VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label kakak. Show all posts
Showing posts with label kakak. Show all posts

21.8.15

MOMMY, DON'T RUSH MY CHILDHOOD :)

Assalammu'alaikum WBT.

Sharing is caring to all mommies out there.


Seronok melihat anak-anak membesar depan mata walaupun kadang-kadang ada sahaja yang buat mommy hangin satu badan. Hahaha. Menjerit bak Tarzan pulak la kan. Namun begitu, biarlah mereka membesar dengan cara mereka. Setiap anak tumbesaran dan cara mereka berbeza. Tidak sama antara satu anak dengan anak yang lain :)

Buah hati mommy dan babah :)
Ayish Dayyan, Zayyan Nourkhalish, Nur Athirah Qistina

Salam sayang,
Suria Qaisara Beauty Touch

26.1.15

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014 SK SUBANG


Assalammu'alaikum WBT.


Entry dah basi sebenarnya ni. Cerita dok peram je dari bulan Nov 2014. Hahaha. Tapi tetap mau cerita jugak. Untuk tatapan anak-anak di masa akan datang, untuk dijadikan kenangan.. :)

Masa terima surat dari guru kelas kakak, agak terkejut jugaklah sbb kakak akan naik pentas untuk terima anugerah ni. Peperiksaan pertengahan tahun, kakak dapat no 2. Tapi peperiksaan akhir tahun dapat no 3 pulak. 

The best part is, kitorg saje nak psycho dia, next time mommy babah tanak tgk no 2 or 3 lagi. Mommy babah nak tgk kakak dapat no 1 with all A's. Mommy babah tanak tengok results B ni. Can u make it?  Hehehe. Kakak sengih je. Tapi alhamdulillah, keputusan peperiksaan kakak ada peningkatan.. :)

Pada mulanya utk sesi persekolahan 2015 ni, kakak ckp dia dapat kelas 3 Harmoni. Cam pelik gak sbb dapat anugerah cemerlang tapi duduk di kelas bawah. Hehe. Rupanya kakak menumpang sementara kt kelas tu masa hjg tahun 2014 sbb penentuan kelas belum dibuat officially. Cuak mommy! Hehehe. Skang kakak dlm kelas 3 Anggun. Belajar rajin-rajin k!

Kakak request nak bergambar dgn kawan2. Katanya takut x jumpa lagi pada tahun 2015 sbb kemungkinan besar akan berpindah. Tuptup masih belum berpindah lagi. Soon insyaAllah..hehehe

Tahniah kakak! Semoga terus cemerlang dan gemilang di dalam setiap apa jua yang diceburi. Mommy babah minta maaf di atas segala kekurangan dlm mendidik kamu, kdg2 kami terlalai dan alpa, tak berkesempatan utk menghabiskan masa dgn kamu dan adik2. Mommy tahu kamu anak yang pandai berdikari, di rumah agak susah kamu nak belajar kerana adik2 masih kecil mengganggu kamu. Apapun, mommy babah sgt berbangga dengan kamu. Kamu mmg sgt hebat dan mommy nampak kamu adalah 'great gift from Allah' kpd kami. Kecerdikan dan kepandaian yg kamu miliki hari ini adalah 'gifted'.

Alhamdulillah, tak kamu sia-siakannya. Perjalanan hidup kamu terlalu jauh lagi nak. Capailah impian dan cita-citamu nak. Mommy babah akan sentiasa bersama kamu. U go girl!!

5.9.14

SAMBUTAN HARI ISTIMEWA BUAT KAKAK

Assalammu'alaikum WBT.

Kelmarin birthday kakak. So, kitorg celebrate kecil-kecilan je. 
Kitorg tanya, "Kakak nak makan kat mana?" 
"Kakak nak makan pizza la mommy, boleh tak?"
Restoran pizza hut tak jauh, 10 minit je jarak masa dari rumah kitorg.
"Mommy, kang kita beli kek kat Secret Recipe tau?"
"Iye boleh..tapi kita tak beli sebiji yg saiz besar. Kita beli satu potong tapi banyak jenis..best dapat rasa semua perisa"
Pas dah beli kek tu, kitorg singgah ke 99 Speedmart. Nak cari glukose dan aiskrim vanilla. Dak comei bobot zayyan punya tonsil merah semula, badan dedar je. So, doc soh bagi 2 mendalah ni.

Kami menunggu dalam kereta je sementara babah g beli barang glukose dan aiskrim vanilla. Lama jugak babah pergi. Rupa-rupanya, dia cari hadiah utk kakak. Babah dia mmg gitu, full of surprise. Tapi babah saje nak sakat kakak, kata tu hadiah utk mommy. Hehehehe. Kakak mula la tarik muncung sedepa.

Hari istimewa kakak, kitorg cuba tunaikan permintaan dia selagi mampu. Alhamdulillah, jarang sekali dia minta yang di luar kemampuan kami. Dari kecik dah didik dia hidup susah senang tu mcmana. Good girl kakak!

Aritu dah bawa anak-anak g water theme park, tak jauh pun. Kebetulan balik Melaka jenguk mak abah, bawak la diorg mandi manda kat Bayou Lagoon Resort. Tiket dah beli siap-siap kat Groupon aritu.


Ni lah dia Bayou Lagoon Theme Park. Biasa-biasa je, xdelah havoc mcm Sunway Lagoon or Water World Melaka tu. At least anak-anak boleh cuba semua permainan kat sini. Tiket kat Groupon RM15 (dewasa), RM10 (kanak-kanak), harga asal RM25 (dewasa), RM20 (kanak-kanak). Ok la kan..Disebabkan anak-anak tak berapa enjoy aritu, nnt kitorg repeat lagi ke theme park. Maybe ke PD kot. Tgk keadaan dan jadual kitorg on weekend..InsyaAllah...


Tak sah kan kalau takde gambar. Aritu tak sempat nak bergambar pun, gambar ni kitorg amik masa makan-makan kat Johnny's Restaurant pada Syawal aritu. Comel je tgk gelagat diorg kan. Tetiba rasa rindu kat anak-anak. Hehehehe

21.5.14

#SELFIE DENGAN ANAK-ANAK

Assalammu'alaikum WBT.

Meh la layan gambar. Takde idea nak update. Blur je. Mengantok pun ye gak. Dah 2 malam tak lena tidur. Tak tau la kenapa. Skang ni mata bagai digam-gam. Nak-nak kalau tgk PC ni kan, ditambah pulak dgn lagu alunan yg sungguh merdu, perut sudah kenyang, bertambah-tambah layu mata ni..hehehe

Meh la tgk anak-anak mommy yg comel genit cute ni. Kemain lagi memasing kan. Berebut-rebut nak #selfie.



Footnote : Tengok gambar ni, rindukan anak-anak pulak. Nak-nak baby zayyan yg genit tu. Hehehe

7.2.14

SAMA TAPI TAK SERUPA... ^_^

Assalammu'alaikum WBT.

Muka 3 beradik ni lebih kurang sama je masa baru lahir. Masa dalam berpantang aritu, whatsapp gambar ni kat babah diorg, babah pun cakap sama sgt. Pipi masing2 labuh. Yang dapat dagu lekuk mummy, baby Zayyan sorang je. Lesung pipit kiri kanan pulak, kakak dan baby Zayyan. Abam bambam dpt kulit putih gebus dan chubby mcm mummy. Hehehe


Footnote : Rindu pulak dgn anak-anak masa diorg baru lahir bila tgk balik gambar ni...

6.1.14

SETELAH BERBULAN-BULAN BERSAMA, AKHIRNYA....

Assalammu'alaikum WBT.

Lamanya tak bersiaran..rindunya kat kawan2 semua..rindunya nak story mory dgn uolls..hari ni, saya baru start memulakan tugas setelah 6 bulan bercuti (3 bulan cuti bersalin, 3 bulan cuti tanpa gaji)..bergelumang dgn anak2 dan incik hubby, dgn urusan rumahtangga, dgn urusan bisnes..alhamdulillah..satu kenangan yg berharga dalam hidup saya bila dpt bersama2 dgn insan yg tersayang..

Hari ni, ayish bambam 1st day kat taska. Bangun pagi kejut dia, ajak g school dia kata "Mummy, ayish tak nak pergi sekolah.." Alamak..mummy dah risau bila bambam ckp gitu. Mana taknya, semalam n kelmarin bukan main seronok bila kami bgtau nnt ayish duduk kat school, mummy babah nak work. Dia kata ok mummy. Tapi bangun pagi tadi, merengek (hampir menangis) takmo g school. Bila anak dah pandai bercakap mcmni lah.

At last dia redha je nak ikut mummy g school. Dia minta susu. Dalam kereta saya letak dia kat pilot seat. Risau kalau2 x perasan dia kt belakang, maklumlah dah bertahun2 x hantar anak ke taska. (skang ni kan mcm2 kes, so kena berhati2 takut terlupa. kebetulan dah 6 bulan x g kerja. Mmg mudah sgt lupa) Taska tu sebelah office ni je pun. Senang. Ingat nak hantar sama dgn baby zayyan, tapi memandangkan bambam dah 3 tahun, harus ajar dia berdikari sendiri, playing around with other kids, learning something at school. Itu semua momen yg indah buat anak2 kecil.

Tadi teacher update bgtau psl bambam. Alhamdulillah..dia ok. Pagi tadi ada assembly dan dance. Teacher bgtau ayish ok. X sabar rasanya nak balik, ambil dia dari taska. Mesti banyak yg dia nak cerita kan.

Baby zayyan pulak, esok baru start kat rumah babysitter. Akak tu duduk depan rumah kitorg je. Senang kalau apa2hal. Setakat ni, kalau tinggal2 gitu kat incik hubby (kalau ada job mekap or pelamin), baby sgt mudah utk diuruskan sbb dia tau mummy was not around, so I have to drink EBM. Hihihi. So tadi asyik tanya incik hubby, mintak dia update psl baby. Baby ok, merengek2 gitu je la.

Buah hati pengerang jantung mummy babah
Footnote: Later saya update perkembangan terkini aktiviti2 kami ya. Especially, baby Zayyan Nourkhalish yg bobot mungil mungil tu. Hehehe. Nanti saya akan cuba seupaya yg boleh singgah ke blog kawan2 yg selalu jengah dan drop komen kt blog saya ni. Tq sayangs!!

3.7.13

KERINDUAN....

Assalammu'alaikum WBT.

Syukur alhamdulillah..urusan pertukaran sekolah kakak dah selesai. Pagi tadi abah bagitau kakak dapat masuk ke kelas 1 Bijak, dapat kelas no 1 berdasarkan keputusan peperiksaan kakak baru-baru ni di SK Subang...alhamdulillah..lega hati mummy dan babah di sini. Kelmarin berurusan di Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, tapi tak dapat nak dapatkan kelulusan dari Pegawai PPD disebabkan beliau sedang bercuti. So, terpaksa tangguh kepada esok harinya. 

Semalam kami dok tunggu panggilan dari PPD tapi hingga jam 10 pagi masih belum dpt apa-apa berita sbb ikutkan kerani yg bertugas, dia maklumkan akan call kami sejurus mendapat kelulusan dari Pegawai PPD. At last, my dear sendiri yang call utk dapatkan keputusan. Ni la masalahnya dgn perkhidmatan awam, masih belum ada perubahan. Patutlah ramai yg complaint itu ini, ingatkan sistem dah berubah. Rupanya masih sama je. **sigh**...

Apapun, takdelah mummy dan babah risaukan kakak dan bambam. Dua-dua dah selamat berada dalam jagaan mak abah di Melaka. Memandangkan tarikh due saya yang semakin hampir ni. Pagi tadi berat hati nak tinggalkan anak-anak, menitis airmata ni...#hatiseorangibu


 
 Mummy rindu sgt pada kamu berdua!
Doakan mummy selamat melahirkan baby ye...

Airmata menitis lagi.... :'(
 
Footnote : 14 hari lagi menanti detik tarikh jangka lahir 17.07...kalaulah baby keluar 19.07, dah sama dgn tarikh lahir saya. Hehehe. Hopefully baby keluar awal dari EDD. Semoga segalanya dipermudahkan... Amin..

17.4.13

BUAH HATI PENGERANG JANTUNG MUMMY YANG COMEL

 


 


 

 

 

Anak-anak adalah permata hati ibu bapa
Anak-anak adalah anugerah yang tinggi nilainya
Saya sayang anak-anak saya.... 
#hatiseorangibu

Footnote : Entry auto-publish....

20.2.13

NI LAH KERJA MEREKA!


 
Ni lah kerja anak-anakku tiap kali naik kereta. Suka sgt main horn kereta. Aduhai..bingit dibuatnya! Hangin je driver yg dok parking kiri kanan kami. Hahahaha. Bambam bertambah-tambah nakal dan cembeng sejak nak dapat adik ni. Bukan tu je, manja dia ngan mummy kemain menjadi-jadi lagi. Kalau dulu tu, sikit pun dia x heran ngan mummy. Si kakak pun sama jugak. Apa-apa semua nak minta kat mummy. Nak cari baju/nak pakai baju ape pun minta mummy carikan. Manja kemain dua-dua kesayangan mummy ni tau. #anakanakkita
 
Footnote : Semalam tgk drama Dalam Setiap Sujud nangis. Tgk drama Surat Dari Langit Biru nangis. Tgk drama Korea 'I Miss You' pun nangis. Apapuntabley...dah nama pun pompuan kan. ^__^

4.2.13

CUTI CUTI : ZOO MELAKA

Tarikh : 27 Januari 2013
Tempat : Zoo Melaka, Ayer Keroh, Melaka
Masa : 11 pagi - 3 petang

Dah lama sebenarnya nak bawak kakak dan bambam ke Zoo Melaka. Padahal rumah atok nenek dekat je pun ngan zoo ni. Tapi disebabkan kitorg balik pun jarang-jarang, tambahan pulak ada jemputan kenduri kahwin, tu yg tak dapat nak singgah. Masa keluar Tol Ayer Keroh tu, kakak soh mummy babah bawak kakak n adik g Zoo. Dah lama tak pegi katanya. Ok ok. Mummy ok je. Sekali sekala bawak diorg ni jalan-jalan kt tempat mcmni kan, sure seronok punya lah.
 
Actually, balik kali ni pun sbb nak jenguk bambam mummy yg comel ni kat rumah atok nenek. Since mabuk teruk aritu, my parents soh tinggalkan bambam ngan diorg. Kebetulan pulak kitorg pindah rumah, lagi la bz bz bz gamaknya. Tambahan pulak ngan jadual show yg agak padat.
 
Kebetulan 27.01 tu cuti Thaipusam, maka ramailah umat manusia kat Zoo Melaka tu. Kitorg yg keje kat KL mmg beruntunglah sbb esoknya (Isnin) dapat cuti umum pulak lagi tu. Haaa..sambung cuti lagi, spend time ngan anak-anak lagi. Hehehe

Disebabkan cuaca yg amat panas, kitorg pakai santai je. Nama pun nak bersiar-siar kan. Topi angry bird kakak tu kitorg beli RM10 je kat gerai-gerai sebelum masuk Zoo Melaka. Ok la harganya. Kalau mahal, confirm tak beli. Tempat lain lagi murah kot kan.
 
Seronok kakak dapat naik kuda :)
 
 
Binatang ni ape ntah nama dia. Kalau korang pernah tgk kartun Madagascar, ni lah salah satu binatang yang ada dlm kartun tu. Kakak kemain senyum lagi kan. Bambam pulak cam pelik tgk binatang tu. Dah pergi dekat, tapi dia takut pulak. Hehehe
 
 
 
 
Hahaha..comel je muka bambam mase ni. Siap buat bunyi aummmm lagi pulak tu. Kitorg tgk harimau bintang dan harimau belang dari pondok yg ada tingkap kaca. Boleh tgk secara dekat kalau tgk dari tingkap ni. Bambam kemain bunyi aummmmm tu banyak kali. Sampaikan org lain yg ade kat pondok tu gelak tgk gelagat dia.
  

 
 
Masa tgk burung pulak, kakak dan bambam seronok sgt. Mcm2 jenis burung yg ada kat situ. Tapi yg paling menarik minat kakak dan bambam adalah burung warna biru dan burung enggang tu. Kitorg biarkan je dia tgk burung tu lama-lama, nak dia explore sendiri. Yg burung enggang ni pulak, time kitorg datang tu, dia dok panggil kawan kat sangkar sebelah (jenis enggang jugak). Bising sgt2. Bambam cakap, "Mummy, takut, bising!" sambil tutup telinga. Bijak anak bujang mummy ni :)
 
 
Kalau ke Zoo Melaka, mmg ramai yg takkan lepaskan peluang ambil gambar kat kura-kura besar ni. Berani betul mereka kan naik atas kura-kura tu. Sikit pun dia tak marah. Hahaha. Sila jgn tertipu ok. Kura-kura batu namanya ni! Replika sahaja. Mcm-mcm jenis adik beradik kura-kura ada kat situ.

 
Orang utan ni pulak, time kitorg dtg tgk dia, dia tgh gigit botol mineral tanda lapar. Pastu dia bukak mulut besar2 sambil tadah tangan. Rupa-rupanya dia mintak makanan. Ye la, sesiapa yg dtg mmg selalu bagi makan kt orang utan ni. Tu yg bila xde sape yg bagi makanan, dia buat gaya camni. Kalau ikutkan peraturan Zoo Melaka, kita tak boleh bagi makan sewenang2nya pd binatang2 yg ada dalam zoo ni.
 
 
 
Tgk la bambam tu. Mummy dok buat peace, dia pun nak tiru sama. Berbelit-belit tgk jari dia. Hehehe. Xpe, dia dlm proses nak belajar n he is fast learner. Good boy!
 
Kul 3pm camtu, mummy dah tak larat. Lapar sgt-sgt. Ingatkan nak pergi makan kat McD sebelah Taman Buaya tu. Tapi disebabkan bambam dah mengamuk dek kerana mengantuk tapi melawan mata, kitorg pun terus balik rumah mak abah.
 
Footnote: Ada rezeki nanti nak bawa anak2, parents n adik beradik makan kat Ikan Bakar Muara Sg Duyong. Dulu pernah makan kat situ. Lebih sedap berbanding Ikan Bakar Umbai. Perggghhh...terliur dah ni. hahaha!

31.1.13

KAKAK DAN DARJAH 1

Assalammu'alaikum WBT. Hai kawan-kawan! Ish ish. Teruk betul tuan tanah ni kan. Kejap ada, kejap takde. Kejap tenggelam, kejap timbul. Mcm biskut daaaa..Mahap la ye kawan-kawan. Mood ibu mengandung ni paham-paham je la kan, ke laut ke darat semuanya ada. Kalau rajin tu, mmg rajin la nak story mory. Tapi kalau 'M' tu kemain besar lg kan, mmg xde la jawabnye. Huhuhuhu
 
Arini nak story mory morning glory pasal sesi persekolahan kakak di Darjah 1. Amboi..dah basi kot cerita ni. hahaha. Seperti ibu-ibu yg lain, kalau anak-anak nak start alam persekolahan, mesti kita yg ter'overs' seronok kan. Ke saya je yg mcm tu. Hehehehe. Mestilah seronok, sampaikan saya amik cuti 2-4 Januari aritu tau sbb nak pastikan kakak ok kat sekolah.
 
Kakak sekolah dekat je ngan rumah kitorg, Sek Keb Subang, Kg Melayu Subang, Shah Alam. Kalau dari rumah, jalan kaki 2-3 minit dah sampai. Mmg dekat sgt pun. Sbb tu kitorg pindah situ. Senang dia nak pegi sek ren n mengaji. Semuanya dekat-dekat je.
 
Masa daftar hari pertama tu, kakak cam blur skit sbb pengalaman baru. Kawan-kawan pun baru jugak. Dia asyik tanya saya mana kawan-kawan tadika dia. Hehehe. Sian kakak. Mula-mula masa nak amik ujian pengesanan tu, kakak ditempatkan di Kelas 1 Sopan. Sekali dpt result, kakak dapat naik kelas ke 1 Budiman. Alhamdulillah. Mmg ramai anak-anak sekolah tu yg cemerlang. Sampaikan cikgu-cikgu terpaksa pindahkan sebahagiannya ke 1 Budiman sbb Kelas 1 Anggun (kelas pertama) dah melebihi kuotanya. Salah seorangnya adalah kakak. Cikgu ckp xpe, markah anak puan melebihi paras yg kami nak (lebih 90%), maknanya puan x perlu risau. Cuma kami terpaksa bahagi-bahagikan kelas pertama ni kpd kelas kedua. Ok la jugak dpt kelas no.2. Yg penting, kakak mau belajar dan bila exam nnt dpt result cemerlang. InsyaAllah... :)
 
 
 
Masa beratur kat perhimpunan ni, korang perasan tak yg ada segelintir parents dok tercegat sebelah anak-anak? Haaaa..sebenarnya Penyelia Sesi Petang dah maklumkan supaya ibu bapa tidak berdiri bersama-sama dgn anak. Bkn apa, mereka nak latih anak-anak supaya berdikari. Takkan nak berkepit dgn parents je kan. So, parents kena la faham kat situ. Kalau dah terbiasa nnt, mmg anak-anak akan ok punya lah.
 
 
 Masa ni pulak, kakak cam blur n sedih sbb dia tak jumpa kawan-kawan yg sama-sama tadika ngan dia. Pastu pulak kena beratur depan sekali. Hehehe. Saje je nak bagi dia biasa duduk di hadapan. Nnt dalam kelas senang dah kalau dok depan sekali. Mesti korang pelik kan, mane bambam pegi sepanjang kitorg kat sekolah kakak. Haaaa..disebabkan kesihatan saya kurang memuaskan (mabuk, pening, demam on off), so parents saya cadangkan agar diorg je yg jaga bambam buat sementara waktu kat Melaka. Terpaksalah berpisah jauh dgn bambam, nak buat mcmane kan. Kang kesian dia terabai dek kerana penangan mabuk yg teruk ni. Huhuhu


 
Haaaa..masa time rehat ni yg paling saya titik beratkan. Sbb ape tau. Kat kantin sekolah ni, air sirap je dah RM1, nasi lemak RM1.40 (agaknye la kan, sbb x pernah beli lg), jajan RM0.50-RM1. So, korang rasa mahal ke murah? Kalau nasi lemak tu bole la consider murah lagi. Tapi tang air sirap tu, mahal sgt la. Sbb tu la saya akan sentiasa pastikan kakak bawak bekal makanan dan minuman ke sekolah. At least, dia belajar berjimat cermat. Kebetulan kakak sekolah sesi petang, jadinya dia dah lunch siap-siap dari rumah. Utk time rehat, kitorg bekalkan la nugget/hotdog, kuih2 or roti je. Kdg2, kitorg bekalkan bihun or nasi goreng. Dia pun bukan makan sgt masa kt sekolah. Bagi duit belanja pun RM1 je setiap hari. Dia cuma akan beli aiskrim kat rumah jiran RM0.30, selebihnya tu dia akan masuk tabung. Tgklah betapa banyaknya kita boleh jimat kat situ. Bagus anak mummy ni... ^___^
 
Footnote: Esok KL cuti. Yeayyyy!!! Tasaba mau shopping barang-barang make-up. Ada job bulan 3 ni. Nervous mak! :P

19.12.12

BILA TERASA RINDU...


"Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh"
Geram je tgk muka bambam
mase ni tau. Hihi
Lena diulit mimpi :)
Suka tgk senyuman manja kakak.
Sweet je
Kenangan bersama Upin :D
Footnote: Tak sabarnya nak balik Melaka hujung minggu ni, nak jumpa dgn anak-anak kesayangan mummy ni. Rindu sgt-sgt ni. Mesti diorg seronok dok ngan atok nenek. Terasa sunyi je rumah bila diorg takde. Huhuhuhu

29.11.12

"WELCOME BACK TO MALAYSIA!"

Tarikh : 6 November 2012
Tempat : KLIA, Sepang
Menyambut kepulangan jemaah haji dari tanah suci

Haishhh..dah dekat sebulan kot kan, baru nak published entry ni. Hehehehe. Tau je la kalau preggy sickness ni kan, penyakit M tu mmg sgt2 tinggi. Hahaha. Maaflah kengkawan, mane yg saya sempat singgah blog korang, saya akan singgah, tgk mood camne. Lately ni mood agak ke laut skit (korang yg pernah preggy mesti tau cemane pengalaman 1st trimester)

Apepun, kami tersangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mak abah telah selamat tiba di tanahair pada 6 November 2012, jam 12.30 tgh malam. Abah call saya bgtau dah sampai tapi hp dok dalam beg. Tapi saya belum sampai kat KLIA lagi. Then, ada bgtau abah, adik beradik yg lain dah tunggu kat sana. Mula2 kitorg plan biar kitorg yg dok Shah Alam ni je yg dtg jemput mak abah. Tapi ye la kan, adik beradik lain mesti la rasa rindu dan teruja nak jumpa mak abah. Tu yg pakat semua sekali datang. Hehehe

Haji Abu Bakar & Hajjah Siti Zaleha dah selamat tiba!
Alhamdulillah...
Adik beradik kami. Yang xde masa ni kak long (dok kelantan)
dan adik lelaki kami (tukang snap gambar)
Kalau korang perasan la kan, mase ni cousins bambam dok kerumun dia.
Kemain lagi jadi pojaan hati cousins2 ye. hehehe
Ni la kalau cousins berjumpa. Riuh rendah!
Then, esoknya tu kitorg pakat wat majlis kecil-kecilan menyambut ketibaan mak abah kat Ayer Keroh, Melaka pas Isyak. Kitorg dah pakat nak wat nasi lemak, bihun goreng, kuih muih, buah2an dan dessert. Utk dessert, saya buat dadih. 1st time buat sebenarnya ni. Hahaha. Tapi kalau nak tau, siap ada tetamu yg minta tapau bawak balik tau. Sedap katanya. Hehehe. Boleh la jadi tokey dadih pasni :P

200 bekas dadih dah siap!
Mujur ada c kakak rajin menolong mummy wat ni. Hehe
Bambam yg makin hari makin manja.
Rupa2nya dia dah tau nak dpt adik. :D
Terima kasih atok utk jubah  yg cantik ni.
Ngam ngam je. Agak kecomelan di situ!
Syukur alhamdulillah!
Alhamdulillah, mak abah dah selamat tiba. Rasa lega bila dpt tgk diorg face to face. Terubat kerinduan kitorg selama ni. Hahaha. Ngengade je kan. Cuma masa mak abah tiba tu, diorg x brp sihat. Macam2 story dan pengalaman sepanjang diorg berada di sana yg dikongsikan kpd kami adik beradik.

Semoga kita juga bisa menjadi tetamu Allah di tanah suci suatu masa nanti. InsyaAllah :)

Footnote: Kepala agak ting tong arini. Badan dah start rase nak demam. Jauhkanlahku dari sebarang penyakit Ya Allah...
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara