VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label Shah Alam. Show all posts
Showing posts with label Shah Alam. Show all posts

21.10.15

PAKEJ PELAMIN MINI, BUSANA PENGANTIN DAN MEKAP RESEPSI BY SURIA QAISARA BEAUTY TOUCH

Assalammu'alaikum WBT.


Hari ni just nak update perkhidmatan mekap dan pelamin mini yang kami sediakan. Pelamin mini ni sebenarnya dah lama start, tapi sebelum ni dengan partner. Kali ni kami sendiri yang pasang, kami sendiri yang punya barang, kami sendiri yang dismantle. Hehehehe. 

Disebabkan ramai bride-to-be yang inginkan pakej budget, makanya kami laburlah sedikit wang untuk memulakan perniagaan pelamin dengan hasil tangan kami sendiri. Syukur alhamdulillah, telah mendapat sambutan yang agak luar biasa.

Jom kita lihat hasilnya :D

Sebelum dan selepas



Pakej pelamin mini, busana pengantin L&P dan mekap resepsi untuk majlis perkahwinan Akma dan pasangan :)

Feedback dari pelanggan kami..Alhamdulillah.. :)

Jadi, bagi bride-to-be yang berminat dengan perkhidmatan yang kami sediakan, jangan malu jangan segan, boleh Whatsapp saya 0142379783 untuk keterangan lanjut.

11.5.15

MEKAP NIKAH I ZUHIDAYATI I GOMBAK

Assalammu'alaikum WBT.

Terasa lamaaaa yang amat tak update blog. Ya ampun...Bukan tak nak update, tapi tak berkesempatan. Latest story dan job pun banyak update kat FB dan Insta je. Siyes tak berkesempatan. Huhuhuhu

Jom jom. Arini nak share few makeup job since awal tahun ritu. Ohemgee~~~bertabahlah duhai hati..


Ieda inginkan mekap yang simple dan natural di majlis pernikahannya. Alhamdulillah, she liked my touch..dan bila saya post gambar ni kat FB group pengantin bajet, ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan. Ramai yg suka testimonial ni. Syukur alhamdulillah... :)

Jadi, bagi sesiapa yang ingin mendapat sentuhan magis SQBT, bolehlah whatsapp kita 0142379783 ya.. InsyaAllah, buat masa ni, saya cover area Selangor, KL, Negeri Sembilan dan Melaka.. #muahciked

12.1.15

MEKAP BERTUNANG l ZURA l KOTA DAMANSARA

Assalammu'alaikum WBT.


Hai hui..hehehehe..memandangkan tahun 2015 ni agak mencabar sikit, dgn GST, dgn kenaikan harga barangan, mcm2 dgn lagi la kan, jadinya saya ingin membuka ruang dan peluang kepada rakan-rakan semua yang masih tercari-cari MUA aka Mak Andam untuk menatarias di majlis dan hari berbahagia nanti, jangan lupa hubungi saya ye. 

InsyaAllah servis tak mengecewakan. Nanti kita up testimonials pelanggan2 yang pernah mendapat sentuhan "Suria Qaisara Beauty Touch".. ;]

Kali ni, saya nak #throwback makeup job untuk majlis pertunangan Zura di Kota Damansara..Jom kita lihat hasilnya :)


Aduhai..chubby nya saya masa ni..mcmlah skang ni slim sgt kan.. >_<

*************************************************************************************************

Bagi yang ingin mendapatkan sentuhan "Suria Qaisara Beauty Touch" untuk sebarang majlis, tak kira sama ada majlis bertunang, nikah, sanding, bertandang, pre-wedding photoshoot, model photoshoot, family photoshoot, konvokesyen dan sebagainya, pls do contact me. Nak WhatsApp pun boleh ye kawan-kawan. Ni no kita 0142379783, booking cepat-cepat k.. :)

Footnote : Auto-published entry. Kita bercoti arini. Kakak 1st day school for 2015 :D

30.9.14

MEKAP NIKAH KHADIJAH @ KLANG

Assalammu'alaikum WBT.

12 April 2014
Kg Rantau Panjang, Klang

Pelanggan kali ni pula adalah dari my partner, Kak Yana. Kebetulan on that day Kak Yana ke Indonesia bagi menambah koleksi barangan perkahwinan di butik kami. On that day saya pun takde job or ke mana-mana pun.

Bila dah sampai kat rumah pengantin, barulah saya tahu kenapa Tijah nak sangat saya mekapkan dia. Rupa-rupanya semasa majlis bertandang Faja, Tijah dan kakaknya, Yati pun ada sama. Mana taknya, diorg ni sepupu kepada suami Faja. Alhamdulillah..ada jugak org berkenan dgn hasil mekap saya.. :)




Tijah ni jarang mekap, so bila saya dah siap mekapkan dia, teruja pulak dia tengok hasilnya. Lain benar muka dari kebiasaan katanya. Hehehe. Mekap yang saya tatariaskannya pun tidak terlalu heavy kerana ianya adalah majlis akad nikah. Light, simple dan natural sahaja. Alhamdulillah..tijah suka dgn hasil kerja saya... ^_^

Simple touch from me,
Suria Qaisara Beauty Touch
Whatsapp SURIA 014 2379783

5.9.14

MEKAP BERTANDANG DIANA @ BANDAR TUN RAZAK, CHERAS


Assalammu'alaikum WBT.

6 April 2014
Bandar Tun Razak, Cheras

Syukur alhamdulillah. Pelanggan kali ni dapat contact no saya dari FB All About Majlis Perkahwinan. Siapa sangka kan, dengan hanya menulis komen kat status yang pelanggan-pelanggan up kat group tu, membuahkan hasil yang positif. Maju setapak langkah lagi ke hadapan. Syukur syukur...

Diana inginkan mekap ala-ala arabic. So, kita banyak main mekap kat mata utk serlahkan matanya yg agak sepet. Hehehe.



Tak sah kalau tak bergambar dgn pengantin. Terima kasih kat Akmal selaku official photog sbb sudi berkongsi gambar kat FB akak. Sampai skang kitorg masih berhubung jika ada job yg berkaitan. MUA dan photog mmg perlu jalin hubungan perniagaan, baru senang nak maju. Mudah-mudahan..insyaAllah..


 

Sweet couple kan diorg ni..pengantin lelaki pun saya wat touchup skit supaya kulit tak nampak berminyak. Just pakaikan loose powder je. Diana still berhubung dgn saya kat FB dan dia sedang mengalami morning sickness. Hehe. Awal2 preggy mmg gitulah kan.

Selamat pengantin baru buat Diana dan Syahmie. Semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke akhirnya.. :)

Footnote : Oh ya..lupa pulak nak bagitau..kebanyakan clients saya, tak nak cukur kening. Ada tekniknya..saya guna teknik gam. Senang je..Google search k..hehehehe

Suria Qaisara Beauty Touch
Whatsapp 014 2379783

6.6.14

REWARD BUAT KAMI..ALHAMDULILLAH..

Assalammu'alaikum WBT.

Haissshhh..mahap la kawan-kawan. Lama x hapdet belog usyuk asyam ni. Hehehe. Mood ke laut, busy pun iye jugak. Ni ada masa ni, update la sikit2 ape yg patut. Actually, sgt sgt sgt banyak story mory morning glory saya nak hapdet, semuanya tertunda. Seriously mmg banyak sgt nak cerita. Cerita basi dari cuti2 cinta ke Langkawi bulan 11 tahun lps pun x sempat nak hapdet khennn..atoyai...

Ni cerita dalam minggu ni jugak. Reward buat kami berdua. Giler lama nak tunggu LO clear. Dekat sebulan setengah. Berchenta kot nak menunggu! Pending segala urusan. Terpaksa bertabah. Hehehe.


Reward untuk diri sendiri katanya, beli classical guitar yang diidamkan. Walaupun syg x mampu nak belikan utk dear gitar yg baru, tapi syg tumpang gembira bilamana kita dapat beli apa yg kita nak dgn hasil titik peluh kita sendiri. I'm so proud. Tak kisahlah mahal or murah, yg penting ianya adalah hasil dari usaha keras kita selama ini. Kita saling mendokong dan menyokong sesama kita. I'm happy for you dear! Alhamdulillah..dapatlah gitar baru utk kegunaan show nanti :)


Haaa..yg ni mmg tak sengaja nak beli pun, xde dalam perancangan. Selama ni mmg pakai clear contact lenses je kalau nak g mana-mana. Tapi ntah mcmana mulut ni tercakap mcm nak beli je cermin mata baru, sbb cermin mata yg lama, ayish bambam dah terpatahkan. Lama dah, masa tu umur dia baru setahun kot. Ala bebudak kan, umur gitu apa yg dia tau. Tu yg rasa teringin nak buat cermin mata baru. Bingkai ni adalah pilihan my dear hubby. 



"Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa
Oh aku tergoda, aku tergoda terkecewa
Dari kerana mata

Dari mata terbitnya asmara
Senyumanmu menikam jiwa
Renungan mesra menjelma segera
Aku tertawan memendam rasa..."


Katanya, sesekali syg pakai cermin mata mcmni, sexy! Wowww..sexy gitu. Tak tau la tang mana yg sexy tu kan. Tak kisahlah, yg penting suami kita suka, org lain kata x cantik, ade ku kesah?? Hehehehe..sape lagi nak puji kalau bukan suami sendiri kan. Thanks so much dear for buying this spec for me. Love it so much! Pasni tiada alasan lagi tak nampak jelas kalau tgk tv. Hehehe. Setiap orang punya minat dan citarasa yg berbeza kan. Saya dan dear hubby suka kan sesuatu yg baru, termasuklah dlm pemilihan brg2 ni. Org kata tak cantik, tak suwit, ade ku kesah. Yg penting kita suke. Hehehe. Tu yg beli cermin mata baru style gini. Sekali sekala fefeeling muda kan, ape salahnya! Hehehe

Footnote : Wahhh..bukak je blog tadi, tgk kita dah ada follower yg ke-400! Yeayyy..siapakah dia?? Nanti kita kenal-kenal ye..Sue Sopian namanya..thanks dear sbb sudi follow blog kita yg suam-suam kuku ni..selamat berkenalan ye.. :)

3.3.14

MAJLIS PERKAHWINAN PERDANA BELIA NEGERI SELANGOR 2013


Assalammu'alaikum WBT.

Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013
30 November 2013
Tapak Agro Fest 2013
Perkarangan Stadium Shah Alam

Pada November 2013 yang lalu, SuWaRa Entertainment telah dijemput untuk mengadakan persembahan Angklung Orkestra dan pihak penganjur telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan perkhidmatan sewaan pelamin di pentas dan photobooth. First step forward dalam bidang perkhidmatan sewaan pelamin di dalam majlis yang agak besar anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Pada mulanya, pihak penganjur hanya inginkan persembahan angklung sahaja. Namun, saya propose juga perkhidmatan sewaan pelamin. Setelah perbincangan dilakukan, mereka tertarik dgn rekacipta pelamin pentas dan photobooth dari kami dan bersetuju melantik kami untuk membekalkan perkhidmatan tersebut. Yang bestnya, semasa majlis ni berlangsung kami dah berada di Langkawi utk persembahan di sana pulak. Nampak kan rezeki Allah nak bagi? Syukur alhamdulillah..rezeki anak-anak kami :)

Majlis telah diadakan di Perkarangan Stadium Shah Alam pada 30 November 2013 yang melibatkan 45 pasangan yang terdiri daripada pasangan Melayu, Cina dan India pada Majlis Perkahwinan Perdana Belia Negeri Selangor 2013 yang berlangsung meriah di Perkarangan Stadium Shah Alam.












Tahniah diucapkan kepada semua mempelai, semoga ikatan dan perkongsian ini memperkuatkan lagi azam untuk terus maju kehadapan selain mengecap kebahagiaan hingga akhir hayat. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada SuWaRa Entertainment untuk bekerjasama bagi memeriahkan majlis ini.

**********************************************************************************************

Berminat dengan perkhidmatan dan persembahan yang kami sediakan?

4.2.14

MAKE-UP BERTANDANG FAZIAH FAJA @ KG JOHAN SETIA, KLANG


Assalammu'alaikum WBT.

Ni bulan 11 punya cerita. Masa cuti panjang aritu, mmg x dapek la nak update blog selalu. Kata work at home mom kan. So, 6 bulan mummy kat rumah menatap anak2 terchenta, bergelumang ngan mereka adalah AWESOME! Sesekali dapat job mekap utk wedding or dinner or any other events, mmg best. Dapat pulak incik dear yg always support. Alhamdulillah. 

Make-up Artist MUA aka Mak Andam 
Manager to our own company 
+
Shaklee Independent Distributor
Work At Home Mom

Itu cita-cita saya, itu impian saya. Sejak dari dulu lagi, nak nak bila dah beranak 3 ni kan, bertambah-tambah kuat azam itu. Soon insyaAllah. Doakan perjalanan hidup saya mudah. Amin amin..

Ok2. Back to topic asal. Hehehe. Job ni pun kira last minit jugak. My partner, Kak Yana minta tolong mekap dan siap2kan perantin. Kebetulan majlis tu ada 2 pengantin. So, dia takut x dan nak siapkan sorang2. So, kitorg collaborate la. Gituuuu kan..yang paling bestnya, rumah pengantin rumah kampung beratapkan zink! Haaa kau..panas rentung! Seb baiklah ada kipas ajaib, kalau tidak abis la perantin, cair mekap kan.

Since ada baby comel ni kan, mmg x pernah lagi tinggal bobot Zayyan kat mana2, kalau sekejap2 setakat g kedai ke ape kan ada la. Tapi bila dpt job camni, mmg kena tinggal dari pagi sampai petang. Paling awal pun, pas bersanding callo betty. Mummy x keruan jugak sebenarnya sbb baby fully BF secara eksklusif sejak hari pertama dilahirkan. Dear whatsapp bgtau baby mengamok carik mummy! Oh tidak!! Seb baiklah dah siapkan perantin, mekap semua. Sempat gak meroyan ngan geng2 sekepala ni bergambar sakan. Hahaha

Jom kita lihat hasilnya!






Haruslah MUA bergambar dgn perantin. Hehe

Pengantin baru: Faja dan suami

Cantik tak? Cantik tak? Hehehe. Apapun, syukur alhamdulillah Faja dan suaminya berpuas hati dgn hasil solekan dari SQBT. Alhamdulillah. Akak bagi pihak SQBT ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Faja dan suami, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Amin amin.

*********************************************************************************************
Suria Qaisara Beauty Touch menyediakan perkhidmatan:
- Sewaan pelamin
- Sewaan busana pengantin
- Khidmat mekap/solekan utk sebarang majlis
- Sewaan dan tempahan bunga tangan
- Sewaan dan tempahan hantaran
- Tempahan hamper

Whatsapp:
SURIA 014-2379783
Facebook:
Suria Qaisara

3.12.13

PROMOSI DISEMBER : OMEGA GUARD

Assalammu'alaikum WBT.

Hari ni nak story mory kat uolls ttg promosi Shaklee bulan Disember iaitu Omega Guard. Sgt sesuai untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak 1 tahun ke atas hingga warga emas. ^_^


Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.

Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandungan DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.

Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita.
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan.
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat.
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok.
5.  Mengekalkan tekanan normal darah.
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher.
7.  Mengurangkan sakit kepala.
8.  Merendahkan kolestrol.
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan.
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
11. Mengawal masalah obesiti.
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
13. Sangat bagus untuk ibu hamil-membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin.
14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak.
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak. 
16. Membantu menyihatkan paru-paru.
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema psoriasis, dll.
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan.
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik.
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi.
24. Mencegah penyakit gout.

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?

1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus

Berminat? Boleh whatsapp Suria 0142379783 dan dapatkan konsultansi secara PERCUMA! 

Shaklee Independent Distributor
ID Member : 894794
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara