VVIP Yang Terhormat

31.1.13

BERITA : TOLONG JANGAN BIADAB!


Kuala Lumpur: “Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23. Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit. ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu. “Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” katanya.
 
Sumber : Harian Metro

Begitulah kenyataan dari bapa Shila Amzah, ND Lala berkaitan dgn kenyataan Shaarnaz tetap akan menghantar rombongan merisik Shila pada Mac akan datang. Haihhhh..mcm2 la dunia artis ni. Walaupun bergelar artis, tapi dalam bab-bab camni, mmg org tua amat titik beratkan, maka ikutlah adat. Bak kata pepatah, "biar mati anak, jgn mati adat" mcm lagu nyanyian ND Lala sendiri. Kita sebagai peminat, tgk kan je lah apa kesudahannya...

SYAIR CAK PONG (ND LALA)
 

Adat yang baik marilah pakai
Adat yang pelik mari kikiskan
Agar maruah tidak tergadai
Tinggalkan adat yang merugikan
Biar mati anak jangan mati adat
Hey jangan dibiar anak kita mati hai tergamak ke?
Kalaulah anak sudahlah mati
Siapalah pulak nak sambung adat
Kita dituntut tambah zuriat
Berilah dia didikan agama
InsyaAllah dia tidaklah jahat
Kita pun tidak teruslah baik
Dulu pun kita jahatlah juga

27 comments:

  1. mcm2lah kalau bab2 retis ni

    ReplyDelete
  2. mmm... tak tau la nak komen apa. dia nak pergi merisik kan. pergi je lah..

    tak payah la dok bising dalam paper. kalau jadi dorang kawin nanti dah jadi anak menantu. tak manis.

    bincang le leklok.

    nape plak tak bagi merisik? adei..

    ReplyDelete
  3. @wantie maybe ND lala ada bgtau sebelum2 ni yg dia nak shila tumpu sepenuhnya pd bidang nyanyian sbb dulu shila mmg x pernah menang ape2 award. la ni dah taraf antarabangsa. tu yg dia nk jaga. shila pun muda lagi. shaarnaz pun jgnlah buat kenyataan mcm tu. parents shila tau apa yg terbaik buat anak dia la tu agaknya. huhuhu

    ReplyDelete
  4. @Mrs Velentine huhuhu. xtau la nk ckp ape. restu ke tidak kita pun x pasti

    ReplyDelete
  5. hurmm pada saya la kan kak...elok je kawinkan dorang tu daripada buat benda yang x elok...huhuhu tapi tulah sharnaaz tu macam x hormat pulak mak ayah shila..agak-agak laa...bincang leklok ape salahnye...huuhuhu

    ReplyDelete
  6. Tak sangka pulak boleh jadi keruh macam ni..

    ReplyDelete
  7. @Kak Bunga tu la pslnya dik. kita ni nak dirikan rumahtangga, mmg kena dpt persetujuan dari parents bakal isteri kita. x perlulah nak canang satu dunia yg kita tgh hangat bercinta. elok kita ikut adat kita sebagai org melayu. ape salahnya. lg mengeratkan silaturrahim :)

    ReplyDelete
  8. @Nor Salmi tu la kak. kita pun tak sangka boleh jadi keruh. elok diorg bwk berbincang secara tertutup dan profesional

    ReplyDelete
  9. cak pong .. cak pong ... hehehh tggu jerk lh ending dia ^^

    ReplyDelete
  10. mmm...stakat ni si shiela tak ckp pape lg pasal isu ni..nk tahu gak pandangan dia..hihi

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara