Usia 11 bulan mu yg penuh dugaan..kali ini Allah betul2 mahu menguji kami sebagai ibu bapa..kami tetap bersabar dgn segala ujianMu kerana yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini..
RENTETAN TRAGEDI ITU.......
Awal Februari
Cuti yg lame saya spend di rumah saje..beberapa hari selepas pulang dari bercuti, saya hantar baby ke taska seperti biasa..sebelum menghidap 'penyakit' ini, baby demam lagi selama 3-4 hari, saya ambil cuti lagi..siang saya jaga, malam babah dia jaga pulak..kemudian hantar ke taska seperti biasa..then, demam lagi..kemudian, saya stop hantar selama seminggu..bila dah pulih, saya hantar semula ke taska..kemudian.............
16 Februari 2012 (Khamis)
masih ceria dan lasak seperti biasa..x menunjukkan sebarang kesakitan... |
Saya mendapat sms dari pihak taska mengatakan my baby start muntah2..kebetulan mase tu dh pukul 3pm, so saya tunggu hingga jam 5ptg..then, bergegas ambil baby kt taska dan bawa dia ke klinik panel berdekatan dgn rumah..paed amik darah, ujian dari darah baby sihat, tiada sebarang penyakit ganjil sbb baby msh kelihatan aktif dan ceria seperti biasa..paed bekalkan ubat tahan muntah, antibiotik dan demam..tapi malam tu muntah jugak tambah lg dgn cirit birit..saya continue dgn ubat yg paed bagi..
17 Februari 2012 (Jumaat)
Saya tak hantar baby ke taska, jaga di office 1/2 hari then bwk baby berjumpa dgn Doc Su..Doc Su pun buat benda yg sama..amik darah baby..tp mase ni baby dh start cirit birit..suhu agak tinggi 38.5 degree..Doc bagi jugak ubat tahan muntah n cirit yg msk ikut montot tu..tp menurut Mommy Jue yg jaga baby kt workstation dia ckp yg baby dh nmpk x bape sihat..coz nmpk x berapa aktif..
Saya teruskan bagi ubat mcm biasa..muntah dan cirit birit msh ok, x teruk sgt..mlm tu baby tido mcm biasa..tp 2 pagi dia bangun smpi subuh dia x tido..babah jaga dia coz nk bagi mommy rehat dh berjaga baby dr siang lagi..dh pukul 5 pagi, tp baby tetap berguling2 jugak..x menunjukkan dia mengantok..sesekali terdengar dia merengek2..kami bagi jugak air glukose dan susu sbb dia nmpk sgt haus..mase ni virus dah merebak ke seluruh sistem imun tubuh baby..
18 Februari 2012 (Sabtu)
Pas subuh, kami bersiap2 nak bawa baby ke Pakar Pedriatik, Dr Adrian kt Hosp Gleneagles KL..mmg pecut la saya bawak sbb melihat keadaan baby yg semakin lemah..sampai2 je, saya minta tlg sgt2 utk potong Q coz baby getting weak..sayu hati lihat keadaan dia..badan semakin kurus dan muka semakin mengecil coz dh dehydration..Dr Adrian tanpa berlengah lagi bergegas bawa ke Emergency dan bagi suntikan antibiotik dan drip water+sodium..saya terus menangis dan menangis..xtau nak ckp cmne perasaan bila tgk keadaan baby mcm tu..kakak pun menangis jugak..dia tgk adik sakit mcmtu, dia pun menangis n peluk mommy..
Dr Adrian mengambil spesimen najis baby dan bawa ke makmal..baby disahkan "positif rotavirus"..antara penyakit yg digeruni oleh ibu bapa masa kini..serius, mmg virus ni menular ke seluruh badan baby sekelip mata je..bila dpt tau baby menghidap sakit ni, airmata saya x putus2 berlinang..Doc Adrian bgtau buah pinggang baby gagal berfungsi..sbb tu bagi minum air, then muntah n kuar kt punggung baby, x melalui saluran pundi kencing coz buah pinggang dh x boleh proses..rase mcm nk pengsan! luluh hati mommy lihat keadaan baby..tapi Doc Adrian ckp, baby kuat..baby awk mmg kuat lawan penyakit ni..dia x nangis pun bila doc bg injection n masukkan tiub kt peha kiri n saluran kencing dia..
Dr Adrian mengambil beberapa maklumat sebelum kejadian ni..baby stay kt mane, taska or rumah BS..berapa hari demam..bila start muntah n cirit birit..saya jawab segala pertanyaan dgn sejujurnya..coz Doc nak rekod n nak ambil tindakan sewajarnya..saya bgtau, segalanya bermula dari taska..Doc pun suspect dpt virus ni dari taska..memandangkan ramai anak2 dihantar ke taska..mmg di taska mudah berjangkit penyakit mcmni..ok then dah clear punca..
18 Februari 2012, 2 petang
Syukur alhamdulillah..Kami dibenarkan melawat baby di Wad Emergency..melihat keadaan baby, hati mommy jadi sayu dan sebak..mommy pegang tangan baby dan memohon maaf pd baby..mungkin mommy dan babah lalai dlm membesarkan baby..semoga ini adalah pertama dan terakhir utk anak2 mommy (InsyaAllah...moga2 dijauhkan dr sebarang penyakit...) mommy usap kepala baby, agar baby rase selamat berada di sisi mommy..mommy xnak kehilangan baby..syukur alhamdulillah, baby dh kembali menangis seperti biasa..sedangkan masa dia sakit, airmata pun x keluar sbb air dh kering dlm badan..
Baby ditransfer ke CCU kerana Doc perlu monitor directly..di CCU kami tidak dibenarkan melawat dan berada dgn baby..kami hanya dibenarkan melihat dari luar cermin..sedih, sayu dan pilu! hanya itu yg mampu saya gambarkan betapa sedihnya melihat keadaan baby yg dahulunya ceria, lasak dan manja...
Saya sedih bila melihat wayar dan tiub di badan baby..wayar di kiri kanan badan, 2 saluran tiub di peha kiri, tiub di saluran kencing, tiub di tangan kiri dan tiub di hidung utk membantu pernafasan baby..sedih sgt melihat keadaan dia..
Mase ni saya keep calling my parents kt Melaka dan kawan2 rapat esp Mommy Jue dan Nurul Iza yg banyak mengambil berat ttg keadaan baby..mereka suruh update keadaan baby..mase ni betul2 menguji kesabaran saya..kedua2 handphone saya kehabisan bateri! Saya diuji lagi...sabar dan sabar...maaflah kpd kwn2 yg cuba contact saya tp x dpt..
18 Februari 2012, 4 petang
Kami mohon utk transferkan baby ke Hosp Kuala Lumpur..alhamdulillah, paed benarkan baby ditransfer ke ICU Unit Pedriatik HKL..pengalaman pertama menaiki ambulans with sirens..baby menangis dan merengek..mungkin sakit di bahagian yg ada tiub2 tu..bius dah abis barangkali..sedangkan kita yg dewasa ni terasa sakit, apatah lagi baby yg masih kecil..
Ditempatkan di ICU buat beberapa jam kerana paed di HKL perlu buat beberapa ujian dan nak monitor keadaan baby..kami menanti di luar dgn penuh sabar..sesekali paed panggil masuk utk mengetahui lbh lanjut dari mana punca virus ini..paed bgtau yg dia mengambilmaklum berkaitan kes rotavirus ni dan akan menghubungi Kementerian Kesihatan bagi mengeluarkan notis penutupan sementara taska yg dimaksudkan..
Then, abah dan mak tiba di HKL..berlinang air mata melihat kehadiran mereka, saya dakap mereka sekuat hati utk kembalikan semangat saya yg telah hilang..
Baby ditempatkan di Wad KK1, Bilik 9, Unit Pedriatik...tinggal di satu bilik seorang memandangkan keadaan baby yg masih lemah dan belum stabil, jadi paed asingkan dari kanak2 yang lain..dikhuatiri berjangkit..kerana rotavirus mudah berjangkit melalui najis, air liur dan muntah..semakin hari, baby semakin aktif dan ceria seperti biasa..dah boleh makan dan minum susu seperti biasa..syukur alhamdulillah..
Masa ni doc keep on monitor baby..mmg saya dan hubby x cukup tido sbb on standby takut baby nangis nak air garam n susu..doc soh bagi baby minum susu or ape2 air yg baby rase dia nk minum..alhamdulillah, bagi ape air pun dia minum (air garam, susu or air masak)..yg plg kesian bila tiap kali doc nk amik darah baby..time tu mmg saya simpati sgt2 kt baby..sekali je saya kena teman baby kt bilik rawatan..mase tu dia menangis kejap je sbb saya ada di samping dia..sebelum2 ni, paed yg bawa dia ke bilik rawatan, terus dia meraung..tp mmg sakit pun bila amik darah tu..saya n dear hubby sendiri pun x tahan, apatah lagi baby yg masih kecik..
20 Februari 2012 (Isnin)
Baby dipindahkan ke Wad KK1, Bilik 4 coz doktor tgk baby dah semakin aktif dan cergas spt biasa..doc cuma nk pantau muntah n cirit dia je..so far, still ade cirit lagi..tp semakin berkurangan..doc ckp ni adalah kesan dari ubat yg msk dlm badan, nk neutral kan semula sistem imun badan..syukur alhamdulillah, gembira hati saya tgk baby dah semakin sihat spt biasa..cuma sesekali merengek pagi tu mak abah dtg semula dari Melaka..jadi, sementara baby tido mak abah soh saya tido kejap sbb dorg tgk saya x cukup tido..
Doc bertugas tgk kesihatan baby semakin pulih..so, dia benarkan baby pulang slps lunch..alhamdulillah..kami sgt2 bersyukur kpd Allah SWT kerana tlh memberi peluang kpd my lil' baby sihat seperti biasa..xtau nak gambarkan perasaan saya mcmane mase tu..
Jadi, buat masa ni mak abah akan menjaga kakak dan baby di Melaka..kami terpaksa berjauhan buat seketika..ini utk memastikan kesihatan baby benar2 pulih kembali seperti sediakala..insyaAllah..saya nak baby betul2 sihat, mungkin saya tidak akan menghantar baby ke taska ni lagi..saya akan cari seorang pengasuh yg hanya menjaga 2-3 orang budak sahaja..itu adalah lbh baik..biarlah kita berhabis sedikit duit demi kesihatan dan keselamatan anak2...moga sentiasa dilindungi..insyaAllah..
APA ITU ROTAVIRUS....
Cirit-birit dan muntah-muntah yang teruk yang boleh mengakibatkan kesan buruk kepada kanak-kanak biasanya 5 tahun kebawah.
Tanda-tanda Penyakit Rotavirus
* Demam yang berlarutan
* Cirit-birit air
* Muntah tanpa henti
* Dehydration
* Sakit segala otot dan sendi/cramp
* Mata cengkung
* Kulit kasar/kering
* Bibir kering/pecah2
* Air kencing kurang
* Kesukaran utk tidur
Bagaimana Rotavirus Tersebar
Najis yang terkena virus Rotavirus boleh tersebar melalui tangan, objek-objek dan permukaan terbuka dan mungkin juga melalui pernafasan. kanak-kanak atau bayi selalunya memasukkan tangan dan jari yang infected dengan rotavirus ke dalam mulut jadi mula la penularan rotavirus.
Cara Mencegah Penyakit
* Bayi anda diberikan vaksin Rotavirus. Diambil seawal 8 minggu sehingga 8 bulan. Ia diambil melalui mulut bayi atau kanak-kanak
* Jaga kebersihan kawasan rumah especially sekiranya ada bayi kecil kerana mereka mudah terkena jangkitan (sistem imun masih di peringkat yg rendah)
* Ajar anak-anak basuh tangan sebelum makan
MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT!
omg..siannye dia..sian kan tgk ank2 kecik mcm nih..
ReplyDeletebaru intan tau penyakit nih..tq ye;)
take gud care
alahai..sian baby qistina...hrp sembuh sepenuhnya...
ReplyDeleteskrg ni kita di ancam pelbagai penyakit..minta dijauhi...
asalam ... memang kesian ... kiter berdoa agar segala ujian dapat kita hadapi dengan penuh kesabaran ... betoikan ..tq.
ReplyDeletesudilah lawat
http://www.pelaburemasperak.com
saya doakan semoga cepat sembuh yer :)
ReplyDeletesedih sy baca entry ni, sebab anak pun kecil lagi, tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, alhamdulillah semuanya dah selamat, ape²pun baby ayish kuat coz ibu & ayah nye ada semangat yang kuat..
ReplyDeleteIntan: mmg kesian..x sanggup nk tgk wayar n tiub di badannye tu..tp itu je cara nk pulihkan kembali imun badan dia..thank sis!
ReplyDeleteAlhamdulillah...syukurr..semuanya dah kembali normal..take gud care of ur baby ok.
ReplyDeleteAdarnadzmie: alhamdulillah kak..skang dh pulih sepenuhnya..cuma bekas parut tiub kt badan dia msh ade lg..moga anak2 kita sentiasa dipelihara..amin
ReplyDeleteAbg Ajak: mudah2an..terima kasih atas doa dan kata2 semangat.. :)
ReplyDeleteLiza Razak: thanks darl..so far, baby dh nmpk sihat..cuma nak kena follow-up checkup kt HKL utk tgk whether he is fully recover or not..hopefully, he's fine..insyaAllah..
ReplyDeleteAnet: mereka yg bergelar ibu dan ayah pasti tau bgmana rasanya sakit itu..Allah nk uji kami dgn cara begini, kami terima dgn redha kerana pasti ada hikmah di sebalik semua ini..amin..pls take care of ur child too.. :)
ReplyDeleteMommy Jue: syukur alhamdulillah..but now masih trauma lg..moga Allah kembalikan semula semangat kami sekeluarga..amin..thanks for ur prays sis!
ReplyDeletesemoga bambam sihat² sahaja lepas ni..demi kesihatan anak, mommy kena berkorban sikit ye..sabar ok.
ReplyDeleteIbu Kakal: hihi..mommy akan sentiasa berkorban demi anak2..mane la ade ibu yg sggp lihat anak sakit kan..hehehe..thanks kak!
ReplyDeleteberlinang air mata saya baca entry ni.
ReplyDeletejujur saya ckp,kalau saya ada kat tmpt awak,mmg saya jadi separuh gila agaknya.
saya pun bukan nak ckp apa,tapi last year sejak eryn dihantar ke taska tu,dh 6 kali eryn kena admitted kat gleneagles sampai dr adrian,dr patrick dan nurse2 kat ward tu dh kenal sgt nama eryn.semuanya kebanyakannya sbb high fever yg kronik.and last masuk masa bln 1 tapi time tu penyakit microplasma virus.kulit macam kena measles but not measles.teruk sgt smpai hari2 saya nangis dgn dia pandai ckp "mama,sakit sakit".
tapi alhamdulillah,skrg sejak hantar eryn ke rumah pengasuh,nampak perubahan pada antibodi dia.kalau dulu,bila dia selsema sket,kitorg tak leh tido malam tu sbb dia mesti akan demam panas,bagi ubat antibiotik pun tak lut.dia nak kena bagi antibiotik yg cucuk kat tangan dan didrip ngn air.
saya sgt serik nak antar eryn kat taska lagi.my sis pun dh tukar taska sebb baby dia yg baru 3 bulan kena lung infection.:-(
Kak Ct: mula2 tu, saya xtau nk ckp cmne bila kejadian ni berlaku.i'm speechless coz anak yg sulung pn x pernah kena sakit mcmni.tp sejak my baby dok kt taska dr umo 4 bln smpi la skang, asyik demam+selsema+batuk berkahak je, on off.kita pny cuti pn bkn bnyk sgt nak kena sentiasa cuti n jaga di rumah.
ReplyDeletesedih! mmg saya sgt sedih dgn kejadian ni.smpi skang saya trauma dan fobia.esp bila tgk katil anak.smpikan tilam,selimut dan bantal dia yg terkena muntah tu, kami terpaksa buang.semuanya gara2 virus ni..
tu la, akak pn ade bgtau dulu yg eryn warded bnyk kali.kesian anak2 kita.imun msh belum kuat.sy dh serik nk anta kt taska ni lg.sy fobia bila tgk taska ni.mmg nangis je la bila teringat ank2 kt dlm tu bergelumang ramai2.kesian sgt2..
Semoga Allah melindungi anak2 kita dr penyakit yg berbahaya..amin..
memang trauma... akakpun kalau anak demam sikit2tu kadang dah takut tiba dia tak selera makan dah gelabah... harap baby qistina ok sekarang selamat sembuh sepenuhnuyer...
ReplyDeleteCho Zila: setakat ni alhamdulillah..baby sihat je..cuma nk kena pegi follow-up checkup semula, mungkin doc nk pastikan baby benar2 dh sembuh..thanks for ur pray!
ReplyDelete