VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label happy family. Show all posts
Showing posts with label happy family. Show all posts

9.3.16

HAPPY 5TH BIRTHDAY MY LIL' BOY



Unending love, undivided attention, eternal pampering, everlasting affection and endless care. 

May you reach the sky, and put the sun to shame. 
May you touch the stars, achieve all the fame. 

These are the things that we can do for you, our dear son. 

Stay happy and have a happy birthday!

Love,
Mommy
Babah
Kakak
Baby


3.9.15

HAPPY 9TH BIRTHDAY TO THE ONLY DAUGHTER, NUR ATHIRAH QISTINA



Dear daughter,

If I could give you one thing in life
I would give you the ability to see yourself through to eyes
Only then would you realize how special you are to me.

Wishing you a day filled with pleasure
And a life filled with fun
For even though
You're a little older
You are still our lil' one.

Happy 9th birthday to the only one daughter, Nur Athirah Qistina.

Love,
Mommy




20.8.15

BEGITU LUAS REZEKI DARI-NYA

Assalammu'alaikum WBT.

Bercakap tentang rezeki ni kan, mesti ada yang cakap, rezeki ni datang dalam bentuk kewangan semata-mata. Oh silap tu. Allah menjanjikan rezeki dalam pelbagai rupa bentuk. Kerjaya, harta, wang, rumah, pasangan, anak-anak, dan segala macam jenis rezeki yang Allah limpahkan buat kita. 




Maka, setiap apa yang kita usahakan, setiap apa yang kita kerjakan, seharusnya kita berdoa agar dipermudahkan. Selebihnya kita bertawakkal kepadaNya Yang Maha Esa. Mungkin rezeki itu tidak akan datang segera dan sekelipmata, mungkin ianya mengambil masa yang lama. Semua itu rahsiaNya. Apapun, kita harus ungkapkan rasa kesyukuran kepadaNya di atas segala kurniaan yang telah kita kecapi hingga ke hari ini. Syukur alhamdulillah. Thank you Allah.. :)

Till we meet again...
Have a nice day :)

Salam sayang,
Suria Qaisara Beauty Touch

25.7.15

THROWBACK : HAPPY BIRTHDAY MY SWEET LITTLE BABY

To my dear son,

It’s hard to believe two years have passed since that day my eyes and arms first held you. You have brought so much love, joy and energy to my life.

I love the many ways you make me smile. I love your sweet, toddler kisses. I love your excitement when you see me walk through the door. I love your contagious laugh.

I love you with every single ounce and fragment of my heart. One of my greatest joys is watching you grow..I’m so thankful to be your mommy!

Happy Belated Birthday on 14th July 2015!!

❤ Mommy

23.3.15

THROWBACK: HAPPY 4TH BIRTHDAY MY LIL' BOY


09.03.15 is your day
U're getting bigger and smarter
Day by day
Week by week
Month by month

May you reach the sky
And put the sun to shame
May you touch the stars
Achieve all the fame

But do always remember us
Who helped you reach wherever you are
No matter how many birthdays come and go
You'll always be my lil' boy

Happy Birthday Ayish Dayyan


Love,
Mommy
Babah
Kakak
Baby

26.1.15

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2014 SK SUBANG


Assalammu'alaikum WBT.


Entry dah basi sebenarnya ni. Cerita dok peram je dari bulan Nov 2014. Hahaha. Tapi tetap mau cerita jugak. Untuk tatapan anak-anak di masa akan datang, untuk dijadikan kenangan.. :)

Masa terima surat dari guru kelas kakak, agak terkejut jugaklah sbb kakak akan naik pentas untuk terima anugerah ni. Peperiksaan pertengahan tahun, kakak dapat no 2. Tapi peperiksaan akhir tahun dapat no 3 pulak. 

The best part is, kitorg saje nak psycho dia, next time mommy babah tanak tgk no 2 or 3 lagi. Mommy babah nak tgk kakak dapat no 1 with all A's. Mommy babah tanak tengok results B ni. Can u make it?  Hehehe. Kakak sengih je. Tapi alhamdulillah, keputusan peperiksaan kakak ada peningkatan.. :)

Pada mulanya utk sesi persekolahan 2015 ni, kakak ckp dia dapat kelas 3 Harmoni. Cam pelik gak sbb dapat anugerah cemerlang tapi duduk di kelas bawah. Hehe. Rupanya kakak menumpang sementara kt kelas tu masa hjg tahun 2014 sbb penentuan kelas belum dibuat officially. Cuak mommy! Hehehe. Skang kakak dlm kelas 3 Anggun. Belajar rajin-rajin k!

Kakak request nak bergambar dgn kawan2. Katanya takut x jumpa lagi pada tahun 2015 sbb kemungkinan besar akan berpindah. Tuptup masih belum berpindah lagi. Soon insyaAllah..hehehe

Tahniah kakak! Semoga terus cemerlang dan gemilang di dalam setiap apa jua yang diceburi. Mommy babah minta maaf di atas segala kekurangan dlm mendidik kamu, kdg2 kami terlalai dan alpa, tak berkesempatan utk menghabiskan masa dgn kamu dan adik2. Mommy tahu kamu anak yang pandai berdikari, di rumah agak susah kamu nak belajar kerana adik2 masih kecil mengganggu kamu. Apapun, mommy babah sgt berbangga dengan kamu. Kamu mmg sgt hebat dan mommy nampak kamu adalah 'great gift from Allah' kpd kami. Kecerdikan dan kepandaian yg kamu miliki hari ini adalah 'gifted'.

Alhamdulillah, tak kamu sia-siakannya. Perjalanan hidup kamu terlalu jauh lagi nak. Capailah impian dan cita-citamu nak. Mommy babah akan sentiasa bersama kamu. U go girl!!

18.12.14

HAPPY 17TH MONTHS OLD

Assalammu'alaikum WBT.


Terasa cam kejap je masa berlalu kan. Dak tomei Zayyan Nourkhalish dah genap 17 bulan ari Ahad aritu. Semakin hari semakin bijak, semakin nakal, geram tau ngan perangai dia sekarang. Semuanya dia nak buat sendiri. Makan pun kalau boleh dia nak suap sendiri. Kalau dia tak dapat, siap menonggeng berguling-guling atas lantai nu haa..toksah nak drama sgtlah dik oiii..

Kalau kakak or abg dia ade ape2 brg kt tangan, dia pun nak jugak. Mmg tak boleh tunjuk ape pun kat dia. Pastu, pantang tgk remote Astro, TV or cooler. Ntah ape2 je la yg dia akan tekan nnt. Grrrrr..tapi dlm pada geram tu, terus x jadi nak marah2 manja kt dia sbb kitorg kelakar tgk gelagat dia dok menonggeng berguling2 tu. Dah serupa Sin Chan pun ye jugak. Adik ooo adik..kelakar tul la awak ni..seb baik lah awak ni kiut miut mcm mommy. Ehhhh.. :P

Skang dah pandai sebut babah, tatak, babang, mommy pulak disebutnya mama (dah tu yg paling senang nak dapat, hantam sajalah..nnt dah besar sikit pandailah tu..kena selalu sebut mommy dekat dia, baru senang nak lekat). Kalau nak sesuatu tu, dah pandai sebut "Nak"..Kalau kita suruh "Brush your teeth, wash your hand, comb your hair, clap your hand", dia dah pandai tunjuk la camne caranya tu. Bijak sungguhlah awak ni.. ^__^

Kalau mommy pegang apa2 makanan, mesti dia akan duduk or berdiri depan mommy sambil tadah tangan baca doa (terkumat kamit mulut ntah ape yg dibacanya..hehe) then sebut "Amin"..Yang paling tak tahan, setiap kali mommy nak pergi kerja, nak mandi, nak masak, nak masuk bilik air, nak buat ape aje, mesti dia akan membontoti. Utk tarik perhatian mommy, dia akan merengek2 manja dan terus menangis. Aksi paling ngade sekali dgn mengguling2kan diri. Gedik tau ko ni dik..issshhh..pembawakan siapalah agaknya manja dia ni..tetttttt..

Pagi tadi babah WhatsApp bgtau baby bangun lewat sikit (selalunya dia akan bangun time mommy g keje n melalak nak ikut). Kakak stay kat rumah nenek, cuti sekolah skang ni nenek soh tinggal kt Melaka dlm seminggu dua. Kebiasaannya kakak la yg banyak bantu babah layan n jaga adik time pagi memandangkan kakak masuk sekolah pkl 1pm. Nak dijadikan cerita, kitorg anak beranak ni jarang2 sekali berjauhan. Dak tomei zayyan, tunjuk2 kt bilik dan panggil tatak. Oh my..sedihnya..sian kt zayyan sbb dia pun terasa bila kakak xde. Abg dia si ayish tu lagi la terasa, asyik ajak balik rumah nenek je, rindu kt kakak katanya. Haihhhh..nak tinggalkan dia kt rumah mak, kesian pulak kat mak nnt, mak tak berapa nak larat dah, ayish boleh tahan lasak jugak, budak lelaki la katakan..huhuhu

Gambar terbaru dak tomei ni..ada mcm muka sape agaknya ye..hehehe
Footnote : Terima kasih kawan-kawan yang wish happy anniversary aritu..Tak sabar nak pindah rumah baru..weeeeee :)

12.12.14

HAPPY ANNIVERSARY MY DEAR HUBBY

Assalammu'alaikum WBT.

Sayangku...
Mengenalmu sejak Julai 2007
Pelbagai tohmahan cacian kejian dari orang sekeliling tentang hubungan kita
Namun, dengan izinNya Yang Maha Esa
Hubungan kita direstui
Kita mengikat tali pertunangan pada 29 Jun 2009
Setelah 6 bulan menyulam cinta, akhirnya..
Aku terimanya nikahmu dgn lafaz Basmallah tanggal 12 Disember 2009
Syukur alhamdulillah..

Kini...
Mahligai indah yang telah kita bina telah genap 5 tahun
Dikurniakan 3 cahayamata buah hati pengerang jantung kita
Susah senang pahit manis suka duka jerit perih ketawa gembira
Semuanya kita berkongsi bersama


29.06.09 ~ Meterainya ikatan tali pertunangan


Syukur alhamdulillah...
Mendapat restu dari anakanda


Sayangku..
Kau adalah anugerah terindah dari Allah. Terima kasih kerana telah menjadi suami, kekasih hati, dan sahabat di kala susah mahupun senang kita. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke-5 sayangku. Semoga kebahagiaan yang kita kecapi mekar mewangi buat selama-lamanya sehingga ke akhir hayat kita bersama-sama buah hati-buah hati kesayangan kita. Aku kan selalu menjagamu..

Lots of love,
Sayang

24.7.14

MENGGAMIT MEMORI

Assalammu'alaikum WBT.

Menggamit memori la pulak kan. Hehehe. Meh nak kongsikan gambar-gambar kenangan beraya dulu-dulu. Dari beranak sorang sampai lah dah beranak 3..hehe

HARI RAYA AIDILFITRI 2010


 

Tema warna masa ni adalah HIJAU. Masa ni Ayish Dayyan masih dalam peyut mommy lagi. Nampak tak peyut kita? Hehehehe. Gambar atas tu masa ada Rumah Terbuka Syawal Kelab ACT. Kakak tak ikut, nenek suruh tinggal kat Melaka selama seminggu. Sebab masa ni saya tengah mabuk teruk mengandungkan Ayish. Huhu...

HARI RAYA AIDILFITRI 2011


Tema PINKY dinky gitu. Ayish baru 6 bulan kalau x silap. Masa ni masih boleh lagi buat kuih raya sbb Ayish tido je keje nya. Senang betul jaga dia. Adalah 3-4 jenis kuih raya saya buat, bagi mak n mertua sorang sebekas dua. Setiap tahun beraya pun simple dan serba sederhana je :)

HARI RAYA AIDILFITRI 2012



Tema 2012 warna kegemaran my dear, RED warrior. Saya dan kakak berkebaya, maklumlah dah lama x pakai kebaya kan. Hehehe. Comel mommy tgk kakak, manis je berkebaya. Ayish bambam pun kemain comei lagi berbaju Melayu n bersongkok. Dgn pipi bambam dia tu. Geram je mommy tgk awak. Hehehe. Masa ni kaki dah kuat berjalan. X reti nak dok diam. X larat nak ikut mana dia pergi, ikut suka nak berjalan nak pusing kot mane. dah dapat kaki gitu la kan..

HARI RAYA AIDILFITRI 2013





Tahun 2013 sambut Syawal dgn newborn baby, tak beraya pun sebabnya tengah berpantang. Baju raya pakai baju lama je pun, utk anak-anak yg meriah sikit. Kami suami isteri mengenakan baju berwarna hijau, anak-anak warna kuning. Saje je nak warna lain-lain, jemu pulak tengok sedondon je anak beranak. Hehe. Baby pun titun je. Kecik molek je baby masa ni. Banyak duit raya baby dapat. Sedara mara semua dtg ziarah. Alhamdulillah. Walaupun mommy pakai baju raya, tapi stokin berpantang tetap tak bukak tau. Hehehe

HARI RAYA AIDILFITRI 2014


Nak tau tema warna apa tahun ni? Stay tuned k..yang pastinya serba sederhana je. Lebihkan kat anak2, ni pun masih ade yg belum lengkap lagi. Rumah pun belum berkemas lagi, kuih raya pun belum sempat nak buat lagi. Ish ish..tahun ni x berapa nak rasa beraya sgt. Mungkin kesan dari tragedi-tragedi yg menimpa negara kita dan saudara kita di Gaza.. :(

Akhir sekali, saya sekeluarga mengucapkan:

SALAM AIDILFITRI 1435H
Mohon maaf zahir dan batin
Berhati-hati di jalanraya
Ingatlah orang yang tersayang

Footnote : Entry auto-published, kita cuti arini, nak settlekan keperluan yang belum complete lagi. Tapi Jumaat kerja semula. Sabtu Ahad kemas apa yang patut kat rumah tu. Raya pertama balik JB, rumah MIL. Singgah ke teratak bonda kt Melaka jap. Hehehe

23.7.14

AKTIVITI DAN RAGAM ANAK-ANAK KAMI

Assalammu'alaikum WBT.

Salam 25 Ramadhan 1435H. Tak berapa hari je lagi kita nak sambut bulan Syawal kan. Terasa pantas betul masa berlalu. Persiapan kami? Biasa-biasa je, serba sederhana. Masih ada yang belum lengkap lagi. Huhuhu

Jom tengok aktiviti dan ragam anak-anak kami di rumah :)







Melting sungguh tgk gambar si tomei bobot Zayyan yang last ni. Kemain pandai senyum lagi kalau tgk mommy nak snap pic dia. So cute!

Setiap hari ni la kerja diorg. Teraburkan mainan terutamanya LEGO tu, then main la diorg bertiga. Kejap kang baik, kejap kang gaduh, kejap kang merajuk, kejap kang baik semula. Dak tomei bobot Zayyan mommy pun join sama jugak. Kemain lagi..Yang paling kelakar, bila dia sendiri masuk n duduk dalam kotak LEGO tu. Relaks n steady je dok dalam tu. Hehehehe

Ni baru ragam 3 orang anak. Kalau kakak n abam bergaduh, diorg je la yg kena, mommy selamatkan baby bobot ni dulu. Ala..diorg gaduh mulut je pun. Si kakak tu kdg2 xnak mengalah. Yg abam tu pulak, dia je yg betul. Sudahnya kalau dah kritikal sangat, mmg rotan kan aje. Sayangkan anak, tangan-tangankan..betul tak?

Footnote : Mood raya sudah mari. Dok dengar lagu raya je ni. Hehehe

21.7.14

31 TAHUN YANG LALU...

Assalammu'alaikum WBT.

31 tahun yang lalu, tepat jam 7.03 pagi pada 19 Julai 1983, lahirlah seorang bayi kepada Abu Bakar oleh bonda Siti Zaleha binti Darus di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan seberat 2.9kg.

Syukur Alhamdulillah. Sehingga kini masih diberi peluang dan kesempatan olehNya Yang Maha Esa untuk bernafas di muka bumiNya, menghirup udara, melihat segala keindahan alam ciptaanNya bagi mengabdikan diri kepadaNya serta menabur bakti, cinta, kasih dan sayang kepada insan-insan yang senantiasa memberi dorongan, kekuatan, semangat dan sentiasa berdiri di belakang saya tatkala jatuh bangunnya di dalam mengharungi kehidupan ini. Syukur Alhamdulillah, diberi peluang untuk bergelar isteri kepada my dear hubby serta ibu kepada anak-anak kecil kami.


Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi insan yg bergelar isteri dan ibu melainkan melihat kasih sayang dan kebahagiaan kami sekeluarga walaupun tiada sambutan ulangtahun kelahiran. Ucapan dan doa pun sudah memadai. . :)





Terima kasih Ya Allah di atas kesempatan serta nikmat kebahagiaan, kasih sayang, cinta yang telah Engkau berikan kepadaku. Panjangkanlah usiaku Ya Allah agar dapatku menabur jasa dan bakti kepada ibu bapa, suami dan anak-anak tercinta, murahkanlah rezekiku Ya Allah..Amin amin Ya Rabbal Alamin..

#PrayForMH17
#PrayForMH370
#PrayForSabah
#PrayForGaza
#PrayForPalestina

Footnote : Terima kasih kepada family, saudara mara serta kawan-kawan yang wish birthday saya kat Facebook. Thanks so much ya!
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara