VVIP Yang Terhormat

14.2.13

DRAMA : SURAT DARI LANGIT BIRU

 
 
Drama bersiri 15 episod terbitan Rashbir Media yang mendapat sentuhan skrip daripada Basri Musa menampilkan pelakon berbakat besar Johan As’ari sebagai Zarul bergandingan dengan Yana Samsudin sebagai Salmi. Turut membintangi drama tersebut ialah Fizo Omar (Heykal), Dato’ Rahim Razali (Pak Hassan), Fauziah Nawi (Mak Munah), Iqram Dinzly (Zamri), Tania Hudson (Lisa), Nabila Dally (Anis), Ika Nabila (Lydia) dan ramai lagi. Bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10 hingga 11 malam di TV3 menerusi slot Samarinda.
 
SINOPSIS
SURAT DARI LANGIT BIRU mengisahkan ikatan persaudaraan di antara Zarul dan Salmi yang amat rapat umpama cubit peha kanan, peha kiri terasa. Walaupun kehidupan mereka tidak dilimpahi dengan kemewahan harta benda, namun kasih sayang yang dicurahkan adalah kunci kebahagiaan buat mereka sekeluarga.  Kasih sayang Zarul terhadap kakaknya, Salmi melebihi segala-galanya. Zarul sentiasa mempertahankan Salmi walau apa jua yang terjadi. Hubungan mesra yang wujud di antara mereka kadangkala membuat Zarul dan Salmi merasakan kasih sayang mereka melebihi sayang saudara kandung dan masing-masing menyimpan rasa antara satu sama lain. Sejurus keputusan SPM keluar, Salmi telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun, tawaran itu terpaksa ditolak kerana Salmi mengenangkan adiknya Zarul juga memerlukan wang yang banyak untuk bersekolah. Zarul kemudiannya memujuk kakaknya supaya meneruskan pelajaran demi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.
Demi kasih sayang seorang adik terhadap kakaknya, Zarul sanggup berkorban dengan meninggalkan kampung halaman untuk mencari pekerjaan di bandar. Ternyata tindakan Zarul mengecewakan ayahnya, Pak Hassan. Pak Hassan yang merupakan seorang ayah yang sangat ego dan garang, tidak lagi mengaku Zarul adalah anaknya. Sejak kejadian itu, Zarul tidak berani pulang ke rumah. Dia akan bertemu dan mengirimkan wang belanja kepada Salmi hanya di universiti.  Masa terus berlalu dan kini Salmi telah berjaya bergelar seorang doktor. Lantas Pak Hassan ingin memenuhi hasrat Penghulu Kampung yang ingin menyatukan anaknya, Heykal dengan Salmi. Meskipun Salmi membenci Heykal seorang yang bongkak, namun dia terpaksa menerima pinangan itu kerana mengenangkan hutang Pak Hassan dengan Penghulu semakin banyak. Sementara itu, atas desakan Salmi dan ibunya, Mak Munah, Zarul pulang ke rumah dan meminta maaf daripada Pak Hassan. Namun begitu, Pak Hassan kurang senang dengan kepulangan Zarul. Tambahan pula hubungan Zarul dan Salmi semakin mesra dan ini menimbulkan kemarahannya. Mengapa Pak Hassan tidak menyukai Zarul mempunyai hubungan yang rapat dengan Salmi? Apakah rahsia yang disimpan oleh Pak Hassan?
Kehidupan baru Salmi sebagai seorang isteri tidak seindah seperti diharapkan. Salmi sering ditinggalkan dan dipukul oleh Heykal. Zarul yang tinggal bersama Salmi mula menyedari rumahtangga kakaknya tidak bahagia. Namun apakan daya, Zarul tidak mampu berbuat apa-apa kerana sering diugut oleh abang iparnya. Hubungan rapat Salmi dan Zarul juga tidak disukai oleh Heykal. Lantas Heykal merancang untuk menghalau Zarul dari rumahnya dengan membawa adik perempuannya, Lisa tinggal bersama mereka.
Bermula dengan insiden Zarul dituduh mencuri duit Heykal kemudian dituduh menyimpan dadah cukup membuatkan Salmi terhasut dengan kata-kata Heykal untuk membenci Zarul. Apa yang menambahkan lagi kekecewaan Salmi terhadap adik kesayangan tatkala melihat Zarul sedang tidur dengan Lisa. Akhirnya kesabaran Salmi sampai ke penghujungnya apabila mendapati Zarul telah mengandungkan Lisa. Meskipun Zarul difitnah dengan pelbagai tohmahan, namun tidak seorang pun menyebelahinya. Hanya kata-kata penghinaan yang dilemparkan kepada Zarul. Malah Zarul juga telah dibuang oleh darah dagingnya sendiri. Kini Zarul tiada lagi tempat untuk pergi apatah lagi tempat mengadu. Lantas dia pergi membawa diri dan terus menghilangkan diri. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Best drama ni. Sebenarnya, drama-drama terbitan Rashid Sibir sememangnya tidak pernah mengecewakan penonton. Saya mmg takkan lepaskan peluang utk menonton drama2 arahan dan terbitan beliau, mmg sgt best! Pastu, tak pernah ter'miss' tgk episod2 drama ni. Nak nak pulak, pelakon2nya sgt mantap dan lakonan mereka memberi kesan yg mendalam kpd penonton. Tu yg rasa nak tau apa episod2 seterusnya. Korang kena tgk tau. Hehehe

Footnote : Dah bawak balik bambam stay ngan kitorg pagi semalam. Then terus bawak dia ke office. Pagi tadi driving ke office setelah hampir 2 bulan my dear hubby hantar n ambil. Syabas betty! Tadi my dear call bgtau bambam menangis2 cari mummy kat rumah pagi tadi. Alahai..sayu je hati mummy. Huhuhu

23 comments:

  1. Bambam rindu

    Rashid sibir mmg best
    Citer tanah kubur kan die buatkan?
    Byk pengajaran citer tu

    ReplyDelete
  2. saya tengok gak...best
    dok tertanya jugak knp ayah dia grg sgt ngan zarul. dpt rsakan yg zarul tu mesti bukan adik kandung salmi

    ReplyDelete
  3. drama2 rashid sibir mmg best selalunyer terbaiklah citer ni !

    ReplyDelete
  4. setuju...cite rashid sibir mmg tak penah mengecewakan...tu pasal drama die wajib tayang malam raye...perasan tak? heheeheheh.....

    alahai siannye bambam...tu la rutin dah berubah mmg gitu le jadinye....lieya pun same ni sue...dah 5 ari sedap berkepit, tup2 ari ni kene pi taska, mmg mengaruk gak dayyan tadi...kering hati jek laa lieya nie....

    ReplyDelete
  5. suka drama ni cuma drama ni banyak main imbas kembali..jadi kalau ygtak faham mmg binggung

    ReplyDelete
  6. Selalunya kalau drama Rashid Sibir banyak pengajaran....

    ReplyDelete
  7. memang best drama arahan r.sibir..dekat dnegan masyarakat....:) best..saya pon layan tau

    ReplyDelete
  8. yana tertgk cite nie sekali kot ... best lh jgk. **tapi time tue asyik nmpk adik ngn kakak asyik berpeluk jerk*****

    ReplyDelete
  9. Layan citer ni. Best ☺☺

    Alololo...siannya bambam, nangis cari ibu yer.

    ReplyDelete
  10. @Nad MamaZN mmg rindu sgt pun. nnt saya up story psl bambam. kannnn..drama arahan beliau mmg terbaik! bnyk pengajaran yg boleh kita perolehi

    ReplyDelete
  11. @MAZLIZA ABD RAZAK betul tu. saya pun rasa mcm tu jugak, maybe dia anak angkat tu yg dia layan teruk camtu

    ReplyDelete
  12. @Dunia Wilma hohoho..sgt best! suasana kat sawah pun sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  13. @lieyalatif ha'ah..betul tu dear. bambam mmg gitu. sejak nak dpt adik ni kemain manja lagi tau.

    ReplyDelete
  14. @Mrs Velentine itulah yg selalu rashid sibir ketengahkan, refresh back kpd kehidupan dulu. tapi bagus jugak. dia nk penonton berfikir

    ReplyDelete
  15. @intanfirdaus247 mmg sgt best! pelakon yg dia pilih pun berlakon dgn sepenuh perasaan

    ReplyDelete
  16. @yana aina kalau tgk dari episod pertama, confirm tak nak tertggl episod2 seterusnya. diorg mmg sgt sgt sgt rapat since kecik, tu yg mesra

    ReplyDelete
  17. best citer nih,tp sbb siarannya lewat sikit..akak tak bole nak tgk lak,sbb tido awal

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara