VVIP Yang Terhormat

14.7.14

14 JULAI 2013 YANG TERINDAH...

Assalammu'alaikum WBT.

Teringat lagi detik 13 Julai 2013 yang lalu. Masa ni saya ikut my dear hubby buat persembahan di KL Festival City sempena promosi Raya di pusat membeli belah, dalam bulan Ramadhan. Kenangan yang tak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila..bak kata my dear, anak seni KL Festival City!

Teringat kembali kata-kata semangat dari my dear, "Syg sabar ye (sambil genggam erat jari saya sebelum  naik stage). Kita perform 30 min je ni, syg tahan sikit ye. Kita tau syg tgh sakit, tapi kita tau syg kuat. Sabar ye syg. Settle je perform, kita terus buka angklung k..then kita terus ke hosp ye..(sambil usap pipi saya dan ke stage untuk perform)"

The best thing is when my dear tengah perform on stage at 8pm till 8.30pm, masa tu elok pulak baby inside diam je xde kontraksi. Seriously bijak anak mommy ni. Dia nak tengok babah perform dulu. Hehehe. Settled je my dear abis perform, start kontraksi semula. Oh my! Masa tu memang dah tak tahan sgt. My dear dah bukak angklung, then kami bergegas ke Hospital Selayang. Dah sampai terus register, masuk ke bilik untuk check bukaan, dah 5cm!

My dear pun teman sama kat labor room tu. Selang beberapa minit pastu, kontraksi dah semakin kerap. Dengan lafaz Bismillah, dengan 3 kali teran saja, maka, tepat jam 1.13 pagi pada 14 Julai 2013, lahirlah insan yang kami nantikan selama 9 bulan 7 hari ke dunia ini. Syukur alhamdulillah...Bayi yang comel ini, diberi nama ZAYYAN NOURKHALISH yang membawa maksud seindah-indah hiasan, cahaya, yang suci murni.


Anakku Zayyan Nourkhalish..
Kini usiamu genap setahun
Mana mungkin mommy boleh melupakan
Saat-saat mengandung dan melahirkanmu nak.

Tak puas rasanya melihat kau membesar di depan mata kami
Terasa seperti baru semalam melahirkanmu ke dunia ini
Begitu pantasnya masa berlalu.

Patutlah kamu demam dan merengek manja
Rupanya gigimu telah tumbuh 2 batang di atas!
Meniarap, merangkak, duduk, berdiri, memanjat
Itu semua telah kau lalui anakku..
Namun, kau masih belum berani bertatih lagi

Tak mengapa nak..
Itu semua proses untuk kau belajar
Tak semua perkembangan anak itu sama
Lambat atau cepat itu semua ketentuan dariNya
Apa yang penting..
Tubuh badanmu sihat, otakmu cerdas

Selamat ulangtahun kelahiran yang pertama buatmu anakku
Semoga kamu sentiasa diberikan kesihatan yang baik
Semoga kamu dimurahkan rezeki
Semoga kamu sentiasa dirahmati dan berada dalam lindungan rahmatNya
Amin amin Ya Rabbal Alamin

Sayang selalu,
Babah
Mommy
Kakak
Abang bambam

Kronologi kelahiran: 

14 comments:

  1. kejap je dah setahun kan Sue...comelnya..
    semoga membesar sihat dan dilindungi sentiasa..
    happy birthday Zayyan

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Lahir buat Zayyan Nourkhalish..semoga membesar menjadi ank yg soleh

    ReplyDelete
  3. saat-saat yang terindah kan kak.. moga membesar menjadi anak yang baik dan cemerlang :)
    Selamat ulangtahun kelahiran buat Zayyan :)

    ReplyDelete
  4. happy birthday zayyan..
    sama bday darwish la dia hehe

    ReplyDelete
  5. fuhhhhhh tragik jugak tu pengalaman bersalin kan zayyan ye sue.... same laa mcm lieya pi spital nak beranak dayyan, cek2 dah bukak 5cm jugak heheeheheh...seb baik pandai bajet....

    selamat hari lahir zayyan sayang....moga jadi anak bijak, sihat dan soleh...dengar kata mama n papa key....

    ReplyDelete
  6. Happy born day zayyan. Smoga membesar sebagai anak yg soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan.

    ReplyDelete
  7. Selamat ulang tahun yang pertama, Zayyan. Sedapnya nama, suka aunty menyebutnya. Betul tu Sue, kelahiran anak ni memang memori indah untuk dikenang. Walaupun masa pantas berlalu, saat-saat kelahiran tu tak pernah pun kita lupakan. Tak kiralah berapa orang pun anak yang ada :)

    ReplyDelete
  8. semoga membesar dan jadi anak yang solehah :)

    ReplyDelete
  9. ala... pandainyer tgu mummy n ayah dia perform... kejap jer kan dah nak msk setahun...

    ReplyDelete
  10. Pengalaman mengandung n melahirkn mmg saat2 yg best n indah kan...mmg xkn leh lupa smpai bila2...tmbah2 kalau ada 1st mmg lgla teringat sokmo...happy birthday zayyan...moga jd anak soleh yek...

    ReplyDelete
  11. sekejap je setahun sudah :D
    alhamdulillah
    semoga mmbsar sbgai anak soleh.aamiin

    ReplyDelete
  12. td dh komen.. xtau lps ke x..

    Alhamdulillah.. dh setahun .. moga trs mbesar bagaikan juara. Pnuh nostalgia saat nak lahirkannya. Dia support papa dia .. tu y dia elok2 j dlm prut..

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara