Assalammu'alaikum WBT.
Berhabuk dan bersarang blog ni. Ya Allah..berbulan-bulan lamanya tinggalkan dunia penulisan di blog. Selalu update di FB dan Instagram je. Kadang bukan sibuk sangat pun, tapi bila MMMMalas menguasai diri, macamni la. Hehehe
Jadi, hari ni kita nak update kisah mekap mekap model lagi. Haritu dah update kat SINI kot la ada kawan-kawan yang tak perasan atau terlepas pandang entry kita yang dah agakkkk lapuk tu kan. Hehe. Meh kita sambung story mory *wink wink*
Secara rasminya, kita telah dilantik oleh IKWholesale sebagai jurumekap syarikat mereka. Yes, I'm one of them. Ada juga beberapa MUA lain yang telah dilantik oleh syarikat ni. Alhamdulillah, berbangga jugak walaupun mekap kita tidaklah sehebat mana hasilnya nak dibandingkan dengan MUA yang berada dalam industri ini.
Kali ni diberi tugasan untuk mekap model dan pelakon baru, Julia. Berdarah kacukan Sabahan, Australia, dan beberapa negara yang lain. Tak ingat :P
Agak kelam kabut menyiapkan Julia disebabkan dia tersesat ke lokasi studio IKW. Kami menunggu lebih kurang sejam lebih jugak la. Huhu. So, kita buat mana yang termampu je seperti yang diminta oleh photog bertugas. Maka inilah hasilnya. Tak terlalu heavy, just a simple and natural look makeup :D
Untuk mendapatkan koleksi shawl ini, bolehlah layari www.ikw.com.my, banyak pilihan barangan yang menarik menanti uolls tau :)
Nanti kita story mory makeup job lagi ya. Till we meet again. Mwahhhhhh :-*