VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

4.7.14

JADUAL PERSEMBAHAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1435H

Assalammu'alaikum WBT.

Salam Ramadhan Kareem Al-Mubarak buat semua umat Islam di seluruh Malaysia dan di mana sahaja anda berada. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna buat kita semua. InsyaAllah... Berikut adalah jadual persembahan SUWARA ENTERTAINMENT sepanjang bulan Ramadhan 1435H:-
** Click to enlarge **
Bagi yang berkesempatan, jom sama-sama kita saksikan persembahan-persembahan yang kami bawakan khas sempena promosi Hari Raya di pusat membeli belah Plaza Shah Alam, KL Festival City, Great Eastern Mall, Tropicana City Mall, South City Plaza, IOI Mall Puchong dan Ampang Point mengikut tarikh dan masa seperti jadual di atas. Bersama-sama lah kita memeriahkan suasana!

**********************************************************************************************

Saya akan update semua persembahan ini di sidebar sebelah kanan blog SUWARA ENTERTAINMENT untuk rujukan semua. Jika ada yang ingin membuat tempahan bagi majlis sambutan Hari Raya dan juga majlis perkahwinan, bolehlah hubungi/Whatsapp SURIA 014-2379783 atau ZACK 010-2794213.

Footnote : Mohon maaf tak dapat berkunjung ke blog kawan-kawan semua. Ada kesempatan nanti saya singgah ya. Entry yg ni pun saya copy paste dari blog kami yg satu lg tu. Hehehe. Eh lupa pulak. Malam ni jangan lupa tengok TV9 jam 9.30 malam ye. My dear hubby ada buat persembahan selingan. Selamat berpuasa :)

10.8.13

SALAM AIDILFITRI 1434H


 

Footnote : Saya masih berada di rumah parents saya di Melaka, baru 30 hari berpantang. Bagi kawan2 yg berada di Melaka dan ingin dtg beraya, jom lah singgah ke Ayer Keroh ^_^


26.9.12

Majlis Sambutan Eidul-Fitri 1433H


13 September 2012 . Khamis
Dewan Perdana, Menara MATRADE

Hahaha.. Rase mcm dah basi nak ngapdet psl Raya kan. X kira, nak ngapdet gak. Hihihi. Actually, mase sambutan Raya dept. kitorg ni, saya ade exam kat Mines@Sapura Rabu dan Khamis tu. Tapi exam abis pkl 11.30am. Gigihkan diri utk datang sbb kesian kt Mummy Jue wat persiapan sorang (seksyen kitorg ni tinggal 2 puteri je. Dulu ade 4 puteri. 2 dah pindah tempat lain. huhuhu)


Disebabkan exam abis awal, so callo betty on time. Trafik mase lunch tau je la cemane kan. Ada sedikit sesak la. Tapi kena baik punya cilok la kan. kihkih. Kt area KL ni, kena berani kan diri driving. Klau x, mmg susah. (dulu saya pun penakut jugak. tapi dah lama2 biasa dah)

Mase saya sampai tu, tgk org dah ramai serbu makanan. Perut ni mmg tgh lapar sesgt. Seksyen kitorg ditugaskan utk wat lemang, pulut kuning ngan rendang. Mummy Jue punya turn utk rest n makan lak. So, saya n few of our officer jaga stall kitorg. Makin lama, makin ramai pulak kan. Kitorg dah risau sbb juadah mmg dah tinggal skit. Xpelah kan, dah nama pun konsep sape cepat, dia dapat. ^_^




Part yg best sekali bila pengumuman "Stall Tercantik" diumumkan. Haruslah stall kitorg yg menang! Rezeki saya yg bidan terjun ni jugak. Mahap la ye kwn2 seksyen ku, x dapat nak tulun mase deko deko stall kita tu. Klau saya xde pape, mmg saya turun pdg bantu semua. Huhuhu.

Pantang nampak kamera, haruslah posing sakan :)
Anak sapa yg rajin melipat kain batik tetengah majlis nih. Kihkih
Harus abadikan kenangan Raya 2012 ngan warga seksyen kitorg.
Tapi masih belum cukup korum lg ni. Huhuhu
Tapi semasa majlis ni, saya makan x banyak pun. Rasa sikit2 dari stall2 yg ade. Perut ni dah terbiasa makan sikit, tu yg bila makan sikit dah kenyang. Lgpun, masih dlm mood berdiet ni. Terasa berat sgt badan ni ha. Nak x nak kena turunkan berat lg. Nak tau berat badan saya? Biarlah rahsia... :P

Footnote: Esok saya akan update majlis di Melaka pulak :)

6.9.12

Eidul-fitr 2012 (Part 2)

Aritu dah story mory cuti-cuti raya Part 1 kan. Meh nak sambung story lagi.

Raya ke-2, Isnin (20 Ogos): Kami bangun seawal jam 4 pagi. Penat? Mmg sgt penat sbb tak cukup tido. (Mana x nya, malam raya bertolak balik Melaka, bape jam sgt la kitorg tido. Pastu 6 pagi dah kena bangun. Pastu tengah hari tu drive ke Seremban pulak. fuhhhh) 

Dah kenapa pulak nak kena bangun awal2 kan? Ni lah sebabnya....


Raya ke-2 kami di Sri Pentas, Bandar Utama. Huhuhu. Cerita mcm sedih lah sgt kan. Actually, x jauh pun kalau dari rumah nenek kat Seremban ke Sri Pentas ni. Dalam 45 min dah sampai. C kakak tamo ikut. So, we've decided bawak bam bam je. Angkut je dia yg tgh nyenyak tido.

Last year dah pernah bersiaran secara LIVE kat NLKO, TV9. Kali ni dapat jemputan lagi. Penerbit sendiri yg nak persembahan angklung ni. Haaa..hebat kan? Hahahaha..alhamdulillah. Kami amat berbesar hati dgn tawaran yg pihak TV9 berikan. Ni juga salah satu cara promosi .Nak tau lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan yg kami sediakan, jom follow SuWaRa Entertainment :)

NLKO bersiaran pada Hari Raya Pertama-Ketiga dgn nama Ketupat Rendang Kopi O. Maklumlah, mood raya la kata kan. hehehehe. Pengacara yg bertugas pd hari tersebut adalah Aziz Desa, Bienda dan Shamsul Ghau Ghau.

Mood beraya di kampng :)
Ikutkan crew nak shoot jugak kat tetamu yg dtg aritu. Tapi disebabkan x brp nak ramai (ade 3 table, tp 1 table je yg penuh), so xdpt la diorg nk shoot gamba kitorg. Hahaha. Xpelah, dok tepi tabir pun dah cukup besar rahmat. (Xyah la interframe sgt la hai. Kang terlebih glemer dari org yg sepatutnya glemer) Kihkihkih
LIVE menerusi kaca TV. Love ur smile!
Kalau dah musim perayaan tu kan, mestilah perform lagu-lagu Raya. So, selaku Manager, saya pilih 3 lagu iaitu Dendang Perantau, Selamat Hari Raya dan Aidilfitri Hari Mulia. Alhamdulillah, bnyk pulak komen kt fb dan WhatsApp yg masuk aritu. Diorg kata performance best. The angklungman, Zack Osman pun asyik senyum je. Xkan nak wat muka seposen kan. Sambil bermain angklung, sambil senyum. Manis sekali!

Pastu, ada pula sesi temuduga LIVE. Part yg paling kelakar apa tau, my dear hubby tulis my phone no atas tapak tangan dia. Sbb no utk biz ni, baru guna. Tu yg nak x nak kena tulis, takut terlupa. Hehehe. (sentap mak bila laki x ingat no tepon bini dia ni. huhu)


Kemain lg dok explain. Penuh perasaan :)
Mase ni pulak, bam bam x reti nak dok diam. Asyik ke hulu ke hilir je. Berlari ke sana, berlari ke sini. Mujur crew2 semua dah kenal bam bam. Budak2 mmg gitu ler. Makin dilarang, makin suka pulak dia buat. Bila kita larang, majuk. Mujurlah adik2 bongsu saya yg kembar tu nak ikut, boleh dorg jagakan bam bam jap. At least, boleh la saya rakam n snap gambar mase my dear hubby tgh perform. Kalau x, mmg x menang tangan la jawabnye. Hehehe.

Seronok pulak dia turun naik kt situ
Upah tgk Upin Ipin baru reti nak dok diam :D
Like this pic! So nostalgic :)
Sila abaikan ke'chubby'an ku itu. Sentap!
Boleh pulak ter'posing' sama dgn Bienda. Ngeeee~

Masa dah nak balik tu, sempat jugaklah saya beramah mesra dan bergambar dgn Zatul Mentor 6 (protege Kak Ogy) dan Bienda. Zatul ni tersgtlah peramah. Kalau tgk kat tv, cam sedikit berisi kan. Tapi bila tgk LIVE ni, orgnya ramping je. Mase dia perform 2nd song tu, my dear hubby bermain angklung mengiringi nyanyian beliau. Ish ish..semakin glamor laki mak skang ni! Bienda pulak ibu muda yg dah mempunyai cahayamata yg baru je berusia 5 bulan. Mcm x percaya je kan sbb dia still nmpk mcm anak dara gitu!

Syukur alhamdulillah..since bulan Ramadhan hingga skang ni, rezeki x pernah putus-putus. X menang tangan dibuatnye ^_^

Footnote: Minggu ni hinggalah ke minggu depan penuh dgn acara makan2 utk tumbesaran badan. Hahaha. Tapi saya x dpt nak memenuhi semua jemputan kerana bz dgn exam. Huhuhuhuhu

30.8.12

SEGMENT : PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Saja gatal tgn nak join. Mane tau ade rezeki kan. Hehehe.


Yang tersenarai bakal menerima:

1. 2 helai dress anggun pilihan (2 blogger bertuah)
2. 2 unit wallet/purser (2 blogger bertuah)
3. Baucer RM10 x 5 unit (222 blogger bertuah)
(layak utk sebarang belian di Blogshop Norzi Beautilicious House)

Amacam? Menarik bukan hadiah2nya? Jadi, tunggu apa lagi, jom join! Klik di sini utk join --> NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Tarikh tutup: 31 Ogos 2012, 12.00 tgh malam

All the best!

Eidul-fitr 2012 (Part 1)

Assalammu'alaikum WBT. Mesti ramai yg masih dlm mood beraya kan? Sama lah dgn saya. Dlm beraya ni, mcm2 hal la pulak kan. Termasuklah kami jugak (kami berempat batuk dan selsema). Cuaca agak x menentu skang ni. Pastu, c bam bam terkena muntah n cerry berry. Sian sgt kt dia. Sampai melecet dibuatnye. huhuhu. Few days jugaklah saya x cukup tido dok melayan rengekan dia. Alhamdulillah, he's getting better now.

Kitorg bertolak balik ke Melaka pd malam Raya. Sbb ape tau kitorg bertolak agak lewat. 1st, my dear hubby still ade performance kat OU 2pm. 2nd, saya bz nak packing brg utk kami 4 beranak. 3rd, sambil2 tu bz masak ketupat segera ngan rendang ayamku gorgeous (nanti saya bagi resepi ok. hehe). Siyes penat! Otw ke Melaka pun saya dpt lelapkan mata 10min je sbb c bam bam terjaga dari tidurnya. Then dia x tido langsung. Muka happy je mcm tau2 je nak balik Raya. ^_^

Raya pertama, kami beraya di Melaka dulu (rumah parents saya). Meriah jugaklah. Kami 7 beradik berkumpul kat rumah mak abah. Sgt happening sbb 10 anak2 buah yg msh kecik berlari sane sini. Suasana di hari Raya mmg seronok. Cuma tahun ni agak berbeza dgn tahun lps sbb kak long xdpt blk beraya (dia dok kt nun jauh di Kelate). Dia baru bersalin 4 hari sebelum raya. Bertambah lg sorang cucu mak abah (13 org cucu kesemuanya).

Raya pertama kami sgt meriah. Mcm2 hal anak-anak kecik comei ni. Berlari sana sini. Menangis. Gelak2. Semua gelagat ada. Perkara yg wajib di setiap pagi Raya pertama --> makan ramai2, bersalam-salaman, bermaaf-maafan dan bergambar beramai2! Mmg setiap tahun dah menjadi kewajipan.

Merah di pagi Syawal :)

Bermaaf-maafan di pagi Raya
Keluarga besar KAMI. tapi msh belum cukup korum. huhu
Kakak merajuk. hehehe

Adik2 kembar saya :)
Simple make-up done by me!

Pas dah posing sakan, kitorg gerak ke Ampangan, Seremban menuju ke rumah nenek sebelah mak. X singgah ke rumah arwah nenek dan atuk di sebelah abah memandangkan mereka dah xde. sob sob. (rindu dgn ketupat daun, kari daging dan tapai pulut yg arwah nenek selalu hidang utk kami di pagi Raya dulu2. huhuhu)
Otw to Seremban. yeay!!
Ni masa kat rumah nenek di Seremban.
Tgklah bam bam menongkat pipinya yg gebus kat bahu abg ayie. kihkih
Khusyuk sungguh diorg tgk kartun Upin Ipin.
Mmg kartun kegemaran bam bam tu :)

Footnote: Korang tgk x persembahan angklung by my dear hubby Raya kedua di TV9 aritu?

26.8.12

Salam Aidilfitri...


Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.

Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.

Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakraban.

Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat sahabat blogger, sahabat handai dan seluruh umat Islam. Semoga kita dpt bertemu di Ramadhan akan datang. InsyaAllah.

Saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan kata atau terkasar bahasa yang mungkin menyinggung perasaan kawan-kawan semua. Mohon maaf zahir dan batin.

Berhati-hati ketika memandu di jalanraya. Ingatlah orang yang tersayang. ^_^

Salam Aidilfitri daripada kami,
Sue
Zack
Athirah
Ayish

Kad Raya edisi seksyen kami :)

Footnote: INI ADALAH STICKY POST. Scroll ke bawah utk latest entry. Tuan punya blog akan bercuti mulai 18 Ogos hingga 26 Ogos. Akan kembali bersiaran seperti biasa pada 27 Ogos. :D

16.8.12

Borang Maklumat : Balik Kampung

Korang dah isi borang maklumat balik kampung sebelum bercuti raya? Untuk makluman, PDRM ada menyediakan Borang Maklumat : Balik Kampung sebagai pemberitahuan kepada pihak polis bahawa korang meninggalkan rumah utk pulang beraya ke kampung halaman. Penting tau! After dah mengisi borang ni, bolehlah hantar kepada Balai Polis yang berhampiran dgn rumah korang.

Klik untuk tumbesaran :)

Tips Pencegahan Jenayah : Pecah Rumah

Bila kes pecah rumah sering berlaku?
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.

Tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang 'door viewer' dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti penggera dan CCTV.

Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku?
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk jangkamasa yang singkat.
2. Jgn sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jgn tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula mangga atau kunci rumah yg baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yg selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yg berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu)
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara.
10. Berikan nombor telefon anda yg boleh dihubungi kepada balai polis yg berhampiran.
11. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak samun yg boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
12. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yg boleh digunakan oleh penceroboh utk memasuki rumah dgn mudah.

Dapat kad raya lagi!!!

Assalammu'alaikum WBT. Hari ini saya masih lagi bekerja, esok pun bekerja lagi. Org lain dah sibuk packing barang, wat planning itu ini. Tapi saya agak bz skit since semalam lagi. Boss baru dari Frankfurt, Jerman baru masuk office semalam. So, agak bz uruskan claim dia. Fuhhhhh..jenuh mak!

Arini dapat lagi kad raya. Yeay!! Seronok seronok. Walaupun dah nak raya, tapi still dpt kad dari kawan2.
(Mesti pas balik dari bercuti akan terima kad lg. Kesian abg posmen yg bz bz bz kan. hehehe)

1. Kad dari Kekda aka PnStoberi (satu tempat keje lama dulu)
Thanks Kekda atas kiriman kad raya ni. Agak terperanjat gak la bila dpt kad ni. hehehe :D


2. Kiriman kad dari Hazwan Hairy. Cantik kad awk dik. Mekacih. Hehehe.
Seronok main balas2 kad ni kan. :P


3. Kiriman kad dari Izla. Kawan blogger dan juga Insta.gram. Thanks awk! Main balas-balas kad eh. hehehehe 


4. Kiriman kad raya dan juga hadiah GA by Liza Razak. Mmg saya nanti2kan yang ni. Hehehe. Thanks sis Liza Razak! Boleh saya pakai mase Raya nanti. Dpt pulak goodie bag dari Instajaya. Mmg best! Thanks a lot ye Liza. :D



Terima kasih semua atas ingatan tulus ikhlas ni. Tak dapat jumpa tuan badan, dpt kad sebagai ganti diri pun syukur alhamdulillah. Semua sekali kad yang saya terima adalah 8 pcs (termasuk yg by hand). Thanks korang! Walaupun zaman skang dah canggih, tp budaya memberi dan menerima kad raya ni masih diteruskan lagi. :D

Footnote: Arini ramai yg dah bercuti, office mula sunyi, jalan mula lengang. Tapi saya agak ke'bz'an since semalam. Esok masih bekerja lagi. Nak balik cepatttt! Huhuhuhu

7.8.12

Kad Raya buat Pengomen Tegar!

Assalammu'alaikum WBT. Morning korang! Acane puasa arini? Persiapan raya dah ready semuanya? Kami dah ready barang2 utk anak2, tinggal mak pak nye je yg belum ade lg. (anak2 diutamakan, mak pak serba sederhana je. hehe)

Saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat pengomen tegar blog saya, ternyata korang mmg support blog saya ni. Tak lupa juga buat rakan-rakan blogger lain yg sudi baca walaupun tak tinggalkan jejak. Terima kasih sgt2, saya amat hargainya. Terima kasih jugak sbb sudi baca entry saya yg x seberapa ni. Hehehehe..

Tanpa anda, siapalah saya (bajet retis laaa sgt khennnn..) Tanpa sokongan dari korang semua, mesti blog saya ni suram, sunyi sepi je kan.

Jadi, sempena Syawal yang akan menjelma x berapa lama lagi, saya ingin memberikan KAD RAYA yang x seberapa buat 10 pengomen tegar bagi menghargai jasa baik korang yg sudi baca dan tinggalkan jejak di blog ni. Harap korang sudi terima penghargaan yg x seberapa ni. ^_^


Mohon jasa baik 10 pengomen tegar blog saya ni utk tinggalkan NAMA PENUH, ALAMAT PEJABAT dan NO TEL kepada e-mel saya suria1907@yahoo.com selewat-lewatnya pada Khamis, 9 Ogos 2012. Mana yang sebumbung dgn saya tu, saya akan hantar by hand kat korang. Hehehehe.

3.8.12

Kad Raya dan Duit Raya Pertamaku..

Kad raya pertama:
Terima kasih banyak2 kpd Kak Sheila di atas kesudian mengirimkan kad raya kepada saya.
Ada tips dan pesanan di dalam kad tu. Terharunya. *sob sob*
Dah terima since hari Selasa. Tapi disebabkan x bole nk upload gamba kt blog (korang pun alami mslh yg same x?) So, n3 ni bertepek kt dlm draft. Huhuhu
Seronok bila mengirim dan berbalas kad raya ni kan (teringat zaman cintun monyet zaman sekolah dulu)
Pantun ni la yg paling femes skali. Korang ingat x? Hikhik..
Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.
Walaupun dah kaya dgn pelbagai teknologi ni, budaya kad raya ni jgn dilupakan ye.

Terima kasih kak!

Duit raya pertama:
Yang ni mmg rasa terharu skit.
Sbb dh tua bangka ni kan, dpt duit raya.
Dpt duit raya dari guru koir kesayangan kami, Cikgu Siti Hajar.
Terima kasih banyak2 ye cikgu.
Alhamdulillah..semoga Allah murahkan rezeki cikgu dan keluarga. ^_^
Terima kasih cikgu!
Footnote: Syukur alhamdulillah..rezeki melimpah ruah di bulan Ramadhan ni. Segalanya membuatkan hati saya berbunga-bunga cinta. Thanks Ya Allah!

26.7.12

Syukur Alhamdulillah...

Assalammu'alaikum..Salam 6 Ramadhan 1433H. 
Semalam dah diwar-warkan kat berita pasal bonus ½ bulan gaji bagi kakitangan awam dan bayaran khas RM500 bagi pesara.


Jadi, bagi kakitangan awam dan pesara yg akan menerima ganjaran ini, gunakanlah sebaik mungkin. Semalam pun kakitangan awam dpt gaji kan? Haaaa..kena belanja ikut budget tau. Jgn boros bila berbelanja ye!

Bagi saya, bonus yg akan saya terima ni nnt, insyaAllah saya akan masukkan ke dalam akaun simpanan anak-anak (Amanah Saham). Dan sekiranya ada lebih, nak bagi sikit pada mak abah di kampung. Kami setiap tahun pun beraya dlm keadaan sederhana. Berbelanja mane yg penting dan dirasakan perlu je, yg penting utk anak-anak.

Lagipun, si kakak dah nak darjah 1 tahun depan. So, banyak belanja yg akan digunakan nanti. Dari kecik ni la kita kena didik anak-anak menabung kan. Oh ye..sejak thn lepas, kami dah ajar kakak menabung. Duit baki syiling tu kami akan masukkan ke dalam tabung setiap hari. Dan syukur alhamdulillah, aritu TV lama (TV semasa saya masih di sek ren) dah rosak. So, kami guna duit tabung yg ada dan alhamdulillah dptlah beli TV baru (TV LCD saiz 32").

Bkn nak menunjuk-nunjuk ye kengkawan. Cuma nak beri gambaran pada semua betapa nikmatnya bila kita berbelanja dgn duit yg kita simpan hari-hari bila terjadinya emergency mcm ni. Hehehe.

Moral of the story, kita kena sentiasa berjimat-cermat dlm berbelanja (peringatan utk diri sendiri jugak) dan yg paling penting, kena ada simpanan utk anak-anak dan hari tua kita. ^_^

Syukur alhamdulillah..TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA DI ATAS KEPRIHATINAN!
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara