Hahahahaha..sila jgn termuntah hijau bila baca nama resepi itu. Saje gedik-gedik nak bagi nama tu. Nampak cam sedap pulak bila di bagi nama tu kan. Hahahaha
Semalam petang pas balik kerja, saya ke dapur cam biasa. Mmg dah set mind nak masak resepi ni pun. Kebetulan hari Isnin tu pergi pasar malam. Ternampak ikan pari. Apalaga, terus mintak big bos duit nak beli ikan. My dear hubby mmg sgt sgt sgt suka dgn masak asam pedas. X kisah la asam pedas apa pun, semua dia layan. Lagipun, ikan pari kat pasar malam agak fresh, xde bau busuk or hancing. So, bolehlah beli. Sekilo RM22 je pun. Balik tu terus basuh ngan air asam dan simpan dlm freezer.
![]() |
| Dinner : Asam pedas ikan pari, kari kering daging, telur dadar & tumis kangkung |
RESEPI : ASAM PEDAS IKAN PARI KU YANG GORGEOUS
BAHAN-BAHAN:
Cili kering (dikisar) - ikut banyak mana yg korang suka
2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1kg Ikan pari - terpulang ikan apa yg korang nak masak
2 biji tomato (dikisar halus)
3 biji tomato (dipotong empat)
Bendi - ikut banyak mana yg korang suka
Daun kesum - ikut banyak mana yg korang suka
3 batang serai
Air asam
Gula & garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
1. Masukkan bawang putih dan merah yang telah ditumbuk halus hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kering yang telah dikisar. Masak sehingga cili benar2 telah garing.
2. Masukkan tomato yg telah dikisar, air asam, gula, garam, serai dan daun kesum hingga naik bau.
3. Apabila telah sedikit mendidih, masukkan ikan pari. Pastikan ikan pari telah masak, kemudian masukkan bendi dan akhir sekali masukkan tomato yang telah dipotong empat.
4. Tunggu kesemua bahan telah sebati dan kuah mulai pekat, barulah tutupkan api.

Dah siap!
Selamat mencuba!
Footnote : Mudah je kan. X susah pun sebenarnya. Kalau tak reti jugak, meh datang ke teratak ZackSuria. Saya demo secara live lagi. Hehehehe. My dear hubby makan semalam bertambah-tambah sampai 3x. Fuhhhh....










