Assalammu'alaikum WBT. Selamat pagi kawan2! Maaflah semlm x dpt update pape. I'm on medical leave. Demam on off, batuk semakin teruk pulak, mabuk dan pening toksah ckp la. Mmg non-stop 24/7. Huhuhu. Sabo je la kan. Nak wat cemane.
Aritu saya dah update Kisah Penyatuan Dua Hati
Part 1,
Part 2 dan
Part 3. Hari ni nak sambung yg Part 4 pulak di mana kami telah mengadakan aksi gedik gedik di tepian pantai, outdoor photoshoot. Ohohoho. Sgtlah best! Mula-mula photog kitorg nak cari kawasan rumah kampung lama/terbiar, tapi cam susah nak cari pulak kan. Disebabkan kat Melaka ni punya lah banyak pantai, so kitorg decide pegi Pantai Puteri je la. Pantai Puteri ni berdekatan dengan Pantai Klebang.
 |
Sebelum bertolak ke Pantai Puteri, kitorg bersembang dulu
ngan kawan rapat kami Safara & Zul.
Diorg pun pengantin baru juga :) |
Masa kitorg sampai ni, ramai anak-anak muda remaja tgh bermain bola sepak pantai. Then, ramai gak family menghabiskan masa dgn anak-anak. Huihuihui. Malu? Mmg tersgt la malu bila kitorg turun dari kereta. Mana taknya, kami dgn costume kami ni kan. Mmg menjadi tarikan la kat diorg. Tapi disebabkan nak buat kelainan dan abadikan kenangan di hari bahagia kami, layankan je la. Malu tu kena tolak tepi. :P
Part berlari-larian ni la yg paling best sekali. Kelakar pun kelakar. 3-4 kali kena ulang balik scene ni tau coz photog nak dapatkan photo yg paling cun. Hohoho. Penat gilos! Berpeluh2 gak la. Photog ckp scene ni kena buat cepat, kang kalau matahari dah turun tak cantik dah.
"Bila tiba di pasiran pantai
Ombak menuju pantai merindu
Cintamu sehebat laut yang luas
Sesegar ombak yang memutih
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia.."
 |
| We're married! |
Kitorg abis photoshoot tu around 6.45 ptg. Saya pun dah start migraine, berdenyut2 kepala. Maklumlah, start dari subuh sampai la ke outdoor photoshoot mane la ada peluang nak rehat. Pagi2 buta dah bangun mandi siap-siap mak andam nak makeup kan, pukul 10 pagi nikah, lepas Zohor pulak berarak dan bersanding, last sekali g outdoor photoshoot selepas semua tetamu dah balik. Fuhhhh..mmg penat sgt2.
Sampai je kat rumah, photog kitorg ingat nak soh kitorg bergambar beramai-ramai ngan family yg ada. Tapi disebabkan mak yg sgt2 keletihan plus demam, kitorg tunda ke hari lain. Apapun, kami bersyukur majlis telah berjalan dgn lancar seperti yg dirancang walaupun mungkin terdapat sedikit kekurangan/cacat cela.
Footnote : 12.12.09 masih segar dalam ingatan. Kenangan terindah yang tak mungkin dilupakan :)