VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label anakku. Show all posts
Showing posts with label anakku. Show all posts

3.9.15

HAPPY 9TH BIRTHDAY TO THE ONLY DAUGHTER, NUR ATHIRAH QISTINA



Dear daughter,

If I could give you one thing in life
I would give you the ability to see yourself through to eyes
Only then would you realize how special you are to me.

Wishing you a day filled with pleasure
And a life filled with fun
For even though
You're a little older
You are still our lil' one.

Happy 9th birthday to the only one daughter, Nur Athirah Qistina.

Love,
Mommy




21.8.15

MOMMY, DON'T RUSH MY CHILDHOOD :)

Assalammu'alaikum WBT.

Sharing is caring to all mommies out there.


Seronok melihat anak-anak membesar depan mata walaupun kadang-kadang ada sahaja yang buat mommy hangin satu badan. Hahaha. Menjerit bak Tarzan pulak la kan. Namun begitu, biarlah mereka membesar dengan cara mereka. Setiap anak tumbesaran dan cara mereka berbeza. Tidak sama antara satu anak dengan anak yang lain :)

Buah hati mommy dan babah :)
Ayish Dayyan, Zayyan Nourkhalish, Nur Athirah Qistina

Salam sayang,
Suria Qaisara Beauty Touch

25.7.15

THROWBACK : HAPPY BIRTHDAY MY SWEET LITTLE BABY

To my dear son,

It’s hard to believe two years have passed since that day my eyes and arms first held you. You have brought so much love, joy and energy to my life.

I love the many ways you make me smile. I love your sweet, toddler kisses. I love your excitement when you see me walk through the door. I love your contagious laugh.

I love you with every single ounce and fragment of my heart. One of my greatest joys is watching you grow..I’m so thankful to be your mommy!

Happy Belated Birthday on 14th July 2015!!

❤ Mommy

31.3.15

THROWBACK : SAMBUTAN MAJLIS HARI JADI DI TASKA MATRADE

Assalammu'alaikum WBT.

Hai la..pasai pa la bersarang sgt blog ni..tatau nak habaq lagu mana lagi..mood cikpuan blog ni kdg ok, kdg x ok, yg pastinya kelaut memanjang. Hehehehe

Arini pun tamo cerita banyak, just nak update sambutan besday beramai-ramai di taska MATRADE pada hujung tahun 2014. Walaupun dah lepas, tapi tetap mau update jugak. Seronok tgk diorg celeb besday ramai-ramai. Happening! Siap ada tema gitu..SUPERHERO

Inilah costume pilihan mommy utk Ayish Dayyan bambam..hehehe
Wefie dgn mommy. Mommy plak yg overssss ~~~





 

Ayish Dayyan menang best dress utk kategori boy pulak tu. Hehehe. Alhamdulillah. Teacher dia cakap, ayish je pakai tema superhero Wolverine, majoriti pakai Spiderman dan Superman. Tu sebab la Ayish dipilih sebagai pemenang. Tahniah bambam mommy yg comel ni!


23.3.15

THROWBACK: HAPPY 4TH BIRTHDAY MY LIL' BOY


09.03.15 is your day
U're getting bigger and smarter
Day by day
Week by week
Month by month

May you reach the sky
And put the sun to shame
May you touch the stars
Achieve all the fame

But do always remember us
Who helped you reach wherever you are
No matter how many birthdays come and go
You'll always be my lil' boy

Happy Birthday Ayish Dayyan


Love,
Mommy
Babah
Kakak
Baby

18.12.14

HAPPY 17TH MONTHS OLD

Assalammu'alaikum WBT.


Terasa cam kejap je masa berlalu kan. Dak tomei Zayyan Nourkhalish dah genap 17 bulan ari Ahad aritu. Semakin hari semakin bijak, semakin nakal, geram tau ngan perangai dia sekarang. Semuanya dia nak buat sendiri. Makan pun kalau boleh dia nak suap sendiri. Kalau dia tak dapat, siap menonggeng berguling-guling atas lantai nu haa..toksah nak drama sgtlah dik oiii..

Kalau kakak or abg dia ade ape2 brg kt tangan, dia pun nak jugak. Mmg tak boleh tunjuk ape pun kat dia. Pastu, pantang tgk remote Astro, TV or cooler. Ntah ape2 je la yg dia akan tekan nnt. Grrrrr..tapi dlm pada geram tu, terus x jadi nak marah2 manja kt dia sbb kitorg kelakar tgk gelagat dia dok menonggeng berguling2 tu. Dah serupa Sin Chan pun ye jugak. Adik ooo adik..kelakar tul la awak ni..seb baik lah awak ni kiut miut mcm mommy. Ehhhh.. :P

Skang dah pandai sebut babah, tatak, babang, mommy pulak disebutnya mama (dah tu yg paling senang nak dapat, hantam sajalah..nnt dah besar sikit pandailah tu..kena selalu sebut mommy dekat dia, baru senang nak lekat). Kalau nak sesuatu tu, dah pandai sebut "Nak"..Kalau kita suruh "Brush your teeth, wash your hand, comb your hair, clap your hand", dia dah pandai tunjuk la camne caranya tu. Bijak sungguhlah awak ni.. ^__^

Kalau mommy pegang apa2 makanan, mesti dia akan duduk or berdiri depan mommy sambil tadah tangan baca doa (terkumat kamit mulut ntah ape yg dibacanya..hehe) then sebut "Amin"..Yang paling tak tahan, setiap kali mommy nak pergi kerja, nak mandi, nak masak, nak masuk bilik air, nak buat ape aje, mesti dia akan membontoti. Utk tarik perhatian mommy, dia akan merengek2 manja dan terus menangis. Aksi paling ngade sekali dgn mengguling2kan diri. Gedik tau ko ni dik..issshhh..pembawakan siapalah agaknya manja dia ni..tetttttt..

Pagi tadi babah WhatsApp bgtau baby bangun lewat sikit (selalunya dia akan bangun time mommy g keje n melalak nak ikut). Kakak stay kat rumah nenek, cuti sekolah skang ni nenek soh tinggal kt Melaka dlm seminggu dua. Kebiasaannya kakak la yg banyak bantu babah layan n jaga adik time pagi memandangkan kakak masuk sekolah pkl 1pm. Nak dijadikan cerita, kitorg anak beranak ni jarang2 sekali berjauhan. Dak tomei zayyan, tunjuk2 kt bilik dan panggil tatak. Oh my..sedihnya..sian kt zayyan sbb dia pun terasa bila kakak xde. Abg dia si ayish tu lagi la terasa, asyik ajak balik rumah nenek je, rindu kt kakak katanya. Haihhhh..nak tinggalkan dia kt rumah mak, kesian pulak kat mak nnt, mak tak berapa nak larat dah, ayish boleh tahan lasak jugak, budak lelaki la katakan..huhuhu

Gambar terbaru dak tomei ni..ada mcm muka sape agaknya ye..hehehe
Footnote : Terima kasih kawan-kawan yang wish happy anniversary aritu..Tak sabar nak pindah rumah baru..weeeeee :)

5.9.14

SAMBUTAN HARI ISTIMEWA BUAT KAKAK

Assalammu'alaikum WBT.

Kelmarin birthday kakak. So, kitorg celebrate kecil-kecilan je. 
Kitorg tanya, "Kakak nak makan kat mana?" 
"Kakak nak makan pizza la mommy, boleh tak?"
Restoran pizza hut tak jauh, 10 minit je jarak masa dari rumah kitorg.
"Mommy, kang kita beli kek kat Secret Recipe tau?"
"Iye boleh..tapi kita tak beli sebiji yg saiz besar. Kita beli satu potong tapi banyak jenis..best dapat rasa semua perisa"
Pas dah beli kek tu, kitorg singgah ke 99 Speedmart. Nak cari glukose dan aiskrim vanilla. Dak comei bobot zayyan punya tonsil merah semula, badan dedar je. So, doc soh bagi 2 mendalah ni.

Kami menunggu dalam kereta je sementara babah g beli barang glukose dan aiskrim vanilla. Lama jugak babah pergi. Rupa-rupanya, dia cari hadiah utk kakak. Babah dia mmg gitu, full of surprise. Tapi babah saje nak sakat kakak, kata tu hadiah utk mommy. Hehehehe. Kakak mula la tarik muncung sedepa.

Hari istimewa kakak, kitorg cuba tunaikan permintaan dia selagi mampu. Alhamdulillah, jarang sekali dia minta yang di luar kemampuan kami. Dari kecik dah didik dia hidup susah senang tu mcmana. Good girl kakak!

Aritu dah bawa anak-anak g water theme park, tak jauh pun. Kebetulan balik Melaka jenguk mak abah, bawak la diorg mandi manda kat Bayou Lagoon Resort. Tiket dah beli siap-siap kat Groupon aritu.


Ni lah dia Bayou Lagoon Theme Park. Biasa-biasa je, xdelah havoc mcm Sunway Lagoon or Water World Melaka tu. At least anak-anak boleh cuba semua permainan kat sini. Tiket kat Groupon RM15 (dewasa), RM10 (kanak-kanak), harga asal RM25 (dewasa), RM20 (kanak-kanak). Ok la kan..Disebabkan anak-anak tak berapa enjoy aritu, nnt kitorg repeat lagi ke theme park. Maybe ke PD kot. Tgk keadaan dan jadual kitorg on weekend..InsyaAllah...


Tak sah kan kalau takde gambar. Aritu tak sempat nak bergambar pun, gambar ni kitorg amik masa makan-makan kat Johnny's Restaurant pada Syawal aritu. Comel je tgk gelagat diorg kan. Tetiba rasa rindu kat anak-anak. Hehehehe

23.7.14

AKTIVITI DAN RAGAM ANAK-ANAK KAMI

Assalammu'alaikum WBT.

Salam 25 Ramadhan 1435H. Tak berapa hari je lagi kita nak sambut bulan Syawal kan. Terasa pantas betul masa berlalu. Persiapan kami? Biasa-biasa je, serba sederhana. Masih ada yang belum lengkap lagi. Huhuhu

Jom tengok aktiviti dan ragam anak-anak kami di rumah :)







Melting sungguh tgk gambar si tomei bobot Zayyan yang last ni. Kemain pandai senyum lagi kalau tgk mommy nak snap pic dia. So cute!

Setiap hari ni la kerja diorg. Teraburkan mainan terutamanya LEGO tu, then main la diorg bertiga. Kejap kang baik, kejap kang gaduh, kejap kang merajuk, kejap kang baik semula. Dak tomei bobot Zayyan mommy pun join sama jugak. Kemain lagi..Yang paling kelakar, bila dia sendiri masuk n duduk dalam kotak LEGO tu. Relaks n steady je dok dalam tu. Hehehehe

Ni baru ragam 3 orang anak. Kalau kakak n abam bergaduh, diorg je la yg kena, mommy selamatkan baby bobot ni dulu. Ala..diorg gaduh mulut je pun. Si kakak tu kdg2 xnak mengalah. Yg abam tu pulak, dia je yg betul. Sudahnya kalau dah kritikal sangat, mmg rotan kan aje. Sayangkan anak, tangan-tangankan..betul tak?

Footnote : Mood raya sudah mari. Dok dengar lagu raya je ni. Hehehe

14.7.14

14 JULAI 2013 YANG TERINDAH...

Assalammu'alaikum WBT.

Teringat lagi detik 13 Julai 2013 yang lalu. Masa ni saya ikut my dear hubby buat persembahan di KL Festival City sempena promosi Raya di pusat membeli belah, dalam bulan Ramadhan. Kenangan yang tak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila..bak kata my dear, anak seni KL Festival City!

Teringat kembali kata-kata semangat dari my dear, "Syg sabar ye (sambil genggam erat jari saya sebelum  naik stage). Kita perform 30 min je ni, syg tahan sikit ye. Kita tau syg tgh sakit, tapi kita tau syg kuat. Sabar ye syg. Settle je perform, kita terus buka angklung k..then kita terus ke hosp ye..(sambil usap pipi saya dan ke stage untuk perform)"

The best thing is when my dear tengah perform on stage at 8pm till 8.30pm, masa tu elok pulak baby inside diam je xde kontraksi. Seriously bijak anak mommy ni. Dia nak tengok babah perform dulu. Hehehe. Settled je my dear abis perform, start kontraksi semula. Oh my! Masa tu memang dah tak tahan sgt. My dear dah bukak angklung, then kami bergegas ke Hospital Selayang. Dah sampai terus register, masuk ke bilik untuk check bukaan, dah 5cm!

My dear pun teman sama kat labor room tu. Selang beberapa minit pastu, kontraksi dah semakin kerap. Dengan lafaz Bismillah, dengan 3 kali teran saja, maka, tepat jam 1.13 pagi pada 14 Julai 2013, lahirlah insan yang kami nantikan selama 9 bulan 7 hari ke dunia ini. Syukur alhamdulillah...Bayi yang comel ini, diberi nama ZAYYAN NOURKHALISH yang membawa maksud seindah-indah hiasan, cahaya, yang suci murni.


Anakku Zayyan Nourkhalish..
Kini usiamu genap setahun
Mana mungkin mommy boleh melupakan
Saat-saat mengandung dan melahirkanmu nak.

Tak puas rasanya melihat kau membesar di depan mata kami
Terasa seperti baru semalam melahirkanmu ke dunia ini
Begitu pantasnya masa berlalu.

Patutlah kamu demam dan merengek manja
Rupanya gigimu telah tumbuh 2 batang di atas!
Meniarap, merangkak, duduk, berdiri, memanjat
Itu semua telah kau lalui anakku..
Namun, kau masih belum berani bertatih lagi

Tak mengapa nak..
Itu semua proses untuk kau belajar
Tak semua perkembangan anak itu sama
Lambat atau cepat itu semua ketentuan dariNya
Apa yang penting..
Tubuh badanmu sihat, otakmu cerdas

Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama buatmu anakku
Semoga kamu sentiasa diberikan kesihatan yang baik
Semoga kamu dimurahkan rezeki
Semoga kamu sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan rahmatNya
Amin amin Ya Rabbal Alamin

Sayang selalu,
Babah
Mommy
Kakak
Abang bambam

Kronologi kelahiran: 

21.5.14

#SELFIE DENGAN ANAK-ANAK

Assalammu'alaikum WBT.

Meh la layan gambar. Takde idea nak update. Blur je. Mengantok pun ye gak. Dah 2 malam tak lena tidur. Tak tau la kenapa. Skang ni mata bagai digam-gam. Nak-nak kalau tgk PC ni kan, ditambah pulak dgn lagu alunan yg sungguh merdu, perut sudah kenyang, bertambah-tambah layu mata ni..hehehe

Meh la tgk anak-anak mommy yg comel genit cute ni. Kemain lagi memasing kan. Berebut-rebut nak #selfie.



Footnote : Tengok gambar ni, rindukan anak-anak pulak. Nak-nak baby zayyan yg genit tu. Hehehe

15.4.14

HAPPY 9TH MONTHS OLD!

"Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar, jengking dan ular
Bonda takkan berundur..
Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa..."

(Arjuna Beta~Fynn Jamal)





Happy 9th old months bobot mummy yg comel
Pandai betul beraksi depan kamera
Pandai senyum dan beri response
Tak boleh tinggal sekejap
Tau tau je dah panjat sofa
Kalau nampak kelibat mummy, menjerit-jerit nak mummy amik dia
Senyum menyeringai je. Hehehe
Semoga sayang bobot sentiasa sihat
Menjadi anak yang mendengar kata
Dimurahkan rezeki sentiasa
Aamiin aamiin..

Love,
Mummy-babah-kakak-abam bambam

24.3.14

"ARJUNA BETA"


Takkanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama Tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


"Arjuna Beta by Fynn Jamal"

Footnote : Repeat lagu ni banyak kali pun xpe sbb tak jemu. Inspirasi utk anakanda Nur Athirah Qistina, Ayish Dayyan dan Zayyan Nourkhalish :)

18.3.14

"USIAMU GENAP 8 BULAN, ZAYYAN NOURKHALISH"

Assalammu'alaikum WBT.

Anakanda ke-3 kami, Zayyan Nourkhalish dah genap 8 bulan pada 14 Mac 2014 aritu
Apa yang saya rasa? Susah nak dikata
Suka kerana anak saya semakin besar, semakin bijak
Semakin cerdik akalnya, semakin bijak gayanya
Semakin hari, ada sahaja perkara baru yang hendak dicubanya.

Sekarang Zayyan sudah pandai berdiri dengan sendiri tanpa bantuan
Dari meniarap terus berdiri, tak merangkak pun
Sama macam abang bambam dulu
Kalau nak ambil sesuatu barang tu, dia akan mengesotkan badan.

Kalau berdiri lama sikit, dia seakan takut dan trauma nak turun sendiri
Pernah cuba turun sendiri, tapi terjatuh
Kaki belum cukup kuat
Bila diturunkan, akan kembali berpaut di sofa dan berdiri semula
Paling mengejutkan kami apabila dia dah pandai panjat ke atas sofa tanpa bantuan sesiapa
Terkejut juga sebab cepat betul dia pandai panjat
Cuma bila nak turun, dia x berani
Jadinya, dia akan merengek dan menangis minta diturunkan
Proses nak belajar mmg gitu.

Babah menjaganya sepanjang hari di rumah
Bila dengar bunyi kereta mummy, tau la mummy dah balik kerja
Terus bangun dari tidur dan menyengih bila nampak kelibat mummy
Kalau mummy ada, org lain mmg dia tak pandang dah.

Hai la anak..
Begitu eratnya seorang ibu dan anak
Lebih-lebih lagi anak yg mendapat susu badan sepenuhnya
Ya...saya berjaya mengharungi fasa pertama menyusu badan sepenuhnya secara eksklusif
Syukur alhamdulillah..
8 bulan pertama tanpa campuran dari mana-mana sumber susu yg lain
Allah telah kabulkan doaku..Alhamdulillah..
Semoga tuntas sehingga umurnya 2 tahun..
Amin amin..




Mummy nak bawak baby g opis la..yeayyy!!
#PrayForMH370
#DoaUntukMH370
#MH370
#MalaysiaAirlines
#MAS

27.2.14

DUGAAN DATANG SILIH BERGANTI

Assalammu'alaikum WBT.

Dugaan silih berganti. Mula2 mummy demam panas, muntah2, cirit birit, lemah semua sendi, mmg collapse la minggu lepas. Ingatkan suspect denggi sbb tanda2 tu dah ada, tapi bila checkup, alhamdulillah xde. Ayish bambam pun demam panas jugak time tu. On off. Pastu hubby pulak suspect denggi. Then, mummy demam dan batuk semula. Pastu, baby Zayyan pulak demam selsema. Isnin lepas, ayish bambam kena chicken pox pulak, ahad dah naik bijik2 tu. Kakak pun demam jugak. Ya Allah...dugaan datang silih berganti. Semoga Kau ringankan dugaan ini ya Allah. Berikanlah kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada kami sekeluarga. Aamiin Aamiin..akibat cuaca yg panas melampau ni kan, mmg x tahan la. Pergi klinik pun ramai je yang x sihat. Kalah dengan cuaca panas melampau.

Biarlah apa orang lain nak kata apa bila mummy terpaksa ambil cuti lama. Xpelah, demi anak-anak mummy sanggup berkorban. Hilang pekerjaan boleh dicari, kalau anak sudah tiada mana nak cari ganti?? Mujurlah ada my dear yang sudi nak jaga anak-anak kami memandangkan seminggu yang lepas, mummy dah cuti lama. Buat mereka-mereka yg tidak memahami apa itu PENGORBANAN seorang ibu, fikir-fikirkanlah. It's not easy to be a mother. 

Mungkin ni salah satu petunjuk yg Allah nak bagi supaya mummy jadi WAHM sepenuh masa. Apa itu WAHM? Hehehe... WAHM = Work At Home Mom. Mummy bekerja uruskan perniagaan sendiri dan dalam masa yg sama dapat jaga anak-anak dan jaga rumahtangga, dapat pantau segala urusan di depan mata. Senang...Itulah impian saya sebagai seorang isteri dan ibu. Semoga Allah permudahkan segala yang telah dirancang. Soon InsyaAllah...wish me k! Amin amin..



Kesian bambam ni kena chicken pox, kena kuarantin kat rumah, berpantang makan, skang ni susu pun xnak minum sbb bijik2 tumbuh dalam mulut dia dah pecah. Sian sgt. Mmg sakit. Kita yg dah kertu ni pun terasa sakit kalau kena, apatah lagi anak kecik ni. Get well soon sayang..mummy sayang anak2 mummy..Dalam pada x sihat, dalam pada demam tu, bambam still melasak dan suka mengusik kami berempat. hehehe. anak lelaki yg kental! Walaupun x sihat, dia kuat melawan penyakit tu. Teringat masa kena rotavirus dulu, nyawa dia tinggal 50, bayangkanlah betapa kuatnya dia. Alhamdulillah...

Footnote : Susah betul manusia ni nak memahami dari hati ke hati. Time susah dtg mintak tolong kita jugak, time susah dtg kat kita jugak bercerita masalahnya, kita ni jadilah pendengar yg setia walaupun terasa sakitnya hati. Tapi bila turn kita dilanda musibah, xnak pulak memahami. Huhuhu. Apa jenis manusia la mcmni...Bersihkanlah hati mereka-mereka ini Ya Allah...

7.2.14

SAMA TAPI TAK SERUPA... ^_^

Assalammu'alaikum WBT.

Muka 3 beradik ni lebih kurang sama je masa baru lahir. Masa dalam berpantang aritu, whatsapp gambar ni kat babah diorg, babah pun cakap sama sgt. Pipi masing2 labuh. Yang dapat dagu lekuk mummy, baby Zayyan sorang je. Lesung pipit kiri kanan pulak, kakak dan baby Zayyan. Abam bambam dpt kulit putih gebus dan chubby mcm mummy. Hehehe


Footnote : Rindu pulak dgn anak-anak masa diorg baru lahir bila tgk balik gambar ni...

6.1.14

SETELAH BERBULAN-BULAN BERSAMA, AKHIRNYA....

Assalammu'alaikum WBT.

Lamanya tak bersiaran..rindunya kat kawan2 semua..rindunya nak story mory dgn uolls..hari ni, saya baru start memulakan tugas setelah 6 bulan bercuti (3 bulan cuti bersalin, 3 bulan cuti tanpa gaji)..bergelumang dgn anak2 dan incik hubby, dgn urusan rumahtangga, dgn urusan bisnes..alhamdulillah..satu kenangan yg berharga dalam hidup saya bila dpt bersama2 dgn insan yg tersayang..

Hari ni, ayish bambam 1st day kat taska. Bangun pagi kejut dia, ajak g school dia kata "Mummy, ayish tak nak pergi sekolah.." Alamak..mummy dah risau bila bambam ckp gitu. Mana taknya, semalam n kelmarin bukan main seronok bila kami bgtau nnt ayish duduk kat school, mummy babah nak work. Dia kata ok mummy. Tapi bangun pagi tadi, merengek (hampir menangis) takmo g school. Bila anak dah pandai bercakap mcmni lah.

At last dia redha je nak ikut mummy g school. Dia minta susu. Dalam kereta saya letak dia kat pilot seat. Risau kalau2 x perasan dia kt belakang, maklumlah dah bertahun2 x hantar anak ke taska. (skang ni kan mcm2 kes, so kena berhati2 takut terlupa. kebetulan dah 6 bulan x g kerja. Mmg mudah sgt lupa) Taska tu sebelah office ni je pun. Senang. Ingat nak hantar sama dgn baby zayyan, tapi memandangkan bambam dah 3 tahun, harus ajar dia berdikari sendiri, playing around with other kids, learning something at school. Itu semua momen yg indah buat anak2 kecil.

Tadi teacher update bgtau psl bambam. Alhamdulillah..dia ok. Pagi tadi ada assembly dan dance. Teacher bgtau ayish ok. X sabar rasanya nak balik, ambil dia dari taska. Mesti banyak yg dia nak cerita kan.

Baby zayyan pulak, esok baru start kat rumah babysitter. Akak tu duduk depan rumah kitorg je. Senang kalau apa2hal. Setakat ni, kalau tinggal2 gitu kat incik hubby (kalau ada job mekap or pelamin), baby sgt mudah utk diuruskan sbb dia tau mummy was not around, so I have to drink EBM. Hihihi. So tadi asyik tanya incik hubby, mintak dia update psl baby. Baby ok, merengek2 gitu je la.

Buah hati pengerang jantung mummy babah
Footnote: Later saya update perkembangan terkini aktiviti2 kami ya. Especially, baby Zayyan Nourkhalish yg bobot mungil mungil tu. Hehehe. Nanti saya akan cuba seupaya yg boleh singgah ke blog kawan2 yg selalu jengah dan drop komen kt blog saya ni. Tq sayangs!!

17.9.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3 (PART 4)

14 Julai 2013
◆ 12.50am
Dah rasa sakit yg amat. Rasa macam nak patah pinggang dibuatnya. "Dear, bgtau nurse syg dah sakit sgt ni, dah nak bersalin...!" Nurse ckp jgn teran dulu, dia check bukaan baru 8cm. Dia panggil doktor. Doktor pulak check bukaan..eh..dah 10cm!! Doktor suruh saya pegang buku lali. Doktor ajar camne nak meneran. "Jgn keluarkan suara or jerit ye, nnt awak cepat penat. Teran macam nak buang air besar sembelit..." Nurse tadi suruh my dear bagi semangat dari sisi supaya isteri diberi kekuatan utk bersalin.  Kalau ikutkan, kita kena buka mata n pandang ke perut. Tapi masa tu, saya pejam mata kuat-kuat..sesekali je mata ni saya buka..hihi..ngelat!

◆ 1.13am
Dgn 3 kali teran sahaja, lahirlah our newborn baby dgn selamatnya..syukur alhamdulillah..my dear ckp, baby keluar pelepup seketul..syahdunya dapat dengar tangisan baby.Jauh beza dgn kakak dan abgnya sbb doktor tepuk montot baru diorg menangis. Then nurse tunjuk jantina baby kt saya dan tanya, "Suria, baby kamu boy or girl?" Saya dgn lemahnya menjawab, "Baby boy..syukur alhamdulillah..ayish ada kawan dear.." Airmata gembira saya menitis, di dalam hati tidak putus2 bersyukur pdNya..paling terharu bila my dear kucup dahi dan ucapkan terima kasih kpd saya kerana telah melahirkan zuriat kami sambil berkata, "Kita tau syg kuat! I ♥ u syg.."


Terima kasih yg tidak terhingga kpd staff nurse dan doktor yg telah banyak membantu saya sepanjang proses kelahiran our newborn baby pada 13 dan 14 Julai 2013 yg lalu. Terutamanya Dr. Nursyazwana dan 2 org staff nurse yg semasa di labor room telah menjalankan tanggungjawab mereka dgn penuh kerjasama dan prihatin. Terima kasih!!

Dari 10 bintang, saya bagi 9/10 bintang di atas servis dan layanan yg saya terima di Hospital Selayang sejak dari pendaftaran hinggalah di wad bersalin. Cuma agak kecewa dgn nurse yg jaga kaunter pendaftaran tu, kerek giler, tekan perut org mcm ape je, pastu nk jeling2.tang makanan rasanya semua hospital pun lebih kurang je kot, x brp nk ok sgt. Huhu..yg bagusnya, para suami dibenarkan menemani isteri bilamana isteri ditolak ke labor room hinggakan doktor dah habis beri jahitan pun doktor panggil suami teman isteri semula. Kalau hosp sg buloh dulu, bukaan dah 10cm baru diorg panggil suami, ramai je suami patients yg lain yg kebetulan xde kt tempat menunggu, so terlepas peluang nk teman isteri semasa proses melahirkan. Huhuhu. Sesetgh hospital juga masih tidak membenarkan suami menemani isteri ketika di labor room.

Hosp selayang mmg tip top!! Cuma kt sini xde wad kelas 1, so saya pilih kelas 2, 4 org sebilik. Kondisi wad pun sgt selesa, bilik berhawa dingin, langsir pembahagi antara patients pun nurse tutupkan utk tujuan privasi, bilik mandi setiap bilik ada 2 siap shower air panas sejuk, nurse pun sgt friendly dan bauk hati..pendek kata mmg terbaiklah! InsyaAllah jika diberikan rezeki lagi, saya nak repeat bersalin kat Hospital Selayang je...x perlu bersusah payah keluar duit beriban riban utk bersalin..hihihi

Footnote: Gambar baby??? Tunggu k..problem nak upload gambar pulak..kikikiki

2.9.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3 (PART 3)

13 Julai 2013
◆ 9.45pm
Terus bergegas ke hosp selayang..sian kami malam tu, mkn roti boy tu je la..My dear tanya nak makan ape2 x..Dah sakit2 mcmni mmg xde fikir makan dah. Cuma rasa haus je..my dear kata, "Xpe syg, psl mkn tu kita pk kemudian. Yg penting syg n baby.."

Otw to Hosp Selayang tu, ternampak banyak kereta kat tgh2 jalan, jammed yg amat. Kami dah risau ni, ye la kan, takut terberanak dlm kereta pula. Tgk ade kereta bomba n kereta polis gak. Bila lalu je depan kerumunan org ramai tu, tgk ada badan yg ditutupi dgn plastik hitam, mangsa meninggal di tempat kejadian..ada accident rupanya..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..

Sampai je kt hosp, my dear nak ambil wheelchair tp saya masih larat berjalan lagi, lagi bagus berjalan, cpt sikit bukaan tu nnt. Terus register..nurse yg jaga kaunter tu kerek sgt ok. Menyamps mak jemah! Lgsg x mesra pelanggan, nurse dan doc lain baik je..Masa dia check denyutan jantung baby pun dia wat muka. Ishhh..klau ikut jahat aku ni, mau je aku amik gambar ko then sebarkan kt laman sosial..tapi x sampai hati pulak kan. Kita je yg x sampai hati, tapi dia berlagak nak mams..Then dtg sorg doc berbangsa India nak ambil darah. Yg ni sorg lg giler. Ko kelam kabut nk amik darah aku, 2 kali cari urat x jumpa tp main cucuk je kt 2 tempat tu. Xtau lah dia ni doc pelatih ke hape. Mau aku bahasakan kt situ jugak. Klau x fikir tgh kontraksi, mau kena pelangkung..huhu

I hate this!!
Doc on duty check bukaan, dah 5cm! Tapi x boleh tolak ke labor room lagi sbb full house!! Oh tidak...bertahan je la kat kerusi menunggu. Masa menunggu kt kerusi tu, ade sorg makcik tegur tanya ank no berapa ni, dah berapa cm bukaan..sian kt makcik tu menunggu lama kt situ, menantu dia dah lama kt dalam tapi belum bersalin lagi, sampai dah xde tenaga katanya..huhu.. 15min pastu nurse panggil, doc nak pecahkan air ketuban katanya. Ye la, dah buka 5cm tapi air ketuban x pecah sendiri mcm abg bambamnya, doc la kena pecahkan. Bila dh pecah, doc tgk air ketuban dah bercampur dgn najis baby!

14 Julai 2013
◆ 12tgh mlm
Terus doc suruh nurse tolak ke labor room. Tapi disebabkan labor room full house, saya terpaksa tunggu lagi. Xpe, sabar tu separuh drpd iman. Ada sorg patient dtg, dah sakit yg teramat rasanya, dah nak bersalin barangkali. Nurse terus tolak patient tu ke labor room,  doc ckp jgn teran kt dia, tahan dulu! Perasaan saya masa tu biasa je sbb dah lalui 2 kali pengalaman kan.

20min pastu, turn saya ditolak ke labor room. Yg bagusnya hosp selayang ni, husb boleh ikut sama ke labor room dari sebelum hingga selepas bersalin. Bagus kan? Ini salah satu cara supaya si suami memberi sokongan dan semangat kpd si isteri semasa proses melahirkan. Saya mmg nak my dear ada di sisi ketika melahirkan anak2 kami. Nak dia tau betapa sukarnya nak lahirkan insan yg bernyawa dari rahim ni.

Saya suka dgn nurse di labor room, dia tanya mcm2 kt saya, ajak berborak supaya saya boleh lupakan seketika sakit saya tu. Sgt baik dan mengambil berat. Dia ckp kalau dah rasa sakit nak buang air besar, awak bgtau ye. Kalau x silap namanya, Siti Zuriati, lbh kurang nama saya. X mcm nurse berbadan gempal yg jaga kaunter tu. Sombong!

TO BE CONTINUED...

Footnote: X dpt dan x sempat nak berjalan raya ke mana2 pun even dah habis berpantang..my dear hubby sibuk yg amat, 8pagi tadi ni show LIVE kt MHI TV3..now masih berada di Melaka..balik Shah Alam hari Rabu or Khamis ni :)

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara