VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label SuWaRa Entertainment. Show all posts
Showing posts with label SuWaRa Entertainment. Show all posts

20.8.15

BEGITU LUAS REZEKI DARI-NYA

Assalammu'alaikum WBT.

Bercakap tentang rezeki ni kan, mesti ada yang cakap, rezeki ni datang dalam bentuk kewangan semata-mata. Oh silap tu. Allah menjanjikan rezeki dalam pelbagai rupa bentuk. Kerjaya, harta, wang, rumah, pasangan, anak-anak, dan segala macam jenis rezeki yang Allah limpahkan buat kita. 




Maka, setiap apa yang kita usahakan, setiap apa yang kita kerjakan, seharusnya kita berdoa agar dipermudahkan. Selebihnya kita bertawakkal kepadaNya Yang Maha Esa. Mungkin rezeki itu tidak akan datang segera dan sekelipmata, mungkin ianya mengambil masa yang lama. Semua itu rahsiaNya. Apapun, kita harus ungkapkan rasa kesyukuran kepadaNya di atas segala kurniaan yang telah kita kecapi hingga ke hari ini. Syukur alhamdulillah. Thank you Allah.. :)

Till we meet again...
Have a nice day :)

Salam sayang,
Suria Qaisara Beauty Touch

10.6.14

#THROWBACK : PERSEMBAHAN ANGKLUNG SOLO DI LANGKAWI!

Assalammu'alaikum WBT.

Cerita basi. Tapi nak upload story gak. Hehehe. Aritu dah up gambar, story mory morning glory lum up lagi kan. Dah lama g Langkawi ni, bulan 12 tahun lepas kalau tak silap. Giler lama benau. Tapi, ade ku kesah. Hehehehe

Sebenarnya Kraftangan Langkawi menjemput kami dari SuWaRa Entertainment untuk mengadakan persembahan angklung solo sempena Festival Kraf Langkawi. Segala penginapan dan pengangkutan disediakan oleh pihak penganjur. Haaa..sape tak teruja kan? Sebelum-sebelum ni mmg selalu juga show di luar KL Sgor, tapi masa tu my dear masih bekerja di bawah event company. Sekarang keterujaan tu membuak2 kerana kami dah pun berdiri atas kaki sendiri, atas usaha sendiri.

Kami bertolak seawal jam 3 petang ke KLIA memandangkan flight kami selepas solat Maghrib. Risau la pulak jika ada berlakunya sebarang kemungkinan, just get ready je la. Kalau uolls nak tau, penerbangan kami ditaja oleh pihak penganjur. Alhamdulillah..kami menaiki flight Malindo Air. Ala2 MAS jugaklah. Cuma xdelah makan2 mcm MAS. Diorg just bagi mineral dan biskut je. Ok la kan. Perjalanan pun x amik masa yg lama.

Sedih jugak tak dapat bawa kakak dan abam bambam. Kami decide utk bawa baby zayyan yg masih kecil pada waktu itu, 4-5 bulan umurnya. Umur mcmtu senang nak bawa ke sana sini sbb kerjanya tido je. Dear kata next time kita bawak diorg cuti2 jalan2 kt Langkawi, amik cuti lama sikit. Baru puas jalan2 :)

Tak lama pun kami kat sana, lebih kurang 3-4 hari je. Cukup la untuk kami buat persembahan dan curi sedikit masa utk jalan2 kat sana. Next time Jom layan gambar!


 


 

 




Ni pula gambar-gambar sekitar persembahan sempena Festival Kraf Langkawi di Kompleks Kraf dan juga di Pekan Rabu. Walaupun cuaca sepanjang bulan tu hujan serta mendung, tapi masih boleh la nak berjalan-jalan lagi. ^_^



 





Langkawi in Memory, Memory in Langkawi. Till we meet again. Sayonara. Adios Langkawi. Will be back again soon. InsyaAllah :)

3.3.14

MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA BELIA NEGERI SELANGOR 2013


Assalammu'alaikum WBT.

Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013
30 November 2013
Tapak Agro Fest 2013
Perkarangan Stadium Shah Alam

Pada November 2013 yang lalu, SuWaRa Entertainment telah dijemput untuk mengadakan persembahan Angklung Orkestra dan pihak penganjur telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan sewaan pelamin di pentas dan photobooth. First step forward dalam bidang perkhidmatan sewaan pelamin di dalam majlis yang agak besar anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Pada mulanya, pihak penganjur hanya inginkan persembahan angklung sahaja. Namun, saya propose juga perkhidmatan sewaan pelamin. Setelah perbincangan dilakukan, mereka tertarik dgn rekacipta pelamin pentas dan photobooth dari kami dan bersetuju melantik kami untuk membekalkan perkhidmatan tersebut. Yang bestnya, semasa majlis ni berlangsung kami dah berada di Langkawi utk persembahan di sana pulak. Nampak kan rezeki Allah nak bagi? Syukur alhamdulillah..rezeki anak-anak kami :)

Majlis telah diadakan di Perkarangan Stadium Shah Alam pada 30 November 2013 yang melibatkan 45 pasangan yang terdiri daripada pasangan Melayu, Cina dan India pada Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013 yang berlangsung meriah di Perkarangan Stadium Shah Alam.












Tahniah diucapkan kepada semua mempelai, semoga ikatan dan perkongsian ini memperkuatkan lagi azam untuk terus maju kehadapan selain mengecap kebahagiaan hingga akhir hayat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada SuWaRa Entertainment untuk bekerjasama bagi memeriahkan majlis ini.

**********************************************************************************************

Berminat dengan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan?

10.1.14

JOM KE KARNIVAL MAMPAN!!

Assalammu'alaikum WBT.

SUWARA ENTERTAINMENT
SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH
SURIA QAISARA COLLECTION

Kami akan mengadakan promosi di Karnival MAMPAN (Memartabatkan Usahawan dan Produk Tempatan). Terdapat pelbagai aktiviti yang akan diadakan di booth kami antaranya adalah:

- promosi persembahan ANGKLUNG SOLO
- promosi pelamin
- promosi baju pengantin
- promosi TRIAL MAKE-UP dgn harga serendah RM20 sahaja (harga asal RM75)
- promosi tudung/shawl eksklusif dari Suria Qaisara Collection
- promosi brooch eksklusif dari Suria Qaisara Collection dsb.
- persembahan ANGKLUNG SOLO di pentas utama pada 11 Jan, mulai 8 malam
- persembahan kump. MonoloQue di pentas utama pada 11 Jan, mulai 8 malam

Maklumat lanjut seperti di flyers:


18.11.13

TEMPAHAN PERKHIDMATAN DAN PERSEMBAHAN BAGI TAHUN 2014

Assalammu'alaikum WBT.

Morning sayangs!! Sorry la lama dah x update belog kesayanganku ni..kekangan masa yg teramat..huhuhu..maklumlah, bila jadi surirumah ni mmg x sempat sokmo nak pegang tab ni ha..dapat update FB je pun..itupun curi2 masa time baby tido..tapi kdg2 mmg x sempat nak wat keje yg melibatkan penggunaan internet ni sbb bz ngan kerja2 rumah.

Ok ok..tamo bebel panjang2. Hari ni just nak update tarikh2 yg client dah booking perkhidmatan dan persembahan bagi tahun 2014. Hamboi..terasa cepat je masa berlalu kan..jap je dah nak masuk tahun baru..

SUWARA ENTERTAINMENT
SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH

Februari
1. 2/2, 11am-4pm: Pakej persembahan GHAZAL, SILAT, SOUNDSYSTEM, EMCEE dan ANGKLUNG (for guests arrival), majlis perkahwinan anak Puan Suhana di Dewan MPAJ Pandan Indah.
2. 2/2, 11am-4pm: Pakej persembahan GAMELAN dan KOMPANG, majlis perkahwinan anak Dr Hidayah di Dewan Sri Endon, Putrajaya

Mac
1. 14/3, 3pm: Deco tempahan HANTARAN utk majlis pernikahan Najwa di Kota Damansara
2. 15/3, 11am: Persembahan ANGKLUNG SOLO, majlis resepsi Najwa di Dewan Perhebat, Sg Buloh
3. 15/3, 11am: Pakej GAMELAN, SILAT dan SOUNDSYSTEM, majlis resepsi Amalina di Bangi Golf Resort

April
1. 4/4, 4pm: Perkhidmatan MEKAP/SOLEKAN utk majlis pernikahan Najwa di Masjid Besi, Putrajaya
2. 5/4, 11am: Perkhidmatan MEKAP/SOLEKAN dan persembahan ANGKLUNG SOLO utk majlis Resepsi Najwa di Dewan Kelab Komuniti Cyberjaya

Mei
1. 3/5, 11am: Persembahan ANGKLUNG SOLO utk majlis perkahwinan Muna di Pusat Komuniti Sri Petaling

Jun
1. 8/6, 11am: Pakej persembahan GHAZAL, KOMPANG, SILAT, DEEJAY, SOUNDSYSTEM dan ANGKLUNG SOLO (for guests arrival) utk majlis perkahwinan anak Puan Esiah/Ita di Taman Pelangi, Rawang

September
1. 14/9, 12pm: Pakej persembahan GAMELAN, KOMPANG, SILAT, DEEJAY, SOUNDSYSTEM dan ANGKLUNG SOLO (for guests arrival) utk majlis resepsi anak Puan Esiah/Ita di Dewan Batu 16, Rawang

Kalau ada yg berminat utk buat tempahan, boleh whatsapp saya, Suria 0142379783 dan dapatkan perkhidmatan dan persembahan yang kami tawarkan dengan harga yg menarik! 

1.11.13

SEWAAN PELAMIN

Assalammu'alaikum WBT. 

Hari ni nak update kt korang psl SEWAAN PELAMIN. Pada 25 Oktober aritu, kami g pasang pelamin mini utk majlis pernikahan anak aunty Puteri Nurashikin di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.

Pada mulanya, kami bercadang nak pasang pelamin tu pada 25 Oktober sebelah pagi, tapi disebabkan takut x sempat, kami minta izin dari aunty utk pasang pada Khamis malam selepas solat Isyak.

Nak dijadikan cerita aunty Shikin ni mmg confirm kan last minute dgn saya nak sewa pelamin mini, 2 minggu b4 majlis. Nasib baiklah barang-barang masih available tapi tau je la kalau last minute punya kes mcmane kan. Kitorg mcm x puas hati je tgk pelamin tu seb Nak tgk hasilnya??

♥

♡

♥

♡

♥

♡

♥

♡



Taraaaa...cantik tak cantik tak?? Hihihi..iolls suka sgt ok..aunty Shikin dan family pun suka sgt. Then, aunty minta deco table utk pengantin yg simple2 je. Syukur alhamdulillah..walaupun dapat job ni last min, dpt jugak dijayakan dgn sempurna. Thanks guys yg dtg tolong2 kami..


The best thing is, our client suka suka suka sgt dgn kerja kami walaupun dalam keadaan kelam kabut last min punya kerja. Hihihi..Alhamdulillah. .

Later saya update lagi gambar-gambar pelamin dan baju pengantin k..So, bagi sesiapa yg ingin menggunakan perkhidmatan SEWAAN PELAMIN, BAJU PENGANTIN dan MEKAP dari kami, jgn lupa Whatsapp SURIA 0142379783 or boleh emel ke suria1907@yahoo.com. 

Suria Qaisara Beauty Touch
Suria 0142379783

2.10.13

PROMOSI HIASAN DALAMAN DAN SENI TAMAN 2013

Assalammu'alaikum WBT.

Jangan lupa saksikan persembahan ANGKLUNG BERKUMPULAN oleh KUMP. FUSIONA ETHNIQUE di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada :

◆ 1 Oktober 2013 (Selasa): 3pm - 4pm dan 5pm - 6pm
◆ 4 Oktober 2013 (Jumaat): 3.30pm - 4.30pm dan 5.30pm - 6.30pm


Jom kita memeriahkan suasana!

Footnote: Mood menghapdet makin ke laut. Nak bw pun x sempat. Busy uruskan anak2 kat rumah. Sorry ye kawan2..huhuhu

27.9.13

KARNIVAL USAHAWAN DESA 2013

Assalammu'alaikum WBT...

Jangan lupa saksikan persembahan ANGKLUNG SOLO, ANGKLUNG DAN KUMPULAN oleh KUMP. FUSIONA ETHNIQUE serta GAMELAN dari kami, SuWaRa Entertainment pada 26 hingga 29 September 2013 di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya.



Jadual persembahan adalah seperti berikut:

◆ 26 September 2013, Khamis:-
4pm: Gamelan (Pentas Kebudayaan Zon A)
5pm: Angklung Solo (Pentas Kebudayaan  Zon A)
5.30pm: Gamelan (Pentas Kebudayaan Zon A)

◆ 27 September 2013, Jumaat:-
5.30pm: Gamelan (Pentas Kebudayaan Zon A)
8.30pm: Gamelan (Pentas Utama)

◆ 28 September 2013, Sabtu:-
2.30pm: Angklung Solo (Pentas Kebudayaan Zon A)
5.30pm: Angklung dan Kumpulan - Kump. Fusiona Ethnique (Pentas Kebudayaan Zon A)
8.30pm: Angklung dan Kumpulan - Kump. Fusiona Ethnique (Pentas Utama)

◆ 29 September 2013, Ahad:-
12pm: Angklung dan Kumpulan - Kump. Fusiona Ethnique (Pentas Kebudayaan Zon A)
3pm: Angklung dan Kumpulan -Kump. Fusiona Ethnique (Pentas Kebudayaan Zon A)

Jumpa anda di sana!

Berminat dgn perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan?
Sms/whatsapp SURIA 014-2379783 atau ZACK 010-2794213 utk keterangan lanjut.

Footnote: Saya akan berada di KUD ni pada hari Sabtu dan Ahad. Show Kump. Fusiona Ethnique hari Sabtu tu nanti, bakal berkongsi stage di main stage dgn artis2 top seperti Anuar Zain dan Najwa Latiff. Kalau ada rezeki, nak jugak jumpa mereka. Hihihi

22.8.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3 (PART 2)

Assalammu'alaikum WBT...

13 Julai 2013
◆ 8am - 3pm
Actually, tgh malam tu mmg tak dpt tidur dgn nyenyaknya seperti hari2 sebelumnya disebabkan kontraksi yg tak menentu, x kira masa dtgnya. Sakit? Mmg sakit..tapi setiap kali kontraksi hadir, saya berzikir dan menarik nafas melalui hidung dan hembus keluar melalui mulut spt yg tlh diajari oleh doktor. Kurang sikit sakitnya..

Bangun pagi awal sikit pagi tu memandangkan my dear hubby ada angklung show di KL Festival City, Taman Danau Kota pd jam 8pm. So, nak kena keluar awal dari rumah. Tapi lepas breakfast, sidai baju, lipat kain baju, kemas rumah apa yg patut, kontraksi dtg balik. My dear tanya "Syg nak g hospital ke, kalau nak pergi siap2lah. Kita kesian tgk syg sakit mcmni. Psl show tu syg jgn risau. Kita boleh minta staff cover kan.." Saya ckp "Xpe dear, syg boleh tahan lagi, kontraksi ni x kerap sgt. Jap ade jap xde. Kang klau g hosp awal2, dah masuk tu mmg susah nak keluar balik la, asyik kena check bukaan je. Tapi mengikut firasat dan naluri, tgh mlm nnt syg bersalin ni.."

My dear sian tgk saya sakit kontraksi camtu, dia suruh saya baring dan tidur. Mmg saya terlelap time tu, tapi terjaga2 sbb x selesa perut dah semakin menurun dan sbb kontraksi main2 dtg balik. Huhuhu. Pukul 2pm saya bangun g mandi sepuas2nya dan terus bersiap2 utk ikut my dear g angklung show. Beg saya dan baby utk kegunaan kt hosp dah siap2 letak lama kat dlm kereta. 

◆ 7pm-9.30pm
My dear dah setup angklung on stage dan soundcheck, kitorg JJCM kt dlm mall tu je memandangkan dah nak masuk waktu berbuka. Kitorg beli roti boy ngan choc kurma ice blended je sbb xde rasa nk mkn yg berat2. Tgh2 makan tu, kontraksi semakin kerap. Oh tidak! X boleh tahan dah, tak senang duduk dibuatnya, mulut tetap terkumat kamit berzikir. My dear dah risau..saya minta izin ke tandas utk check tanda2, yes mmg tanda2 dah semakin dekat, lendir bercampur darah kelihatan semakin banyak, bawah rahim semakin berat. 

Kembali ke tepi stage, menahan sakit sambil berdoa agar Allah ringankan sakit kontraksi,  sambil usap perut pujuk baby supaya keluar tgh mlm sikit, kita tunggu babah habis show ye syg, sian babah cari duit utk kita sekeluarga..alhamdulillah,  baby dengar ckp. Bila dia dengar alunan muzik angklung, senyap pulak dia, xde pulak kontraksi. Sempat lagi saya snap gambar my dear tgh perform. Hihi


Bayangkanlah, show tu x lama..1/2 jam je pun tapi rasa mcm 12jam lamanya. Huhu..Settle je show, my dear terus buka angklung tanpa berlengah lagi. Uncle technician yg bertugas mlm tu, suruh my dear bawa saya ke hosp dan suruh saya jalan perlahan2. Ya Allah..baiknya uncle tu..dlm kereta menahan sakit sambil genggam tgn dear sekuat2nya..sorry ye dear, tergenggam tgn dear sekuat hati pulak.

TO BE CONTINUED...

Footnote: Maaf ye kwn2, dah lama saya tak balas jejak. Mana yg saya sempat terjah, saya akan terjah. Tgh berpantang dan ada baby tecik mmg renyah sikit. Saya cuba sedaya upaya k..thanks korang yg sudi jengah dan tinggalkan komen tanpa jemu.. ♥♡♥♡♥♡ u olls!!

28.6.13

PESTA FLORIA PUTRAJAYA 2013

Assalammu'alaikum WBT.



Jangan lupa saksikan persembahan-persembahan dari SUWARA ENTERTAINMENT di Pesta Floria, Putrajaya pada 29 dan 30 Jun (esok dan lusa) di hari-hari terakhir ini! Terdpt pelbagai aktiviti yang menarik menanti anda di sana!
  1. 29 Jun (Sabtu, 4pm-6pm) : Persembahan ANGKLUNG SOLO oleh ZACK OSMAN di booth MTIB/Tesco (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 
  2. 29 Jun (Sabtu, 4pm-9pm) : Persembahan TARIAN KANAK-KANAK di Pentas Mini (MJEvent)
  3. 30 Jun (Ahad, 4pm-6pm) : Persembahan ANGKLUNG SOLO oleh ZACK OSMAN di booth MTIB/Tesco (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
  4. 30 Jun (Ahad, 2pm-4pm) : Persembahan TARIAN KANAK-KANAK di Pentas Mini (MJEvent)


Jumpa anda di sana! Jangan lupa ya :)

Footnote : Anak-anak dah selamat di bawah jagaan mak abah di Melaka. Nervous menanti EDD, 20 hari lagi! Standby mode.....

PROMOSI KERJA KAHWIN 2013

Assalammu'alaikum WBT.


Jangan lupa saksikan persembahan angklung berkumpulan dari Kump. Fusiona Ethnique di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada HARI INI jam 4.00 petang hingga 7.00 malam bersempena Promosi Kerja Kahwin 2013 di Pentas Utama, Laman Seri Anjung (rujuk maps di bawah)

Sepatutnya KUMP. FUSIONA ETHNIQUE. Hehehe
** Klik utk tumbesaran **
Terdapat juga pelbagai aktiviti harian dan promosi khas yang menarik. Antaranya adalah:
  1. Jualan kraf & perkhidmatan perkahwinan
  2. Pameran
  3. Demonstrasi & interaktif
  4. Persembahan kesenian
  5. Lawatan berpandu berkumpulan
  6. Persandingan pengantin beramai-ramai
  7. Kursus pra-perkahwinan
  8. Manifestasi perkahwinan Malaysia
  9. Demonstrasi andaman & tatarias pengantin Malaysia (tak dpt nak tgk la pulak sbb demo ni diorg buat esok hari, kami ade show kt Putrajaya. huhuhu)
  10. Demonstrasi sajian masakan pengantin
  11. Rewang pengantin
  12. Pelbagai pertandingan
Jumpa anda di sana!

Footnote : Maaf ye kawan-kawan, few days ni saya MC sebab terkena cerry berry dan 'braxton-hicks' (pre-contraction/contraction main-main). 20 more days to go to my EDD!!

20.6.13

JUMPA DI PESTA FLORIA PUTRAJAYA!

Assalammu'alaikum WBT.


Hari ni just nak update show kami di Putrajaya bersempena Pesta Floria Putrajaya 2013 di Waterfront, Presint 2, Putrajaya yang akan berlangsung pada 20 hingga 30 Jun 2013.

Utk pengetahuan korang, kami SuWaRa Entertainment akan mengadakan persembahan di Pesta Floria Putrajaya 2013. Macam kami ni, mmg tak pernah berpeluang ke sana samada pergi saja suka2 tgk apa yg menarik, mahupun membuat persembahan. Jadi, ini adalah julung kalinya kami ke sana dalam mood bekerja sambil berjalan.


  1. 22 Jun (Sabtu, 2pm-4pm) : Persembahan ANGKLUNG SOLO oleh ZACK OSMAN di booth MTIB/Tesco (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)
  2. 22 Jun (Sabtu, 4pm-9pm) : Persembahan TARIAN KANAK-KANAK di Pentas Mini (MJEvent) 
  3. 23 Jun (Ahad, 2pm-4pm) :  Persembahan ANGKLUNG BERKUMPULAN oleh KUMP. FUSIONA ETHNIQUE di booth MTIB/Tesco (Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 
  4. 23 Jun (Ahad, 2pm-4pm) : Persembahan TARIAN KANAK-KANAK di Pentas Mini (MJEvent)
  5. 29 Jun (Sabtu, 2pm-4pm) : Persembahan ANGKLUNG SOLO oleh ZACK OSMAN di booth MTIB/Tesco(Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) 
  6. 29 Jun (Sabtu, 4pm-9pm) : Persembahan TARIAN KANAK-KANAK di Pentas Mini (MJEvent)
Bagi yang tinggal di kawasan Putrajaya dan yang berdekatan, yang ingin menyaksikan sendiri persembahan-persembahan dari SuWaRa Entertainment secara LIVE, bolehlah datang ke Pesta Floria Putrajaya 2013. 

Kalau ada sesiapa di antara blogger yang berjumpa chit chat dgn saya, call/whatsapp saya, Suria 014-2379783, especially MamaZN (Nad) dan Lieya Latif. Hehehe. Roger-roger k :)

Jumpa anda di sana!

Footnote : Minggu-minggu terakhir di bulan Jun yang penuh debaran. Berdebar kerana menanti detik melahirkan baby inside, now dalam standby mode. Debaran dan cabaran disebabkan hampir setiap weekend kami berpeluang utk mengadakan persembahan di shopping complex sempena promosi Hari Raya. Risau kot-kot contraction time my dear hubby tgh wat performance. Hopefully segalanya dipermudahkan...Amin..

13.6.13

SOLEKAN TRIAL JULIANA BY SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH

8 Jun 2013, Sabtu
Taman Subang Perdana, Shah Alam
Solekan trial yang ringkas







 
Juliana merupakan sahabat baik dan kawan lama saya sejak dari sekolah rendah lagi. Hingga sekarang kami masih berkawan dan berhubung. Beliau berkhidmat di UiTM Shah Alam dan menetap di Subang Perdana, tak jauh dari rumah saya. Beliau juga merupakan ibu kepada 2 orang cahayamata, sepasang mcm saya juga :)

Dengan adanya trial make-up ni, sekurang-kurangnya saya dapat mengasah lagi bakat saya dalam bidang solekan. Practice makes perfect! Sepanjang bulan Jun 2013 ini, saya membuat promosi FREE TRIAL MAKE-UP bagi kawan-kawan yang berada di sekitar Shah Alam, Kg Subang dan Sungai Buloh. Cuma perlu maklumkan tarikh dan masa, tetapi korang kena datang sendiri ke rumah saya utk mendapatkan trial make-up secara percuma ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Untuk tempahan solekan bagi sebarang majlis: Trial > Bertunang > Bernikah > Bersanding/Resepsi > Bertandang > Annual Dinner > Konvokesyen dan sebagainya, hubungi/whatsapp/sms SURIA 014-2379783 atau melalui e-mel suria1907@yahoo.com. Hebahkan juga kepada kawan-kawan, saudara mara serta sahabat handai yg merancang utk mengadakan majlis perkahwinan. Harga dijamin murah!
 
SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH
Suria 014-2379783 / 017-3210409
Zack 010-2794213
 
Footnote : Maaflah ye kawan-kawan. Mood saya utk berblogging semakin merundum disebabkan semakin sarat mengandung ni. Nak update pun dah takde idea. Jgn kata nak update blog, nak datang kerja pun terasa M yg amat...sana sini dah terasa sakit...huhuhu
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara