Assalammu'alaikum WBT.
Cuti sempena Hari Wesak: membeli belah di AEON Bandar Baru Klang (xde bershopping apa sangat, cari barang dan keperluan baby yang masih belum ada lagi). 100% done!
Hari Sabtu pulak, seawal jam 6.30 pagi dah bangun siap-siap sebab ada persembahan angklung solo di Seremban. Saya dan anak-anak follow my dear ke Seremban, tapi kami stay kat hotel je. Sebab tau cuaca panas terik. Nanti kesian kat anak-anak nak menunggu my dear lama-lama. Kalau saya sorang ok lagi, boleh tunggu. Kitorg check in kat Carlton Star Hotel, RM100 sahaja utk satu malam (Superior room plus extra bed). Ikutkan harga sebenar RM80 tapi kami tambah extra bed utk kakak, caj RM20 sahaja. Bambam cam biasa, menyelit tido dgn mummy dan babah. Hehehe
Malam tu pulak, kitorg jalan-jalan sekitar bandar Seremban. Saja jalan-jalan menikmati keindahan malam. Singgah di The Store, Bazaar Seremban dan Terminal One je pun sebabnya cuaca malam tu hujan. Sian kat anak-anak, risau kalau diorg demam pulak.
Hari Ahad check-out. Bangun tido seawal jam 7.00 pagi. Kemas apa yang patut dan terus gerak ke Port Dickson. Si kakak dan bambam seronok yang teramat bila kitorg cakap nak bawa diorang mandi laut. Dah lama tak jejakkan kaki ke sana. Sampai je kt PD, kitorg singgah kat Teluk Kemang utk beli pelampung dan breakfast. Xdelah lapar sgt sebenarnya. Kami tapau je, boleh makan kat tempat berkelah nnt.
Pada mulanya, kami decide nak mandi manda kat Teluk Kemang je, tapi saya tak berapa suka sgt area tu. Too crowded! So, kami teruskan perjalanan menuju ke Tanjung Biru (Blue Lagoon). Mmg situ je la port yang menarik bagi kami. Pokok pun banyak utk bersantai dan berteduh. Yang paling penting not too crowded dan pantainya lebih bersih kot (bagi kami lah...)
Haruslah mak yong pun bermandi manda jugak. Bolehlah berenang sikit-sikit. Itupun pandai berenang masa preggy kan si kakak 7 tahun lepas. Kali ni dtg ke PD dgn perut boyot lagi. Hehehe. Si kakak awal-awal lagi dah terjun, suka betul dia mandi manda ni. Padahal masa dia tecik-tecik dulu, penakut kemain. Siap meraung lagi bila mummy bawak dia ke laut. Bila cerita kat my dear, tergelak-gelak je. Tapi skang kakak dah berani. Dah bolehlah berenang sikit-sikit. Maybe sebab masa preggy kan dia, saya suka dan pandai berenang kot. Tu yg turun kat dia agaknya. ^__^
Tgklah kakak dok berlari dari laut tu. kemain seronok! |
Bambam pulak bila tgk kakak dia berlari-lari ke laut, dia dok jerit panggil kakak dia. Yg paling best, dia x panggil kakak tau, dia panggil kakak dia dgn panggilan nama "Athirah, makan!" (sbbnya kami selalu dok panggil nama kakak kalau suruh dia belajar. hehehe). Nampaknya bambam dah tasaba nak mandi manda jugak. Mana boleh tahan kan. Hehehe. bambam sikit pun tak takut mandi laut! Ingat lagi last year pegi mandi manda kt Pengkalan Balak, Melaka.
Masa tu dia diam je, takut agaknya. Tapi kali ni, dia la yg paling
happy sekali. Kami pun tak kisah sgt memandangkan air benar-benar
dah surut. Biarlah mereka berseronok.
Kali ni xde gambar makyong sebab xde sape nak amikkan gambar, babah busy layan anak-anak. Haruslah kami mandi berempat, tapi masa saya snap gambar ni, saya tgh makan makan makan lagi. Hehehe. Mak yong tak larat nak jaga bambam yg asyik minta keluar dari pelampungnya tu. Eksen tanak mandi pakai pelampung! Layankan je la.
Anak-anak gembira, kami pun turut gembira!
Footnote : Ramai pengunjung kt Blue Lagoon aritumesti pelik tgk mak yong dah sarat mengandung 8 bulan ni tapi still boleh berenang lagi. Kan berenang tu elok utk ibu mengandung? Saya mmg tak reti dok diam. Saya mmg suka berenang! Hehehe
syoknya
ReplyDeletehihi..mmg syok!
Deleteas-salam akak syg.....
ReplyDeletewahhh4 bercuti sakan ye kakak n bambam chomey ni..hihi :D bambam xmndi laut skali ke?lama xpergi Port Dickson mesty dah lain kan... btw nice sis..happy2 sokmo ^______^
Wa'alaikumsalam adik comei. hehehe. ye la dik, dah lama x mandi manda kt pantai, alang2 dah sampai seremban, tu yg terus ke PD. issshhh...haruslah bambam mandi sekali, dia la yg plg excited sekali sampai tamo mandi pakai pelampung :D
Deletemak yong geti gak berenang mak long nie tak geti pun berenang..
ReplyDeletehihihi..ada minat, tu yg Allah kabulkan doa bole berenang time preggy dulu. tp xdelah expert sgt. xpe mai, klau betul nak belajar, senang je sebenarnya
Deletesyokkknya dpt g cuti2 malaysia...hehe...
ReplyDeletehihi..sementara masih larat nak berjalan
Deleteselau kalau pergi memang teluk kemang je lah yang dituju, ada tempat lain lagi pulak yer. tengok gambar sue ambik, macam lagi menarik blue lagoon ni dari teluk kemang, ada signboard tak sue untuk ke sini?
ReplyDeletesue, dekat putrajaya hujung minggu lepas ada team main angklung depan masjid dok buat persembahan malam-malam, group sue punya ke? ada karnival belia sebenarnya, pergi round-round pun waktu malam jer, nak pergi siang panas, huhu~...
bnyk jugak port menarik kt PD sebenarnya orga. tp kitorg mmg selalu lepak kt sini je la, lg best. pokok pun bnyk. ada signboard klau nak menghala ke sini. tapi signboard tulis Tanjung Biru berdekatan dgn PNB ilham resort dan Blue Lagoon condo klau x silap sue.
Deleteoooo..ikutkan mmg show angklung kt masjid tu kitorg punya group yg perform. tapi agent yg dpt job tu xnak instrument (gitar bass) yg kitorg gunakan. kitorg tolak offer tu. agak sakit hati jugak la dgn agent tu (actually, he's my hubby ex-boss)
Assalamualaikum kak suria. syokknya mak buyung pun berenang kat pantai.. hehehehe
ReplyDeleteWa'alaikumsalam. hehehe. akak mmg suka mandi manda di laut :D
DeleteBerjalan sakan yer. Bestnya gi pantai.
ReplyDeletehihihi..cuti sekolah harus bawa anak2 g jalan2. sebelum bersalin ni, layankan je la
DeleteSeronoknya p mandi manda :)
ReplyDeletehihi..manyak syiok!
DeleteWahhh jln2 seremban n pd ye...nape xgitau? Sy duk seremban...umah org tua kt pd...sy org pd pun dh lme xmndi laut....pntai kt tlok kemg xbest dh sbb crowded n dirty.
ReplyDeletehmmm..actually, saya x rancang pun nak ke PD. kami husb wife mmg mcmni, last min punya planning. hehehehe
Deleteha'ah mimi, kt teluk kemang tu sgt crowded dan kotor. tu psl la kitorg x mandi manda kt sana
cantik la sue kat sini..kita dah lama tak ke PD..telok kemang pon lom pernah sampai..
ReplyDeletemesti sweet muwet ni mak buyung berenang.. ;p
hihi..mmg cantik pun, redup je kt sini. nnt bolehlah dtg ke sini kalau ke PD
Deleteamboiihh.. suka bebeno kome yeaa.. heee
ReplyDeletethihihi.. :D
Deletebestnya dapat bercuti macam ni.. jeless Ros.. hihih
ReplyDeleteklik2 nuffnang akak :)
jom la g cuti2 malaysia. best g pantai ni, menikmati keindahan alam semulajadi. thanks ros!
Deletesalam sue..bestnya cuti2 Malaysia… mesti tenang fikiran kan…sesekali kena restkan minda dan badan kan sue…cantik pemandangan kat sini
ReplyDeleteWa'alaikumsalam intan. kami sekeluarga mmg suka g tempat2 camni, sejuk mata memandang :)
Delete