VVIP Yang Terhormat

16.2.12

MYRESEPI : AYAM MASAK ASAM PEDAS & SUP AYAM BERKENTANG

Assalammu'alaikum...hari ni saya nak kongsi lagi resepi buatan saya sendiri..actually, resepi ni mmg dh sedia ada..tapi saya telah olah dan campur tambah tolak mengikut citarasa saya sendiri..Masakan ni sgt terkenal di Melaka dan Johor..cer korg teka..hehehehe..mesti dh boleh agak kan..

Dan masakan ini mmg kegemaran incik hubby dan kakak..sampai hirup kuah n ratah lagi..haaaaa...nak tau rahsianya? Ayuh..jom ke dapur!

Resepi 1: Ayam Masak Asam Pedas

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (dipotong mengikut citarasa)
Cili kering (dikisar halus)
3 biji tomato (dikisar halus) - xnak letak pun xpe, ni resepi buatan sendiri..hihi
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
2 ulas bawang merah (ditumbuk halus)
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 btg serai
Daun limau purut
Air asam
Minyak dan garam secukupnya

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah, bawang putih, dan kunyit hidup. Apabila telah naik bau, masukkan cili kering yg telah dikisar.
2. Kemudian, masukkan serai dan daun limau purut. Pastikan cili betul2 kering dan garing, masukkan air asam jawa, garam dan bahan perasa mengikut citarasa. (kalau cili x garing betul, lauk akan cepat basi n rase sgt pedas n x sedap)
3. Apabila bau serai dan daun limau telah sebati, masukkan tomato yang telah diblender ke dalam adunan tadi.
4. Masak sehingga mendidih. Kemudian, masukkan ketulan2 ayam yang telah dipotong.

Haaaa...tgk tu, tgh mendidih..

5. Biarkan selama beberapa minit agar isi ayam empuk dan sebati dgn kuah.

Ok, dah siap! Tadaaaaa...

Nampak, kuah dia pekat kan..sbb saya letak tomato..x pernah org buat, tapi saya buat..mmg marvelous!!
Nota: Selain dimakan dgn nasi, boleh juga dijadikan pencicah utk jemput2, roti atau roti canai. Gerenti terangkat!


Resepi 2: Sup Ayam Berkentang+Suhun

Bahan-bahan:
Isi ayam yang (dipotong dadu)
3-4 biji kentang (dipotong dadu)
1 peket suhun dan tauhu kering (rendam hingga lembut)
1 sudu rempah sup
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Minyak dan garam secukupnya

1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Apabila telah naik bau, masukkan rempah sup.
2. Masak hingga rempah sup garing. Kemudian, masukkan kentang. Masak hingga kentang empuk.
3. Masukkan isi ayam dan garam secukupnya, tunggu hingga mendidih dan pecah minyak.


4. Apabila ayam telah mendidih, masukkan suhun dan tauhu kering.
5. Pastikan sup betul2 mendidih baru siap untuk dihidang.

Dah siap!

Hidangan utk si manja saya, kakak n bam bam..mcm biasa, utk bam bam saya akan blender sup dgn nasi...mmg best!
Ok, selamat mencuba kawan2!

13 comments:

  1. sup suhun bukan anak2 je suka, aku pun suka...hehe...

    ReplyDelete
  2. Kak Wahida: ha'ah kan kak..kitorg laki bini pun suka suhun..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Mama Ema: yup..mmg menyelerakan..try la :)

    ReplyDelete
  4. Abe Nazri: hehehe..x sempat nk bwk g ofis dh abis kt rumah..moh jemput dtg uma kite klu nk rase..

    ReplyDelete
  5. kak su pandai masak?
    cam x caya jer:p
    hihihi..

    ReplyDelete
  6. Shark: amboi2..jgn pndg akak sebelah mata tau..cuba tenung lama2 skit..ni pakar msk mskn kampung tau..klau nk tau, meh dtg rumah bole rase mskn akak.. :P

    ReplyDelete
  7. asalam ... nampak sodapp jer masakan awak ... bertuah lah family awak yerr ..tq.


    sudilah lawat blog saya
    http://www.pelaburemasperak.com

    ReplyDelete
  8. Abg Ajak: sekali sekala dpt masak utk suami n anak2 mmg seronok..nak2 bila diorg makan dgn penuh selera.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara