VVIP Yang Terhormat

17.9.13

KRONOLOGI : BERSALIN ANAK KE-3 (PART 4)

14 Julai 2013
◆ 12.50am
Dah rasa sakit yg amat. Rasa macam nak patah pinggang dibuatnya. "Dear, bgtau nurse syg dah sakit sgt ni, dah nak bersalin...!" Nurse ckp jgn teran dulu, dia check bukaan baru 8cm. Dia panggil doktor. Doktor pulak check bukaan..eh..dah 10cm!! Doktor suruh saya pegang buku lali. Doktor ajar camne nak meneran. "Jgn keluarkan suara or jerit ye, nnt awak cepat penat. Teran macam nak buang air besar sembelit..." Nurse tadi suruh my dear bagi semangat dari sisi supaya isteri diberi kekuatan utk bersalin.  Kalau ikutkan, kita kena buka mata n pandang ke perut. Tapi masa tu, saya pejam mata kuat-kuat..sesekali je mata ni saya buka..hihi..ngelat!

◆ 1.13am
Dgn 3 kali teran sahaja, lahirlah our newborn baby dgn selamatnya..syukur alhamdulillah..my dear ckp, baby keluar pelepup seketul..syahdunya dapat dengar tangisan baby.Jauh beza dgn kakak dan abgnya sbb doktor tepuk montot baru diorg menangis. Then nurse tunjuk jantina baby kt saya dan tanya, "Suria, baby kamu boy or girl?" Saya dgn lemahnya menjawab, "Baby boy..syukur alhamdulillah..ayish ada kawan dear.." Airmata gembira saya menitis, di dalam hati tidak putus2 bersyukur pdNya..paling terharu bila my dear kucup dahi dan ucapkan terima kasih kpd saya kerana telah melahirkan zuriat kami sambil berkata, "Kita tau syg kuat! I ♥ u syg.."


Terima kasih yg tidak terhingga kpd staff nurse dan doktor yg telah banyak membantu saya sepanjang proses kelahiran our newborn baby pada 13 dan 14 Julai 2013 yg lalu. Terutamanya Dr. Nursyazwana dan 2 org staff nurse yg semasa di labor room telah menjalankan tanggungjawab mereka dgn penuh kerjasama dan prihatin. Terima kasih!!

Dari 10 bintang, saya bagi 9/10 bintang di atas servis dan layanan yg saya terima di Hospital Selayang sejak dari pendaftaran hinggalah di wad bersalin. Cuma agak kecewa dgn nurse yg jaga kaunter pendaftaran tu, kerek giler, tekan perut org mcm ape je, pastu nk jeling2.tang makanan rasanya semua hospital pun lebih kurang je kot, x brp nk ok sgt. Huhu..yg bagusnya, para suami dibenarkan menemani isteri bilamana isteri ditolak ke labor room hinggakan doktor dah habis beri jahitan pun doktor panggil suami teman isteri semula. Kalau hosp sg buloh dulu, bukaan dah 10cm baru diorg panggil suami, ramai je suami patients yg lain yg kebetulan xde kt tempat menunggu, so terlepas peluang nk teman isteri semasa proses melahirkan. Huhuhu. Sesetgh hospital juga masih tidak membenarkan suami menemani isteri ketika di labor room.

Hosp selayang mmg tip top!! Cuma kt sini xde wad kelas 1, so saya pilih kelas 2, 4 org sebilik. Kondisi wad pun sgt selesa, bilik berhawa dingin, langsir pembahagi antara patients pun nurse tutupkan utk tujuan privasi, bilik mandi setiap bilik ada 2 siap shower air panas sejuk, nurse pun sgt friendly dan bauk hati..pendek kata mmg terbaiklah! InsyaAllah jika diberikan rezeki lagi, saya nak repeat bersalin kat Hospital Selayang je...x perlu bersusah payah keluar duit beriban riban utk bersalin..hihihi

Footnote: Gambar baby??? Tunggu k..problem nak upload gambar pulak..kikikiki

12 comments:

  1. Saya pun di Selayang juga ... Alhamdulillah, ok jer sume ...

    ReplyDelete
  2. Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. teknik tu. bila meneran pegang buku lali. tingat time kita banak le pulak.ngeee

    ReplyDelete
  4. Ya Allah.. seronoknya dgr sis.. kalau turn sy nti pun nak sngt bkal suami temankan.. moga dia tahu mcm mna para isteri rasa..

    ReplyDelete
  5. Pengalaman kali ni terasa hebat ye kak. Lega kan, seronok tengok akak bahagia camni

    ReplyDelete
  6. paling sweet bile husband akk ade kt sebelah time tu kn,,=')

    ReplyDelete
  7. rasa lega bila dah selamat melahirkan anak kan...

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara