Kerana Lelaki Itu, sebuah drama baru bagi slot Ratu akan menggantikan
drama Dalam Setiap Sujud yang berakhir pada 25 Februari yg lalu. ‘Kerana Lelaki Itu’ yang bakal
menemui penonton pada 26 Februari ini. Drama 14 episod terbitan Radius
One Sdn Bhd ini akan menampilkan barisan pelakon seperti Zarina
Zainoordin, Fikhree Bakar, Riz Amin, Siti Elizad, Ana Dahlia, Tunku Anis
dan Noryanti Taib. Drama ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin dan Selasa di TV9.
SINOPSIS
Drama Kerana Lelaki Itu penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam dan Syukri bersama Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat.
Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana.
Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal.Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalah menjadi kecurigaan kepada para media.Apakah kesudahan kepada kedua rumahtangga ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara?
Selamat menonton!
Footnote : ENTRY AUTO-PUBLISH...Saya peminat tegar drama-drama di TV3 dan TV9. Hehehe. Episod 1 aritu dah tgk, sedih dan layan jugaklah ceritanya. Kaum lelaki terutamanya yg tlh bergelar suami harus tonton drama ni utk pengajaran bersama :)
mcm best je nie
ReplyDeletemmg best pun!
Deletesaya tak tengok cerita ni
ReplyDeleteyeke..xpelah, nnt bole try tgk. mmg best!
Deletesesekali juga tengok drama mengikut kesempatan sebab lazimnya rancangan tv dimonopoli oleh si kecil ... kerana lelaki itu... baru sekali tonton
ReplyDeletehehehe..biasalah tu kalau ada anak kecil. mcm saya ni mujur xde astro. sbb tu la anak2 x kisah sgt. dorg pun sama2 layan jugak. hihi
Deleteooo cambestnyer... lama dah benti tengok drama pas cite adam dan hawa..
ReplyDeletebest kak! nnt tgk tau :)
Deletesinopsis dia macam best.. :)
ReplyDeletetu baru sinopsis. belum tgk ceritanya lagi. best!
Deleteassalam, singgah dari blog AJ...lelaki/suami mesti tonton ye ...insyaAllah pcl ke canel tv9 mlm isnin nt.
ReplyDeletewkumslm. thanks sbb sudi singgah dan follow. jgn lupa tonton ya!
Deletemacam best je drama neh...thank Q sis sebab review, boleh laa layan pasneh...hee
ReplyDeletemmg best pun sis. nnt tgk tau. confirm tangkap leleh!
Deletejln cerita die mcm menarik !
ReplyDeleteyup. jln cerita dah menarik, apatah lagi ceritanya :D
Deleteooh menarik, akak pun suka kalau dah ikut memang tak leh ketinggalan...
ReplyDeleteTgk citer ni. Best juga.
ReplyDelete