Assalammu'alaikum WBT.
Semalam tak sempat nak wat entry sbb busy sgt dari pagi. Kelmarin tak dpt nak bersiaran disebabkan saya EL, ziarah jiran (saudara jauh) sederet rumah sewa kami yang telah kembali ke rahmatullah akibat komplikasi di bahagian hati. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah....
Utk persiapan menyambut kelahiran baby baru, segala barang dan keperluan bayi & ibu telahpun lengkap 100%. Alhamdulillah. Beli sikit-sikit, takdelah terasa sangat. Cuma tinggal breastpump dan EBM storage bag je yang masih belum diterima lagi. Saya beli breastpump elektrik jenama Snow Bear, berharga RM189 sahaja (harga promosi). Boleh digunakan secara elektrik, bateri atau manual. Ikut mana yang kita suka.
Saya memilih untuk berpantang secara tradisional dan moden. Nanti dlm next entry akan saya ceritakan kenapa.
Untuk set berpantang, saya dah beli Jamu Selapan Air Mancur (jenis pil), RM55 sahaja. Since bersalin anak sulung, mmg saya ambil jamu ni. Baunya pun sedap je. Mmg berbaloi dgn harganya. Ini pun saya dapat kat kedai jamu di Mydin Mall, Melaka. Mmg harga yang paling murah saya dapat. Terus grab tanpa segan silu. Hehehe. Mcm masa preggy kan bambam, petang sebelum saya sakit contraction, mujur sempat dptkan jamu Air Mancur ni. Tu pun kira rezeki, stok terakhir. Mmg dpt sambutan jamu ni. Cuma pengambilan jamu ni mestilah dimulakan pada hari ke-5 atau ke-7, dikhuatiri baby akan terkena demam kuning akibat dari pengambilan jamu di awal berpantang.
Untuk set berpantang, saya dah beli Jamu Selapan Air Mancur (jenis pil), RM55 sahaja. Since bersalin anak sulung, mmg saya ambil jamu ni. Baunya pun sedap je. Mmg berbaloi dgn harganya. Ini pun saya dapat kat kedai jamu di Mydin Mall, Melaka. Mmg harga yang paling murah saya dapat. Terus grab tanpa segan silu. Hehehe. Mcm masa preggy kan bambam, petang sebelum saya sakit contraction, mujur sempat dptkan jamu Air Mancur ni. Tu pun kira rezeki, stok terakhir. Mmg dpt sambutan jamu ni. Cuma pengambilan jamu ni mestilah dimulakan pada hari ke-5 atau ke-7, dikhuatiri baby akan terkena demam kuning akibat dari pengambilan jamu di awal berpantang.

Utk supplemen pula, saya ambil set bersalin Shaklee yg mengandungi B Complex, Vita C, Vita Lea, Zinc Complex dan tambahan ESP & Alfalfa (set breastfeeding). Ye la kan, dah alang-alang jadi ahli dan agent, lebih baik saya terus amalkan aje. Saya ambil supplemen Shaklee since bersalinkan bambam. Mmg meriahlah susu masa tu. Syukur alhamdulillah. Kalau nak fully bf, mmg kena rajin pumping dan amalkan pemakanan yg sihat. Kalau uolls nak dptkan consultation about Shaklee produk, jgn segan silu whatsapp saya 014-2379783 for more details. ^__^

Pastu, untuk mandian herba pula, saya beli sekali dgn jamu selapan air mancur. So, dptlah kurang sikit harganya. Harga asal RM14.80. Tak perasan pula jenama apa, yang pasti ianya berbungkus dalam pek besar, boleh bertahan hingga hari ke-60 berpantang. Menurut tuan punya kedai tu, mandian herba yang telah direbus boleh digunakan berulang kali sehingga warna airnya jernih. Jimat kan?
![]() |
Credit : Google |
Antara daun herba yang digunakan adalah daun capa/sembung, meringan, serai wangi, cemumar, pandan, senduduk, inai, kunyit, halia bara, pisang kelat, kemuning, lengkuas, mengkudu dll. Utk mandian herba ni, ini adalah pertama kali saya nak cuba. Rasa teruja pula :)
Footnote : Dah berbincang dengan incik asben tentang bersalin kt hospital mana, dia pun cakap benda yg sama. Kitorg decide Hospital Selayang atas nasihat dan recommendation kawan-kawan. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah, dengan izinNya...amin.. <5 more weeks to go!>
moga dipermudahkan semua yer sue, KA pun guna jamu tu dari dulu2 lagi hehehe
ReplyDeletemudah2an KA. jamu tu mak sue pun guna since bersalinkan kaklong. tu yg sue suka bau dia. thanks ya!
DeleteByk dh persiapan disiapkan. Tak lama lagi jek tu
ReplyDeleteTake care ye su! :)
hihihi..x lama je lg nk bersalin nad, persiapan awal lbh memudahkan. thanks dear :)
Deleteramai je cakap sepital selayang tu byk masalah, entahla... time kita semuanya ok belaka. nurse dan doktor semua baek2.. alhamdulillah
ReplyDeleteoyeke...? ramai kwn2 termasuk jiran depan rumah suggest hosp selayang. kdg2 tgk nasib jugak kak. mcm kt sg buloh tu dah teruk sgt sampaikan dah bersalin tp xdpt katil. dah bukak 7-8cm masih dok kt kerusi menunggu. huhuhu
DeleteAssalamualaikum kak suria. wahh sheila taktau menda apa pun kak suria bagi tahu kat atas ni. hihi. dulu masa mak sheila bersalin adik yang kecil. ada gak tengok segala jamu. tapi setakat tengok je. sheila baru darjah 5 time tu. tak ingat dah jamu2 ni. hihihiiii. nanti kalau sheila dah bersalin ke, sheila confirm akan cari kak suria tau.. hehehe cedok semua ilmu2 nak berpantang nanti :)
ReplyDeleteWa'alaikumsalam Sheila. hehehe. ye la kan, sheila muda lg. mcm akak dulu pun camtu gak. lgsg taktau kdg2 tu. inipun akak belajar dari bidan kampung yg mengurut n jaga akak selama seminggu berpantang. boleh je dik, xde masalah. akak ajar mana yg termampu :)
Deletesemoga semua selamat yer sue..
ReplyDeletezee berpantang cara tradisional jer tapi takde makan ubat pn..hihi..takleh nak telan ler..skrg dah rasa sakit2 urat..
thanks zee. haaa..x mkn ubat pun? kalau mak sue, mmg dah kena leter la. mak siap sound lagi, kita nak pakai body ni selagi ada hayat ni. time muda ni mmg la tak sakit, esok2 dah berumur mulalah sakit sana, sakit sini. hehehehe
DeleteMesti tak sabar nak sambut baby baru nnt kan.. Akk doakan semoga dipermudahkan semuanya.. Amin
ReplyDeletehehehe..sabar dalam debaran. terima kasih ye kak
DeleteConfinement set shaklee tu memang best sue. Akk mkn masa pantang anak ke tiga.
ReplyDeleteGood luck. Smoga dipermudahkan olehNYA.
tu la psl kak. saya masa berpantang n bf bambam, saya dah start amalkan shaklee. thanks ye!
Deleteaku kalau jamu jenis pil boleh la telan...huhu...
ReplyDeletesemoga semuanya dipermudahkan...amin...
hehehe..samalah kita kak, kalau jamu jenis serbuk mmg taklah jawabnye. terima kasih kak, mudah2an dipermudahkan
Deletemcm lieya pun akan prepare sikit2...so tak terase...tau2 jek dahlengkap bile dah nak dekat due kan sue.....yg penting pantang kene betul2 jaga...badan nak pakai lame tuuu....lieya dulu pakai nona roguy...fuhh mmg terbaik lah...due minggu nifas dah kering tgl calit2 jek...hepi sgt sbb kalo tak rimas jek bawah tu lencun kan...heheheheeh
ReplyDeleteape2 pun moga semua dipermudahkan...camne laa bambam jadi abg ngah nanti kan sue ekekekekeek...nanti sue rakam n snap tau first time die jumpe adik die nanti...mesti kiut....
tau xpe lieya. kalau nak beli sekaliharung, mmg sakit la jawabnye. hahaha. since mak sue bersalinkan adik beradik, mmg guna air mancur ni, tu yg sue guna since bersalinkan kakak.
Deletehehehe. hari2 dia peluk cium mummy n baby inside. mesti..mesti rakamkan detik2 terindah adik beradik ni. hehehe. thanks ye lieya. nnt sue war2kan kt instagram :)
2 kali beranak 2 kali keguguran. masih setia dengan cara tradisional.
ReplyDeletemana taknya, Mak kite tukang urut. muahaha... nak mati kalau tak mandi herba, bertunku, barut bagai...
ye ke kak? saya tatau pun. so sorry to hear that.
Deletexpe kak, insyaAllah ada rezeki akan2 dtg.
mmg betul tu, tradisional dan moden sama pentingnya.
semoga dipermudahkan semuanya kak..xsbr nk tgk baby..nnti uncle g melwat baby ea...hehe
ReplyDeletethanks herry! yeay yeay!! uncle nak dtg melawat baby. jgn lupa bawa hadiah besar2 tau. hehehe. nnt akak update kt fb kalau dah bersalin :D
Deleteoho, 5 weeks to go, same cam kate midleton lah, bc kat blog KA tadi..
ReplyDeletemoga semuanya selamat yerk sue..
yes masz. anak kami sebaya nnt. hehehe. thanks ye! jumpa di promosi kerja kahwin kalau ada rezeki :)
Deleteakak yang nervous tau baca entryni... bagusler dah prepare nanti senangkan...
ReplyDeletehehehe..doakan saya ye kak :)
Deletewah.. semua mcm dh prepare dgn lancar..
ReplyDeletealhamdulillah..beli sikit2, xde lah terasa sgt. tau2 je dah complete :)
Deletebole ke campur mkn jamu dgn shaklee yea? just nk tahu
ReplyDeleteboleh je dear. kena makan timing yg betul. nnt saya akan story mory kat next next entry k :)
Deletetp shakelee ni mmg bagus kan sis.
ReplyDeleteyup..mmg terbaik!
DeleteSy pun guna jamu nyonya meneer tu dulu
ReplyDeletetu la, ramai gak yg guna jamu ni
DeleteRindu saat saat dalam pantang
ReplyDeleteye la kan kak. setiap kali dah melepasi proses berpantang, mesti akan rindu moment tu. saya dulu pun camtu gak
Deletein shaa ALLAH semoga dipermudahkan ye kak
ReplyDeletethanks dik. amin..
Deleteakak pun taktau nak gunakan jamu apa masa berpantang nanti,sebelum ni tak pernah guna jamu pun.
ReplyDeleteyg produk shaklee tu memang akak nak cuba kali ni.
moga dipernudahkan segala urusan sue ye
pilih mana yg terbaik kak. ada org beli jamu mahal2, tapi x guna sampai habis pun. jamu dan supplement ni kena konsisten penggunaannya sepanjang tempoh berpantang. kalau nak beli shaklee, boleh bgtau saya. :)
DeleteNak tanya....boleh campur ke mkn jamu air mancur n shaklee tu?plan nk wat gitu gak pantang nanti tp takut ade problem lain pulak.contoh baby jaundis ke...
ReplyDeleteMadam hanaz, utk permulaan jika baru bersalin, ambil shaklee je dulu sbb dikhuatiri baby akan demam kuning. setelah tiada kuning, boleh ambil kedua2 ini. tapi pengambilannya perlu diselangselikan beberapa jam :)
Delete