VVIP Yang Terhormat

19.6.12

MYRESEPI : REBUNG MASAK LEMAK BERUDANG & SAYUR CAMPUR ALA JAWA BERLADA

Rasanye dh lama saya tak kongsi resepi. Bukan tamo kongsi, tp agak kemalasan pulak nak buat n3 masak2 ni kan. lalalalalalalala...
Oklah, hari ni saya nak kongsikan resepi masakan lauk kampung. Best giler makan panas2! Actually, saya mmg suka memasak. Setiap hari, sebaik je sampai rumah dari office, saya akan pastikan juadah makan malam utk my dear hubby dan anak2 terhidang. Bukan ape, anak2 saya ni agak cerewet (mcm saya jugak!) klau bab makan2 ni. Diorg lbh berselera klau mummy dia yg masakkan. So, supaya x hilang mood makan mereka, better saya masak utk mereka2 yg tersayang. ^_^

Oh ye! Air tangan isteri/ibu tu kan mahal harganya! Silalah rajin ke dapur ye kengkawan utk mengeratkan kasih syg sesama anak beranak. :P

Jom ke dapur!

RESEPI 1: REBUNG MASAK LEMAK BERUDANG

Bahan-bahan:
Rebung (dihiris halus)
Sebiji kelapa
Cili padi/cili hidup (ditumbuk halus)
10 ekor udang
Seulas bawang putih (dihiris halus)
Seulas bawang merah (dihiris halus)
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara memasak:
1. Perah kelapa untuk mendapatkan pati santan (elak menggunakan santan kotak bagi mengekalkan keaslian rasa santan fresh).
2. Masukkan hirisan rebung, bawang putih, bawang merah, cili padi, serbuk kunyit dan garam ke dalam pati santan.
3. Apabila santan telah mulai mendidih/pekat, masukkan udang mengikut citarasa. Ada juga yg suka letak ikan bilis atau udang kering. Terpulang pd selera memasing.
4. Pastikan rebung telah betul2 masak dan bolehlah dihidangkan.



RESEPI 2 : SAYUR CAMPUR ALA JAWA BERLADA
Bahan-bahan:
Kacang panjang
Kacang botol
Tempe
Suhun (direndam hingga lembut)
Cili hidup (ditumbuk halus)
Bawang merah (ditumbuk halus)
Sedikit garam

Cara memasak:
1. Goreng tempe hingga garing. Ketepikan.
2. Tumis bawang merah dan cili hidup.
3. Masukkan kacang panjang dan kacang botol. Goreng hingga sedikit layu.
4. Masukkan tempe dan suhun.
5. Kacau sebati dan siap dihidang!


Mudah je nak masak lauk2 camni. mcm kacang pis! (toksah nak gedik sgt  lahai. bkn pandai sgt masak pun kan..thihi) Lauk2 kampung mcm ni, mmg x lengkaplah klau x dimakan dgn ikan masin. Mmg meletops lah kan!

My dear hubby kata, "Syg, lg sedap klau sayur2 ni dicampur dgn hirisan kentang dan tauhu."
Saya ckp, "Ala dear, ni je yg ade. Lgpun mase syg pegi kedai td, list brg tertinggal pulak dlm kete. Lenkali syg msk mcm yg dear nak okeh?"

Ape yg ade je la kan. Kang bnyk sgt bahan, terpanjangggggggggggggg pulak nama resepinya. agagagagagaga... :P

Ok, selamat mengasapkan dapur!

Jom skodeng resepi yg lain!

16 comments:

  1. saya suka masak rebung tapi susah pulak nk jumpa kat pasar borong sini.

    ReplyDelete
  2. IZLA: ha'ah. mmg susah nk jumpa. klau ade pun, dah x sedap, bau semacam. rebung ni saya dpt masa pegi Jerantut aritu. fresh lg!

    ReplyDelete
  3. ida xreti mkn rebung psal dlu ada jiran anta rebung...bau dia mmg bole pgsan...hee.sdhnya smpai skrg xreti mkn tp suka gilos kcg botol n tempe..hehe

    ReplyDelete
  4. adoii..2-2 masakan ni favourite saya !! nak cari rebung arini jugak !

    ReplyDelete
  5. IEDA: hehehe..betul tu. kdg2 mmg ade yg berbau hamis. serius rase nk pengsan kan. yg akak dpt ni fresh dari kampung. :D

    ReplyDelete
  6. LIZA RAZAK: ye ke? jom jom kita mengasapkan dapur :)

    ReplyDelete
  7. ayoo...lapar sudah tgk pic mknan ni...mummy sue mmg terror masak la!

    ReplyDelete
  8. SEDAPNYAAAAAA! KITA TAK PANDAI MASAK MACAM TU..HUWAAAA!

    ReplyDelete
  9. IEDA: hehehe..xde la terror sgt, bole la skit2. :D

    ReplyDelete
  10. SHERWIEYNA MUZZAWER: xpe, bole blaja. saya pun bkn pandai sgt. :)

    ReplyDelete
  11. byk2 lauk kampung, sampai sekarang aku tak reti mkn rebung nok...sedih kan...

    pernah teringin nak cuba, tapi dia punya bau tu, terus buat aku potong stim...huhu...

    ReplyDelete
  12. KAK WAHIDA: klau rebung yg dibeli kt pasaraya tu mmg bau sgt hamis. saya pun xtahan bau dia! klau fresh yg mmg baru diambil dari pokok, mmg sodap! nnt klau kt kebun abah saya ade, saya bg akak ok :D

    ReplyDelete
  13. SHERWIEYNA MUZZAWER: boleh dear..insyaAllah :D

    ReplyDelete
  14. Ambo nak try hok rebung masok ngan ude'a tu. nampok sedap sangat... Auumm!

    ReplyDelete
  15. ABE NAZRI: hmmm..try tau! terangkat abis!

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara