Alahai..banyaknya yang kita nak update. Tapi disebabkan kekangan masa yang teramat, jarang-jarang dapat online buka blog. So, kita update mana yang termampu je la. Nak blogwalking lagi la slow. Ampun ye kawan-kawan. Kekangan tugas hakiki di pejabat dan bisnes. Huhuhu
Banyak benda nak cerita lately ni. Dah setahun simpan mendalah ni. Hehehe. Kita teruja sangat-sangat bilamana salah sebuah syarikat jualan secara online telah menawarkan kita untuk mekapkan model-model dari dalam dan luar negara yang akan memperagakan produk jualan mereka. Masa pergi interview (xdelah interview sangat pun, just dorg nak tengok cara kita mekap je), memang berdebar-debar jugaklah sebab PIC tu bagitau ada few MUA juga yang dorg dah lantik sebelum ni. Tapi PIC ni macam berminat sangat dengan hasil kerja kita.
Jadi, dia propose la kepada pihak pengurusan. Ok fine. Lagi kita teruja ok. hahaha..tak sangka MUA yang tak berapa nak ada nama ni menjadi pilihan. Syukur alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan lancar. Kita mekapkan 2 orang staff syarikat tersebut semasa sesi temuduga tu. Ok, jom kita lihat hasilnya :)
Kebetulan masa kita tengah mekap staff 2 orang ni, big boss syarikat tersebut pun turun padang menyaksikan MUA kenit ni mekapkan staff dia. Alahai..segan sangat tau.
Keesokan harinya, PIC tu whatsapp bagitau big boss dia suka dengan hasil kerja kita. Syukur alhamdulillah. Jadi, secara rasminya kita dah dilantik oleh IKWholesale sebagai salah seorang MUA di syarikat berkenaan. Syukur sangat-sangat. Siapa sangka kan rezeki kita di kemudian hari. Hehehe
Then, PIC utk sesi photoshoot pula call kita untuk mekap photoshoot model. Ok fine kita terima. Cuma kita ada bgtau kat dia untuk inform seawal yang mungkin sebab kita kena standby segala-galanya tak boleh last minute. huhuhu
Jom kita lihat hasilnya :)
Rasanya cukup setakat ni dulu. Actually, ada few models yang kita mekapkan. Later kita up story k.
Till then...
XOXO
Love,
Suria Qaisara Beauty Touch
Cantiknya...pandai sue mekap
ReplyDeletesemoga sentiasa dimurahkan rezeki
ReplyDeletecantikkkkkkkkkkk
ReplyDeletelawa gilerrr...
ReplyDeleteMurah rezeki Suria. Memang cantik sangat Suria makeupkan model ni. Patutlah mereka ambil Suria jadi MUA. Berbaloi-baloi ambil Suria tau. Tahniah ya!
ReplyDelete