VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label Energizing Soy Protein. Show all posts
Showing posts with label Energizing Soy Protein. Show all posts

6.3.14

KHASIAT ESP YANG TAK PERLU DIPERTIKAIKAN LAGI

Assalammu'alaikum WBT.
Sedikit perkongsian mengenai Energizing Soy Protein Shaklee. Kalau nak tau, since bersalin anak no 2, Ayish Dayyan bambam, saya dah start consumed Set Menyusu (milkbooster) di mana salah satu supplement yang terdapat dalam set tu adalah ESP. Hinggalah ke hari ini dah masuk anak no 3, saya masih mengamalkan ESP yang sungguh lazat dan penuh berkhasiat ni. Tunggu testimonial dari saya sendiri. Mmg terbaik!
Untuk pengenalan, Energizing Soy Protein atau ESP sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses kajian klinikal yang dijalankan berkali-kali bagi memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semulajadi dapat dihasilkan untuk manfaat optimum kepada bakal pengguna. Protein kacang soya adalah 2 kali ganda lebih dari daging, 12 kali lebih dari  susu dan 4 kali ganda lebih dari telur. Ia juga rendah kolestrol, rendah lemak dan mudah diserap oleh tubuh manusia.
Ramuannya terdiri daripada:
  1. Kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah.
  2. Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya.
  3. Mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

 2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
Khasiat berikutnya adalah untuk mempertingkat fungsi hormon wanita. Ramuan yang ini terdiri dari kacang soya. Kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.

 3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
Bagi wanita yang mementingkak kecantikan kulit. Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.

 4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser darip merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim dan ovary serta kitaran haid dan prostat.

 5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
Salah-satu rahsia yang menjadi pilihan kebanyakan para pembeli adalah kerana ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan member tenaga segera untuk individu yang aktif, ibu menyusu, wanita bekerjaya yang sibuk dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.

 6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.

 7. Meningkatkan Keupayaan Memori
Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.

Jadi, boleh dirumuskan di sini, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.

********************************************************************************************
Berminat? Tak cuba tak tau. Dah cuba pasti jatuh cinta :)
Harga kasih sayang saya bagi kat korang..hehehe

 

5.3.14

PROMOSI MAC : ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Assalammu'alaikum WBT.


 

Nantikan next entry k.. ESP ni antara produk Shaklee yang paling HOT, POPULAR dan menjadi KEGEMARAN ramai. Ramai yg menantikan promo ESP ni. Yg dah cuba mmg terus jatuh cinta repeat ambil lagi. Nak tahu kenapa?


Whatsapp saya laju-laju. Harga cinta kasih sayang saya bagi kat korang tau. Hehehe. Dengan setiap pembelian 6 unit ESP dapat PERCUMA 1 unit ESP dan dapat keahlian secara PERCUMA jugak tau. Sgt sgt berbaloi ok. Rugi kalau tak grab.

**********************************************************************************************


Whatsapp/SMS/Call:
SURIA 014-2379783
Shaklee Independent Distributor
ID Member : 894794
COD area : Shah Alam, Kg Melayu Subang, Kg Baru Subang, Subang Bestari, Nusa Subang, Subang, Klang, Kelana Jaya, Subang Jaya, Sg Buloh, Damansara Damai,  Bukit Jelutong dan yang berhampiran dengannya. 
POSTAGE : Seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

18.10.13

SET BERPANTANG YANG SUPER DUPER AWESOME!

Assalammu'alaikum WBT.

Hai korang..lamanya tak update blog yg semakin hari semakin bersarang ni..huhu..mohon maaf kt korang semua sbb buat masa ni saya mmg tak berkesempatan nak balas jejak..rasa bersalah sgt2..kekangan masa kat rumah mengurus anak2, masa beredar terlalu pantas..huhuhu..dari pagi sampailah ke malam busy busy busy dgn urusan anak2, rumahtangga dsb. Mmg tak dan nak BW dan up new entry. Huhuhuhu

Seperti yg dijanjikan, saya nak berkongsi dgn korang semua set berpantang apa yg saya amalkan. Bertahan hingga lbh kurang 3 bulan. Yg pastinya, selepas pengambilan set berpantang yg super duper ni, saya sgt kurang tidur pada waktu siang semasa berpantang aritu. Kalau masa anak sulung dan kedua dulu, time siang je mesti saya akan tidur. Biasalah mak mak kan, diorg lg suruh kita tidur time baby tgh tidur. Betul x?

Tapi kdg2 kalau dah terlalu mengantuk, tido jugaklah sbb kita time berpantang ni, mmg selalu berjaga tgh2 malam kan..utk pengetahuan korang juga, sepanjang tempoh berpantang, saya tidak pernah mengalami sembelit sepertimana yg pernah dialami semasa kelahiran anak sulung dulu, hanya dgn pengambilan set perpantang ini.

Selain daripada itu, berat badan saya semakin berkurangan dari sebelum mengandung lagi. Kulit muka pun semakin cerah dengan pengambilan set berpantang ni. Hari-hari incik hubby puji. Auchhh..malu kite! Susu pulak semakin melimpah ruah, sampaikan tak muat freezer tu. Hubby hadiahkan freezer baru kat kita pulak tu. Terharu sbb hubby SOKONG 100% penyusuan susu ibu ni. Alhamdulillah.... ^_*

Meh saya tunjuk apa yg saya ambil sepanjang berpantang baru2 ni...


Utk pengetahuan korang juga, set berpantang ini juga lebih kurang sama dengan set hamil dan set menyusu, cuma perlu add on mana yg perlu je. Since preggy, berpantang  hinggalah menyusu, saya masih mengamalkan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee ni dan ianya bertahan di antara 1 hingga ke 3 bulan. Sgt jimat dan berbaloi! Suplemen yg dicadangkan untuk ibu yang baru bersalin ini bukan shj baik utk ibu dari segi pemulihan tubuh dan emosi tetapi juga dari segi penyusuan sendiri.

Di dalam SET BERPANTANG ini mengandungi:

1. B-COMPLEX
B Complex lengkap dengan 8 jenis vitamin B untuk kesihatan saraf dan juga anti-stress. Ibu baru bersalin biasanya mengalami sedikit pressure yang jika tidak dibendung boleh membawa kepada 'meroyan'. Berada dalam keadaan tertekan juga boleh memberi kesan kepada pengurangan susu badan.

2. VITAMIN C
Vitamin C penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Vitamin C membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu yang baru bersalin. Ia juga penting untuk mencegah jangkitan selsema.

3. VITA-LEA
Multivitamin dan multimineral yang membekalkan 28 jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Ia mengandungi beta kerotena untuk pemulihan dan perkembangan tisu, kalsium, fosforus dengan vitamin C & D untuk kesihatan tulang dan penyusuan, biotin dan panthotenic acid untuk metabolisma lemak dan vitamin B12 untuk pembentukan sel darah merah. Maklumlah, ibu baru bersalin pasti banyak kehilangan darah.

4. ALFALFA COMPLEX
Digunakan sejak berzaman sebagai milkbooster (perlu diambil selepas bayi anda benar-benar telah pulih dari jaundis/demam kuning)

5. OSTEMATRIX
Gabungan kalsium-magnesium-vitamin D dan mineral-mineral lain bukan saja baik untuk tulang dan gigi malah membantu dalam pembentukan sel darah serta untuk mengelakkan sembelit semasa berpantang.

6. ESP
Ibu yang baru bersalin memerlukan protein untuk membina kembali tisu-tisu dan memulihkan badan selepas bersalin. Protein juga penting dalam penyusuan susu ibu. ESP membantu memperbanyakkan susu ibu dan juga memekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang walaupun minum sikit je.

Next entry, saya akan ceritakan pengalaman saya mengambil set menyusu dan saya akan tunjukkan sendiri hasil dari pengambilan SET BERPANTANG dan MENYUSU. Teruja dah ni. Hihihi

Jom SMS/Whatsapp saya, SURIA 014-2379783 untuk mendapatkan set berpantang yang super duper awesome ini dgn harga yg sgt menarik! Sekiranya korang nak bertanya tentang apa saja yang berkaitan tentang Shaklee. Konsultansi PERCUMA untuk anda yang benar-benar berminat.

Jom sihat bersama Shaklee!

SURIA 014-2379783
Shaklee Independent Distributor
ID Member : 894794
COD area Shah Alam, Kg Subang, Subang Jaya, Klang
Postage ke seluruh negeri di Malaysia
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara