VVIP Yang Terhormat

5.7.12

PETUA : MUDAHNYA DI DAPUR 02

1. Cara mudah buang kulit ikan cencaru
Kulit ikan cencaru sukar untuk disiang. Untuk memudahkan tugas anda, selepas membawa ikan pulang dari pasar, masukkan segera ikan ke dalam peti sejuk (tempat beku). Apabila hendak dimasak, barulah dikeluarkan dan terus disiang. Cara ini juga mengelakkan ikan daripada cepat hancur apabila hendak membuang kulit ikan tersebut.

Credit : Google

2. Bersihkan kesan minyak pada pinggan
Untuk membersihkan kesan minyak  pada pinggan terutamanya dalam kuantiti yang banyak, letakkan hirisan batang daun pisang ke dalam besen. Rendam bersama pinggan-pinggan sebelum dicuci dengan sabun. Pasti pinggan yang berminyak akan bersih.

Credit : Google

3. Melembutkan daging ayam liat
Untuk mengatasi masakan daging ayam tua yang liat, gunakan petua ini. Rebus daging ayam dengan air kelapa hingga empuk. Setelah itu, tos daging ayam dan masaklah mengikut kesukaan.

4. Hilangkan rasa pahit daun betik
Daun betik elok dijadikan ulan kerana dipercayai boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, rasa pahit membuatkan ramai yang tidak sanggup memakannya. Bagi mengurangkan rasa pahit itu, anda perlulah rebus daun betik itu bersama-sama daun jambu. Masukkan asam gelugur dan garam kasar. Rebus sehingga masak dan kemudian ditoskan. Bolehlah dimakan sebagai ulam.

Credit : Google

Selamat mencuba!

18 comments:

  1. daun betik celur sedap makan cicah budu dengan durian..aish sedap kak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRETTYWRITE: hehehe..akak x mkn budu & cencaluk. makan dgn sambal belacan pun sodap jugak! hehehe

      Delete
  2. sgt2 berguna pada kita semua petua ni..

    ReplyDelete
  3. No 2 dengan no 3 je la boleh cuba......
    No 1, tak makan ikan, so ikan nak pegang pun susah la....
    No 4, tak reti makan.... Mak suka la...
    Hehehhhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. AYUEJEAN: hehehehehe..akak pun x reti makan daun betik. pena makan mase dlm pantang 2nd baby dulu. tp tekak x bole terima. ngengade sungguh kan?

      Delete
  4. erm... 'batang daun pisang' tu kiranya pelepah pisang tu la kan?...

    ReplyDelete
  5. waa bagus ni petua ni..bole diamalakn.. :)

    psst kak, ada entry khas utk akk..tgk blog mimi taw :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIMIE: mmg bagus!
      oh my! terharu sungguh sbb sudi buat n3 khas utk akak pulak tu. hehehe. nnt akak terjah ok. belum kesempatan lg ni :D

      Delete
  6. Replies
    1. QASEHRAIHAN: saya pun minat dgn cencaru bakar. sedap giler kan!

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara