VVIP Yang Terhormat

22.10.12

MYRESEPI : RENDANG AYAM GORGEOUS

Assalammu'alaikum. Hai korang! Salam Isnin. Jgn ada yg monday blues gang pulak la ye. Haihhhh..arini nak kongsi resepi lagi. Xde la gorgeous sgt pun kan. Saje gedik nak gak letak perkataan tu kt belakang bagi menambahkan keenakan rendang itu. Kihkihkih

Actually, resepi ini telah diolah semula oleh saya memandangkan saya mmg penggemar masakan pedas. Hot and spicy gitu! Memandangkan kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha beberapa hari je lagi, apakata kita cuba resepi saya ni. Bagi yang kurang gemar pedas, boleh kurangkan sukatan bahan-bahan  yg pedas itu. Jom kita ke dapur!

RESEPI  : RENDANG AYAM GORGEOUS

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
10 ulas bawang merah (diblend halus)
4 ulas bawang putih (diblend halus)
10 biji cili api (diblend halus)
5 tangkai cili kering (diblend halus)
1 inci halia (diblend halus)
1 inci lengkuas (diblend halus)
½ inci kunyit hidup (diblend halus)
2 batang serai (diblend halus)
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
10 helai daun limau purut (dihiris halus)
Santan pekat
4 sudu besar kerisik
Garam dan serbuk perasa (ikut suka)


Cara memasak:
1. Masukkan ayam dan bahan-bahan yang telah diblend halus ke dalam mangkuk dan perapkan selama ½ hingga 1 jam.
2. Panaskan sedikit minyak. Kemudian, masukkan ayam ke dalam kuali bersama-sama dengan santan dan masak hingga mendidih.
3. Setelah santan mulai pekat, masukkan daun limau, daun kunyit, kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa.
4. Masak hingga ayam empuk dan hingga santan telah benar-benar kering.

Sedia dihidang bersama-sama ketupat/nasi himpit/pulut kuning.

Selamat mencuba!

Boleh juga mencuba resepi-resepi yang ini:

22 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhh...ni mood raye haji ni heheeheh...dah kuar dah pic rendang nie....terus terbau2 harummm rendang ngan juadah2 raye yg lain nie...sedapnye la haiiiiii.....

    lieya kan penah buat sekali jek rendang...tapi tu laa tak jadi sgt...terus down nak cube.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. LIEYA: Amik mood nk beraya. Hihihi. Sue pun 2nd time buat rendang tau. Selalu tgk mak masak je. Tp disbbkn rendang ni one of my hubby's fav so kena la belajar masak. X cuba xtau kan. Hihihi

      Delete
  2. wah..kak syu pun tak ketinggalan jugak post menu ye.huhu
    rendang ni asal negeri mane ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NOR ZILLA: hihihi. Suka memasak. Nak bg suami n ank2 makan air tgn sendiri. Pengikat kasih syg. Hihihhi

      Delete
  3. aduh lapar plak tgk rendang ayam nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MYFARA: hihi. Mai pun pandai masak. Lbh terror dari sue kan. Nnt bole la cuba :)

      Delete
  4. Sedapnye...saya xpandai masak rendang tp hubby terer ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MamaZN: ni 1st time sy msk rendang tau. Alhamdulillah my hubby sgt suka! Hihi

      Delete
  5. ha, ni leh buat masak raya aji nanti ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. jujurnya ila tak penah masak rendang. tkut tak jadi ;(

    ReplyDelete
  7. wah! dengar tajuk dah tertarik... sedap ni kalau makan pagi raya ni... ^_^ nyum... nyum...

    ReplyDelete
  8. teringinnya nak rasa... macam sedap je tu..

    ReplyDelete
  9. Fuhh mesti best resepi Sue ni..nnt bleh la M try...

    ReplyDelete
  10. wah sedap ni.. memang rendang2 ni KA nyer feveret

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara