Assalammu’alaikum WBT.
Ada penggemar kopi di sini? Rasanya
ramai di antara kita yang memang tidak boleh memulakan hari-hari mereka tanpa meminum
kopi. Saya merupakan salah seorang penggemar kopi yg agak tegar, tak kira sama
ada kopi panas, sejuk, dibuat secara O mahupun bersusu. Sangat lazat!! Nak nak
pula kalau dibuat sebagai kopi kisar ais. Wowww..sangat sedap!! Maklumlah,
musim panas macamni memang sedap minum minuman berais. Sejuk je tekak :D
Untuk pengetahuan uolls, selain
menyegarkan mata, kopi juga sebenarnya bertindak sebagai ejen antioksidan dan pengelupasan
yang baik untuk kulit kita.Oleh itu, untuk anda yang ingin merasai sendiri khasiat
semulajadi daripada kopi dengan campuran bahan-bahan yang mudah anda temui di
rumah anda, jom kita ikuti resepi membuat DIY body scrub
seperti berikut;
Bahan-bahan
untuk skrub muka:
2 sudu besar
biji kopi yang dikisar
2 sudu besar
serbuk koko
3 sudu besar
susu atau yogurt
1 sudu besar
madu
1 sudu besar
minyak kelapa atau minyak zaitun
** Sumber : Google Search |
Cara-cara:
Campur semua bahan-bahan di
atas sehingga sebati dan apabila campuran telah menjadi pekat, sapukan pada kulit
muka anda dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, cuci dan bilaskan muka anda dengan
menggunakan air yang bersih.
Skrub
muka ini berfungsi sebagai ejen anti oksidan dan pengelupasan
yang baik, penggunaan kopi bersama bahan-bahan campuran yang lain bukan sahaja membantu
anda membuang toksin dan sel-sel mati, malah menyegarkan lagi kulit muka serta memberikan
kelembapan yang mencukupi.
Tadi kita dah berkongsi tentang skrub muka kan. Kali ni kita nak kongsi pula cara dan kebaikan skrub badan pula. Sure korang semua suka memanjakan diri sekali sekala kan. Tak perlu keluar banyak wang untuk kelihatan ‘fresh’. Buat sendiri di rumah pun dah boleh kelihatan cantik menawan..ehhhh..hehehe..kalau tak percaya, meh kita cuba pula skrub badan :)
Bahan-bahan
untuk skrub badan:
2 sudu besar
biji kopi yang dikisar
2 sudu besar
serbuk kayu manis
3 sudu besar
susu atau yogurt
1 sudu besar
madu
1 sudu besar
minyak kelapa atau minyak zaitun
Sedikit
perahan lemon
Cara-cara:
Sama seperti campuran skrub muka,
anda juga harus mencampurkan semua bahan-bahan di atas dan sapukan pada permukaan
kulit badan anda selama 20 minit sebelum membilas menggunakan air yang bersih.
Antara kebaikan skrub badan
adalah memberikan haruman yang lebih
menyegarkan kepada tubuh badan anda selain melembutkan kulit yang mana ianya berkongsi
khasiat yang sama seperti skrub muka, penambahan perahan lemon dan serbuk kayu manis.
** Sumber : Google Search |
Saya sendiri telah mencuba
DIY skrub muka dan badan ini di rumah, sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. Yang
pastinya, ianya amatlah menjimatkan kos, masa dan tenaga. Bila lagi kita nak
manjakan diri kita kan, inilah masanya kita reward untuk diri sendiri setelah
kepenatan bekerja seharian. JOM KITA BERSKRUB!
Mesti cuba!!
aiyaaa...nak cari biji kopi ni yang malas..hihihi...pakai serbuk je tak jalan agaknya eh?
ReplyDeleteboleh cuba ni sue.. jimat duit ..
ReplyDelete