VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label angklung. Show all posts
Showing posts with label angklung. Show all posts

18.9.14

K.A.M.I

Assalammu'alaikum WBT.

Moh le nak #throwback skit aktiviti kami semasa bulan puasa aritu. Weekends kami dipenuhi dengan aktiviti menemani encik babah buat persembahan sempena promosi barangan Hari Raya di pusat membeli belah. Tapi kat Great Eastern Mall je yang agak menarik deco nya, lain-lain tempat banyak gambar babah tengah buat persembahan.

Seronok woooo..babah buat persembahan, anak-anak bebas ke sana ke mari dengan pengawasan oleh mommy diorg ni. Penat? Biasalah tu, even anak sorang pun orang cakap penat kan. Apatah lagi yang dah beranak 3 ni. Dgn mana karenah si kakak, abam, tak kurang hebatnya ragam si comel Zayyan. Hehehe. Nanti anak-anak dah besar, mesti kita akan rindu moments macamni. Betul tak ibuk ibuk semua? :D

Arini nak kurangkan berceloteh panjang lebar. Moh le layan gambar-gambar sedas dua dari kami anak beranak yg mmg gila kamera. Peace! ^_^




Kalau bab bergambar, serahkan kepada kami. Memang havoc la tempat tu. Ni dak tomei Zayyan belum dapat kaki lagi. Esok dah dapat, siaplah. Jenuh mommy babah nak kejar. Nanti saya update perkembangan terbaru Zayyan k.. :D



Encik babah sedang beraksi dgn persembahan angklungnya. Jatuh chenta dolu dolu pun masa dia tengah buat persembahan. Terus dia minta phone no kita. Auwwwww..dia pandang2 jeling2 kita dari celah2 angklungnya itu..suiiitttt sgt kan? Ehhh..terimbau kenangan chentan chentun pulak.. Hehehehe

Till then, happy working my friends!

Footnote: Saya akan cuba jejak balas kat blog kawan-kawan ye. InsyaAllah..cuba mencari ruang dan peluang untuk tinggalkan jejak kat blog uolls..hehehe

3.9.14

PAKEJ PERKHIDMATAN DAN PERSEMBAHAN DARI SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH DAN SUWARA ENTERTAINMENT




Assalammu'alaikum WBT.

Ya ampun...lama bangat nggak ku update blog ku yang semakin bersarang ni..seriously banyak lelabah dah ni. Huhuhuhu. Nape la langsung xde mood nak update. Dah berminggu ke berbulan gamaknya. Ape la nak jadi ngan dak Sue ni kan. Atoyai....tengah gagahkan diri utk rajin aktif berblogging kembali. Banyak giler cerita yang tak tercerita. Huhuhu

Ampunkan kami ye kawan2. Lama jugak tak jengah blog korang. Mood makin lama makin down, ke laut ke darat, ke utara ke selatan..mana pergi ntah mood nak ngapdet. Hehehehe

Meh la nak belanja sikit gambar2 pelanggan yang pernah ambil pakej perkhidmatan dan persembahan dengan kami. Skit je dulu tau, kalau rajin kita story lagi sebab banyak lagi kita nak story. Ngehngeh. 

MEKAP NIKAH HUSNA @ DENGKIL

04.04.14
Dengkil, Putrajaya






PAKEJ PERKHIDMATAN SEWAAN PELAMIN 3 PANEL, MEKAP DAN PERKHIDMATAN SOUNDSYSTEM, DEEJAY SERTA PERSEMBAHAN ANGKLUNG SOLO, MAJLIS PERSANDINGAN HUSNA @ PUTRAJAYA

05.04.14
Dewan Serbaguna, Presint 5, Putrajaya







Pelanggan kami, Husna dan pasangan memilih pakej perkhidmatan lengkap dari Suria Qaisara Beauty Touch dan SuWaRa Entertainment di majlis persandingannya yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Presint 5, Putrajaya pada 5 April 2014 yang lalu.

Bagi yang mempunyai bajet yang terhad, bolehlah menggunakan perkhidmatan seperti yang Husna ambil ini. Gerenti berpuas hati! Mudah-mudahan. Amin :)

CALL/SMS/WHATSAPP:
SURIA 014 2379783

4.7.14

JADUAL PERSEMBAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1435H

Assalammu'alaikum WBT.

Salam Ramadhan Kareem Al-Mubarak buat semua umat Islam di seluruh Malaysia dan di mana sahaja anda berada. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna buat kita semua. InsyaAllah... Berikut adalah jadual persembahan SUWARA ENTERTAINMENT sepanjang bulan Ramadhan 1435H:-
** Click to enlarge **
Bagi yang berkesempatan, jom sama-sama kita saksikan persembahan-persembahan yang kami bawakan khas sempena promosi Hari Raya di pusat membeli belah Plaza Shah Alam, KL Festival City, Great Eastern Mall, Tropicana City Mall, South City Plaza, IOI Mall Puchong dan Ampang Point mengikut tarikh dan masa seperti jadual di atas. Bersama-sama lah kita memeriahkan suasana!

**********************************************************************************************

Saya akan update semua persembahan ini di sidebar sebelah kanan blog SUWARA ENTERTAINMENT untuk rujukan semua. Jika ada yang ingin membuat tempahan bagi majlis sambutan Hari Raya dan juga majlis perkahwinan, bolehlah hubungi/Whatsapp SURIA 014-2379783 atau ZACK 010-2794213.

Footnote : Mohon maaf tak dapat berkunjung ke blog kawan-kawan semua. Ada kesempatan nanti saya singgah ya. Entry yg ni pun saya copy paste dari blog kami yg satu lg tu. Hehehe. Eh lupa pulak. Malam ni jangan lupa tengok TV9 jam 9.30 malam ye. My dear hubby ada buat persembahan selingan. Selamat berpuasa :)

10.6.14

#THROWBACK : PERSEMBAHAN ANGKLUNG SOLO DI LANGKAWI!

Assalammu'alaikum WBT.

Cerita basi. Tapi nak upload story gak. Hehehe. Aritu dah up gambar, story mory morning glory lum up lagi kan. Dah lama g Langkawi ni, bulan 12 tahun lepas kalau tak silap. Giler lama benau. Tapi, ade ku kesah. Hehehehe

Sebenarnya Kraftangan Langkawi menjemput kami dari SuWaRa Entertainment untuk mengadakan persembahan angklung solo sempena Festival Kraf Langkawi. Segala penginapan dan pengangkutan disediakan oleh pihak penganjur. Haaa..sape tak teruja kan? Sebelum-sebelum ni mmg selalu juga show di luar KL Sgor, tapi masa tu my dear masih bekerja di bawah event company. Sekarang keterujaan tu membuak2 kerana kami dah pun berdiri atas kaki sendiri, atas usaha sendiri.

Kami bertolak seawal jam 3 petang ke KLIA memandangkan flight kami selepas solat Maghrib. Risau la pulak jika ada berlakunya sebarang kemungkinan, just get ready je la. Kalau uolls nak tau, penerbangan kami ditaja oleh pihak penganjur. Alhamdulillah..kami menaiki flight Malindo Air. Ala2 MAS jugaklah. Cuma xdelah makan2 mcm MAS. Diorg just bagi mineral dan biskut je. Ok la kan. Perjalanan pun x amik masa yg lama.

Sedih jugak tak dapat bawa kakak dan abam bambam. Kami decide utk bawa baby zayyan yg masih kecil pada waktu itu, 4-5 bulan umurnya. Umur mcmtu senang nak bawa ke sana sini sbb kerjanya tido je. Dear kata next time kita bawak diorg cuti2 jalan2 kt Langkawi, amik cuti lama sikit. Baru puas jalan2 :)

Tak lama pun kami kat sana, lebih kurang 3-4 hari je. Cukup la untuk kami buat persembahan dan curi sedikit masa utk jalan2 kat sana. Next time Jom layan gambar!


 


 

 




Ni pula gambar-gambar sekitar persembahan sempena Festival Kraf Langkawi di Kompleks Kraf dan juga di Pekan Rabu. Walaupun cuaca sepanjang bulan tu hujan serta mendung, tapi masih boleh la nak berjalan-jalan lagi. ^_^



 





Langkawi in Memory, Memory in Langkawi. Till we meet again. Sayonara. Adios Langkawi. Will be back again soon. InsyaAllah :)

21.3.14

SANTAI @ DATARAN GEMILANG, PUTRAJAYA


Assalammu'alaikum WBT.

Uollssss ni semua ingat kami kami tgh bercuti kan gara2 entry semalam? Oh tidak!! Itu gambar #throwback. Iolls terlupa pulak nak letak #throwback itu. Hehehe. Ala..cite basi dah tu. Tahun lepas masa iolls cuti bersalin 6 bulan tu. Later2 lah ye iolls update uolls pasal cuti-cuti cinta tu ye. Hehehe. Saja bikin gempak, kasi panas line. Mmg dah ada planning nak bercuti-cuti tapi lambat lagi, pertengahan bulan April dan hujung Mei nanti..ke mana? Nnt kita story mory glory ok. Hehehehe.. :)

Meh meh..arini nak kongsikan persembahan kami yg terdekat ni. Sape-sape yang ada kat Putrajaya mesti dah sedia maklum tentang program Santai yang diadakan di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya. Kami, SuWaRa Entertainment telah diundang untuk mengadakan persembahan ANGKLUNG dan TARIAN DEWASA untuk program Santai, pada hari Ahad ini, 23 Mac 2014 bermula jam 4 petang - 7 malam.

Kalau dah nama program tu pun Santai, pengisian program pun santai jugak tau. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur adalah seperti permainan tradisional, persembahan artis jemputan dan turut dimeriahkan dengan aktiviti jualan yang berkonsepkan gerai.

Tujuan program Santai ini adalah bagi menggalakkan pengunjung mengunjungi Putrajaya dan mengetahui apa kemudahan yang terdapat di sini. Selain itu, pihak Perbadanan Putrajaya juga mahu pengunjung menggunakan ruang yang ada di Putrajaya dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah seperti berbasikal dan sebagainya dalam bentuk santai bersama-sama keluarga.

Sempoi dan santai je kan? Meh la dtg, bawak anak-anak sekali. Kot kita boleh jumpa nnt kan. Roger-roger la iolls k..Nak no tepon? Tengok je kat sidebar tu. Hehehe

Till then, Salam Jumaat and happy weekend!!

Footnote : Jgn lupa malam ini, MALAM CINTA ALLAH & RASUL 1435H bertempat di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya. Sama-sama kita mengingati Allah dan RasulNya dan kembali kepada ajaranNya. Mudah-mudahan kita bersama-sama mendapat manfaat dari program ni. Mudah-mudahan Allah kabulkan doa agar segala permasalahan yg melanda negara kita sekarang ni, dapat menemui jalan penyelesaian. Amin amin..(Iolls tak dapat pergi sebab nak melawat anak makcik accident aritu..)

#PrayForMH370
#DoaUntukMH370
#MH370
#MalaysiaAirlines
#MAS

7.3.14

PERSEMBAHAN ANGKLUNG SEMPENA HARI KRAF KEBANGSAAN 2014

Assalammu'alaikum WBT.

Syukur alhamdulillah. Setiap kali Kraftangan Malaysia ada buat pameran dan promosi, pasti nama SuWaRa Entertainment tak ketinggalan diundang untuk membuat persembahan bagi memeriahkan suasana. HKK2014 dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia yang akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2014. Semua aktiviti bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 

 
Hari Kraf Kebangsaan menghimpunkan produk kraf seluruh negeri yang berkualiti, berinovasi dengan rekaan motif-motif kraf yang terkini bagi kegunaan masyarakat tempatan dalam penggayaan hidup masa kini. Anda dijemput untuk bersama-sama meriahkan acara tahunan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2014 yang ke-12. Saksikan hasil seni kraf tempatan dan temuilah usahawan-usahawan kraf dari seluruh Malaysia. 
Yang bagusnya perkhidmatan pengangkutan (shuttle) pergi-balik percuma disediakan di setiap lokasi tempat meletak kenderaan dan lokasi shuttle pada Isnin - Jumaat (setiap 30 minit) dan Sabtu - Ahad (setiap 15 minit). Korang just parking je kenderaan korang kat tempat yang disediakan. Kat situ nnt ada shuttle yg akan dtg-hantar ke Kompleks Kraf KL.
 
 
Antara aktiviti harian yang dijalankan sepanjang promosi ini berlangsung adalah:
  • Jualan Kraf
  • Pameran dan Jualan Produk Kraf Rekaan Baru
  • Pameran dan Jualan Produk Kraf Warisan
  • Bicara Kreatif
  • Padanan Perniagaan
  • Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf Tempatan
  • Demonstrasi Masakan Tradisional
  • Persembahan Kesenian
  • Pertandingan Produk Kraf HKK2014
  • Interaktif Kraf
  • Pameran dan Jualan Seni Ukiran Kayu Dalam Seni Bina
  • Pertandingan Bintang HKK2014
  • Lawatan Berpandu Berkumpulan
 SuWaRa Entertainment telah diundang untuk mengadakan persembahan ANGKLUNG pada 9 Mac 2014, Ahad ini, slot kami adalah pada 11.30 pagi dan 1.30 petang. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
 
Terdapat kesilapan nama SUWARA ENTERTAINMENT. huhuhu
Semua dijemput dan masuk adalah percuma! Jom kita sama-sama memeriahkan suasana!!
Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web HKK2014

Footnote : Isu pasal artis H tu sedang hot diperkatakan di sana sini. Blog ke, FB ke, Instagram ke, Twitter ke..semua sedang hangat..sampaikan ada yg buat page utk sokong LM tau. Terbaiklah! Semoga LM tabah hadapi dugaan ini..Allah Maha Mengetahui..bertabahlah..

3.3.14

MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA BELIA NEGERI SELANGOR 2013


Assalammu'alaikum WBT.

Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013
30 November 2013
Tapak Agro Fest 2013
Perkarangan Stadium Shah Alam

Pada November 2013 yang lalu, SuWaRa Entertainment telah dijemput untuk mengadakan persembahan Angklung Orkestra dan pihak penganjur telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan sewaan pelamin di pentas dan photobooth. First step forward dalam bidang perkhidmatan sewaan pelamin di dalam majlis yang agak besar anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Pada mulanya, pihak penganjur hanya inginkan persembahan angklung sahaja. Namun, saya propose juga perkhidmatan sewaan pelamin. Setelah perbincangan dilakukan, mereka tertarik dgn rekacipta pelamin pentas dan photobooth dari kami dan bersetuju melantik kami untuk membekalkan perkhidmatan tersebut. Yang bestnya, semasa majlis ni berlangsung kami dah berada di Langkawi utk persembahan di sana pulak. Nampak kan rezeki Allah nak bagi? Syukur alhamdulillah..rezeki anak-anak kami :)

Majlis telah diadakan di Perkarangan Stadium Shah Alam pada 30 November 2013 yang melibatkan 45 pasangan yang terdiri daripada pasangan Melayu, Cina dan India pada Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013 yang berlangsung meriah di Perkarangan Stadium Shah Alam.












Tahniah diucapkan kepada semua mempelai, semoga ikatan dan perkongsian ini memperkuatkan lagi azam untuk terus maju kehadapan selain mengecap kebahagiaan hingga akhir hayat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada SuWaRa Entertainment untuk bekerjasama bagi memeriahkan majlis ini.

**********************************************************************************************

Berminat dengan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan?
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara