VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label makeover. Show all posts
Showing posts with label makeover. Show all posts

31.3.16

MEKAP MODEL I SHAWL PHOTOSHOOT I BUKIT JELUTONG

Assalammu'alaikum WBT.

Alahai..banyaknya yang kita nak update. Tapi disebabkan kekangan masa yang teramat, jarang-jarang dapat online buka blog. So, kita update mana yang termampu je la. Nak blogwalking lagi la slow. Ampun ye kawan-kawan. Kekangan tugas hakiki di pejabat dan bisnes. Huhuhu

Banyak benda nak cerita lately ni. Dah setahun simpan mendalah ni. Hehehe. Kita teruja sangat-sangat bilamana salah sebuah syarikat jualan secara online telah menawarkan kita untuk mekapkan model-model dari dalam dan luar negara yang akan memperagakan produk jualan mereka. Masa pergi interview (xdelah interview sangat pun, just dorg nak tengok cara kita mekap je), memang berdebar-debar jugaklah sebab PIC tu bagitau ada few MUA juga yang dorg dah lantik sebelum ni. Tapi PIC ni macam berminat sangat dengan hasil kerja kita. 

Jadi, dia propose la kepada pihak pengurusan. Ok fine. Lagi kita teruja ok. hahaha..tak sangka MUA yang tak berapa nak ada nama ni menjadi pilihan. Syukur alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar. Kita mekapkan 2 orang staff syarikat tersebut semasa sesi temuduga tu. Ok, jom kita lihat hasilnya :)


Kebetulan masa kita tengah mekap staff 2 orang ni, big boss syarikat tersebut pun turun padang menyaksikan MUA kenit ni mekapkan staff dia. Alahai..segan sangat tau.

Keesokan harinya, PIC tu whatsapp bagitau big boss dia suka dengan hasil kerja kita. Syukur alhamdulillah. Jadi, secara rasminya kita dah dilantik oleh IKWholesale sebagai salah seorang MUA di syarikat berkenaan. Syukur sangat-sangat. Siapa sangka kan rezeki kita di kemudian hari. Hehehe

Then, PIC utk sesi photoshoot pula call kita untuk mekap photoshoot model. Ok fine kita terima. Cuma kita ada bgtau kat dia untuk inform seawal yang mungkin sebab kita kena standby segala-galanya tak boleh last minute. huhuhu

Jom kita lihat hasilnya :)






Rasanya cukup setakat ni dulu. Actually, ada few models yang kita mekapkan. Later kita up story k. 

Till then...
XOXO

Love,
Suria Qaisara Beauty Touch

5.2.15

MEKAP NOR AEIZA I LIVE SHOOT DI SELAMAT PAGI MALAYSIA, TV1


Assalammu'alaikum WBT


Baru-baru ni ada yg bertanya makeup job yg saya up di blog ni, samada job yg baru atau throwback..hehehe..yesss lalink..kebanyakannnya throwback..disebabkan saya agak sibuk dan tidak berkesempatan untuk update blog pada tahun lepas (hanya update di FB dan Instagram), maka saya akan up satu persatu job yang pernah saya buat sepanjang tahun 2014...sorry tau kawan2 kalau termeluat tgk gambar2 hasil mekap kita..hehehehe

Meh nak review makeup job yang kita dapat last minute jugak. Masa ni tengah detim dgn 2 org blogger tegar (u know who u are..hehe), tuptup dpt panggilan tepon dari someone bertanyakan ttg mekap. Kalau korang nak tau, sis Aeiza ni merupakan Ketua Biro Ekonomi bagi Exco Pergerakan Puteri UMNO dan akan diwawancara live dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, TV1. Ini betul-betul punya last minute baq hang! Ngeeee..tanpa segan silu saya jawab yeeessss..saya available esok..

The best thing is, sis Aeiza ada buat listing seramai 20-30 org MUA. Dan nama saya merupakan yang terakhir sekali. Tapi sis Aeiza kata dia terus call nama yg terakhir tu, which is my number. Mmg Allah SWT Maha Pemurah..sungguh kan..siapa sangka rezeki yg Allah nak beri tetiba camtu..Sis Aeiza terus confirm nak saya mekapkan dia. Syukur alhamdulillah..mmg tak terduga.. :)

Sis Aeiza requested simple and natural makeup..Jom kita lihat hasilnya.. :)









Alhamdulillah..Sis Aeiza suka dgn hasil mekap kita. Yeayyy!!! Terima kasih sis kerana sudi menggunakan perkhidmatan MUA dari #SuriaQaisaraBeautyTouch.

Meh meh sape nak kita makeover kan, silalah Whatsapp kita ye. InsyaAllah kita akan cuba berikan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kita :)

4.2.14

MAKE-UP BERTANDANG FAZIAH FAJA @ KG JOHAN SETIA, KLANG


Assalammu'alaikum WBT.

Ni bulan 11 punya cerita. Masa cuti panjang aritu, mmg x dapek la nak update blog selalu. Kata work at home mom kan. So, 6 bulan mummy kat rumah menatap anak2 terchenta, bergelumang ngan mereka adalah AWESOME! Sesekali dapat job mekap utk wedding or dinner or any other events, mmg best. Dapat pulak incik dear yg always support. Alhamdulillah. 

Make-up Artist MUA aka Mak Andam 
+ 
Manager to our own company 
+
Shaklee Independent Distributor
= 
Work At Home Mom

Itu cita-cita saya, itu impian saya. Sejak dari dulu lagi, nak nak bila dah beranak 3 ni kan, bertambah-tambah kuat azam itu. Soon insyaAllah. Doakan perjalanan hidup saya mudah. Amin amin..

Ok2. Back to topic asal. Hehehe. Job ni pun kira last minit jugak. My partner, Kak Yana minta tolong mekap dan siap2kan perantin. Kebetulan majlis tu ada 2 pengantin. So, dia takut x dan nak siapkan sorang2. So, kitorg collaborate la. Gituuuu kan..yang paling bestnya, rumah pengantin rumah kampung beratapkan zink! Haaa kau..panas rentung! Seb baiklah ada kipas ajaib, kalau tidak abis la perantin, cair mekap kan.

Since ada baby comel ni kan, mmg x pernah lagi tinggal bobot Zayyan kat mana2, kalau sekejap2 setakat g kedai ke ape kan ada la. Tapi bila dpt job camni, mmg kena tinggal dari pagi sampai petang. Paling awal pun, pas bersanding callo betty. Mummy x keruan jugak sebenarnya sbb baby fully BF secara eksklusif sejak hari pertama dilahirkan. Dear whatsapp bgtau baby mengamok carik mummy! Oh tidak!! Seb baiklah dah siapkan perantin, mekap semua. Sempat gak meroyan ngan geng2 sekepala ni bergambar sakan. Hahaha

Jom kita lihat hasilnya!






Haruslah MUA bergambar dgn perantin. Hehe

Pengantin baru: Faja dan suami

Cantik tak? Cantik tak? Hehehe. Apapun, syukur alhamdulillah Faja dan suaminya berpuas hati dgn hasil solekan dari SQBT. Alhamdulillah. Akak bagi pihak SQBT ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Faja dan suami, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Amin amin.

*********************************************************************************************
Suria Qaisara Beauty Touch menyediakan perkhidmatan:
- Sewaan pelamin
- Sewaan busana pengantin
- Khidmat mekap/solekan utk sebarang majlis
- Sewaan dan tempahan bunga tangan
- Sewaan dan tempahan hantaran
- Tempahan hamper

Whatsapp:
SURIA 014-2379783
Facebook:
Suria Qaisara

13.6.13

SOLEKAN RESEPSI NAJMEEN BY SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH

2 Jun 2013, Ahad
Taman Bakti, Cheras
Majlis Resepsi Najmeen


 
 Ada yg kata wajah Najmeen selepas disolek persis Yana Samsudin dan Dynas Mokhtar.

 

 
 
Final touch-up sebelum pengantin berarak ke dalam dewan

 
 Semoga mahligai yang dibina kekal utuh hingga ke akhirnya...Amin...

 

 

 

Untuk tempahan solekan bagi sebarang majlis: Trial > Bertunang > Bernikah > Bersanding/Resepsi > Bertandang > Annual Dinner > Konvokesyen dan sebagainya, hubungi/whatsapp/sms SURIA 014-2379783 atau melalui e-mel suria1907@yahoo.com.

SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH
Suria 014-2379783 / 017-3210409
Zack 010-2794213

6.3.13

JADUAL PERSEMBAHAN & PERKHIDMATAN : BULAN MAC 2013

Assalammu'alaikum WBT.
Berikut adalah jadual persembahan dan perkhidmatan pihak SuWaRa Entertainment sepanjang bulan Mac 2013. (Jadual persembahan/perkhidmatan akan kami update dari semasa ke semasa. Korang boleh rujuk sidebar di sebelah kanan kat blog SuWaRa Entertainment sebagai rujukan)

Tarikh : 1 Mac 2013 (Jumaat) DONE!
Masa : 5.30 petang
Tempat : Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi
Perkhidmatan MEKAP utk Majlis Pernikahan Jay

Tarikh : 2 Mac 2013 (Sabtu) DONE!
Masa : 6.45 pagi
Tempat : Kelana Jaya
Perkhidmatan MEKAP utk sesi outdoor photoshoot Azura & Alif

Tarikh : 2 Mac 2013 (Sabtu) DONE!
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Siantan, Presint 2, Putrajaya
Persembahan ANGKLUNG SOLO utk Majlis Resepsi Alina & Taufiq

Tarikh : 2 Mac 2013 (Sabtu) DONE!
Masa : 8.00 malam
Tempat : Restoran Puteri, TTDI
Pakej persembahan ANGKLUNG SOLO, DJ dan KOMPANG utk Majlis Resepsi Azura & Alif

Tarikh : 8 Mac 2013 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari
4.00 petang - 5.00 petang
Tempat : Kompleks Kraf, Jalan Conlay, KL
Persembahan ANGKLUNG & KUMPULAN (Kump. Fusiona Ethnic) utk promosi Hari Kraf Kebangsaan 2013

Tarikh : 23 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Dato' Othman Haron, Setapak
Persembahan GAMELAN utk Majlis Resepsi Feroz Khan

Tarikh : 31 Mac 2013 (Sabtu)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan MBSA, Alam Impian, Shah Alam
Persembahan ANGKLUNG SOLO utk Majlis Resepsi Syafiq

Sekiranya anda berminat utk mendapatkan perkhidmatan persembahan kami, sila isi borang pesanan/pertanyaan seperti di atas (bawah header). Atau boleh hubungi melalui tel/sms SURIA 014-2379783/017-3210409 dan ZACK 010-2794213 atau e-mel kepada suria1907@yahoo.com untuk keterangan lanjut.
SuWaRa Entertainment
Suara Warisan Rakyat
Memartabatkan seni budaya negara

Footnote : Syukur alhamdulillah. Murah rezeki anak-anak kami. Namun, tanpa usaha semua ini tidak akan bermakna. Kena kerja keras baru dpt hasilnya. Rezeki bukan datang bergolek =)
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara