VVIP Yang Terhormat

15.2.13

DRAMA : DALAM SETIAP SUJUD

Drama ni juga saya tak ketinggalan utk menonton. Bersiaran menerusi TV9 pada jam 8.30 malam hingga 9.30 malam pada setiap hari Isnin dan Selasa. Tapi minggu lepas dah episod ke 10 & 11 kalau tak silap (cuti CNY terus lupa. haha) So, tinggal lagi 2 minggu je nak ke episod akhir. Sapa yg follow drama ni juga? Sila angkat tangan dan kaki!
 
 
SINOPSIS
Dalam Setiap Sujud diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi mengisahkan konflik cinta seorang gadis untuk memilih calon suami yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta. Hendra telah kehilangan isteri dalam peristiwa letusan Gunung Merapi. Kehadiran Jannah sukarelawan yang juga bertugas sebagai jururawat dari Malaysia membibitkan rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.
Tercetusnya konflik apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah yang berkenankan peribadi Jannah yang sering tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri anaknya, Fareez. Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudah mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha. Bagi Fareez, Jannah tidak layak menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya.

Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah hidup tersiksa dengan hidup bersamanya. Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tetapi tidak pernah sedetik pun dia melupakan Jannah? Untuk mengetahui apa yang berlaku seterusnya, saksikan setiap episod drama yang penuh dengan konflik dan tragedi ini.
Drama 14 episod arahan Raja Ahmad Alauddin itu bersiaran di TV9, mulai 8 Januari lalu, setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam. Ia menampilkan lakonan mantap, Nur Fathia (Jannah), Azlee Khairi (Fareez) dan Keith Foo (Hendra) serta dibantu dengan kemunculan Elfaeza Ul-Haq (Zulaikha), Syatilla Melvin, Aidil Aziz, Rozie Othman (Puan Endah), Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.

Footnote : Entry auto-publish. Saya amik half day sbb bambam tak berapa sihat few days ni. Doakan bambam cepat sembuh ye #hatiseorangibu :(

22 comments:

  1. Saya tgk gak cite ni

    Moga bambam cpt sembuh
    Risau bile anak anak x sehat ni

    ReplyDelete
  2. Dah habis ker. Layan juga citer nih.

    Smoga bambam cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Emmm tak tengo drama ni....
    semoga bambam cepat sembuh...

    ReplyDelete
  4. Mesti best cerita nie kan...

    Semoga Bambam cepat sembuh...

    ReplyDelete
  5. Tengah angkat tangan ni. nampak tak..? sy follow drama ni.... ^_^

    ReplyDelete
  6. x follow pun citer ni...huhuhu...

    semoga anak sue cepat sembuh ye...teruskan berdoa...

    ReplyDelete
  7. @Nad MamaZN bestkan! geram kt zulaikha tu. sakit je hati tgk. hehehe. thanks dear!

    ReplyDelete
  8. @Fiza Rahman lum abis lg kak. ade lg 4 episod. thanks for the doa :)

    ReplyDelete
  9. @Mia Kassim kami kami yg xde astro mmg layan je drama kt tv3 n tv9. best! thanks ya :)

    ReplyDelete
  10. @Dunia Wilma best sgt! pelakon pun berlakon dgn penuh perasaan. thanks wilma!

    ReplyDelete
  11. @wahida hehehe. saya mmg suka drama kt tv9 n tv3. tu yg kdg2 x pernah miss episod. thanks tau kak for the doa

    ReplyDelete
  12. tgk gak cite ni...sbb tgk adlh kerana tak nk tgk berita tv3 yg lame itu..hahaha

    ReplyDelete
  13. moga semuanyer cepat sembuh seperti biasa ye !

    ReplyDelete
  14. @ayut akak ni tgk jalan ceritanya mcmana dulu, kalau ok n menarik baru akak follow sampai abis. hehe

    ReplyDelete
  15. @QasehnyaRania yeke? xpe, pasni sekali sekala boleh la tgk..bnyk rancangan2 yg menarik

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara