VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label kisah artis. Show all posts
Showing posts with label kisah artis. Show all posts

17.6.13

BERITA : PEMINAT KECEWA SHILA AMZAH MENCARUT DI INSTAGRAM


14 Jun – Selepas kontroversi foto baju senaman yang menampakkan bahagian dada, penyanyi Shila Amzah sekali lagi dikritik apabila memuat naik ungkapan berbaur mencarut di laman foto sosial Instagram semalam.
"If someone hate you for no reason, give that motherf**ker a reason," begitulah ungkapan yang dimuat naik olehnya.

Tindakan kurang bijak yang dilakukan oleh penyanyi yang sedang menempa nama di Tanah Besar China ini nyata mengundang rasa kecewa dan kesal di kalangan peminatnya, begitu juga ada segelintir yang menyokong.

Rata-rata peminat merasakan tindakan pelantun "Patah Seribu" memuat naik ungkapan tersebut yang dipercayai diambil dari internet itu tidak sesuai dengan penampilannya yang bertudung. "Tak sesuai ayat tu..tolonglah ubah..makin lama makin teruk pula ayat Shila..Saya peminat setia Shila...kecewa dengan Shila, tolonglah jadi matang. 

"Jangan disebabkan mereka, kita jadi macam mereka. Jangan dikenangkan masa lampau, pandang depan dan terus maju," antara komen yang ditulis oleh peminat-peminat Shila Amzah.
Kredit Sumber : Yahoo Entertainment Malaysia

Ini adalah di antara komen2 dari peminat-peminat Shila Amzah apabila beliau memuatnaik gambar beliau ingin ke gym utk bersenam di instagram.

Credit : Google

Credit : Google
Credit : Google
Credit : Google
 
Footnote : Bukan bertujuan utk mengaibkan sesiapa, tapi peringatan buat kita semua dan diri sendiri juga. Ada buruk dan baiknya laman sosial ni. Kena fikir dulu sebelum bertindak utk post, komen, upload dsb di laman sosial. Sila berhati-hati!

16.4.13

KISAH ARTIS : SESI BERAMAH MESRA BERSAMA SI CANTIK JELITA ^___^


Haissshhh..rasanya yg follow Instagram saya dah tau dgn sape saya berjumpa. Hehehehe. Actually, x jangka pun dpt bertemu dgn si cantik jelita nan gorgeous ni. Ari Sabtu lepas, masa g Giant, Seksyen 13, Shah Alam tgk pak guard tgh menunggu somebody. Ramai jugak yg berkerumun kt pintu masuk tu. Xtau la pasal ape kan. Sbb x nampak apa2 poster or banner kt tmpt parking.

Saya? Mcm biasalah..wat donno je sbb g Giant tu mmg nak beli barang dapur je. Sebelum masuk ke Giant tu, lalu depan Guardian. Ade sorg akak ni dok announce yg si cantik jelita ni akan datang utk sesi beramah mesra. Pilih pilih pilih ikut senarai barang, terus gerak nak balik. (sempat lagi dia promote kt saya soh dtg sini semula sambil ckp "amboi, cantiknya akak ni. jgn lupa dtg sini jap lg ye kak. Boleh bertemu dan bergambar dgn Miss F". Xtau la kan sama ada statement tu ikhlas atau x sbb mcm biasa la promoter kalau promote barang mestilah puji lebih kt customer diorg. Hehehe)

Pas settle beli brg2 kat Giant, sempat lagi singgah kat kedai cermin mata nak beli 1 set Soft-lens. Husb dan anak2 mcm biasa akan ke playground sementara menunggu mummy abis shopping. Pastu boleh pulak terlupa nak beli sabun mandi, so singgah kt Guardian jap. Saya beli shower cream dan sabun buku Lux. Mmg best baunya! Since 1st preggy mmg suka bau sabun2 ni.

Agaknya rezeki saya kot dapat berjumpa dgn si cantik jelita nan gorgeous ni. Sbb dok bajet diorg dah habis wat promosi kat sini. Masa bayar kat kaunter, cashier bagi no kupon dan dia suruh wat cabutan bertuah. Kot la bertuah dpt pegi special event bersama Miss F ni. Takpun dpt grand prize percutian ke mana ntah. Tapi xde pulak rezeki saya (selalu kalau cabutan bertuah cmni, jarang saya dpt luck. hehehe). Xpe xpe. X kisah sgt pun. Diorg tarik tgn saya utk dptkan poster Miss F dan bergambar dgnnya. Saya ni cepat dpt darah gemuruh, pdhal soh bergambar je pun kan. Hahaha. Tapi kan kan kan, xde sape nak tolong amikkan gambar saya la. Sbb my dear tgh jaga anak2 kat luar tu. X pasal je akak/adik yg dok snap2 gambar Miss F ni jadi mangsa, mahap la ye dik. Saya ni terpaksa mintak tolong awak. Kalau tak kang, rugi je dpt jumpa ngan Miss F tapi x bergambar. Hehehehe. Mekacih bnyk2 ye :D

Nak tau sape Miss F tu? Meh tgk sapekah gerangannya si cantik jelita nan gorgeous ni....

V



V



V



V



V



V



V

* mmg x dinafikan, she's so gorgeous! *
 * Poster : "Good luck Suriati with Lux. Love, Nurfazura" *
* Ohohohoho..shower cream ni mmg saya simpan wat kenangan la :D *
Footnote : Sempat lagi saya peluk pinggang Fazura ni tau. Sgt selim ok!

11.4.13

HAPPY BIRTHDAY TO REMY ISHAK!


Hari ni merupakan hari ulangtahun kelahiran yg ke-31 buat Hero Malaya, Remy Ishak. Dpt tau pun dari radio Hotfm pagi tadi. Ohohohoho. Since dia berlakon mmg saya minat sgt dgn lakonan beliau. Sampaikan saya teringin sgt nak berjumpa dgn beliau satu hari nnt.

Jom kita tgk biodata Hero Malaya yg kacak dan tampan ini. Hehehe


NAMA SEBENAR: Mohammad Zalimei Ishak
TARIKH LAHIR: 11 April 1982
ASAL: Masjid Tanah, Melaka
KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik

Laaa...rupa-rupanya Remy kita ni tua setahun je pun dari saya. Kihkihkih. Tapi muka dia nampak matured kan. Gimme five la Remy! Kita org Melaka jugaklah. Boleh geng! Ehhhh...tiba-tiba...

Akhirnya, dapat juga saya berjumpa dgn jejaka idaman malaya ni. Sejujurnya, saya tak pernah tgk walau satu episod pun drama Nur Kasih yg hangat diperkatakan suatu masa dulu. Cousin dok pung pang la cite psl drama tu. Tapi saya mmg x layan. Masa tu xde mood lagi nak layan drama-drama ni sgt. Dapat jumpa dgn Remy masa kat AJL last year.

V


V


V


V


V


Hensem kan dia?? Best best best dpt jumpa dgn dia face to face (kalau tak dpt all access pass, mmg x dpt la nk berjumpa dgn artis2 kt backstage n bilik persalinan diorg). Tapi dia nampak kurus. Maybe kena diet utk bawa watak dalam 29 Februari tu. Nampak dia mcm pemalu masa jumpa tu. Nak kata sombong tak tau la kan sbb dia ok je bila ajak bergambar. Maybe sbb sifat pemalu tu yg nampak dia cam sombong. But, he's ok actually. Suka tgk lesung pipit dia.

Last but not least, haruslah kita nyanyikan ramai-ramai lagu besday utk Remy....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO REMY...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya...
Semoga dipertemukan jodoh hendaknya... ^___^

Footnote : Lupa pulak nak bgtau. Actually, Giveaway by Kinara Kinatara tu, saya just promote je. Saya tak join pun. Salah satu sbb saya promote kerana saya merupakan salah seorang sponsor hadiah GA berkenaan. Bagi yg ada kesempatan dan berminat, jom lah join. Mana tau kot ada rezeki korang kan. ^__^

27.2.13

BERITA : SAYA TIDAK SAYANGKAN DIA LAGI


SEREMBAN 25 Feb. - ''Saya mahu menceraikan isteri saya selepas saya sudah tidak ada lagi perasaan sayang dan tidak mahu hidup bersama dengan dia.''
Kenyataan itu keluar dari mulut pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak, 26, ketika prosiding permohonan perceraian terhadap isterinya yang juga pelakon Rita Rudaini Mokhtar, 37, di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.
Mohd. Aidil Zafuan menjelaskan, dia mahu kemelut rumah tangga mereka diselesaikan dengan cara terbaik apatah lagi masalah ini sudah berlanjutan sejak sekian lama sehingga menimbulkan persepsi dan spekulasi dalam media sejak kebelakangan ini.

''Isteri saya (Rita Rudaini) juga pernah meminta cerai sebelum ini tetapi saya masih bersabar dan saya berpendapat tiada keperluan perbincangan diadakan kerana tiada jalan penyelesaian yang boleh dicapai,'' katanya selepas ditanya oleh Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor.
Sumber : Utusan Malaysia

Footnote : Bila dah tak sayang/tak suka tu, lepaskanlah dgn cara yg baik. Jgnlah aniaya mana-mana pihak dgn gantung tak bertali mcmni. Kaum wanita yg menjadi mangsa

14.2.13

BERITA : SHILA SYUKUR SHARNAAZ PERNAH JADI SEBAHAGIAN DARIPADA HIDUPNYA

 

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Penyanyi Shila Amzah, 22, yang sedang mengubati luka hatinya setelah kisah cintanya bersama pelakon Sharnaaz Ahmad gagal mendapat restu keluarga, bersyukur bekas kekasihnya itu pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya. "Walaupun kita tidak dapat bersama pada akhirnya, saya tetap bersyukur kerana awak pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya, saya doakan yang terbaik untuk awak," katanya di Twitternya hari ini. Walaupun tidak menyatakan siapa yang dimaksudkan, dipercayai kata-kata itu ditujukan Shila kepada Sharnaaz ekoran kegagalan percintaan mereka. Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu kini dilihat kembali ceria dengan menulis kata-kata semangat di Twitternya sekali gus menunjukkan dia kini berusaha untuk bangkit dan fokus kepada karier seninya. Kisah percintaan pasangan ini menjadi perbualan ramai apabila niat Sharnaaz utk merisik Shila dihalang oleh bapa Shila yang menyifatkan sikap Sharnaaz yang kurang beradab sehingga berlaku 'perang mulut' antara kedua-duanya.
 
Sumber : Utusan Malaysia
Lagi kisah artis putus cinta :
 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah Al-Baqarah, Ayat 216)
 
Footnote : Segala yang kita rancang, kadang-kadang tidak menjadi. Segalanya telah tersurat. Kita doakan semua kan baik-baik saja buat mereka berdua dalam mengharungi kehidupan artis yg mmg penuh dgn ranjau.

31.1.13

BERITA : TOLONG JANGAN BIADAB!


Kuala Lumpur: “Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23. Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit. ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu. “Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” katanya.
 
Sumber : Harian Metro

Begitulah kenyataan dari bapa Shila Amzah, ND Lala berkaitan dgn kenyataan Shaarnaz tetap akan menghantar rombongan merisik Shila pada Mac akan datang. Haihhhh..mcm2 la dunia artis ni. Walaupun bergelar artis, tapi dalam bab-bab camni, mmg org tua amat titik beratkan, maka ikutlah adat. Bak kata pepatah, "biar mati anak, jgn mati adat" mcm lagu nyanyian ND Lala sendiri. Kita sebagai peminat, tgk kan je lah apa kesudahannya...

SYAIR CAK PONG (ND LALA)
 

Adat yang baik marilah pakai
Adat yang pelik mari kikiskan
Agar maruah tidak tergadai
Tinggalkan adat yang merugikan
Biar mati anak jangan mati adat
Hey jangan dibiar anak kita mati hai tergamak ke?
Kalaulah anak sudahlah mati
Siapalah pulak nak sambung adat
Kita dituntut tambah zuriat
Berilah dia didikan agama
InsyaAllah dia tidaklah jahat
Kita pun tidak teruslah baik
Dulu pun kita jahatlah juga

27.9.12

Shila Amzah Terima Dana RM5 juta!

KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah menerima hadiah bernilai RM5 juta, termasuk dana bagi mengembangkan kerjaya seninya peringkat antarabangsa, berikutan kejayaan memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave, malam kelmarin.

Pencapaian tertinggi
Ditemani ibu bapa, ND Lala dan Fauziah Sarman, serta orang kuat PRISM, Ong Peng Chu, sepanjang berada di sana, Shila menyifatkan kejayaan itu pencapaian tertinggi sepanjang 12 tahun kerjaya seninya.

“Alhamdulillah atas rezeki ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Peng Chu atas peluang berharga ini, juga kepada ibu bapa serta keluarga yang tidak jemu menyokong karier saya. Tak ketinggalan buat Shilalas (kelab peminat Shila) kerana tak henti-henti mendoakan terbaik.

“Saya amat gementar untuk meneruskan perjuangan pada peringkat final, tetapi saya sentiasa terapkan semangat melakukan yang terbaik demi Malaysia tercinta,” katanya yang mendapat sokongan moral daripada kekasih, pelakon Sharnaaz Ahmad.

“Pengalaman ini cukup bermakna buat saya. Malah, saya sendiri baru tahu lagu Zheng Fu sebenarnya bermaksud menakluk dan ia menjadi simbolik kepada kejayaan ini,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Dah 3 kali bertemu dgn Shila Amzah at the backstage.
Masa OIAM, NLKO & AJL.
She's so pretty :)
Footnote : Kesakitan kekepalaan yg melampau akibat batuk yg teruk + x cukup tido. Huhuhu T_T

24.9.12

Remy Ishak & Tiz Zaqyah Putus Cinta

Bulan ini adalah bulan perpisahan buat selebriti-selebriti Malaysia. Selepas Yuna dan Qi mengesahkan percintaan mereka telah tamat, kini tiba giliran Remy Ishak mengakui yang hubungannya dengan Tiz sudah sampai ke penghujung.


Rupa-rupanya sudah 3 bulan Remy dan Tiz putus cinta. Kata Remy kepada Kosmo Ahad semalam:-
Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan.

Untuk pengetahuan anda, Remy sebelum ini ada meluahkan madah-madah sedih melaluinya Twitternya. Ada pihak yang mengaitkannya dengan putus cinta dan ternyata ianya benar. Remy tampil memberitahu mengenai tamatnya hubungan mereka berdua untuk mengelakkan salah sangka yang boleh berlaku.
Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza. Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut.
Yang penting, Remy dan Tiz putus secara baik dan bukan kerana wujud hubungan orang ketiga. Mereka masih berkawan baik. Tak apalah, Remy dan Tiz kedua-duanya masih muda lagi. Baik tumpukan pada kerjaya. Kalau ada jodoh, memang tak akan lari ke mana. Kepada peminat Remy dan Tiz, apa kata anda cuba masuk line? Hehehe.

Sumber : BeautifulNara


Footnote: Kalau itu yg tertulis utk mereka, siapalah kita utk melawan takdir kan..Kita hanya mampu merancang, tapi Dia yg menentukan segalanya..Walaupun berpisah, tapi hubungan sebagai kawan masih boleh kan? Hehehe..

20.9.12

Yuna Akui Berpisah Dengan Qi

Teka teki hubungan cinta antara mereka berdua kini akhirnya terlerai juga apabila Yuna sendiri mengakui yang ikatan cinta antara mereka sudah tidak seperti dahulu.

Dalam kenyataan terbaru kepada GUA hari ini, Yuna mengakui yang dirinya kini telah kembali solo & sepakat bersama Qi untuk tidak terikat dengan komitmen kepada sesiapa.

“Susah, sebab saya di sana (Amerika Syarikat) dan dia di sini. Saya hormati kemahuan dia, dan dia juga hormati kemahuan saya,” ujar Yuna baru baru ini.

Yuna turut mengatakan keputusan ini di’ambil supaya masing masing boleh menumpukan lebih perhatian kepada karier dan Yuna & Qi kini masih berkawan seperti biasa.

“Jarak jauh memang menyulitkan untuk saling berhubungan. Jadi, adalah lebih baik kami beri ruang kepada diri masing-masing,” tambah Yuna yang kini single but not available.

Dari gaya Yuna, nampaknya semacam ada harapan untuk hubungan ini apabila beliau meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk hubungan mereka di’masa hadapan.

Sumber : RotiKaya
Gambar kenangan bersama Yuna semasa AJL 2012 yg lalu :)
Footnote: Mereka sememangnya merupakan pasangan yg sama cantik, sama padan. Since tau mereka ni couple, saya mmg suka sgt. Andainya telah tertulis jodoh mereka bersama, syukur alhamdulillah. Sama-samalah kita doakan ya :)

7.9.12

Rezeki di Hari Jadi Kakak

Assalammu'alaikum. Salam Jumaat! Cepat betul masa berlalu kan. Arini dah 20 Syawal. X sempat nak beraya kat semua rumah kawan2. Weekend ni mmg tersgtlah banyak jemputan open house. InsyaAllah, kalau berkesempatan kami akan datang ye.

Ni cite ari Isnin lepas, which is on my gegurl birthday. Kami celebrate anak beranak je. Balik je dari office, saya tanya my dear hubby nak bawak anak2 makan ktne ni. Saya suggestkan kat McD je memandangkan esoknya nak kerja. McD Kota Damansara pun x jauh dari uma kitorg.

Mase nak siap2 keluar malam tu, my hubby tgh sikatkan rambut kakak.
Dia tanya: "Kakak tau x hari ni hari apa?"
Kakak jawab: "Ntah..xtau la babah" (kakak terpinga-pinga mase jawab tu)
My dear hubby: "Hari ni HARI JADI kakak tau. Ni babah ngan mummy nak bawak kakak dan adik g McD. Sebelum tu kita beli kek dulu. Nanti kakak pilih kek mane yg kakak nak."
Kakak: "Yeay!!! Adik..hari ni HAPPY BIRTHDAY TO YOU kakak. Jom kita nyanyi sama2."
Adik apa lagi, bila kakak melompat2, dia pun lompat sama jugaklah. Hihihihi

Kek Hello Kitty pilihan kakak :)
Rezeki di hari jadi kakak. Sbb ape tau rezeki, mase kitorg dah amik order dan cari table, tgh makan2 tu: Kakak cakap: "Mummy, miaw la"
Saya pun cakap: "Miaw? Biarkan je la. Meh kita makan"
Kakak tetap x puas hati, then dia ckp kat babah: "Babah, miaw la"
My dear hubby dgn kerut2 dahi cam pelik: "Mane ade miaw kat McD ni"
Kakak cam bengang skit sbb mummy n babah malas nak layan. Dia pun ckp: "Bukan miaw la, tapi MIA SARA!"

Hahahahahahaha. Kami bantai gelak mase tu. Yg kakak pun ckp slow sgt. Dari MIA jadi MIAW pulak. Mmg jadi bahan la! Kami tgk kat table sebelah, ye la Mia Sara la. Kebetulan table kami sebelah table Mia n family. Sempat jugak saya borak2 dgn Mama Mia. :)

Hai la kakak. Rezeki kamu dpt jumpa retis di hari jadi kamu. Siap boleh berborak dan main2 mcm dah lama kenal je. Mia pun tau je la keletah dia camne, jenis pandai bercakap. Hehehehe

Sila abaikan mummy yg comot itu. huhuhu
Tgk la tgn kakak dok peluk Mia Sara mcm dh lama kenal :D
Muka bam bam pelik mase ni sbb ape tau.
Tangan dok gatal main sos n dia rase la sos tu.
Tu yg jadi camni ^_^
Mcm dh lama kenal je diorg ni  kan

Pas dah makan2, kitorg balik rumah. Masa ni acara potong2 kek. Nyanyi lagu HAPPY BIRTHDAY to u. Walaupun kami celebrate anak beranak je, tapi seronok sgt2. At least, kita dpt spend mase yg amat berharga with them. Lagipun, esoknya nak kerja. Jadi, saje suka2 je nak belanja anak2 makan kt luar. Hehehe




Footnote: Syukur alhamdulillah..saya rasa bangga dpt anak mcm kakak ni. Kakak jenis yg cepat dan mudah membaca, mengira & mengaji. Now, dia tgh dok belajar sifir 4. Bila tanya sifir 2 & 3, lancar je. Alhamdulillah...tgh berkira-kira nak belikan hadiah apa utk kakak ye? :)

12.7.12

Saya dan Artis

Korang pernah tak mimpikan artis? X kiralah artis Malaysia or luar. Mesti ada punyakan.

Ni nak cite skit. Saya pernah mimpi buat konsert dgn abg FT (Faizal Tahir). Ini betul-betul tau, bukan rekaan semata-mata. Memang saya bermimpikan dia.  Yes, saya peminat tegar FT.

Dlm mimpi tu, saya dan my dear berkongsi pentas dgn dia. Konon-konon dlm mimpi tu kami yg organize konsert. FT sebagai artis jemputan. Wah, kelas gitu kan.

Pastu, AJL26 beberapa bulan lalu, my dear dpt jemputan utk bermain angklung mengiringi persembahan MonoloQue ft Atilia bagi lagu Kekanda Adinda. Saya pun dapat All Access Pass dan 2 tix free. Tix tu saya bagi pd sahabat lama saya. Sbb saya x guna pun tix tu. Dah ada pass tu kan, mudah nak ke sane ke mari.

Yg paling best tu, bilik MonoloQue & Atilia bersebelahan je dgn FT. Owh gembira rasanya hati lah kan! Ingat senang nak jumpa superstar? Tunggu punya tunggu, FT tak keluar-keluar. Maybe nak rest, saya menghormati privacy beliau.

Dan akhirnya.......saya dapat berjumpa dgn beliau! Mata hai bertentang mata. Hahahaha. Kalau korang nak tau, saya bgtau dgn dia tau yg saya mimpikan dia. Dia terperanjat ok sbb ade peminat yg giler camni. Sampai boleh terbawak2 dlm mimpi.

Suka tgk FT senyum. :)
Masa ni saya sgt chubby ok. Sila abaikan!

Footnote: Nanti saya update lagi ttg Saya dan Artis ok. ^_^

1.6.12

Konfrontasi Terakhir Versus!



Kami tak sabar menantikannya! Tak sabar nak tau siapakah pemenang Versus. Al maklumlah, saya dan hubby peminat setia seni muzik ni. Nak2 bila melibatkan band band terkemuka tanahair yg sedang melonjak naik ni. Dgn penambahan elemen2 muzik lain dari yang lain. Mmg gempak habis la! Tu semua percambahan idea yg tersangat bagus bagi melahirkan pemuzik2 muda ni melangkah setapak ke hadapan. Kalau korang x caya, jom tgk Versus malam ni!

Bagi peminat2 Versus seperti saya dan hubby, jangan lupa saksikan Konfrontasi Terakhir Versus pada malam ini jam 9.00 malam secara LIVE di TV9 dan radio rasmi Hotfm, Lebih Hangat Daripada Biasa! Versus bakal bersiaran secara langsung selama 2 jam 30 minit! Fuhhh..mmg hangat lah! Sampai xtau nak pilih band yang mane..


6IXTHSENSE, BLACK & PARALLAX, GO GERILA!, HUJAN DAN SOFAZR bakal bertarung demi merebut hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM200,000. Lokasi untuk acara konfrontasi terakhir ini adalah seperti biasa, di Space U8, Shah Alam (dekat area TTDI Jaya tu). So kepada peminat muzik dan penyokong band-band yang bakal berentap, korang jgn lupa saksikan persembahan hangat mereka dan yg plg penting, jgn lupa UNDI!

Footnote: Band pilihan kami adalah Hujan, Go Gerila dan Black & Parallax...tiga2 band ni mmg kegemaran saya & hubby setiap minggu...band manakah menjadi pilihan anda?

3.2.12

Anugerah Juara Lagu 26 (Part 3)

Assalammu'alaikum WBT..Salam Jumaat yg penuh berkah..hai kawan2 blogger..fuhhhhh..agak bz skit dari semalam..hari ni baru la dpt terjah blog kawan2..ari isnin saya cuti, ari selasa hapdet blog skit..tp xdpt nk terjah..kelmarin cuti dok rumah, lg la xdpt nk terjah..sbb nak spend more time with my lil' kids..bukan selalu dpt cuti2 msia kan..hehehehe..

Ok..ini adalah n3 terakhir ttg AJL26..seronok sgt dpt bergaul dgn artis..ini merupakan satu pengalaman yg baru buat saya..xde niat nak riak da bangga diri, tapi saya hanya menjalankan tanggungjawab saya kepada SuWaRa Entertainment..saya dpt jumpa artis yg top n ade jugak yg x brp nk top..tapi mereka semua sgt3 best! sporting! saya bergurau2 dgn mereka pun mereka x kisah..ok aje..mmg terbaik la..pentas AJL kali ini antara yg terbaik berbanding tahun2 sebelumnya..ye ke?xtau la korg nye pendpt kan..hehehehe..


Persembahan pembukaan..sgt awesome dari Jamal Abdillah..suara dia mmg maintain dari dulu sampai skang..i loike! mcm tau2 je saya nak snap pic dia..hehehehe..double thumbs up abg Jamal! keep it up!


Persembahan Awie juga x kurang hebatnya..best! meletops! lighting sama warna plak dgn shawl saya..hahaha..mmg super duper power la..mase ni abg Awie betul2 di belakang saya..dia pun bwk cam pro dia jugak..toleh terus ke belakang n snap gambar dia..nasib baik dia sporting..hehehe


'Sedetik Lebih' dendangan Jaclyn Victor..lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abd Halim (KRU)..sgt2 best la..Jac bijak dlm menyampaikan lagu..teknik persembahan yg cukup mantap..kami yg berada di stadium terpaku dan mmg naik la bulu roma bila dgr suara dia..dia pandai control her voice..saya sangkakan dia yg mendapat 'Vokal Terbaik'..tapi xde rezeki beliau..apapun, congrats to Jac kerana berjaya membuat persembahan yang memukau!

 
Tahniah juga kepada Datuk Ramli MS dan orkestra kerana telah mengiringi persembahan di AJL 26..mmg best! Datuk ni sgt garang tau..dia sgt particular ttg masa..mase my dear hubby dtg rehearsal n training, ada la sorg hamba Allah ni terlambat..Datuk bagi masa 5 min je..klau 5 min tu dia x dtg, end of the programme je la..Utk pengetahuan u olls, mase saya n my dear hubby otw to backstage, saya terserempak dgn Datuk Ramli MS..dia tgk saya dan tetiba dia cakap "u, kejap.." pastu dia cakap, "oh, bukan2..sorry". My dear hubby tersengih je.."salah org la tu.."
 
Jom saya perkenalkan Projek Pistol..Yg kiri skali tu drummer, tgh2 tu vocalist n abg edry tu lead guitar..actually ade sorg lg, 2nd guitarist..tp dia bz ngan kwn dia kot..mmg best la performance diorg..saya teruja sbb lagu tu ditujukan khas buat Wanita Seluruh Dunia..berbangga jap dicipta menjadi wanita..hehehehe..ini adalah pertama kali mereka menyertai AJL..syabas betta!
Haaa..cantik kan rambut dorg..geram tau..saya sempat buat lawak lagi ngan dorg.."abg, pinjam rambut bole tak..?cantik r..berkenan plak saya..rambut saya pun x secantik mcm ni.." abg Edry tu senyum je..dh la dia highlighted rambut dia warna merah..kan dh sama warna dgn shawl saya..hahahaha..i heart u la bang! lalalalalala..apapun, performance mereka mmg meletup..superb! since dorg buat soundcheck n rehearsal lg saya dh suka ngan lagu ni....lg la i heart u..LOL!
'Kekanda Adinda' persembahan MonoloQue ft Atilia...lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh MonoloQue sendiri..kalau dgr lirik, mmg simple but it nice..suami isteri di zaman skang patut dgr bait2 lirik lagu ni..hehehe..nyanyian mereka diiringi oleh persembahan angklung (by my hubby n his fren) dan brassband SMK Victoria..persembahan yg sgt MANTAP!! kalau saya jadi juri, mmg saya akan pilih mereka utk Anugerah Persembahan Terbaik..cuma rezeki tidak memihak kpd mereka..apepun, mereka tetap TERBAIK di hati saya dan peminat2 mereka...ini adalah penyertaan mereka yg pertama kali di dalam Anugerah Juara Lagu..satu kejayaan yg cukup membanggakan! mereka telah bekerja keras mengadakan latihan selama 3-4 minggu..walaupun penat, tapi berbaloi..kerana persembahan mereka sgt mantap..ramai kwn2 yg sms, tweet saya ucapkan tahniah walaupun mereka tidak mendpt sebarang anugerah dlm AJL kali ni..TAHNIAH diucapkan!!!

Dulu Butterfingers..kini MonoloQue..sgt MANTAP..! tapi mereka tetap org yg sama..membawa pembaharuan dlm berkarya..gerek seh!

I love this pic..Kekanda klasik, Adinda moden..amacam?boleh buat cover album tak..(hahahaha..bajet!)
'Cinta Muka Buku' persembahan dan ciptaan Najwa Latiff n akak dia..'Gadis Semasa' dan 'Penakut' persembahan dan ciptaan sepenuhnya oleh Yuna..saya kagum dgn mereka..dikurniakan bakat yg luar biasa..seronok tau dpt buat lagu sendiri..dah la buat sendiri, skang mereka semakin famous..menjadi idola kpd remaja2..tahniah kpd mereka..walaupun pulang dgn tangan kosong, tapi agak membanggakan kerana telah berjaya ke pentas AJL26..teruskan berkarya!


Yuna sgt tinggi ok! saya sempat melawak dgn dia.."eh, nape Yuna tinggi sgt..x dpt saya nk hug" dia pun gelak je..dia kata "eh, bolehlah..(sambil tangan dia hug pinggang saya)" haaa..kan saya dh cakap..mereka2 ni x sombong..best borak2 dgn dorg..jejaka kesygn Yuna, Qi Qushairi (Jalan2 Cari Makan) pun ada sama, temankan Yuna semasa AJL26..semoga jodoh u alls berpanjangan k..i heart u Yuna!

'Kalau Berpacaran' persembahan Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet..mase ni mereka baru sahaja selesai buat persembahan..saya tak dpt nk snap gambar diorg on stage sbb xnk lepaskn peluang bertemu dgn artis2 kt belakang stage & bilik persalinan..at least, dpt berjumpa dgn dorg lbh dekat lg..so, xdpt nk comment ttg persembahan dorg..cuma lagu ni best jugak..agak catchy..hehehe..well done n good job guys!

  Bersama Leya..dh 3 kali jumpa dia..bila mention angklung performance kt NLKO, baru dia teringat..hehehehe..dia x sombong!

 Hmmmm..mamat ni mmg banyak cakap..Along..dia la yg jadi Charlie Chaplin berbaju kuning utk persembahan Alyah.. :P

 Tahniah Aizat kerana berjaya membawa lagu 'Sungai Lui' dgn mantapnya walaupun gitar kamu tidak berfungsi dari awal hinggalah ke akhir persembahan..xtau la ape masalah teknikal nye tu..angklung performance di awal persembahan pun, x dengar..diorg terlupa nk on mic..utk pengetahuan korang,  laptop macbook pro dan camera canon milik abangnya telah hilang semasa AJL di dressing room dia..kesian kan..semua kerja, gambar, lirik, lagu dll ada dlm laptop tu..mmg sian sgt2..nk dptkn balik benda tu semua x mungkin..tp diorg dh buat police report..semoga Aizat dan Anas tabah hadapi dugaan dari Allah..setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..


Alyah berjaya membuat persembahan dgn baik sekali..sehingga diangkat sebagai 'Persembahan Terbaik' utk lagu 'Kisah Hati'...tabik spring! doll bergerak dlm music box..she's gorgeous! (dia peluk pinggang saya tau..hehehe)

 Remy Ishak..jadi hero utk lagu 'Kisah Hati'..haaa...abg Remy ade ape2 ke dengan Alyah..?sila jawab soalan cepumas perak gangsa ni...hehehehehe..masa dia keluar buat persembahan tu, semua org menjerit..



Faizal Tahir..saya mmg peminat setia FT..seriously..sampai terbawa2 dlm mimpi..mimpi buat performance on stage dgn FT..saya bgtau dia tau yg saya mimpi kan dia..dia mcm x percaya je sbb ade peminat setia mcm saya ni..syabas abg FT sbb berjaya mengangkat lagu 'Karma' dan mendpt tempat ke-3 lagi..mmg kelas!!

 Sepanjang persiapan AJL26, saya dan anak2 sentiasa di sisi suami saya ..x kira masa dan waktu..bagi saya dia adalah anugerah yg amat berharga..tanpa dia, pasti saya tidak akan berada di tahap ini sehingga diangkat menjadi 'Manager' to SuWaRa Entertainment..

So, kalau korang nak persembahan tradisional (angklung solo, angklung group atau persembahan nyanyian), korang boleh hubungi saya sendiri..korang boleh jugak view SuWaRa Entertainment's blog..

utk pengetahuan korg jugak, my dear hubby ni setiap hari akan buat lagu baru..lirik?saya cuba buat utk menyedapkan lagi lagu2 tu..dan setiap kali beliau buat lagu baru, pasti saya yang akan mengeksperimenkan lagu2 tersebut..semoga my dear hubby berjaya di masa2 akan datang dlm industri muzik..insyaAllah..

Till then, have a nice day!
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara