VVIP Yang Terhormat

13.3.13

DRAMA : SURAT DARI LANGIT BIRU (EPISOD AKHIR)

Kredit : EDTv
 Tepat jam 10.00 malam, remote TV sape2 pun tabley pegang. Pas abis drama 'Kerana Lelaki Itu' kat TV9, saya terus tukar channel TV3. Sementara menunggu drama 'Surat Dari Langit Biru', saya layan dulu drama Korea 'I Miss You'. Ishhh..mak yong ni rajin sungguh layan drama-drama skang ni kan. Bambam pulak dah tido awal, lagi fokus saya melayan. Hehehe

Sambil menunggu tu, saya merajinkan diri lagi sidai kain baju dan basuh kain baju yg dok dalam mesin basuh tu. Senang! Esok2 my dear hubby x perlu bersusah payah nak buat semua tu.

Sinopsis Episod Akhir: Surat Dari Langit Biru

Salmi risau dgn keadaan Zarul kerana adiknya itu menghidap ketumbuhan di otak. Heykal telahpun ditahan kerana terlibat dgn pengedaran dadah. Zarul berjumpa dgn Anis utk memberikan surat buat kakaknya, Salmi. Tapi dia bgtau Anis yg dia tetap akan pulang ke kampung hari Jumaat tu.

Salmi dok berkira-kira yg hayat Zarul bakal tiba di penghujungnya mengikut pengiraan akibat sakit yg dialami oleh adiknya itu yg telah di tahap ke-3. Dia mengatakan dia risau dgn keadaan Zarul kpd mak dan ayahnya, dia tak sedap hati.

Kalau tak silap, Zarul pengsan semasa dah bersiap-siap nak balik ke kampung. Mak, abah dan Salmi tak sabar menanti kepulangan Zarul. Namun, harapan tinggal harapan. Kepulangan Zarul yang ditunggu selama ini disambut dgn ketibaan van jenazah. Ya Allah, betapa luluhnya hati mereka bertiga. Majlis kesyukuran bagi menyambut kepulangan Zarul yg dirancang pada awalnya, bertukar menjadi majlis tahlil.

Dan tanpa disedari, Salmi telahpun mengandung 2 bulan hasil pemeriksaan seorang bidan kampung. Bayi dalam kandungan itu digantikan Allah dgn pemergian Zarul. Betapa besarnya kuasaMu Ya Allah...

Abah dan Salmi adalah orang yang paling rasa bersalah sekali dgn pemergian Zarul kerana mereka langsung tidak percaya yang Zarul adalah seorang yg baik, bukan seperti yg difitnah oleh Heykal. Bapa Heykal pun turut rasa bersalah kerana bersekongkol dgn Heykal utk memfitnah Zarul.

Ending: Anis menyerahkan surat dari Zarul buat Salmi. Barulah Salmi tahu yg adiknya itu menyayanginya lebih dari seorang kakak. Namun, terpaksa menerima hakikat bahawa Salmi menjadi milik Heykal. Zarul merupakan anak angkat kpd keluarga itu (yg ni mmg saya dah agak dari awal cerita ni). Namun, kerana bapa kandung Zarul yg merupakan seorang penagih dadah, maka abah melarang Salmi terlalu rapat dgn Zarul. Sbb itulah kebencian abah terhadap Zarul bercambah-cambah. Zarul menyatakan dia dah ampunkan kakak, abah dan mak di atas segala kesilapan yang lalu. Dia juga mohon ampun maaf di atas segala salah silapnya yg lalu. Sampaikan salam sayang buat mak dan abah. Salam sayang dari adikmu Zarul, surat dari langit biru. 

Footnote : Sinopsis ni saya ambil berdasarkan episod akhir semalam. Tak sure kalau ada terlepas part2 yg penting. Ending mmg yang paling sedih sekali hingga menitiskan airmata mak yong ni. Siyes saya nangis tau. My dear hubby siap cakap, xyah la sayang nak cembeng sgt, kang baby tu pun jadi cembeng jugak. Hahaha. Mmg gedik sungguh laki ku ni tau. Org pompuan mmg gini kot kalau tgk apa2 drama yg sedih pun kan. Tabik spring buat Rashid Sibir kerana telah menghasilkan drama yg bermutu dan menyentuh hati ni.

24 comments:

  1. ooh ni la penghujung ceritanya... tak sempat tgk semalam..tq share ending cerita ni..

    ReplyDelete
  2. sedihh kan ending die akak...tp best, n terselit pngajaran disebalik cerita neh :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..mmg sedih pun.
      menangis tu yg akak x bole tahan dah.
      mmg bnyk pengajaran.
      rashid sibir mmg org yg suka buat drama mcm ni :)

      Delete
  3. oh akak terlupa ler pulak nak tenogk semalam .. baca kat sini jerel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. xpe kak, internet di hujung jari je. boleh tgk online nnt

      Delete
  4. tengok juga malam tadi... walaupun tak ikut sepenuhnya...

    ReplyDelete
  5. Sedih tgk ending dia. Patutlah bapak dia benci sgt. Anak angkat rupanya.

    ReplyDelete
  6. Nanti AJ nak tengok online.....
    Semua duk cerita pasal ni je ni......

    ReplyDelete
  7. kite same la kak...ayut pon mcm tu..tp ayut lbh kepada I miss you...tp mlm td mmg tgk la episode last surat dari langit biru ni... :))

    ReplyDelete
  8. Sue, saya pun layan cerita ni. Ending, saya tak suka sebab si Zamri tu kawen ngan Anis..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke..hehehe..tu la psl kan, ingat Zamri tu nak kawen ngan Salmi. dah x best kt situ pulak

      Delete
  9. tak tengok pun last episode dia.. sebab tak ikut cerita ni dari awal.. tapi ramai yg kata best dan sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best sgt2. kalau tgk dari awal, mmg xnak missed episod2 akan dtg tu. try tgk kt tonton dari episod 1 :)

      Delete
  10. tgk..sedih tapi muka johan kelakar la .....husband intan tergelak tgk memek dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tu la, johan tu pandai berlakon. Sepenuh perasaan :)

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara