VVIP Yang Terhormat

25.4.13

CUTI-CUTI CAMERON HIGHLANDS : DAY 1 (PART 1)

Tajuk x boleh blah. Hehehe. Actually, pergi sana pun sbb berkursus. Alang-alang dah bawa incik asben dan anak-anak, kira aci bercuti terus lah kan. Hehehehe.

Kitorg bertolak seawal jam 8.45 pagi dari Sg Buloh. Berhenti rehat kat kawasan rehat Tapah. Member bgtau ikut Tapah senang sikit. Cuma kena berhati-hati sebab banyak lori keluar masuk. Simpang Pulai pun ok gak katanya sbb jalan lebar sikit. Tapi amik masa yg agak lama nak sampai ke puncak CH. So, saya cadangkan pada sesiapa yg bawa anak kecik kalau planning bercuti di CH nnt, better ikut Simpang Pulai.


Dari Tapah ke Brinchang mengambil masa antara 1-2 jam jugak. Tapi masa kat Ringlet, bambam dah pening dan mabuk sbb jalan kt situ mmg pusing pusing. Dia pindah ke depan, duduk dengan saya. Dah standby plastik depan dia dah. Tapi erkkk..alamak! Tak sempat nak tadah tiba2 bambam muntah!! Abis seluar dan selipar mummy!!! Time saya tgh borak2 dgn incik asben, time tu la dia muntah. Dulu masa pegi Fraser's Hill pun, bambam tak muntah tapi pandai pulak dok senyap dalam carseat dia tu. Incik asben bgtau dulu masa dia kecik camtu jugak lah, kira bambam ikut babah nya lah. Mummy dan kakak jugak yg steady. Hehehehe

Benti sat kat perkampungan orang asli. Diorg ckp kt bawah tu ade sungai kecik kalau nak basuh n mandi kan bambam. Then dah bersihkan muntah tu semua, letak bambam kat car seat dia. Elok je pastu dia lena. Aduhai..anak anak..Benti sat kat Tanah Rata, salin apa yg patut kt Petronas. At last, kul 12.00 tengah hari sampai jugak kami kat Hotel Equatorial kat puncak nun. Terus check-in. Baru nak rehat, organizer call soh turun utk registration sbb staff MATRADE yg lain dah sampai.

Next entry ---> Aktiviti-aktiviti teambuilding yg agak mengujakan

Footnote : Pukul 3 pagi tadi, hujan turun dengan lebatnya. Terasa sejuk sgt! Terasa mcm sedang bercuti di pusat peranginan la pulak kan. Hehehe. Ni la untungnya tinggal kat rumah kampung. ^___^

24 comments:

  1. Kalau nak pergi ke CH fahz cadangkan ikut Spg pulai jugak.Kalau dari Tapah tu jalannya kecil,banyak tanah runtuh n kalau hujan air bukit akan mengalir deras tepi2 tebing tu.sgt2 menyeramkan..ambil jalan jauh sikit janji selamatkan sue :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. kitorg mmg x pernah lg driving g sane. ni 1st time. so far masa lalu kt tapah, xde pulak tanah runtuh. alhamdulillah..risau jugak mulanya tu

      Delete
  2. Assalamualaikum kak suria. duk sungai buloh ye? sheila orang paya jaras. hehe. memang untung gila duk rumah kg kan. sejuk sampai ke tulang rasanya. sian bambam muntah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Sheila. x, akak dok kg melayu subang. aritu g CH mmg ikut sg buloh la yg plg senang. klau paya jaras, dekat jugaklah ngan kg subang tu. hehehe

      Delete
  3. Kite pun prefer lalu simpang pulai
    Ksian bambam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..tu la, xpe la kan.
      amik pengajaran dan pengalaman :)

      Delete
  4. Replies
    1. best jugak kak. 2 thn lps saya x pergi, dpt pergi kali ni mmg best la :)

      Delete
  5. wow...ke CH pulak sue sekeluarga yer...bestnyer! ritu pergi ikut simpang pulai, sebab ramai yang suggest ikut laluan ni. so far, laluan tapah tak pernah lalu lagi...erm, pernah kot, lupa dah, ahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..sue mmg x pernah g CH ngan family. dulu pegi time study, tu yg xtau ikut simpang pulai. kwn yg recommend ikut tapah sbb dekat. :D

      Delete
  6. Hahhah...
    Adehhh... Tak dapat nak tadah ye...
    Cian mummy kene muntah....

    ReplyDelete
  7. amboiihh.. asik jengjalan je kojenyeee.. jeles teman yea!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..berkursus sambil bercuti2 malaysia.
      sekali sekala bawak hubby n anak2 jalan :)

      Delete
  8. alala cian bambam...mabuk jalan bengkang bengkok ye...

    ReplyDelete
  9. memang pening sikit jalan ke atas sana...lebih-lebih lagi ikut tapah tu

    ReplyDelete
  10. Aduyai, kesian bambam.. Nampaknya sape yang ada anak kecil elok lalu ikut Simpang Pulai.. Kesian budak2 pening jalan liku2 klu ikut Tapah tu.. Huhu~~

    ReplyDelete
  11. besnyer g ch,,hehe saye g last taon 2009,,huh lame kn,

    ReplyDelete
  12. Alahai sian bambam..tak tahan jln benkang bengkok agaknya..

    ReplyDelete
  13. opis akak takde pun buat teambuilding mcm ni lg

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara