VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label ayish dayyan. Show all posts
Showing posts with label ayish dayyan. Show all posts

9.3.16

HAPPY 5TH BIRTHDAY MY LIL' BOY



Unending love, undivided attention, eternal pampering, everlasting affection and endless care. 

May you reach the sky, and put the sun to shame. 
May you touch the stars, achieve all the fame. 

These are the things that we can do for you, our dear son. 

Stay happy and have a happy birthday!

Love,
Mommy
Babah
Kakak
Baby


21.8.15

MOMMY, DON'T RUSH MY CHILDHOOD :)

Assalammu'alaikum WBT.

Sharing is caring to all mommies out there.


Seronok melihat anak-anak membesar depan mata walaupun kadang-kadang ada sahaja yang buat mommy hangin satu badan. Hahaha. Menjerit bak Tarzan pulak la kan. Namun begitu, biarlah mereka membesar dengan cara mereka. Setiap anak tumbesaran dan cara mereka berbeza. Tidak sama antara satu anak dengan anak yang lain :)

Buah hati mommy dan babah :)
Ayish Dayyan, Zayyan Nourkhalish, Nur Athirah Qistina

Salam sayang,
Suria Qaisara Beauty Touch

31.3.15

THROWBACK : SAMBUTAN MAJLIS HARI JADI DI TASKA MATRADE

Assalammu'alaikum WBT.

Hai la..pasai pa la bersarang sgt blog ni..tatau nak habaq lagu mana lagi..mood cikpuan blog ni kdg ok, kdg x ok, yg pastinya kelaut memanjang. Hehehehe

Arini pun tamo cerita banyak, just nak update sambutan besday beramai-ramai di taska MATRADE pada hujung tahun 2014. Walaupun dah lepas, tapi tetap mau update jugak. Seronok tgk diorg celeb besday ramai-ramai. Happening! Siap ada tema gitu..SUPERHERO

Inilah costume pilihan mommy utk Ayish Dayyan bambam..hehehe
Wefie dgn mommy. Mommy plak yg overssss ~~~





 

Ayish Dayyan menang best dress utk kategori boy pulak tu. Hehehe. Alhamdulillah. Teacher dia cakap, ayish je pakai tema superhero Wolverine, majoriti pakai Spiderman dan Superman. Tu sebab la Ayish dipilih sebagai pemenang. Tahniah bambam mommy yg comel ni!


23.3.15

THROWBACK: HAPPY 4TH BIRTHDAY MY LIL' BOY


09.03.15 is your day
U're getting bigger and smarter
Day by day
Week by week
Month by month

May you reach the sky
And put the sun to shame
May you touch the stars
Achieve all the fame

But do always remember us
Who helped you reach wherever you are
No matter how many birthdays come and go
You'll always be my lil' boy

Happy Birthday Ayish Dayyan


Love,
Mommy
Babah
Kakak
Baby

18.9.14

K.A.M.I

Assalammu'alaikum WBT.

Moh le nak #throwback skit aktiviti kami semasa bulan puasa aritu. Weekends kami dipenuhi dengan aktiviti menemani encik babah buat persembahan sempena promosi barangan Hari Raya di pusat membeli belah. Tapi kat Great Eastern Mall je yang agak menarik deco nya, lain-lain tempat banyak gambar babah tengah buat persembahan.

Seronok woooo..babah buat persembahan, anak-anak bebas ke sana ke mari dengan pengawasan oleh mommy diorg ni. Penat? Biasalah tu, even anak sorang pun orang cakap penat kan. Apatah lagi yang dah beranak 3 ni. Dgn mana karenah si kakak, abam, tak kurang hebatnya ragam si comel Zayyan. Hehehe. Nanti anak-anak dah besar, mesti kita akan rindu moments macamni. Betul tak ibuk ibuk semua? :D

Arini nak kurangkan berceloteh panjang lebar. Moh le layan gambar-gambar sedas dua dari kami anak beranak yg mmg gila kamera. Peace! ^_^




Kalau bab bergambar, serahkan kepada kami. Memang havoc la tempat tu. Ni dak tomei Zayyan belum dapat kaki lagi. Esok dah dapat, siaplah. Jenuh mommy babah nak kejar. Nanti saya update perkembangan terbaru Zayyan k.. :D



Encik babah sedang beraksi dgn persembahan angklungnya. Jatuh chenta dolu dolu pun masa dia tengah buat persembahan. Terus dia minta phone no kita. Auwwwww..dia pandang2 jeling2 kita dari celah2 angklungnya itu..suiiitttt sgt kan? Ehhh..terimbau kenangan chentan chentun pulak.. Hehehehe

Till then, happy working my friends!

Footnote: Saya akan cuba jejak balas kat blog kawan-kawan ye. InsyaAllah..cuba mencari ruang dan peluang untuk tinggalkan jejak kat blog uolls..hehehe

21.5.14

#SELFIE DENGAN ANAK-ANAK

Assalammu'alaikum WBT.

Meh la layan gambar. Takde idea nak update. Blur je. Mengantok pun ye gak. Dah 2 malam tak lena tidur. Tak tau la kenapa. Skang ni mata bagai digam-gam. Nak-nak kalau tgk PC ni kan, ditambah pulak dgn lagu alunan yg sungguh merdu, perut sudah kenyang, bertambah-tambah layu mata ni..hehehe

Meh la tgk anak-anak mommy yg comel genit cute ni. Kemain lagi memasing kan. Berebut-rebut nak #selfie.



Footnote : Tengok gambar ni, rindukan anak-anak pulak. Nak-nak baby zayyan yg genit tu. Hehehe

12.3.14

THROWBACK : HAPPY BIRTHDAY MY SON!



Sons may grow into men
And grow out of their toys
But in the hearts of mummies
They are still their lil' boys

I still remember when I deliver you out
9 March 2011, 1.12 am
It's such a sweet moment
I'll never forget

Happy 3rd  birthday son 
I ♥ you so much!




Permata hati mummy dan babah.. ♥♥♥♥

#PrayForMH370
#DoaUntukMH370
#MalaysiaAirlines
#MAS

7.2.14

SAMA TAPI TAK SERUPA... ^_^

Assalammu'alaikum WBT.

Muka 3 beradik ni lebih kurang sama je masa baru lahir. Masa dalam berpantang aritu, whatsapp gambar ni kat babah diorg, babah pun cakap sama sgt. Pipi masing2 labuh. Yang dapat dagu lekuk mummy, baby Zayyan sorang je. Lesung pipit kiri kanan pulak, kakak dan baby Zayyan. Abam bambam dpt kulit putih gebus dan chubby mcm mummy. Hehehe


Footnote : Rindu pulak dgn anak-anak masa diorg baru lahir bila tgk balik gambar ni...

15.1.14

HAPPY 6th MONTHS OLD BOBOT MUMMY!

Assalammu'alaikum WBT.

Semalam genaplah usia baby Zayyan Nourkhalish yang ke 6 bulan. Alhamdulillah..masih menyusu badan secara eksklusif sepenuhnya. Syukur alhamdulillah..sepanjang membesarkan bobot mummy ni, tiada sebarang sekatan yang melanda utk fully bf baby. Malahan kalau ada make-up job pun, baby mcm tau2 je mummy xde. Pandai minum EBM guna botol. Good boy! Kalau keluar pun, masih menyusu badan lagi sbb sekarang dah senang, ada nursing cover. Nak menyusu kat mana2 pun xde masalah. ^_^

Dah start ambil solid food. Mummy start dengan memberi pisang kastard (produk Heinz). Pastu untuk bekalan, mummy blend kan kentang dan carrot dengan bubur nasi. Alhamdulillah..bobot suka sgt. Suka makan mcm abam bambam dia tu. Hehehehe

Bobot dah meniarap sejak umur 4 bulan lagi, sekarang dah ligat pusing sana sini, angkat2 montot nak merangkak, berat pun boleh tahan (9kg+ kot...berat je bila dukung..), x kisah nak tidur dalam buai atau di atas tilam je, tapi asyik terjaga je kalau ada gangguan bising (yg ni ikut perangai mummy, x bole bising sikit). Hehehehe. Nak buat mcmana kan, telinga kita telinga lintah.


Gambar kiriman babahnya kat whatsapp. Kemain senyum lagi! Comel comel!
Mummy doakan semoga bobot mummy ni diberikan kesihatan yang berpanjangan, otak yang cerdas, bijak, tubuh badan yg sihat senantiasa. Amin. Love u bobot!

Footnote: Get well soon buat my dear hubby..hari ni berat hati nak pergi kerja sebab dear demam teruk. Huhuhu.

6.1.14

SETELAH BERBULAN-BULAN BERSAMA, AKHIRNYA....

Assalammu'alaikum WBT.

Lamanya tak bersiaran..rindunya kat kawan2 semua..rindunya nak story mory dgn uolls..hari ni, saya baru start memulakan tugas setelah 6 bulan bercuti (3 bulan cuti bersalin, 3 bulan cuti tanpa gaji)..bergelumang dgn anak2 dan incik hubby, dgn urusan rumahtangga, dgn urusan bisnes..alhamdulillah..satu kenangan yg berharga dalam hidup saya bila dpt bersama2 dgn insan yg tersayang..

Hari ni, ayish bambam 1st day kat taska. Bangun pagi kejut dia, ajak g school dia kata "Mummy, ayish tak nak pergi sekolah.." Alamak..mummy dah risau bila bambam ckp gitu. Mana taknya, semalam n kelmarin bukan main seronok bila kami bgtau nnt ayish duduk kat school, mummy babah nak work. Dia kata ok mummy. Tapi bangun pagi tadi, merengek (hampir menangis) takmo g school. Bila anak dah pandai bercakap mcmni lah.

At last dia redha je nak ikut mummy g school. Dia minta susu. Dalam kereta saya letak dia kat pilot seat. Risau kalau2 x perasan dia kt belakang, maklumlah dah bertahun2 x hantar anak ke taska. (skang ni kan mcm2 kes, so kena berhati2 takut terlupa. kebetulan dah 6 bulan x g kerja. Mmg mudah sgt lupa) Taska tu sebelah office ni je pun. Senang. Ingat nak hantar sama dgn baby zayyan, tapi memandangkan bambam dah 3 tahun, harus ajar dia berdikari sendiri, playing around with other kids, learning something at school. Itu semua momen yg indah buat anak2 kecil.

Tadi teacher update bgtau psl bambam. Alhamdulillah..dia ok. Pagi tadi ada assembly dan dance. Teacher bgtau ayish ok. X sabar rasanya nak balik, ambil dia dari taska. Mesti banyak yg dia nak cerita kan.

Baby zayyan pulak, esok baru start kat rumah babysitter. Akak tu duduk depan rumah kitorg je. Senang kalau apa2hal. Setakat ni, kalau tinggal2 gitu kat incik hubby (kalau ada job mekap or pelamin), baby sgt mudah utk diuruskan sbb dia tau mummy was not around, so I have to drink EBM. Hihihi. So tadi asyik tanya incik hubby, mintak dia update psl baby. Baby ok, merengek2 gitu je la.

Buah hati pengerang jantung mummy babah
Footnote: Later saya update perkembangan terkini aktiviti2 kami ya. Especially, baby Zayyan Nourkhalish yg bobot mungil mungil tu. Hehehe. Nanti saya akan cuba seupaya yg boleh singgah ke blog kawan2 yg selalu jengah dan drop komen kt blog saya ni. Tq sayangs!!

3.7.13

KERINDUAN....

Assalammu'alaikum WBT.

Syukur alhamdulillah..urusan pertukaran sekolah kakak dah selesai. Pagi tadi abah bagitau kakak dapat masuk ke kelas 1 Bijak, dapat kelas no 1 berdasarkan keputusan peperiksaan kakak baru-baru ni di SK Subang...alhamdulillah..lega hati mummy dan babah di sini. Kelmarin berurusan di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, tapi tak dapat nak dapatkan kelulusan dari Pegawai PPD disebabkan beliau sedang bercuti. So, terpaksa tangguh kepada esok harinya. 

Semalam kami dok tunggu panggilan dari PPD tapi hingga jam 10 pagi masih belum dpt apa-apa berita sbb ikutkan kerani yg bertugas, dia maklumkan akan call kami sejurus mendapat kelulusan dari Pegawai PPD. At last, my dear sendiri yang call utk dapatkan keputusan. Ni la masalahnya dgn perkhidmatan awam, masih belum ada perubahan. Patutlah ramai yg complaint itu ini, ingatkan sistem dah berubah. Rupanya masih sama je. **sigh**...

Apapun, takdelah mummy dan babah risaukan kakak dan bambam. Dua-dua dah selamat berada dalam jagaan mak abah di Melaka. Memandangkan tarikh due saya yang semakin hampir ni. Pagi tadi berat hati nak tinggalkan anak-anak, menitis airmata ni...#hatiseorangibu


 
 Mummy rindu sgt pada kamu berdua!
Doakan mummy selamat melahirkan baby ye...

Airmata menitis lagi.... :'(
 
Footnote : 14 hari lagi menanti detik tarikh jangka lahir 17.07...kalaulah baby keluar 19.07, dah sama dgn tarikh lahir saya. Hehehe. Hopefully baby keluar awal dari EDD. Semoga segalanya dipermudahkan... Amin..

29.5.13

COMEL TAK SAYA?



Bambam kena buli dgn mummy ^___^
Geram sgt tgk pipi dia yg montel tu
Sekali tgk mmg mcm gegirl
Tapi 3-4 kali tgk betul2, mmg boboy
Tu belum kira perangai dan ragamnya lagi
 Depan orang mmg pandai duduk diam
Tapi bila kat rumah, dialah putera raja
Kalau bab merengek, dialah no 1
Apa yang dia nak, kalau tak dpt habis dia jerit "Athirah!"
Dah si kakak je teman sepermainan dia
Ohohoho..mcm2 ragam la anak bujang mummy ni
Layankan je la...
 
Footnote : Malam tadi tidur awal. Sampai tak sedar hujan turun mencurah-curah pukul 4-5 pagi tadi, patutlah sedap je tarik selimut. Maklumlah, duduk rumah kampung, aircond original...Hehehe

17.4.13

BUAH HATI PENGERANG JANTUNG MUMMY YANG COMEL

 


 


 

 

 

Anak-anak adalah permata hati ibu bapa
Anak-anak adalah anugerah yang tinggi nilainya
Saya sayang anak-anak saya.... 
#hatiseorangibu

Footnote : Entry auto-publish....

10.4.13

KETIDAKSIHATAN MELANDA BAMBAM PULAK....

Assalammu'alaikum WBT.

Selepas mummy dah sihat, bambam pulak yg dilanda demam. Kesian sgt kt dia. Sebelah siang, suhu badan mmg ok. Badan pun x panas. Makan berselera, minum susu mmg banyak jugak, aktif dan melasak seperti biasa jugak. Cuma bila tgh malam je, panas badan dia naik. Dah masuk PCM kat montot pun still x kebah. Kesian sgt kt bujang mummy yg sorang ni. Tak sampai hati pulak tgk dia mcm ni.

Bawa check-up kat klinik, doc bgtau tekak dia bengkak dan merah. Itulah punca demam dia on off. Actually, bambam jarang demam. Sbb dia dpt susu badan sepenuhnya since baby till umo 2 tahun, kira imun dlm badan utk menentang penyakit tu kuat. Tapi sesekali demam, mmg berhari2 jugaklah. Petua utk kebah demam, selsema dan batuk dah pun diamalkan. Hanya perlu doa dan tawakal kepadaNya agar disembuhkan.

Ginilah hati seorang ibu. Tak sanggup tgk anak-anak tak sihat. Tak sanggup tgk anak-anak melepek menahan sakit. Tak sanggup tgk anak-anak merengek-rengek menahan kesakitan. Tiap-tiap malam, babah akan ambil alih utk jaga bambam sbb tau mummy dah penat siang hari jaga dia.
Pagi semalam dan pagi tadi dia tgk mummy xde, dia meraung-raung cari mummy. Alahai..kesian sayang mummy ni. Mana tak nya, dekat seminggu lbh mummy ada kat rumah. Manja kemain lagi. Semalam bawa g klinik lagi sbb mata sebelah kiri dia merah sikit, doc kata panas dalam ni. Doc soh continue antibiotik, kalau tak ok jugak bawa lagi ke hosp utk check darah.

Mummy, babah dan kakak doakan bambam cepat sembuh ye.....

Muka budak tak sihat
Demam2 pun gigih nak wat peace
Lena kesan dari makan ubat
Footnote : Hati seorang ibu....

11.3.13

BEGITU PANTASNYA MASA BERLALU...

Newborn
1 bulan
5 bulan
10 bulan
1 tahun 5 bulan
2 tahun
Dalam sedar tak sedar, begitu pantasnya masa berlalu kan..Dalam sedar tak sedar, bambam telah pun genap 2 tahun usianya..Dalam sedar tak sedar, bambam dah pandai mengira 1-10, alif ba ta, baca doa makan (walaupun dalam pelat2 dia tu) bahasakan diri dia as ABANG (sambil tangan tepuk kt dada), makin hari makin bijak, makin hari makin manja yg teramat (since preggy ni, bertambah2 manja ngan mummy. gedik sungguh! hehe)

Syukur alhamdulillah..sejuk perut mummy mengandungkanmu bambam. Gelaran bambam ni saya dapat since badan dia makin chubby, pipi dia makin bolat sejak dari baby lagi. Geram sgt! Nama betulnya: Ayish (penghidupan yg kekal) Dayyan (pelindung). Dapat nama 'Ayish' directly from Al-Quran. Ramai yg salah sangka pada mulanya, diorg ingatkan bambam ni gegurl. Tapi bila tgk iras wajahnya betul2, mmg terserlah kelelakian dia tu. Tu belum tgk ragamnya lagi. Hehehe.

Sepanjang membesarkan bambam hingga usianya 2 tahun, tak berapa sukar sebenarnya. Sbb sedari baby lagi, bambam mmg x banyak ragam, tanyalah mana-mana pengasuh (taska kt opis, babysitter kt rumah, mak abah saya, adik beradik saya dan plg terutamanya incik asben saya sendiri), pasti response dari mereka, "Senang nak uruskan Ayish, x bnyk ragam". Syukur alhamdulillah..cuma lately ni, bila dia semakin besar, dah pandai cakap n mintak itu ini, since mummy dia ngah preggy ni, makin menjadi-jadi lah manja dan lasak dia tu. Apedehal kan, nama pun anak lelaki. Mmg lasak semacam bila umur gini. Tanyalah mana-mana ibu yg pernah melahirkan anak lelaki. Pasti akan lalui pengalaman yg sama mcm saya ni kan. Hehehe

Tanggal 9 Mac 2013 yang lalu, maka genaplah usia bambam ke-2 tahun. Tapi kami tak celebrate pun disebabkan kekangan masa. Mungkin akan celebrate masa cuti sekolah nnt, boleh bawa anak2 berjalan2 or masa besday babah bulan 4 nanti. Hadiah utk bambam kami dah cari, tunggu time nak beli je. Dan hadiah tu, dia sendiri yg pilih. Tu yg paling penting! ^__^


Buat putera mummy, Ayish Dayyan...
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-2
Semoga dipanjangkan umurmu
Semoga dimurahkan rezekimu
Semoga dicerdaskan akal fikiranmu
Semoga dicergaskan fizikalmu
Semoga menjadi anak yg soleh
Semoga menjadi anak yg mendengar kata
Semoga menjadi anak yg berjasa kpd mummy babah
Semoga menjadi anak yg sentiasa menyenangkan
Semoga menjadi insan yg cekal, tabah dan semangat di masa-masa akan datang
Semoga kamu sentiasa dalam redhaNya…
Ya Allah Ya Ghafur, Ya Arhama Rohimiin,
La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazholimin.
La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah. 
Amin...

Hugs and kisses,
Mummy
Babah
Kakak
Baby inside

View pengalaman bersalinkan bambam kat SINI

Footnote : Nak bawa anak-anak bercuti di mana ya sempena cuti sekolah nanti? Boleh celebrate besday bambam sekali :D
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara