Assalammu'alaikum WBT..Selamat pagi kawan2..Hari ni just nak share resepi ngan kwn2 semua..it's simple but nice! Skali skala makan lauk yg simple mmg best..Mari memasak!
RESEPI 1 : SAMBAL TELUR HANCUR
Bahan-bahan:
10 biji cili kering (dikisar)
1 ulas bawang besar (dihiris halus)
2 ulas bawang merah (ditumbuk hingga lumat)
2 ulas bawang putih (ditumbuk hingga lumat)
2 biji telur ayam
Minyak masak secukupnya
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secubit (xnak letak pun xpe)
Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan cili kering yang telah dikisar. Biarkan hingga warna menjadi merah gelap (dlm masa yang sama, kacau supaya tidak hangit)
4. Setelah cili agak garing, masukkan air asam jawa, garam, ajinomoto dan secubit gula.
5. Biarkan selama 2-3 minit (kacau dan kacau lagi hingga kering)
6. Masukkan 2 biji telur dan kacau hingga telur hingga pecah.
7. Setelah telur dan cili hampir kering, masukkan bawang yang telah dipotong halus.
8. Kacau sehingga bawang agak sedikit layu.
Dah siap!
RESEPI 2 : SUP IKAN DORI BERKENTANG
Bahan-bahan:
2 fillet ikan dori (dipotong dadu)
2 biji kentang (dipotong dadu) (boleh juga tambah carrot jika mahu)
1 ulas bawang besar (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (ditumbuk hingga lumat)
1 ulas bawang putih (ditumbuk hingga lumat)
1 ulas halia (dihiris halus memanjang)
Secawan air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Setelah minyak panas, masukkan bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia. Masak hingga naik bau.
2. Masukkan kentang dan air.
3. Pastikan kentang agak lembut dan boleh dimakan, kemudian masukkan ikan dori.
4. Masak hingga mendidih dan pecah minyak.
Dah siap!
Senang bukan? memang senang..campak2 je dah siap..hehehehe..seronok dpt masak utk suami dan anak2..c bam bam tu pun x ketinggalan merasa masakan sup ikan dori mommy ni..tp utk dia special skit la..saya kisar nasi beras perang+sup ikan dori berkentang hingga hancur..sbb bam bam baru ade 4 btg gigi..nk kunyah pun x bole..hehehehe
Ok, selamat mencuba!
pssstttt...c kakak siap meratah sambal yg mommy buat..kelas!
rajim awk memasakk, terliur tgk sambal telur tuuu,
ReplyDeletemkn sambal telur dgn nasi panas tentu sedappp
wah sup ikan dori...hmmm, boleh try ni...tq 4 sharing
ReplyDeletebestnya
ReplyDeletenak skit sis
Kak Sha, masak utk suami n anak2..dh jadi kewajipan..hehe..mmg sedap mkn dgn nasi panas..hehehe
ReplyDeleteMixed-family: hehe..sharing is caring! cepat n lazat.. :)
ReplyDeleteAnum: haha..dh abis dh pun..hingga menjilat jari :P
ReplyDeletewahhhh sedapnyeee..nak cuba laa sambal telur tu..tak penah try lagi tu hihi.terliur dah ni >_<
ReplyDeletex pernah masak ikan dori...
ReplyDeletesimple yang menyelerakan...
Mimie: sambal telur yg plg senang di dunia kot..yeke..haha :)
ReplyDeleteQhaifa: let's jom try masak..simple but nice..sesuai utk anak2.. :D
ReplyDeleterajinnya dia masak...
ReplyDeleteMama Ema: nk ikat suami dan anak2, dgn masakan la..lbh mengeratkn hubungan.. :)
ReplyDelete