Bulan ini adalah bulan perpisahan buat selebriti-selebriti Malaysia. Selepas Yuna dan Qi mengesahkan percintaan mereka telah tamat, kini tiba giliran Remy Ishak mengakui yang hubungannya dengan Tiz sudah sampai ke penghujung.
Rupa-rupanya sudah 3 bulan Remy dan Tiz putus cinta. Kata Remy kepada Kosmo Ahad semalam:-
Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan.
Untuk pengetahuan anda, Remy sebelum ini ada meluahkan madah-madah sedih melaluinya Twitternya. Ada pihak yang mengaitkannya dengan putus cinta dan ternyata ianya benar. Remy tampil memberitahu mengenai tamatnya hubungan mereka berdua untuk mengelakkan salah sangka yang boleh berlaku.
Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza. Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut.
Yang penting, Remy dan Tiz putus secara baik dan bukan kerana wujud hubungan orang ketiga. Mereka masih berkawan baik. Tak apalah, Remy dan Tiz kedua-duanya masih muda lagi. Baik tumpukan pada kerjaya. Kalau ada jodoh, memang tak akan lari ke mana. Kepada peminat Remy dan Tiz, apa kata anda cuba masuk line? Hehehe.
Sumber : BeautifulNara
Footnote: Kalau itu yg tertulis utk mereka, siapalah kita utk melawan takdir kan..Kita hanya mampu merancang, tapi Dia yg menentukan segalanya..Walaupun berpisah, tapi hubungan sebagai kawan masih boleh kan? Hehehe..
jodoh dah xde..hehe...kes baru ann ngasri :p
ReplyDeleteHAZWAN HAIRY: ye la. Jodoh ajal maut di tgn Tuhan
Deletedah xde jodoh ler tu, kalau dah tertulis da mungkin akan bertaut kembali jua. Apapun doakan yag baik2 aje ye sue
ReplyDeleteKESUMA ANGSANA: betul tu kak
Deletebukan jodoh mereka
ReplyDeleteANUM: yes sis. Huhu
Deletebaru tau pagi tadi....
ReplyDeleteDWATY: saya pun tau dari hot.fm hihi
Deletebaru tahu lepas baca ni =D
ReplyDeleteMICHELLE HOPELL: ye la, mereka jarang sgt ade kontroversi yg sensasi. So bila berpisah pun x ramai yg tau
Deleteamboi!!! pic last tu buat mak makan hati tau....jeles i! hahaahahahaah
ReplyDeletelaa lieya baru tau nie....tgk dari pic2 kat instagram die okey jek...rupenye ade hal...dah putus plak dah....dah le lieya suke gile pasangan remy n tiz nieh...frust gak i heheeheh...takpe2, yg penting takde gaduh2 kat media...lieya rimas tul kalo yg jenis balas2 kenyataan kat media tu....ni bagus, putus care baik kan....
LIEYA LATIF: Hihihi. Senyuman dia manis kan. Bakal la sue ni dh kawen. Kihkih. Betul tu. Lgpun mereka x bnyk timbulkan kontroversi yg boombastic. Berpisah secara baik tu lbh bagus :)
Deletegituler suratannyer... moga bertemu jodoh terbaik antara mereka..
ReplyDeletesue der gambar ngan banyak artiskan...
takde jodoh...
DeleteCHO ZILA: betul tu. Kita hny mampu merancang tp Allah yg tentukan
DeleteNM02: hihi..sapelah kita nk melawan takdir :)
Deletebercinta belum tentu ada jodoh kan..
ReplyDeleteFIEDA: setuju dgn akk. Bercinta dan bertunang xsemestinya akn ke jinjang pelamin. Dah itu yg ditakdirkan. Apapun mari kita doakan utk mereka
Deletetak ada jodoh antara mereka
ReplyDeleteEMA JUNAIHA: Betul tu. Huhu
Delete