VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label kesihatan menyeluruh. Show all posts
Showing posts with label kesihatan menyeluruh. Show all posts

23.5.14

KESIHATAN NIKMAT YANG SANGAT BERHARGA

Assalammu'alaikum WBT.

Sebagai perkongsian bersama....

Kesihatan merupakan aset yang penting dalam kehidupan seorang individu. Dalam Islam, kesihatan merupakan aspek utama yang perlu dititikberatkan. Dengan menjaga kesihatan, seseorang individu dapat melakukan ibadah dengan baik dan sempurna. Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w menyebut dalam sebuah hadis :
“Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna.”
Bahkan Baginda sendiri mengajar umatnya supaya mengamalkan selawat syifa’.
Syariat Islam yang diturunkan oleh Allah amat menitikberatkan kesihatan manusia dari segi kesihatan mental, fizikal dan spiritual. Setiap sesuatu yang dihalalkan syariat sudah pasti dapat memanfaatkan manusia manakala setiap sesuatu yang diharamkan pula adalah disebabkan Allah mengetahui ia amat memudaratkan kesihatan manusia.

Pepatah yang menyebut ‘you are what you eat’ atau ‘anda ialah apa yang anda makan’ dapat dinilaikan bahawa penjagaan makan minum sangat penting untuk kesihatan manusia. Apabila seseorang individu itu mengetahui konsep penjagaan kesihatan, mereka akan dapat mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik.

1. Halalan Toyyiba
Islam menyeru umatnya supaya memilih makanan yang mempunyai dua kriteria iaitu halal (‘halalan’) dan baik (‘toyyiba’) atau berkhasiat. Makanan kita mestilah daripada sumber yang halal di samping berzat, berkhasiat dan baik yang sesuai dengan tubuh badan seseorang.

Soal makan sangat penting kerana antara makanan dan keperibadian seseorang mempunyai pertalian yang amat kuat. Makanan yang baik dan halal akan menjamin akhlak yang baik, sebaliknya makanan daripada sumber yang haram akan menyebabkan lahirnya akhlak yang negatif.

2. Elak Obesiti
Setelah memilih makanan yang halal dan baik, Islam memberi panduan tentang adab makan pula iaitu bersederhana dalam makan. Ia menyeru umatnya supaya makan dan minum tetapi jangan berlebihan. Konsep berlebihan dalam pengambilan makanan ini telah diperakui oleh doktor bahawa makanan yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti atau gemuk.

3. 40 Kali Kunyah
Rasulullah s.a.w juga mengajar umatnya dalam sunnah Baginda supaya mengunyah makanan yang kita makan sebanyak 40 kali kunyahan. Hal ini demikian supaya makanan yang kita kunyah akan hancur dan dapat diserap dengan baik untuk proses penghadaman. Di samping itu juga, amalan kunyahan makanan ini dapat mengehadkan kita daripada makan secara berlebihan.

4. Air Putih
Bagi minuman pula, air putih adalah sebaik-baik minuman yang perlu kita minum untuk kesihatan dalaman kita. Hal ini demikian kerana air putih dapat menyerap apa yang kita makan di samping membantu mempercepatkan proses penghadaman. Selain itu, air putih juga dapat membuang segala toksin dan kolesterol yang terdapat dalam badan kita.

Oleh itu, kita perlu minum air putih sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas sehari. Pada awalnya, memang sukar untuk kita amalkan secara mendadak, akan tetapi apabila kita ‘istiqamah’ ataupun melakukan amalan ini secara berturut-turut, amalan ini akan menjadi kebiasaan demi kesihatan dalam jangka masa panjang.

5. Senaman
Demi menjamin kesihatan yang baik, Islam juga menyeru supaya kita memberi hak pada setiap anggota tubuh badan agar dapat mencegah daripada penyakit. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Dalam sehari, badan kita perlu dilatih dengan senaman supaya kita menjadi lebih sihat dan aktif bekerja. Pergerakan badan yang kerap amat penting bagi membantu sistem dalaman dalam badan kita dan juga menjana minda yang cerdas. 

6. Rehat
Walau bagaimanapun, kita juga diberi hak untuk rehat misalnya tidur. Dalam Islam, tidur itu merupakan satu ibadah. Badan kita perlu berehat melalui tidur pada malam hari selama lapan jam sehari bagi membantu proses perkumuhan.

7. Kesihatan Rohani
Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian ilmu yang berfaedah akan terasa seperti jiwa di dalam kekosongan. Ilmu yang berfaedah sangat penting supaya kita lebih berpengetahuan misalnya ilmu agama. Dengan mengetahui syariat Islam yang diturunkan, kita sebagai umat Islam dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan seterusnya dapat mengamalkan setiap perkara yang disyariatkan dengan baik dan sempurna di sisi Allah dan masyarakat sekeliling.

8. Nikmat Sihat Wajib Disyukuri
Nikmat kesihatan sangat penting dalam kehidupan seharian bagi seseorang individu. Namun, tidak kurang ramai juga yang terlibat dalam penyalahgunaan nikmat kesihatan. Nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat. Dalam erti kata lain, dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.

Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Jadi, gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.


Sumber : ILuvIslam

Salam Jumaat kawan-kawan!
Selamat bekerja!

5.3.14

PROMOSI MAC : ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Assalammu'alaikum WBT.


 

Nantikan next entry k.. ESP ni antara produk Shaklee yang paling HOT, POPULAR dan menjadi KEGEMARAN ramai. Ramai yg menantikan promo ESP ni. Yg dah cuba mmg terus jatuh cinta repeat ambil lagi. Nak tahu kenapa?


Whatsapp saya laju-laju. Harga cinta kasih sayang saya bagi kat korang tau. Hehehe. Dengan setiap pembelian 6 unit ESP dapat PERCUMA 1 unit ESP dan dapat keahlian secara PERCUMA jugak tau. Sgt sgt berbaloi ok. Rugi kalau tak grab.

**********************************************************************************************


Whatsapp/SMS/Call:
SURIA 014-2379783
Shaklee Independent Distributor
ID Member : 894794
COD area : Shah Alam, Kg Melayu Subang, Kg Baru Subang, Subang Bestari, Nusa Subang, Subang, Klang, Kelana Jaya, Subang Jaya, Sg Buloh, Damansara Damai,  Bukit Jelutong dan yang berhampiran dengannya. 
POSTAGE : Seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

28.2.14

PROMOSI FEBRUARI : VITA-LEA SHAKLEE


Assalammu'alaikum WBT.

(Perhatian!! ENTRY MELEKAT HINGGA 28 FEBRUARI 2014)
(Scroll ke bawah untuk entry terkini)

Mai rapat-rapat. Rapat-rapat mai. Lai lai lai. Barang baik barang baik! Iye..mmg baik pun. Baik utk luaran, baik utk dalaman. Sgt terbaik!

Apa yang terbaik tu? Sekeliling dok kata terbaik, ramai dah ambil. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang tak asing lagi iaitu Tun Dr. Mahathir pun dok amalkannya, sebab tu beliau kekal cergas dan aktif walaupun dah berusia 88 tahun. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.


Khasiat Vitalea Shaklee
  1. Membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan
  2. Meningkatkan kekuatan tulang dan imunisasi badan serta pembinaan tulang yang kuat
  3. Melindungi kesihatan jantung, otot dan fungsi saraf
  4. Meningkatkan kesihatan paru-paru, kolon dan prostat
  5.  Meningkatkan penghasilan sel darah merah bagi mengelakkan anema serta merawat anemia: diperlukan oleh ibu hamil, ibu berpantang dan menyusukan anak
  6. Membekalkan makanan kepada tubuh untuk lebih sihat dan bertenaga
  7. Membantu meningkatkan kecerdasan minda
  8. Mencegah tiroid
  9. Menyokong kesihatan hati, usus dan mata
  10. Meningkatkan kesihatan dan fungsi badan secara menyeluruh
Siapa perlu ambil Vitalea Shaklee?
  • Individu yang diet hariannya tidak lengkap
  • Remaja yang sedang membesar
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan setiap hari
  • Semua individu tanpa mengira peringkat umur
  • Wanita hamil atau sesiapa yang mengalami masalah Hb rendah
  • Wanita hamil, menyusu dan ibu yang sedang berpantang
Kalau anda ingin mengambil supplement tapi malas nak ambil banyak-banyak, anda boleh mencuba Vita-Lea Shaklee. Pengambilannya hanya dengan 1 tablet sahaja sehari! Vita-Lea mengandungi 120 biji dan boleh bertahan sehingga 3 bulan.
 
***************************************************************************************
Testimonial dari saya sendiri selaku pengguna setia Vita-Lea.
"Saya mula mengamalkan Vita-Lea Shaklee sejak mengandung anak ke-3 pada tahun 2013. Masa mengandung tau-tau je la kan, hemoglobin (HB) darah asyik menurun je. Stress! Mana taknya, darah berkongsi dgn baby dalam kandungan. Awal kehamilan dah menunjukkan ciri-ciri tu sebab betul-betul border 10.5 (kalau x silap). Bulan ke-3 check lagi. Hb semakin menurun. Pelbagai cara dah cuba, makan bayam, buah delima, kerang dll (larat pulak tiap-tiap hari nak makan lauk yang sama?? Saya mmg avoid pengambilan hati, pedal dan organ dalaman yg lain, x bagus utk kita dan baby inside), pastu telan ubat tambah darah yg doktor bagi lagi. Memang tak larat lah!

At last, saya give up. Tulis status kat FB. Teman rapat pm saya tanya apa masalahnya. Terus dia perkenalkan saya kepada Vita-Lea Shaklee. Sebenarnya, sejak dari kelahiran anak no.2 pada tahun 2011 lagi saya dah mengamalkan set menyusu Shaklee, saya amik set bajet. Alhamdulillah berkesan. Sebab tu tanpa rasa was-was saya terus order Vita-Lea dgn teman rapat ni. Dalam masa 3-4 minggu sahaja, hb saya naik dari 9.8 ke 12.9. Syukur alhamdulillah..rasa lega yang amat. Doktor tanya, "Awak makan apa bacaan hb ni boleh naik?" "Saya amik Vita-Lea Shaklee doktor". "Bagusnya..naik banyak tu." "Alhamdulillah.."

Sehinggalah saat saya bersalin, berpantang dan kini menyusu badan sepenuhnya secara eksklusif, saya masih mengamalkan pengambilan multivitamin terbaik ini yang telah diuji secara klinikal sejak dari tahun 2000 lagi."
*********************************************************************************************
 
Whatsapp/SMS/Call:
SURIA 014-2379783
Shaklee Independent Distributor
ID Member : 894794
COD area : Shah Alam, Subang, Klang, Kelana Jaya, Subang Jaya, Sg Buloh, Damansara Damai,  Bukit Jelutong dan yang berhampiran dengannya. 

POSTAGE : Seluruh negeri di Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara