VVIP Yang Terhormat

Showing posts with label My Love. Show all posts
Showing posts with label My Love. Show all posts

9.3.16

HAPPY 5TH BIRTHDAY MY LIL' BOY



Unending love, undivided attention, eternal pampering, everlasting affection and endless care. 

May you reach the sky, and put the sun to shame. 
May you touch the stars, achieve all the fame. 

These are the things that we can do for you, our dear son. 

Stay happy and have a happy birthday!

Love,
Mommy
Babah
Kakak
Baby


24.4.14

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR HUBBY

"My dear hubby,
Thank you for standing by my side and believing
I was right even when everybody thought otherwise
You are the man of my dreams
The great gift from Allah SWT
You always were and always will.

May Allah bless you dear
Today is your day
Have a nice birthday
Happy birthday my dear hubby..."

Lots of love,
Sayang



Footnote : Baru dapat up entry. Actually birthday my dear hubby adalah pada 19 April yg lepas, hari Sabtu aritu. Seronok dpt bercuti2 dgn hubby dan anak2. Hehehe. Entry bakal menyusul next ya :)

19.4.13

HUGS AND KISSES ON YOUR BIRTHDAY


My dear husband,

I'm so lucky
To have a hubby
Whom I love with all my heart
I wish you a HAPPY BIRTHDAY
Filled with pleasure from the start.

I give thanks
For the day I met you
and you chose me as your wife
So, I hope every birthday spent with me
Is the best one of your life.

My heart for you will never break
My smile for you will never fade
My love for you will never end
Lots of hugs and kisses on your birthday.

I ♥ YOU,
Sayang



16.4.13

CAMERON HIGHLANDS KAMI DATANG!

Assalammu'alaikum WBT.

Untuk makluman semua, 17 hingga 19 April 2013, saya akan menghadiri Kursus Teambuilding di Cameron Highlands anjuran tempat saya bertugas, MATRADE. That means, I'll be away from office starting from tomorrow, next week baru akan masuk office semula. Pada mulanya mcm tak nak join. Tapi disebabkan 2 tahun lepas pun saya x join, why not this year saya join pulak. At least dpt release kan stress dan bergembira dgn aktiviti sepanjang kursus. Teambuilding ni x mcm kursus2 biasa. Teambuilding ni lebih kepada enjoy dan happening, pengisian aktiviti pun xdelah terlalu stress dan strict.

Yg lebih mengujakan saya lagi, bilamana insan2 tersayang berada di samping saya sepanjang keberadaan saya di sana. Kursus 2 tahun lepas kat Awana, Genting Highlands pun saya bawa diorg bersama. Bak kata orang, sambil menyelam minum air. Berhoneymoon dgn suami dan anak2 sambil berkursus, boleh gitu? Hehehe. Lagipun, dah lama kami tak bercuti-cuti Malaysia luar dari kesesakan kota. At least, my dear hubby x risau bila berjauhan memandangkan kandungan saya dah 6 bulan+. Senang nak pantau kesihatan isteri dan baby inside. ^___^
Apa yg menarik di Cameron Highlands?

Cameron Highlands merupakan antara pusat peranginan terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang, di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa,yang berada pada 1524 meter dari aras laut. Ia menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan asing kerana cuacanya yang dingin, tempat-tempat yang menarik dan ladang-ladang teh yang telah ditubuhkan pada akhir tahun 1929. 

Selain itu, ladang sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan menjadi tarikan utama. Tempat berkhemah dan laluan pendaki juga disediakan bagi pelancong yang gemar mendaki dan berkhemah. Aktiviti tersebut amat sesuai untuk mengisi masa cuti anda.

Footnote : Di saat korang baca entry ni, saya dah otw balik utk check-up appointment lagi kt Hosp Sg Buloh. Hehehe. Esok pagi-pagi kami dah gerak ke Cameron. Doakan perjalanan kami dipermudahkan ye kawan2. Hopefully, dapatlah kami singgah di setiap tempat-tempat yg menarik sepanjang berada di sana. Maybe akan stay kat sana sampai 20hb.

20.2.13

NI LAH KERJA MEREKA!


 
Ni lah kerja anak-anakku tiap kali naik kereta. Suka sgt main horn kereta. Aduhai..bingit dibuatnya! Hangin je driver yg dok parking kiri kanan kami. Hahahaha. Bambam bertambah-tambah nakal dan cembeng sejak nak dapat adik ni. Bukan tu je, manja dia ngan mummy kemain menjadi-jadi lagi. Kalau dulu tu, sikit pun dia x heran ngan mummy. Si kakak pun sama jugak. Apa-apa semua nak minta kat mummy. Nak cari baju/nak pakai baju ape pun minta mummy carikan. Manja kemain dua-dua kesayangan mummy ni tau. #anakanakkita
 
Footnote : Semalam tgk drama Dalam Setiap Sujud nangis. Tgk drama Surat Dari Langit Biru nangis. Tgk drama Korea 'I Miss You' pun nangis. Apapuntabley...dah nama pun pompuan kan. ^__^

18.12.12

CAHAYA CINTA....


"Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya
Bukan kerana harta
Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampu ku menafikannya
Kejujuran diberi
Kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji dengan ku
Semai cinta nan satu

Tuhan memuji
Takkan berhenti
Hanya ku pinta
Sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga"
(Cahaya Cinta-Siti Nurhaliza)


12.12.09 ~ Hidup bertiga, memulakan kehidupan bersama. Kita sama-sama melayari bahtera membesarkan puteri kesayangan, Nur Athirah Qistina. Sememangnya kau adalah suami dan bapa yg begitu penyayang terhadap kami. Kasihmu tidak terhingga, kasihmu membawa ke syurga.

12.12.10 ~ Hadiah yang tidak terhingga buat kita berdua. Benih cinta kita telah berusia 6 bulan. Alhamdulillah. Syukur di atas nikmat dan kurniaan kpd kami.


12.12.11 ~ Bersama-sama hadapi suka dan duka, pahit dan manis, onak dan duri bersama. Kebahagiaan tetap milik kita bersama. Allah itu Maha Penyayang. Puteri kita telah berusia 5 tahun dan putera kita, Ayish Dayyan baru saja menginjak 9 bulan. Tahun 2011 penuh dgn ujian dariNya, putera kita telah dimasukkan ke hospital kerana rotavirus. Tidak pernah aku bermimpikan utk melalui detik sukar itu. Itulah ujian yg paling getir buatku yg mengandung dan melahirkan. Tapi kita mampu tempuhinya bersama. Segalanya kita berkongsi bersama. Allah telah berikan kita kekuatan. Alhamdulillah :)


12.12.12 ~ Kini, telah 3 tahun kita melayari bahtera. Tidak ku sangka kasihmu tetap utuh seperti dulu. Syukur alhamdulillah. Kau telah memimpin dan membimbing kami. Janin yg kini berusia 9 minggu merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan yg amat bermakna buat kita. Semoga Allah SWT sentiasa merestui mahligai kita ini. Semoga kita mampu menjadi ibu bapa yg baik buat anak-anak kita. Semoga cahaya cinta ini terus mekar hingga ke akhirnya. Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga firdausi. Amin Ya-Rabbalamin....

Footnote: Terima kasih yg tidak terhingga kpd kalian semua yang telah mendoakan kebahagiaan kami. Semoga ianya menjadi milik kita semua. InsyaAllah :)

KISAH PENYATUAN DUA HATI... (PART 4)

Assalammu'alaikum WBT. Selamat pagi kawan2! Maaflah semlm x dpt update pape. I'm on medical leave. Demam on off, batuk semakin teruk pulak, mabuk dan pening toksah ckp la. Mmg non-stop 24/7. Huhuhu. Sabo je la kan. Nak wat cemane.

Aritu saya dah update Kisah Penyatuan Dua Hati Part 1, Part 2 dan Part 3. Hari ni nak sambung yg Part 4 pulak di mana kami telah mengadakan aksi gedik gedik di tepian pantai, outdoor photoshoot. Ohohoho. Sgtlah best! Mula-mula photog kitorg nak cari kawasan rumah kampung lama/terbiar, tapi cam susah nak cari pulak kan. Disebabkan kat Melaka ni punya lah banyak pantai, so kitorg decide pegi Pantai Puteri je la. Pantai Puteri ni berdekatan dengan Pantai Klebang.

Sebelum bertolak ke Pantai Puteri, kitorg bersembang dulu
ngan kawan rapat kami Safara & Zul.
Diorg pun pengantin baru juga :)
Masa kitorg sampai ni, ramai anak-anak muda remaja tgh bermain bola sepak pantai. Then, ramai gak family menghabiskan masa dgn anak-anak. Huihuihui. Malu? Mmg tersgt la malu bila kitorg turun dari kereta. Mana taknya, kami dgn costume kami ni kan. Mmg menjadi tarikan la kat diorg. Tapi disebabkan nak buat kelainan dan abadikan kenangan di hari bahagia kami, layankan je la. Malu tu kena tolak tepi. :P


Part berlari-larian ni la yg paling best sekali. Kelakar pun kelakar. 3-4 kali kena ulang balik scene ni tau coz photog nak dapatkan photo yg paling cun. Hohoho. Penat gilos! Berpeluh2 gak la. Photog ckp scene ni kena buat cepat, kang kalau matahari dah turun tak cantik dah.


"Bila tiba di pasiran pantai
Ombak menuju pantai merindu
Cintamu sehebat laut yang luas
Sesegar ombak yang memutih
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia.."

 
We're married!

Kitorg abis photoshoot tu around 6.45 ptg. Saya pun dah start migraine, berdenyut2 kepala. Maklumlah, start dari subuh sampai la ke outdoor photoshoot mane la ada peluang nak rehat. Pagi2 buta dah bangun mandi siap-siap mak andam nak makeup kan, pukul 10 pagi nikah, lepas Zohor pulak berarak dan bersanding, last sekali g outdoor photoshoot selepas semua tetamu dah balik. Fuhhhh..mmg penat sgt2.

Sampai je kat rumah, photog kitorg ingat nak soh kitorg bergambar beramai-ramai ngan family yg ada. Tapi disebabkan mak yg sgt2 keletihan plus demam, kitorg tunda ke hari lain. Apapun, kami bersyukur majlis telah berjalan dgn lancar seperti yg dirancang walaupun mungkin terdapat sedikit kekurangan/cacat cela.

Footnote : 12.12.09 masih segar dalam ingatan. Kenangan terindah yang tak mungkin dilupakan :)

14.12.12

KISAH PENYATUAN DUA HATI... (PART 3)

Sorry la ye kawan-kawan. Terpanjanggggggg pulak kisah kami berdua ni kan. Hehehe. Seronok dpt berkongsi cerita ngan kawan-kawan semua. Especially, yang baru merancang utk mendirikan rumahtangga. Mesti perasaan korang bercampur baur kan. Seronok, nervous, takut semuanya adalah. Hehehe

BERSANDING

"Bersanding bermaksud duduk bersebelah-sebelahan di satu tempat yang istimewa. Amalan ini dianggap sebagai kemuncak majlis perkahwinan dalam adat resam kahwin Melayu. Bersanding adalah acara terpenting dan sekali seumur hidup bagi sepasang pengantin. Majlis perkahwinan tidak dikira lengkap jika kedua-dua mempelai tidak disandingkan di atas pelamin. Di atas pelamin itu ada kerusi yang dihias cantik. Waktu paling sesuai untuk bersanding ialah waktu tengah hari, iaitu semasa tetamu ramai di bawah khemah atau dewan. Biasanya majlis persandingan diingati sampai bila-bila dan merupakan 'detik abadi' yang patut dikenang." (Sumber : Wikipedia)
Pelamin bertemakan klasik berwarna emas dibalas pula dgn busana berwarna coklat eksklusif dari Jastina Bridal. Tapi sebelum majlis persandingan tu, kami bergaya dulu dgn busana songket yang ditaja oleh Kak Faraliza. Thanks so much kak! Klau bab bergambar ni, mmg kami suka sgt. Gedix je kan. Cuma mase wedding ni saya agak kekok dan malu skit sbb dah sah sah la perantin kan, menjadi tarikan mata tetamu yg datang. So, saya x berapa nak reti sgt posing posing ni. Aissshhhhh..layankan je la!


"Kompang dipalu pengantin baru
Duduk bersanding tersipu malu
Kompang dipalu pengantin malu
Moga bahagia ke anak cucu

Kami doakan moga bahagia
Selamat sejahtera hingga akhir zaman"

Masa ni terharu sgt sbb buah hati mummy sendiri
yg nak menepung tawar kami.
TQ syg mummy kerana merestui kami :)
Bersama ahli keluarga Mr.Z
Makan beradab
Anak mummy mmg sporting!

Di akhir majlis, atas permintaan ramai terutamanya dari kalangan sepupu2 dan pakcik makcik yg mmg suka menyakat, diorg minta kami nyanyi 1-2 lagu utk tetamu yg hadir. Masa ni masih ramai lagi yg datang. Klau tak silap, kami mendendangkan lagu 'Sayang Menyayang' (Jamal Abdillah & Siti Sarah) dan lagu 'Dua Insan Bercinta' (Eva & Ezad Exist). Hohohoho. Berpeluh-peluh jugak la saya mase tu, bak kata org peluh jantan dah kuar. Saya mmg cpt nervous. Pdhal xde mende pun coz dah biasa perform on stage. Hahaha

Next entry : Outdoor photoshoot. Yg ni mmg best sgt2! So korang kena tungggggguuuu k :)

KISAH PENYATUAN DUA HATI... (PART 2)

Assalammu'alaikum WBT. Morning uolls! Salam Jumaat yg penuh berkah :)

Haaaa..korang dah baca kisah cintan cintun saya dolu-dolu? Kalau belum, meh klik kat sini PART 1. Ini adalah kesinambungan dari babak pertunangan kami. (wahhh..mcm dlm filem gitu ada babak babak. kihkih. bajet sungguh la kau ini. agagaga)

BERNIKAH
Saat penuh debaran. Masa adik-adik dan cousin bgtau rombongan pengantin lelaki dah sampai, ketaq lutut, kecut perut gak dibuatnya. Walaupun dah ade pengalaman sebelum ni, tapi saya tetap nervous. Hohohoho. Sape pun akan nervous kan. Sedangkan retis yg selalu naik stage tu pun nervous, inikan pulak kita ni ha.

See..Mr.Z pun nervous gak. hehe
Utk hilangkan nervous, saya ngusik c kakak :D
Abah yg nak akadnikah kan pun berdebar, apatalah lagi saya dan Mr.Z. Lafaz "Aku terima nikahnya..." mula berkumandang. Mula-mula imam saje ngusik Mr.Z soh pakai microphone. Tapi abah kata x perlu la kot. So, letak mic kat tepi tu je, dengar sipi-sipi je la. Hehehe. Kecut perut gue kalau satu taman dengar lafaz itu. Mula-mula imam try testing dulu kt Mr.Z, dia ajar cemane nak sambut akad nikah tu. Abah dah ada pengalaman mengakadnikahkan anak2 sebelum  ni, so dah tau cemane.

 
Kau nikahiku dgn Bismillah :)
Penyerahan mas kahwin
(kami gubah bentuk bunga ros kembang)
Pembatalan air sembahyang
 Ohohohoho. Selesai sudah upacara pernikahan. Tiba masanya lafaz penyerahan tanggungjawab wali kepada pengantin lelaki, pesanan ibu kepada anak perempuan, lafaz terima kasih daripada anak dan lafaz penerimaan tanggungjawab oleh pihak lelaki (credit to Syahirul.com) benar-benar membuatkan hati ini terasa sayu dan sebak. Masa mak abah baca lafaz tu, saya dah sendu2, airmata xyah cakap la. Berjurai-jurai. Mak andam soh tahan takut makeup comot. Cuba ditahan, tapi klau jenis sendu2 ni mmg x bole tahan la.

Berjurai-jurai airmataku. sob sob
Then, dah settle semua lafaz, kami bersalaman dgn mak abah, mertua, buah hati mummy, adik beradik, saudara mara & semua yg ada. Tanpa restu dari mereka pasti majlis kami takkan berjalan dgn lancar. FYI, barang-barang hantaran, kami deco sendiri. Utk pelamin, hiasan backdrop kat bilik, busana pengantin dan makeup pulak semuanya saya guna khidmat Jastina Bridal (butik andaman dia terletak di Bandar Hilir). Even my kakak2 nye wedding pun guna khidmat diorg. Cantik dan harga yg berpatutan. ^__^
Kami dgn adik beradik saya dan anak2 buah :D

To be continued lagi....

Photos credit to our photog, Shakir Akekun :D

Footnote : Next entry, bersanding dan outdoor photoshoot. Harap korang tak jemu la ye entry yg panjang berjela2 dan bersambung2 ni. Hehehehe

12.12.12

KISAH PENYATUAN DUA HATI... (Part 1)

BERKENALAN
24.07.07

Masa ni saya baru sebulan bertugas di Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor. Kebetulan 23-25.07.07 tu, kitorg ada promosi kat Kompleks PKNS, Shah Alam. Nak dijadikan cerita, bos Mr.Z ni nak wat promo angklung group diorg, so dia bagi performance percuma. Ada gak hiburan kat situ. Haihhhh..yg paling kelakar sekali, Mr.Z tgh dok main angklung pun, sempat gak bermain mata ngan saya. Ishhh..dah la 1st time saya tgk one-man-angklung show mase tu. Jakun Terpegun gak la. Haha. Dah abis perform, Mr Z dgn selambanya minta no tel saya. Saya mcm cuak, nak bagi tamo bagi, hati berbelah bahagi. At last dia tulis no phone dia atas paper, Jax 012-XXXXXXX. Since dari tu kitorg smsing-calling. ^______^

BERCINTA

Xde tarikh spesifik pun kitorg declare sbb perasaan cinta dan sayang tu dtg secara tiba-tiba. Nak-nak bila Mr.Z sendiri datang ke rumah parents saya mase raya utk bertemu dgn mak abah saya dan yg paling dia x sabar nak jumpa, anak kesayangan saya, Nur Athirah Qistina. Tapi buah hati mummy mase ni dok jual mahal ngan Mr.Z. Hehehe. Puas la Mr. Z pujuk dia dgn mcm2 cara nak amik hati dia. Haha. Kesian Mr.Z. (masa ni kakak dlm jagaan mak abah saya disebabkan saya msh blm beli kereta sendiri lg. nnt sian kt kakak pulak kan)

Tup tup..entah di mana silapnya, kitorg terpaksa renggangkan hubungan buat seketika dek kerana hasutan insan-insan yg konon-kononnya x suka kan 'pemuzik'. Sedih sgt masa tu. Yg peliknya, keji sgt ke kerja sebagai 'pemuzik' ni. Diorg pun cari duit atas usaha sendiri, yg  penting halal! Mak abah pun seakan termakan hasutan itu. Xpelah kan, restu mak abah tu yg paling penting. Ikutkan, bila saya berstatus 'J.Lo', sapepun pilihan saya, mereka kena terima. Tapi xpelah, saya layankan je la. (dlm hati ni rase sedih yg teramat, x tau nak ckp cemane. sob sob)

Satu hari tu, saya memberanikan diri sms abah bgtau ada org nak masuk meminang. Abah tanya siapa. Saya ckp Mr.Z. Abah senyap seketika. Tetiba abah sms panjang lebar. Abah cakap balik Melaka dulu, nnt kita bincang berapa hantaran, mas kahwin, berapa lama nak ikat bla bla bla. OMG! Korang boleh imagine x perasaan saya mase tu cemane. Mestilah berbunga-bunga cinta. Rase mcm nak balik time tu jugak kan. Ya Allah, akhirnya doaku termakbul jua. Alhamdulillah...

BERTUNANG
27.06.09


Di saat ini, kami telahpun bertunang. Syukur alhamdulillah. Lega yg teramat. Akhirnya, kami dapat restu dari mak abah. Setelah perbincangan antara kedua belah pihak, kami telah bersetuju menetapkan tarikh 05.12.09 sebagai tarikh majlis kami. Tapi saya fikir-fikir balik, apa kata kita lewatkan seminggu selepas tu 12.12.09 at least kitorg ada masa nak prepare ape yg patut. Cadangan diterima! Sbb hantaran semua tu kami buat sendiri, xde tempah kt mane-mane pun.

Masa ni buah hati mummy, c kakak dah boleh terima Mr.Z. Dia panggil Mr.Z dgn panggilan 'babah'. Sejuk hati mummy dgr panggilan itu. Mr.Z pun syg sgt kat kakak. Kdg2 kalau saya ada promosi hujung minggu/abis lewat malam, saya minta Mr.Z tolong tolong amik kakak kt rumah pengasuh & jagakan kakak sementara nak tunggu saya balik. Mr.Z mmg suka & syg budak2. Sbb tu dia x kisah pun. (mase ni saya dok kt Seksyen 7, Shah Alam)

To be continued....

Footnote : Next entry, majlis pernikahan dan persandingan kami. Tunggguuuu!!!
Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara