..

Jom kita lihat hasilnya..



Syukur alhamdulillah..puan Hilwa suka dengan sentuhan dari saya. Malam tu puan SMS bgtau saya yang makeup artist terkenal tu, Nurul Shukor puji hasil solekan saya ni. Nurul Shukor la yg mekapkan mempelai pada majlis bertandang tersebut. Ohohohoho..mmg xsangka la kan. Bukan calang2 org yg puji tu, makeup artist top tu..haaaa..tunjuk SMS tu kat hubby, dia suka sgt n wish congrats kat saya. Keep it up sayang! 

Saya masih belajar dan terus belajar lagi dalam dunia solekan ni. I ♥ this job very much. I ♥ what I want to do and I'm happy with I've do.

Segala yg baik dtg daripada Allah, yg buruk itu dtg dari kelemahan saya sendiri.

Berminat dengan hasil sentuhan magis saya ni?
WhWhatsapp SURIA 0142379783
Suria Qaisara Beauty Touch
Independent MUA



13.6.13

SOLEKAN RESEPSI NAJMEEN BY SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH

2 Jun 2013, Ahad
Taman Bakti, Cheras
Majlis Resepsi Najmeen


 
 Ada yg kata wajah Najmeen selepas disolek persis Yana Samsudin dan Dynas Mokhtar.

 

 
 
Final touch-up sebelum pengantin berarak ke dalam dewan

 
 Semoga mahligai yang dibina kekal utuh hingga ke akhirnya...Amin...

 

 

 

Untuk tempahan solekan bagi sebarang majlis: Trial > Bertunang > Bernikah > Bersanding/Resepsi > Bertandang > Annual Dinner > Konvokesyen dan sebagainya, hubungi/whatsapp/sms SURIA 014-2379783 atau melalui e-mel suria1907@yahoo.com.

SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH
Suria 014-2379783 / 017-3210409
Zack 010-2794213

31.5.13

JADUAL PERKHIDMATAN & PERSEMBAHAN : BULAN JUN 2013

Assalammu'alaikum WBT.

Syukur alhamdulillah..rezeki bulan Jun agak banyak dari kebiasaan. Mmg tak sangka pada mulanya. Kebanyakan client bagi confirmation last minute. Nak tolak, sayang pulak. Bukan selalu dapat rezeki mcmni. Korang boleh follow blog SuWaRa Entertainment untuk mendapatkan details berkaitan perkhidmatan dan persembahan yang kami tawarkan.
* 1/6 (Sabtu, 11am) : Pakej Persembahan TARIAN KANAK-KANAK dan ANGKLUNG SOLO di Majlis Resepsi, Bangi Golf Resort (Siti Hajar)
* 1/6 (Sabtu, 12pm) : Persembahan ANGKLUNG SOLO di Majlis Resepsi Faiz & Fadhilah, Bandar Baru Bangi (Mohd Erfi)

* 1/6 (Sabtu, 8pm) : Persembahan ANGKLUNG SOLO di Majlis Resepsi Siti Adila & Kapten Mohd Azry, Klana Resort, Seremban (Azry)

* 1/6 (Sabtu, 8pm) : Persembahan ANGKLUNG SOLO di Putrajaya (Puan Nora)

* 2/6 (Ahad, 9am) : Perkhidmatan MAKE-UP dari Suria Qaisara Beauty Touch di Majlis Resepsi, Cheras Perdana (Najmeen)

* 22/6 (Sabtu) : Persembahan ANGKLUNG SOLO di Pesta Floria, Waterfront, Presint 2, Putrajaya (MTIB)

* 23/6 (Ahad) : Persembahan ANGKLUNG SOLO di Pesta Floria, Waterfront, Presint 2, Putrajaya (MTIB)

* 23/6 (Ahad, 12pm) : Pakej perkhidmatan persembahan NYANYIAN LAGU-LAGU TRADISIONAL, ANGKLUNG SOLO, KOMPANG, SOUNDSYSTEM, EMCEE, dan KARAOKE di Majlis Resepsi Anis, Perangsang Templer Golf Club, Rawang (Anis)

* 28/6 (Jumaat 4pm hingga 7pm) : Persembahan ANGKLUNG BERKUMPULAN oleh FUSIONA ETHNIQUE sempena Promosi Kerja Kahwin, Kompleks Kraf Kuala Lumpur

* 29/6 (Sabtu) : Persembahan ANGKLUNG BERKUMPULAN dari KUMP. FUSIONA ETHNIQUE di Pesta Floria, Waterfront, Presint 2, Putrajaya (MTIB)

* 30/6 (Ahad) : Persembahan ANGKLUNG BERKUMPULAN dari KUMP. FUSIONA ETHNIQUE di Pesta Floria, Waterfront, Presint 2, Putrajaya (MTIB)

Semoga Allah terus melimpahkan rezeki buat kami sekeluarga dengan berkarya seni. InsyaAllah...Apa yang penting, kita kena berusaha untuk mendapatkan rezeki itu. Selebihnya, kita tawakkal dan berdoa kepadaNya. Mudah-mudahan diperkenankan. Amin...

Footnote : Nervous nak mekapkan pengantin 2/6 ni. Hehehehe. 3/6 dan 4/6 saya akan bercuti rehat, mungkin akan berehat sebentar dari berblogging disebabkan menemani my dear hubby ke PPUM utk sleep study....

27.5.13

CUTI CUTI : SEREMBAN DAN PORT DICKSON

Assalammu'alaikum WBT.

Cuti sempena Hari Wesak: membeli belah di AEON Bandar Baru Klang (xde bershopping apa sangat, cari barang dan keperluan baby yang masih belum ada lagi). 100% done!

Hari Sabtu pulak, seawal jam 6.30 pagi dah bangun siap-siap sebab ada persembahan angklung solo di Seremban. Saya dan anak-anak follow my dear ke Seremban, tapi kami stay kat hotel je. Sebab tau cuaca panas terik. Nanti kesian kat anak-anak nak menunggu my dear lama-lama. Kalau saya sorang ok lagi, boleh tunggu. Kitorg check in kat Carlton Star Hotel, RM100 sahaja utk satu malam (Superior room plus extra bed). Ikutkan harga sebenar RM80 tapi kami tambah extra bed utk kakak, caj RM20 sahaja. Bambam cam biasa, menyelit tido dgn mummy dan babah. Hehehe

Malam tu pulak, kitorg jalan-jalan sekitar bandar Seremban. Saja jalan-jalan menikmati keindahan malam. Singgah di The Store, Bazaar Seremban dan Terminal One je pun sebabnya cuaca malam tu hujan. Sian kat anak-anak, risau kalau diorg demam pulak.

Hari  Ahad check-out. Bangun tido seawal jam 7.00 pagi. Kemas apa yang patut dan terus gerak ke Port Dickson. Si kakak dan bambam seronok yang teramat bila kitorg cakap nak bawa diorang mandi laut. Dah lama tak jejakkan kaki ke sana. Sampai je kt PD, kitorg singgah kat Teluk Kemang utk beli pelampung dan breakfast. Xdelah lapar sgt sebenarnya. Kami tapau je, boleh makan kat tempat berkelah nnt.

Pada mulanya, kami decide nak mandi manda kat Teluk Kemang je, tapi saya tak berapa suka sgt area tu. Too crowded! So, kami teruskan perjalanan menuju ke Tanjung Biru (Blue Lagoon). Mmg situ je la port yang menarik bagi kami. Pokok pun banyak utk bersantai dan berteduh. Yang paling penting not too crowded dan pantainya lebih bersih kot (bagi kami lah...)



Haruslah mak yong pun bermandi manda jugak. Bolehlah berenang sikit-sikit. Itupun pandai berenang masa preggy kan si kakak 7 tahun lepas. Kali ni dtg ke PD dgn perut boyot lagi. Hehehe. Si kakak awal-awal lagi dah terjun, suka betul dia mandi manda ni. Padahal masa dia tecik-tecik dulu, penakut kemain. Siap meraung lagi bila mummy bawak dia ke laut. Bila cerita kat my dear, tergelak-gelak je. Tapi skang kakak dah berani. Dah bolehlah berenang sikit-sikit. Maybe sebab masa preggy kan dia, saya suka dan pandai berenang kot. Tu yg turun kat dia agaknya. ^__^


Tgklah kakak dok berlari dari laut tu. kemain seronok!
Bambam pulak bila tgk kakak dia berlari-lari ke laut, dia dok jerit panggil kakak dia. Yg paling best, dia x panggil kakak tau, dia panggil kakak dia dgn panggilan nama "Athirah, makan!" (sbbnya kami selalu dok panggil nama kakak kalau suruh dia belajar. hehehe). Nampaknya bambam dah tasaba nak mandi manda jugak. Mana boleh tahan kan. Hehehe. bambam sikit pun tak takut mandi laut! Ingat lagi last year pegi mandi manda kt Pengkalan Balak, Melaka. Masa tu dia diam je, takut agaknya. Tapi kali ni, dia la yg paling happy sekali. Kami pun tak kisah sgt memandangkan air benar-benar dah surut. Biarlah mereka berseronok.


Kali ni xde gambar makyong sebab xde sape nak amikkan gambar, babah busy layan anak-anak. Haruslah kami mandi berempat, tapi masa saya snap gambar ni, saya tgh makan makan makan lagi. Hehehe. Mak yong tak larat nak jaga bambam yg asyik minta keluar dari pelampungnya tu. Eksen tanak mandi pakai pelampung! Layankan je la.

Anak-anak gembira, kami pun turut gembira!

Footnote : Ramai pengunjung kt Blue Lagoon aritumesti pelik tgk mak yong dah sarat mengandung 8 bulan ni tapi still boleh berenang lagi. Kan berenang tu elok utk ibu mengandung? Saya mmg tak reti dok diam. Saya mmg suka berenang! Hehehe

17.5.13

JADUAL PERSEMBAHAN & PERKHIDMATAN : BULAN MEI 2013

Assalammu'alaikum WBT. 
 
Berikut adalah jadual persembahan dan perkhidmatan pihak SuWaRa Entertainment sepanjang bulan MEI 2013. (Jadual persembahan/perkhidmatan akan kami update dari semasa ke semasa. Anda boleh rujuk sidebar di sebelah kanan blog SuWaRa Entertainment sebagai rujukan) 
 
Tarikh : 4 Mei 2013 (Sabtu) DONE!
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Seksyen 24, Shah Alam
Pakej Persembahan ANGKLUNG SOLO dan SOUNDSYSTEM (Free DJ & Karaoke) di Majlis Resepsi Zaida 
 
Tarikh : 11 Mei 2013 (Sabtu) DONE!
Masa : 7.45 malam
Tempat : Hotel Ramada, Melaka
Persembahan ANGKLUNG SOLO di Majlis Resepsi Dr. Muhammad Ng dan Dr. Aniza

Tarikh : 18 Mei 2013 (Sabtu)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Kompleks Kejiranan, Presint 8, Putrajaya
Persembahan ANGKLUNG SOLO utk Majlis Resepsi Nurusyahidah dan Hassan

Tarikh : 25 Mei 2013 (Sabtu) 
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : The Cruise, Putrajaya
Persembahan ANGKLUNG BERKUMPULAN dari Kump. Fusiona Ethnique

Tarikh : 30 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 7.00 petang
Tempat : Taman Panchor Jaya, Seremban, Negeri Sembilan
Persembahan ANGKLUNG SOLO utk Majlis Resepsi Aishah dan Zulfahmi
 
Tarikh : 31 Mei 2013 (Jumaat) 
Masa : 7.45 malam
Tempat : Bukit Damansara
Pakej perkhidmatan persembahan ANGKLUNG SOLO dan SOUNDSYSTEM (Free DJ) di Majlis Pernikahan Hani Azmi
 
Sekiranya anda berminat utk mendapatkan perkhidmatan persembahan kami, sila isi borang pesanan/pertanyaan seperti di atas (bawah header). Atau boleh hubungi melalui tel/sms SURIA 014-2379783/017-3210409 dan ZACK 010-2794213 atau e-mel kepada suria1907@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

6.3.13

MEKAP JAY SEMPENA MAJLIS PERNIKAHAN

Tarikh : 1 Mac 2013 (Jumaat)
Masa : 5.30 petang
Tempat : Kampung Malaysia Tambahan, Sg Besi
Mekap Jay sempena Majlis Pernikahan

Dapat job mekap ni last minute. Itu pun AyueJean yang promote saya kepada kawan baiknya iaitu Jay. Diorg dah beri kepercayaan kpd saya utk makeover Jay pada hari bersejarah beliau. Inilah yang dikatakan rezeki jangan ditolak, musuh jgn dicari (Alhamdulillah..rezeki mak yong berganda-ganda sejak dua menjak ni). Walaupun agak nervous, tapi saya cuba sedaya upaya memberikan hasil yang terbaik utk client saya.

Mari kita lihat hasilnya :D

V


V


V


V


V









 
Haaa..mcmane hasilnya? Serious nervous! Mujur struktur kulit Jay tiada sebarang masalah/cela, makin senanglah saya nak makeover beliau. Hehehe. Yg paling best sekali apa tau, sebab dpt jumpa blogger! Blogger tu adalah kawan baik Jay sendiri iaitu, AyueJean. Dia yang pakai baju purple tu. Comel dan genit je orangnya. Peramah yang amat! Hehehe. In Shaa Allah,  panjang umur murah rezeki kita berjumpa lagi ye Ayue. :D

Bagi yang berminat dengan hasil tangan Suria Qaisara Beauty Touch utk sebarang majlis (pertunangan, pernikahan, persandingan, dinner, outdoor photoshoot dsb), bolehlah hubungi saya sendiri 014-2379783 atau layari blog SuWaRa Entertainment untuk maklumat lanjut berkaitan dengan perkhidmatan dan persembahan yang kami tawarkan.

FOLLOW ME ON:-
Twitter : SuriaQistina
Instagram : SuriaQistina
FB : Suria Qaisara

Footnote : Last year dapat jumpa blogger famous si cantik manis Liza Razak. This time dapat jumpa AyueJean yg genit dan comel pulak. Next time, who's turn?

18.12.12

CAHAYA CINTA....


"Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga"
(Cahaya Cinta-Siti Nurhaliza)


12.12.09 ~ Hidup bertiga, memulakan kehidupan bersama. Kita sama-sama melayari bahtera membesarkan puteri kesayangan, Nur Athirah Qistina. Sememangnya kau adalah suami dan bapa yg begitu penyayang terhadap kami. Kasihmu tidak terhingga, kasihmu membawa ke syurga.

12.12.10 ~ Hadiah yang tidak terhingga buat kita berdua. Benih cinta kita telah berusia 6 bulan. Alhamdulillah. Syukur di atas nikmat dan kurniaan kpd kami.


12.12.11 ~ Bersama-sama hadapi suka dan duka, pahit dan manis, onak dan duri bersama. Kebahagiaan tetap milik kita bersama. Allah itu Maha Penyayang. Puteri kita telah berusia 5 tahun dan putera kita, Ayish Dayyan baru saja menginjak 9 bulan. Tahun 2011 penuh dgn ujian dariNya, putera kita telah dimasukkan ke hospital kerana rotavirus. Tidak pernah aku bermimpikan utk melalui detik sukar itu. Itulah ujian yg paling getir buatku yg mengandung dan melahirkan. Tapi kita mampu tempuhinya bersama. Segalanya kita berkongsi bersama. Allah telah berikan kita kekuatan. Alhamdulillah :)


12.12.12 ~ Kini, telah 3 tahun kita melayari bahtera. Tidak ku sangka kasihmu tetap utuh seperti dulu. Syukur alhamdulillah. Kau telah memimpin dan membimbing kami. Janin yg kini berusia 9 minggu merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan yg amat bermakna buat kita. Semoga Allah SWT sentiasa merestui mahligai kita ini. Semoga kita mampu menjadi ibu bapa yg baik buat anak-anak kita. Semoga cahaya cinta ini terus mekar hingga ke akhirnya. Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga firdausi. Amin Ya-Rabbalamin....

Footnote: Terima kasih yg tidak terhingga kpd kalian semua yang telah mendoakan kebahagiaan kami. Semoga ianya menjadi milik kita semua. InsyaAllah :)

KISAH PENYATUAN DUA HATI... (PART 4)

Assalammu'alaikum WBT. Selamat pagi kawan2! Maaflah semlm x dpt update pape. I'm on medical leave. Demam on off, batuk semakin teruk pulak, mabuk dan pening toksah ckp la. Mmg non-stop 24/7. Huhuhu. Sabo je la kan. Nak wat cemane.

Aritu saya dah update Kisah Penyatuan Dua Hati Part 1, Part 2 dan Part 3. Hari ni nak sambung yg Part 4 pulak di mana kami telah mengadakan aksi gedik gedik di tepian pantai, outdoor photoshoot. Ohohoho. Sgtlah best! Mula-mula photog kitorg nak cari kawasan rumah kampung lama/terbiar, tapi cam susah nak cari pulak kan. Disebabkan kat Melaka ni punya lah banyak pantai, so kitorg decide pegi Pantai Puteri je la. Pantai Puteri ni berdekatan dengan Pantai Klebang.

Sebelum bertolak ke Pantai Puteri, kitorg bersembang dulu
ngan kawan rapat kami Safara & Zul.
Diorg pun pengantin baru juga :)
Masa kitorg sampai ni, ramai anak-anak muda remaja tgh bermain bola sepak pantai. Then, ramai gak family menghabiskan masa dgn anak-anak. Huihuihui. Malu? Mmg tersgt la malu bila kitorg turun dari kereta. Mana taknya, kami dgn costume kami ni kan. Mmg menjadi tarikan la kat diorg. Tapi disebabkan nak buat kelainan dan abadikan kenangan di hari bahagia kami, layankan je la. Malu tu kena tolak tepi. :P


Part berlari-larian ni la yg paling best sekali. Kelakar pun kelakar. 3-4 kali kena ulang balik scene ni tau coz photog nak dapatkan photo yg paling cun. Hohoho. Penat gilos! Berpeluh2 gak la. Photog ckp scene ni kena buat cepat, kang kalau matahari dah turun tak cantik dah.


"Bila tiba di pasiran pantai
Ombak menuju pantai merindu
Cintamu sehebat laut yang luas
Sesegar ombak yang memutih
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia.."

 
We're married!

Kitorg abis photoshoot tu around 6.45 ptg. Saya pun dah start migraine, berdenyut2 kepala. Maklumlah, start dari subuh sampai la ke outdoor photoshoot mane la ada peluang nak rehat. Pagi2 buta dah bangun mandi siap-siap mak andam nak makeup kan, pukul 10 pagi nikah, lepas Zohor pulak berarak dan bersanding, last sekali g outdoor photoshoot selepas semua tetamu dah balik. Fuhhhh..mmg penat sgt2.

Sampai je kat rumah, photog kitorg ingat nak soh kitorg bergambar beramai-ramai ngan family yg ada. Tapi disebabkan mak yg sgt2 keletihan plus demam, kitorg tunda ke hari lain. Apapun, kami bersyukur majlis telah berjalan dgn lancar seperti yg dirancang walaupun mungkin terdapat sedikit kekurangan/cacat cela.

Footnote : 12.12.09 masih segar dalam ingatan. Kenangan terindah yang tak mungkin dilupakan :)
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara