Assalammu'alaikum WBT.
31 tahun yang lalu, tepat jam 7.03 pagi pada 19 Julai 1983, lahirlah seorang bayi kepada Abu Bakar oleh bonda Siti Zaleha binti Darus di Hospital Besar Seremban, Negeri Sembilan seberat 2.9kg.
Syukur Alhamdulillah. Sehingga kini masih diberi peluang dan kesempatan olehNya Yang Maha Esa untuk bernafas di muka bumiNya, menghirup udara, melihat segala keindahan alam ciptaanNya bagi mengabdikan diri kepadaNya serta menabur bakti, cinta, kasih dan sayang kepada insan-insan yang senantiasa memberi dorongan, kekuatan, semangat dan sentiasa berdiri di belakang saya tatkala jatuh bangunnya di dalam mengharungi kehidupan ini. Syukur Alhamdulillah, diberi peluang untuk bergelar isteri kepada my dear hubby serta ibu kepada anak-anak kecil kami.
Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi insan yg bergelar isteri dan ibu melainkan melihat kasih sayang dan kebahagiaan kami sekeluarga walaupun tiada sambutan ulangtahun kelahiran. Ucapan dan doa pun sudah memadai. . :)




Terima kasih Ya Allah di atas kesempatan serta nikmat kebahagiaan, kasih sayang, cinta yang telah Engkau berikan kepadaku. Panjangkanlah usiaku Ya Allah agar dapatku menabur jasa dan bakti kepada ibu bapa, suami dan anak-anak tercinta, murahkanlah rezekiku Ya Allah..Amin amin Ya Rabbal Alamin..
#PrayForMH17
#PrayForMH370
#PrayForSabah
#PrayForGaza
#PrayForPalestina
Footnote : Terima kasih kepada family, saudara mara serta kawan-kawan yang wish birthday saya kat Facebook. Thanks so much ya!
Footnote : Terima kasih kepada family, saudara mara serta kawan-kawan yang wish birthday saya kat Facebook. Thanks so much ya!
Hepi Bufday Sue..moga panjang umur dan murah rezeki selalu..
ReplyDeleteMudah-mudahan. Amin. Thanks Zee :)
Deletealhamdullilah
ReplyDeleteSannah Helwa Sue..
ReplyDeleteSemoga dikurniakan kesihatan yang baik..
Dilindungi dan dirahmati Ilahi
Dilimpahi rezeki dan kebahagiaan dunia akhirat
hepi bday sue!
ReplyDeletebday sue sama ngan bday abah saya
bday hubby sue sama ngan bday saya
hehe
selamat hari lahir sue.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak suria, selamat hari lahir. semoga dikurniakan kesihatan yang baik, sukses dalam hidup dan berbahagia bersama keluarga tercinta ~~~
ReplyDeleteSemoga akak dimurahkan rezeki dan diberkati Allah...Dan bahagia dgn sweet fmly akak
ReplyDeleteSelamat hari lahir sue. Smoga panjang umur. Dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan smoga bahagia selamanya.
ReplyDeletealhamdulillah,
ReplyDeletehappy birthday sue.....
Akak.. Selamat ulangtahun kelahiran Ros ucapkan.. Semoga akak dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik :)
ReplyDeletealhamdulillah dear.. selamat hari lahir. lya doakan moga sue trs dikurniakan ksihatan y baik bpnjangkan n sntiasa gembira.di samping insan2 tsyg..
ReplyDeleteHappy Belated Birthday, Sue! Maaflah lambat sangat wish. Semoga dimurahkan rezeki, sentiasa dalam lindungan Allah dan bahagia bersama keluarga tercinta.
ReplyDelete