VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label Pengalaman Bersalin. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Bersalin. Show all posts

17.9.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3 (PART 4)

14 Julai 2013
◆ 12.50am
Dah rasa sakit yg amat. Rasa macam nak patah pinggang dibuatnya. "Dear, bgtau nurse syg dah sakit sgt ni, dah nak bersalin...!" Nurse ckp jgn teran dulu, dia check bukaan baru 8cm. Dia panggil doktor. Doktor pulak check bukaan..eh..dah 10cm!! Doktor suruh saya pegang buku lali. Doktor ajar camne nak meneran. "Jgn keluarkan suara or jerit ye, nnt awak cepat penat. Teran macam nak buang air besar sembelit..." Nurse tadi suruh my dear bagi semangat dari sisi supaya isteri diberi kekuatan utk bersalin.  Kalau ikutkan, kita kena buka mata n pandang ke perut. Tapi masa tu, saya pejam mata kuat-kuat..sesekali je mata ni saya buka..hihi..ngelat!

◆ 1.13am
Dgn 3 kali teran sahaja, lahirlah our newborn baby dgn selamatnya..syukur alhamdulillah..my dear ckp, baby keluar pelepup seketul..syahdunya dapat dengar tangisan baby.Jauh beza dgn kakak dan abgnya sbb doktor tepuk montot baru diorg menangis. Then nurse tunjuk jantina baby kt saya dan tanya, "Suria, baby kamu boy or girl?" Saya dgn lemahnya menjawab, "Baby boy..syukur alhamdulillah..ayish ada kawan dear.." Airmata gembira saya menitis, di dalam hati tidak putus2 bersyukur pdNya..paling terharu bila my dear kucup dahi dan ucapkan terima kasih kpd saya kerana telah melahirkan zuriat kami sambil berkata, "Kita tau syg kuat! I ♥ u syg.."


Terima kasih yg tidak terhingga kpd staff nurse dan doktor yg telah banyak membantu saya sepanjang proses kelahiran our newborn baby pada 13 dan 14 Julai 2013 yg lalu. Terutamanya Dr. Nursyazwana dan 2 org staff nurse yg semasa di labor room telah menjalankan tanggungjawab mereka dgn penuh kerjasama dan prihatin. Terima kasih!!

Dari 10 bintang, saya bagi 9/10 bintang di atas servis dan layanan yg saya terima di Hospital Selayang sejak dari pendaftaran hinggalah di wad bersalin. Cuma agak kecewa dgn nurse yg jaga kaunter pendaftaran tu, kerek giler, tekan perut org mcm ape je, pastu nk jeling2.tang makanan rasanya semua hospital pun lebih kurang je kot, x brp nk ok sgt. Huhu..yg bagusnya, para suami dibenarkan menemani isteri bilamana isteri ditolak ke labor room hinggakan doktor dah habis beri jahitan pun doktor panggil suami teman isteri semula. Kalau hosp sg buloh dulu, bukaan dah 10cm baru diorg panggil suami, ramai je suami patients yg lain yg kebetulan xde kt tempat menunggu, so terlepas peluang nk teman isteri semasa proses melahirkan. Huhuhu. Sesetgh hospital juga masih tidak membenarkan suami menemani isteri ketika di labor room.

Hosp selayang mmg tip top!! Cuma kt sini xde wad kelas 1, so saya pilih kelas 2, 4 org sebilik. Kondisi wad pun sgt selesa, bilik berhawa dingin, langsir pembahagi antara patients pun nurse tutupkan utk tujuan privasi, bilik mandi setiap bilik ada 2 siap shower air panas sejuk, nurse pun sgt friendly dan bauk hati..pendek kata mmg terbaiklah! InsyaAllah jika diberikan rezeki lagi, saya nak repeat bersalin kat Hospital Selayang je...x perlu bersusah payah keluar duit beriban riban utk bersalin..hihihi

Footnote: Gambar baby??? Tunggu k..problem nak upload gambar pulak..kikikiki

2.9.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3 (PART 3)

13 Julai 2013
◆ 9.45pm
Terus bergegas ke hosp selayang..sian kami malam tu, mkn roti boy tu je la..My dear tanya nak makan ape2 x..Dah sakit2 mcmni mmg xde fikir makan dah. Cuma rasa haus je..my dear kata, "Xpe syg, psl mkn tu kita pk kemudian. Yg penting syg n baby.."

Otw to Hosp Selayang tu, ternampak banyak kereta kat tgh2 jalan, jammed yg amat. Kami dah risau ni, ye la kan, takut terberanak dlm kereta pula. Tgk ade kereta bomba n kereta polis gak. Bila lalu je depan kerumunan org ramai tu, tgk ada badan yg ditutupi dgn plastik hitam, mangsa meninggal di tempat kejadian..ada accident rupanya..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..

Sampai je kt hosp, my dear nak ambil wheelchair tp saya masih larat berjalan lagi, lagi bagus berjalan, cpt sikit bukaan tu nnt. Terus register..nurse yg jaga kaunter tu kerek sgt ok. Menyamps mak jemah! Lgsg x mesra pelanggan, nurse dan doc lain baik je..Masa dia check denyutan jantung baby pun dia wat muka. Ishhh..klau ikut jahat aku ni, mau je aku amik gambar ko then sebarkan kt laman sosial..tapi x sampai hati pulak kan. Kita je yg x sampai hati, tapi dia berlagak nak mams..Then dtg sorg doc berbangsa India nak ambil darah. Yg ni sorg lg giler. Ko kelam kabut nk amik darah aku, 2 kali cari urat x jumpa tp main cucuk je kt 2 tempat tu. Xtau lah dia ni doc pelatih ke hape. Mau aku bahasakan kt situ jugak. Klau x fikir tgh kontraksi, mau kena pelangkung..huhu

I hate this!!
Doc on duty check bukaan, dah 5cm! Tapi x boleh tolak ke labor room lagi sbb full house!! Oh tidak...bertahan je la kat kerusi menunggu. Masa menunggu kt kerusi tu, ade sorg makcik tegur tanya ank no berapa ni, dah berapa cm bukaan..sian kt makcik tu menunggu lama kt situ, menantu dia dah lama kt dalam tapi belum bersalin lagi, sampai dah xde tenaga katanya..huhu.. 15min pastu nurse panggil, doc nak pecahkan air ketuban katanya. Ye la, dah buka 5cm tapi air ketuban x pecah sendiri mcm abg bambamnya, doc la kena pecahkan. Bila dh pecah, doc tgk air ketuban dah bercampur dgn najis baby!

14 Julai 2013
◆ 12tgh mlm
Terus doc suruh nurse tolak ke labor room. Tapi disebabkan labor room full house, saya terpaksa tunggu lagi. Xpe, sabar tu separuh drpd iman. Ada sorg patient dtg, dah sakit yg teramat rasanya, dah nak bersalin barangkali. Nurse terus tolak patient tu ke labor room,  doc ckp jgn teran kt dia, tahan dulu! Perasaan saya masa tu biasa je sbb dah lalui 2 kali pengalaman kan.

20min pastu, turn saya ditolak ke labor room. Yg bagusnya hosp selayang ni, husb boleh ikut sama ke labor room dari sebelum hingga selepas bersalin. Bagus kan? Ini salah satu cara supaya si suami memberi sokongan dan semangat kpd si isteri semasa proses melahirkan. Saya mmg nak my dear ada di sisi ketika melahirkan anak2 kami. Nak dia tau betapa sukarnya nak lahirkan insan yg bernyawa dari rahim ni.

Saya suka dgn nurse di labor room, dia tanya mcm2 kt saya, ajak berborak supaya saya boleh lupakan seketika sakit saya tu. Sgt baik dan mengambil berat. Dia ckp kalau dah rasa sakit nak buang air besar, awak bgtau ye. Kalau x silap namanya, Siti Zuriati, lbh kurang nama saya. X mcm nurse berbadan gempal yg jaga kaunter tu. Sombong!

TO BE CONTINUED...

Footnote: X dpt dan x sempat nak berjalan raya ke mana2 pun even dah habis berpantang..my dear hubby sibuk yg amat, 8pagi tadi ni show LIVE kt MHI TV3..now masih berada di Melaka..balik Shah Alam hari Rabu or Khamis ni :)

22.8.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3 (PART 2)

Assalammu'alaikum WBT...

13 Julai 2013
◆ 8am - 3pm
Actually, tgh malam tu mmg tak dpt tidur dgn nyenyaknya seperti hari2 sebelumnya disebabkan kontraksi yg tak menentu, x kira masa dtgnya. Sakit? Mmg sakit..tapi setiap kali kontraksi hadir, saya berzikir dan menarik nafas melalui hidung dan hembus keluar melalui mulut spt yg tlh diajari oleh doktor. Kurang sikit sakitnya..

Bangun pagi awal sikit pagi tu memandangkan my dear hubby ada angklung show di KL Festival City, Taman Danau Kota pd jam 8pm. So, nak kena keluar awal dari rumah. Tapi lepas breakfast, sidai baju, lipat kain baju, kemas rumah apa yg patut, kontraksi dtg balik. My dear tanya "Syg nak g hospital ke, kalau nak pergi siap2lah. Kita kesian tgk syg sakit mcmni. Psl show tu syg jgn risau. Kita boleh minta staff cover kan.." Saya ckp "Xpe dear, syg boleh tahan lagi, kontraksi ni x kerap sgt. Jap ade jap xde. Kang klau g hosp awal2, dah masuk tu mmg susah nak keluar balik la, asyik kena check bukaan je. Tapi mengikut firasat dan naluri, tgh mlm nnt syg bersalin ni.."

My dear sian tgk saya sakit kontraksi camtu, dia suruh saya baring dan tidur. Mmg saya terlelap time tu, tapi terjaga2 sbb x selesa perut dah semakin menurun dan sbb kontraksi main2 dtg balik. Huhuhu. Pukul 2pm saya bangun g mandi sepuas2nya dan terus bersiap2 utk ikut my dear g angklung show. Beg saya dan baby utk kegunaan kt hosp dah siap2 letak lama kat dlm kereta. 

◆ 7pm-9.30pm
My dear dah setup angklung on stage dan soundcheck, kitorg JJCM kt dlm mall tu je memandangkan dah nak masuk waktu berbuka. Kitorg beli roti boy ngan choc kurma ice blended je sbb xde rasa nk mkn yg berat2. Tgh2 makan tu, kontraksi semakin kerap. Oh tidak! X boleh tahan dah, tak senang duduk dibuatnya, mulut tetap terkumat kamit berzikir. My dear dah risau..saya minta izin ke tandas utk check tanda2, yes mmg tanda2 dah semakin dekat, lendir bercampur darah kelihatan semakin banyak, bawah rahim semakin berat. 

Kembali ke tepi stage, menahan sakit sambil berdoa agar Allah ringankan sakit kontraksi,  sambil usap perut pujuk baby supaya keluar tgh mlm sikit, kita tunggu babah habis show ye syg, sian babah cari duit utk kita sekeluarga..alhamdulillah,  baby dengar ckp. Bila dia dengar alunan muzik angklung, senyap pulak dia, xde pulak kontraksi. Sempat lagi saya snap gambar my dear tgh perform. Hihi


Bayangkanlah, show tu x lama..1/2 jam je pun tapi rasa mcm 12jam lamanya. Huhu..Settle je show, my dear terus buka angklung tanpa berlengah lagi. Uncle technician yg bertugas mlm tu, suruh my dear bawa saya ke hosp dan suruh saya jalan perlahan2. Ya Allah..baiknya uncle tu..dlm kereta menahan sakit sambil genggam tgn dear sekuat2nya..sorry ye dear, tergenggam tgn dear sekuat hati pulak.

TO BE CONTINUED...

Footnote: Maaf ye kwn2, dah lama saya tak balas jejak. Mana yg saya sempat terjah, saya akan terjah. Tgh berpantang dan ada baby tecik mmg renyah sikit. Saya cuba sedaya upaya k..thanks korang yg sudi jengah dan tinggalkan komen tanpa jemu.. ♥♡♥♡♥♡ u olls!!

1.8.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3

Assalammu'alaikum WBT...

Ni saya nak ceritakan sedikit pengalaman2 yg saya lalui beberapa hari sebelum saya bersalinkan anak ke-3 kami. Fuhhh..mmg lain benar pengalaman kali ni berbanding masa bersalinkan kakak dan bambam. Cuma ada sedikit persamaan ketika turun tanda semasa bersalinkan bambam. Time ni hanya berserah kpd Allah SWT agar dipermudahkan segalanya..

1 JULAI 2013 (2 MINGGU SEBELUM BERSALIN)
Disahkan menghidap cirit birit, xtau di mana silapnya. Mungkin tersalah makan, perut ibu mengandung agak sensitif. X boleh tersilap makan sikit. Agak lama jugak saya kena cirit birit, lbh kurang 4-5 hari jugaklah. Hari ke-3 tu, gagahkan jugak ke office tapi still teruk lagi. Sudahnya hari ke-4 saya kena demam pulak. Dapat MC lagi dari doktor panel sbb takut jejaskan baby inside. Doktor bgtau cirit birit pun salah satu tanda kecil nak bersalin...

7 JULAI 2013 (1 MINGGU SEBELUM BERSALIN)
Dah turun tanda (turun tanda seperti sehari sebelum haid) dan mengalami pra-kontraksi atau lbh dikenali sebagai kontraksi main2 (braxton-hicks). Doktor bagi MC selama 5 hari. Time ni mmg x ke office langsung sbb pra-kontraksi ni pun sakit jugak. Kejap dtg, kejap kang hilang. Risau dibuatnya. Mmg x fikir ape dah, cuma fikir ttg diri dan baby inside je. Tapi kalau bos x faham xtaulah kan. Huhuhu

11 JULAI 2013 (3 HARI SEBELUM BERSALIN)
Masa ni dah turun lendir putih bercampur darah. Mmg xde rase sakit pun. Cuma kekerapan kontraksi tu selang sejam sekali. Tapi bila doktor check, baby masih tinggi lagi. Belum turun habis lagi. Kontraksi pun still main2 lagi, kejap ade, kejap xde. Time ni hubby dah risau sbbnya dia busy dgn show bln puasa. Dia dah bgtau member yg main angklung jugak utk standby in case kalau2 saya bersalin pada hari show. Kakak keep calling me tanya mummy dah bersalin ke belum. Mak pulak cakap kalau sakit kontraksi selang setgh jam, cepat2 g hospital. Tidur malam pun x lena. Disbbkan doktor bagi MC seminggu tu, saya pulun wat keje rumah ape yg patut, utk bagi bukaan cepat sikit. Hubby marah sbb dia nak saya rest je. Dari dok diam baik kemas pe yg patut. Mane tau saya bersalin mlm tu jugak. Hihi

13 JULAI 2013 (1 HARI SEBELUM BERSALIN)
Lendir bercampur darah dan kontraksi semakin kerap. Saya dan hubby dlm standby mode. Anytime je boleh bersalin ni. Tunggu punya tunggu, kontraksi hanya ada sejam-2 jam berselang seli, saya xnak ke hospital terlalu awal. Seriau kalau duduk wad menunggu lama2, asyik kena check bukaan je mcm masa bersalinkan bambam dulu. Berbelas jam bukaan nak ke 4cm..huhu

TO BE CONTINUED...

Footnote: Tunggu..saya akan ceritakan pengalaman bersalinkan anak ke-3 kami soon..ada baby tecik ni tak dapat nak hadap blog/fb/instagram/twitter selalu..hihihi..jap2 baby nanes nak susu....tunggu next next entry k..

30.5.13

PROSES KELAHIRAN


* klik untuk tumbesaran *



Footnote : Maaf ye kawan-kawan. Mood saya untuk update seperti biasa semakin merundum. Dgn kesibukan di office lagi. Sekarang ni fikir nak rest dan relax kat rumah je. Xde mood langsung.... *sigh*

21.5.13

HOSPITAL MANA MENJADI PILIHAN??

Assalammu'alaikum WBT.

Haihhh..terlalu pantas masa berlalu kan. Kandungan saya dah hampir berusia 32 minggu (8 bulan). Few more weeks je nak bersalin. Nervous jugak sebenarnya. Hospital mana saya nak bersalin pun tatau lagi ni. Ada 3 pilihan hospital sebenarnya sama ada Hosp Selayang, Hosp Kuala Lumpur atau Hosp Sungai Buloh. Hosp Selayang dan HKL tu antara pilihan saya sebab jaraknya dari office agak dekat lah. Kalau Hosp Sungai Buloh tu jarak dengan rumah ambil masa lbh kurang 10-15 minit je.


Cuma bila g checkup kat Hosp Sungai Buloh few months ago, ada lah dengar macam2 cerita dari few members yang bersalin kt sana dan ada kejadian yg berlaku di depan mata kepala saya sendiri, saya rasa macam seriau dan takut pulak nak bersalin kt sana. Padahal masa bersalinkan bambam awal tahun 2011 dulu, servis diorg sgt tip top. Saya tak kisah sebenarnya, cuma kita pun nakkan yang terbaik utk diri kita sendiri dan anak yg bakal lahir nnt.

Saya pun tak nak banyak songeh sgt sebab bekerja di sektor awam ni, bersalin di hosp kerajaan adalah pilihan utama kerana kita tak perlu bayar segala bil, hanya guna GL sahaja. Kalau nak rasa lebih selesa, pergilah hosp swasta. Tapi bagi saya yang dah masuk anak 3 ni, tak perlulah rasanya ke hosp swasta. Duit yg ada tu, boleh digunakan utk anak-anak di masa akan datang. Lebih menjimatkan. Sementara masih berkhidmat di sektor awam ni, gunakan je la segala kemudahan yg ada sebaik mungkin. ^__^

Bagi saya, bersalin kat mana-mana pun sakit bersalinnya tetap sama. Cuma mungkin dari segi servis dan kualiti makannya yg agak berbeza. Kalau sesiapa yang ada pengalaman bersalin kat hosp-hosp yang saya senaraikan di atas, saya memerlukan komen dari anda anda dan anda. Bingung nak pilih hosp mana nak bersalin nnt. Yang penting, hosp tu benarkan suami menemai isteri ketika di bilik bersalin. Penting gak tu :D
Tentang barang dan keperluan bayi akan saya update kemudian ye. Mood berblogging makin hari makin merundum pula. Haihhhh..kalau ada yg masih saya hutang bw lagi, insyaAllah akan cuba ditunaikan.

Oh ye! Sebelum terlupa, semalam dok godek-godek Nuffnang. Ada tambahan lagi 2 BE/CPUV. Entry bulan lepas saya ada update gak pasal BE/CPUV ni. So, kali ni ada 2 lagi tambahan iaitu Q2 Hotlink Social Edition dan Origins Ginzing. Nokia Asha 310 Launch since April lagi dah berlegar di blog ni, tapi amount masih 0. Huhuhu


Alhamdulillah..bertambah-tambah murah rezeki kami. :)
 Happy working uolls!

Footnote : Hingga ke hari ini saya masih driving dari Kg Subang-Jalan Duta seperti biasa lagi. Alhamdulillah..semoga Allah permudahkan segalanya. Aminnnn... ^__^

11.3.13

BEGITU PANTASNYA MASA BERLALU...

Newborn
1 bulan
5 bulan
10 bulan
1 tahun 5 bulan
2 tahun
Dalam sedar tak sedar, begitu pantasnya masa berlalu kan..Dalam sedar tak sedar, bambam telah pun genap 2 tahun usianya..Dalam sedar tak sedar, bambam dah pandai mengira 1-10, alif ba ta, baca doa makan (walaupun dalam pelat2 dia tu) bahasakan diri dia as ABANG (sambil tangan tepuk kt dada), makin hari makin bijak, makin hari makin manja yg teramat (since preggy ni, bertambah2 manja ngan mummy. gedik sungguh! hehe)

Syukur alhamdulillah..sejuk perut mummy mengandungkanmu bambam. Gelaran bambam ni saya dapat since badan dia makin chubby, pipi dia makin bolat sejak dari baby lagi. Geram sgt! Nama betulnya: Ayish (penghidupan yg kekal) Dayyan (pelindung). Dapat nama 'Ayish' directly from Al-Quran. Ramai yg salah sangka pada mulanya, diorg ingatkan bambam ni gegurl. Tapi bila tgk iras wajahnya betul2, mmg terserlah kelelakian dia tu. Tu belum tgk ragamnya lagi. Hehehe.

Sepanjang membesarkan bambam hingga usianya 2 tahun, tak berapa sukar sebenarnya. Sbb sedari baby lagi, bambam mmg x banyak ragam, tanyalah mana-mana pengasuh (taska kt opis, babysitter kt rumah, mak abah saya, adik beradik saya dan plg terutamanya incik asben saya sendiri), pasti response dari mereka, "Senang nak uruskan Ayish, x bnyk ragam". Syukur alhamdulillah..cuma lately ni, bila dia semakin besar, dah pandai cakap n mintak itu ini, since mummy dia ngah preggy ni, makin menjadi-jadi lah manja dan lasak dia tu. Apedehal kan, nama pun anak lelaki. Mmg lasak semacam bila umur gini. Tanyalah mana-mana ibu yg pernah melahirkan anak lelaki. Pasti akan lalui pengalaman yg sama mcm saya ni kan. Hehehe

Tanggal 9 Mac 2013 yang lalu, maka genaplah usia bambam ke-2 tahun. Tapi kami tak celebrate pun disebabkan kekangan masa. Mungkin akan celebrate masa cuti sekolah nnt, boleh bawa anak2 berjalan2 or masa besday babah bulan 4 nanti. Hadiah utk bambam kami dah cari, tunggu time nak beli je. Dan hadiah tu, dia sendiri yg pilih. Tu yg paling penting! ^__^


Buat putera mummy, Ayish Dayyan...
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-2
Semoga dipanjangkan umurmu
Semoga dimurahkan rezekimu
Semoga dicerdaskan akal fikiranmu
Semoga dicergaskan fizikalmu
Semoga menjadi anak yg soleh
Semoga menjadi anak yg mendengar kata
Semoga menjadi anak yg berjasa kpd mummy babah
Semoga menjadi anak yg sentiasa menyenangkan
Semoga menjadi insan yg cekal, tabah dan semangat di masa-masa akan datang
Semoga kamu sentiasa dalam redhaNya…
Ya Allah Ya Ghafur, Ya Arhama Rohimiin,
La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazholimin.
La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah. 
Amin...

Hugs and kisses,
Mummy
Babah
Kakak
Baby inside

View pengalaman bersalinkan bambam kat SINI

Footnote : Nak bawa anak-anak bercuti di mana ya sempena cuti sekolah nanti? Boleh celebrate besday bambam sekali :D

9.3.12

"9 Mac 2011"

Assalammu'alaikum...Salam Jumaat yg penuh berkah..Salam 9 RabiulAkhir 1433H..saat yg amat menggembirakan hati seorang mommy dan babah..saat ini lahirlah insan yg tlh 9 bulan 10 hari berada dlm rahim mommy..syukur alhamdulillah..

** kenangan terindah ketika mengandungkanmu.. **
7 Mac 2011 (Isnin, 2 petang - 8 malam)

Saya dan my dear hubby berjalan2 di Jusco Bandar Baru Klang..kebetulan Doc Su bagi mc selama seminggu berikutan saya dah keluar tanda dan dah mula rase pre-contraction..jadi, saya ambil peluang ni utk beli brg2 persiapan terakhir utk bakal anak mommy..sepanjang perjalanan tu saya xde rase ape2..cuma sedikit contraction yg selang beberapa jam..Doc Su suggestkan utk banyakkan berjalan..mak pula dh bekalkan bunga kacip fatimah utk mudahkan bukaan..so, saya dh start minum..

Jalan2 kt Tesco mmg meletihkan dgn keadaan saya yg sarat..ade juga 3-4 org kakak or makcik yg dok jeling perut saya..mungkin perut saya dh turun, dh nmpk tanda2 nk bersalin kot..tapi saya teruskan berjalan2..sesekali bila contraction tu, saya stop sekejap..coz pre-contraction x berapa sakit sgt..huhuhuhu..lame juga kami di Jusco..lps cuci2 mata, pegi makan..pastu beli jugak mane2 items yg berkenan utk baby..klau dh perempuan tu, mmg rambang mata je la kan..haha..tp tujuan utama saya ialah utk mencari Jamu Bersalin Lengkap Selapan Air Manchur..actually ade 2 jenis, pil or jamu..saya nak cari yg jenis pil tu..yg jamu tu confirm x lalu nk makan..

Lepas cari jamu tu kt Tesco, tp still xde jugak..klau ade pun, mahal dr harga biasa..kami menuju ke Kompleks PKNS Shah Alam..kt situ bnyk toko jamu..jalan punya jalan, tp lbh mahal dr kt Tesco..aduh..penat dah ni..at last, pegi Seksyen 18 Shah Alam..kt situ pun bnyk gak toko jamu..mmg ade pun..dan lbh murah dr yg biasa..siap boleh tawar menawar lagi..akhirnya jumpa jugak..setelah hmpr sehari suntuk berjalan n mencari..hahaha..nk cari jamu je pun kan..at last, smpi rumah dh pukul 9 lbh..smpi2 je, saya terus mandi dan tidur..penat!

8 Mac 2011 (Selasa, 3 pagi)

Saya terjaga..mase tidur saya seolah2 bermimpi saya buang air..tp realitinya, air ketuban saya dah pecah bercampur darah!!!! Saya kejutkan en suami yg sdg nyenyak tidur..saya dah start risau, sbb kalau air ketuban dh pecah, tambah lg ade darah mmg kena ke hosp la jwbnye..saya dan en suami terus bersiap2 ke hosp..brg2 persiapan dh ade dlm kereta..tapi saya tunggu jugak dlm 1/2 ke 1 jam..pk punya pk, kami decide ke hosp..xnk lah something happen..

8 Mac 2011 (Selasa, 4.30 pagi)

Daftar masuk ke Hosp Sungai Buloh..mase ni x ramai sgt..so, mudahlah skit proses pendaftaran..tp klau nk tau, kami x bole bwk msk hp tau..tp saya curi2 bwk jugak utk mudahkn communication dgn en suami dan kwn2..5.30 pagi doc pakar check bukaan saya..dah 2 cm..then, dok di katil menunggu utk check hearbeat baby memandangkan air ketuban dh keluar sikit..kedengaran sorg perempuan india n perempuan cina mengerang sakit..tp bila doc check bukaan dorg, baru 3-4 cm..doc soh sabar n tunggu..klau ye pun sakit, xyah la nk menjerit bagai..kan mengganggu org lain..ish2..

Saya tidur sekejap supaya ade tenaga nnt..pukul 7.30 pagi bangun utk bfast..ramai jugak lh yg ade kt c2..ade sorg akak tu dh 7 anak, kali yg ke 8 ni susah pulak nk bersalin..dh terlebih 10 hari, dh 2 hari dia kena tahan..gerun saya dibuatnye! yg kwn sorg lg ni, sebaya saya..anak sulung..dia kata ank dia melintang..petang nnt doc nk scan baby..insyaAllah mane tau baby akan berpusing kan..sesekali dia mengerang sakit sbb contraction..mcm saya dh ade pengalaman..so, saya tenangkan dia..kesian tgk dia..menangis2..

8 Mac 2011 (2 petang)

Saya ditmptkn di satu bilik dgn sorg akak ni..dia wife kpd askar..borak2 dgn dia..ni ank yg ke 5 ni..tp lain mcm skit sbb slalu senang nk keluar..yg ni payah pulak..kes dia mcm saya jugaklah..jarak 5 thn cmtu..hehe..rezeki akak..sesekali nurse dtg check hearbeat baby, amik bp..nurse ckp pukul 4 ptg standby, doc nk check bukaan..aduh..part ni yg plg malas sy nk hadapi..sakit!

8 Mac 2011 (4.30 petang)

Doc check bukaan..baru 3 cm..ya Allah..lamenye..dari pagi td saya dok cni baru 3 cm je..sakit contraction tu mmg ade..tp sekejap2 je..saya masih boleh bertahan..then dpt sms dr my dear..diorg ckp mak abah dah sampai..saya yg pd mulanya nak tidur, bangun semula..yg x bestnye, husb x bole masuk sehinggalah bukaan dh 10 cm..visitor yg lain pn klau nk melawat, saya kena keluar..leceh! mak bawak kan makanan utk saya..so, simpan mknn tu utk dinner dear..borak2 dgn mak, abah n c kakak..then, tetiba nama kena panggil..nurse nak check bp n hearbeat baby..betul kan saya ckp td..leceh..saya nk kena keluar masuk pulak..tp nk wt cmne dh tu prosedurnye..huhu

8 Mac 2011 (6.30 petang)

Nurse check heartbeat baby dan bp..dia bgtau kul 9 mlm ni doc dtg nk check bukaan awk..klau dh 4cm, kitorg tolak ke labor room..ok lega! then saya bgtau kt mak abah saya nak tidur kejap..mak abah ckp diorg nak balik dulu..saya soh stay kt rumah kami, tp abah tamo sbb nk amik adik2 balik keje nnt..saya bgtau yg mungking mlm ni saya akan bersalin..tp dh itu keputusan abah, saya akur je la..

8 Mac 2011 (9.30 malam)

Doc check bukaan..alhamdulillah..dah 4 cm..doc pecahkan trs air ketuban yg ade..then, nurse masukkan 'air sabun' utk mudahkan buang air..then, saya sms kt dear soh standby..jgn pegi mane2..in case klau nurse panggil..tunggu punya tunggu 11 mlm baru saya ditolak masuk ke labor room..duduk dlm tu sorg2 plak tu..sejuk yg teramat..menggigil2 dibuatnye..huhuhu..pd mulanya doc soh drip water utk mudahkan bukaan..tp doc yg sorg lg tu kata tunggu dulu..sambil2 tu nurse suruh baca zikir dan doa ape2 yg patut..mase ni mmg contraction saya dh semakin kerap..tapi saya bertahan lg..xde lah meraung2 bagai..

Bayangkanlah, dari saat saya masuk di bilik menunggu hinggalah kt labor room, saya sorg2 je..tanpa ditemani suami..dgn sakit contraction lagi..dgn darah yg dh mengalir lg..mmg sakit..tp saya cuba bertahan jugak..xnak nnt menggangu ibu2 yang lain..nnt kena marah dgn nurse n doc pulak..actually, mase ni saya dah mengantok..saya lelap sekejap..tapi tidur2 ayam je..ade jugak doc masukkan saluran tiub kt pundi kencing saya utk mudahkan saya utk buang air..tp x sakit..x terasa ape pun..sesekali nurse dtg tgk bacaan heartbeat baby..

9 Mac 2011 (11.45 tgh malam)

Masa ni doc tgk heartbeat baby kurang sikit..agak lemah la..dh bertekak pulak 2 org doc kt situ..yg sorg tu dh betul soh drip water..tp yg sorg tu kata tunggu dulu..nurse ckp klau lg stgh jam awk xde rase nk berak, doc nak operate memandangkan baby awk dh lemah..saya ckp dlm hati, "bodoh! korang yg buat keje main blasah je, aku pulak nk tanggung benda ni..mmg bengong! klau jadi ape2 pd saya dan anak, korang tanggung la.." then, doc yg sorg tu drip water utk mudahkan bukaan pintu rahim..nurse ckp, "ini ubat utk cepatkn bukaan ye..tp sy drip jugak ubat thn sakit..awk rehat dulu ye..klau dh rase sakit, awk pggl kami.."haaa..mcm ni la layanan yg baik yg mmg sewajarnya semua patient dapat..xde lah org asyik complaint je kan..mmg cepat klau drip water..baru 15 min - 30 min camtu, saya dh terasa sakit contraction yg teramat..

9 Mac 2011 (12.50 tgh malam)

Saya dah x boleh tahan lagi..mase ni saya minta nurse dan doc panggil husb saya..mase ni dear plak xde kt tmpt menunggu depan tu..nurse call banyak kali..saya suruh cari jugak sampai dapat..dear bergegas2 dtg labor room..alhamdulillah..doc ckp tunggu dulu..dia nk check bukaan..mmg betul dah 10cm..dah tiba mase utk bersalin ni..saya gunakan pengalaman yg saya ade sebelum ni..doc soh teran mcm nak buang air besar sembelit..saya teran dan teran lagi..saya gunakan segala kekuatan yg ade..my dear di sisi beri semangat dan pegang erat tangan saya..dgn beberapa kali teran je......................

9 Mac 2011 (1.02 pagi)

Akhirnya, insan yg selama ini berada di dalam rahim saya selama 9 bulan 10 hari selamat dilahirkan..syukur alhamdulillah..saya bersyukur sgt2..nurse tunjuk bebird nk bgtau jantina baby..berat baby 3.05 kg..mommy ni..mommy nak kiss, nak hug..nurse bgtau dia nak bersihkan baby dulu dan tunggu jap coz doc nak jahit bukaan tadi..mase ni sakit skit..saya nmpk jarum dan benang tu..nak pengsan dibuatnye..nak x nak saya kena tahan jugak..sementara tu dear azan kan baby..

Then nurse dtg bawa air milo utk saya minum sbb mase tu saya mmg haus yg teramat..duduk dlm aircond, then drip water lg..x bole minum n makan plak tu..mmg terasa haus giler..dpt minum air milo panas tu pun rase x cukup..nak mitak lg segan plak..saya rehat jap..then, nurse dtg bwk baby.. "sayang, kite dah azankan baby..baby kita comel" nurse mitak saya suakan baby di cik B..mengalir airmata saya coz baby nak minum wpun mase tu xde susu..tp utk percepatkan proses susu, kena bagi baby minum jugak..mmg dh niat saya nak fully BF..

Lega dan bersyukur..hanya itu yg saya rase skang ni..rase sakit semua dh hilang bila baby dh keluar dan bila baby dh ade dlm dakapan..syukur sgt2..

:: saat kelahiran ::

:: 1 bulan ::

:: 2 bulan ::


:: 3 bulan ::

:: 4 bulan ::

:: 5 bulan ::

:: 6 bulan ::

:: 7 bulan ::

:: 8 bulan ::

:: 9 bulan ::

:: 10 bulan ::

:: 11 bulan ::

:: 12 bulan ::
 Syukur alhamdulillah..begitulah pengalaman saya melahirkan insan yg diberi nama 'Ayish Dayyan bin Zakaria' (Ayish : penghidupan yg kekal, Dayyan : pelindung)..hari ini genap setahun usiamu..mommy rase mcm baru je melahirkan kamu ke dunia ni..

Selamat ulangtahun kelahiran yang PERTAMA buatmu sayang..semoga menjadi anak yg soleh dan berguna di masa akan dtg kelak..insyaAllah..semoga mendapat keredhaan di dunia dan akhirat kelak......semoga baby dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik..insyaAllah..babah, mommy n kakak always ♥ you sayang...

HAPPY 1ST BIRTHDAY TO U, AYISH DAYYAN...

Foot note: sambil saya menaip ni, airmata mengalir mengenang kembali kisah2 di saat mengandung dan melahirkan my bam bam ni..mmg seronok bila bergelar ibu..sedikit sedih terbit di hati kerana anak2 saya jauh dr mata.. :'(
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara