VVIP Yang Terhormat

16.10.12

RINDUKAN GELAK TAWANYA....

Sebenarnya, few days ni saya rase x brp nak seronok sbb dah almost 1 week bambam meragam. Minum susu tamo, makan tamo, asyik nak ngamok, nangis n merengek je. Huhuhu. Selsema dah semakin berkurangan, tapi dia still ngamok2. Sampaikan malam tadi dia bagi kasut dia kat babah soh pakaikan dan tunjuk ke arah pintu (dia ajak babah keluar). Ok fine, babah bawak dia g jenjalan kejap. Terpaksa la babah layankan ragam bambam even kami berdua sgt penat sbb x cukup tido, jaga bambam di tengah2 malam.

Yg paling kesian bila dia tamo berenggang ngan mummy. Uishhh..mmg agak stress sbb nak buat kerja rumah pun x dapat. Saya sampaikan download 'Talking Tom Cat' semata2 nak bagi bambam happy. HP tu kalau dah dapat kat tangan bambam, mmg selamatlah. Hehehe.


Sampai ke sudah dia dok layan 'Talking Tom Cat' tu. Dia dok tumbuk muka Tom banyak2 kali. Pastu dia gelak. Geletek geletek perut Tom. Tom pun cakap, "No no no". Dia pun cakap kat Tom, "No no no" jugak (dgn gaya tangan pulak tu). Bila usik ekor, Tom cakap, "Ohhhhhh" tanda geli (sambil genggam tangan). Bambam pun buat mcm itu jugak. Ishhh..mmg comel la kan. Seronok la dpt tgk dia gelak2 camtu. Pas agak2 dia dah boring, dia soh saya bukak video Upin Ipin. Since dah pandai cakap ni, kemain jelas lg dia ckp, "Ami, Upin Ipin"

Cuma kesian dekat dia. Meragam dan merengek x tentu hala. Rupa2nya dia tgh menahan sakit sbb gigi geraham tumbuh. Kesianlah kat anak mummy ni. Aritu g jupe paed, dia bgtau selsema bambam agak teruk sbb naik taik mata (disebabkan laluan dah sedikit tersumbat, so naik kat mata). Saya teruskan bagi makan ubat tapi paed soh bagi lebih skit dari dos biasa. Yg paling kesian kakak la sbb bila kakak dekat ngan bambam, bambam nangis2 dan tunjuk kat mummy babah cakap kakak buat. Padahal xde ape pun. Lagipun, cuaca sekarang x menentu. Tambahan pulak bambam nak tumbuh gigi geraham. Mmg bole demam paed bagitau.

Dear bambam, get well soon sayang. Mummy, babah dan kakak rindukan gelak tawa kamu nak. Kami rindukan bambam yang sentiasa ceria dgn gelak tawa tak kira masa, yang sentiasa menjadi penghibur hati mummy, babah dan kakak setiap masa. Luluh hati mummy bila teringat bambam warded akibat 'rotavirus'.

I'm using RetroCamera for Android
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang ziarah orang sakit yang belum tiba ajalnya, lalu ia mengucapkan doa ini di sisinya sebanyak 7 kali nescaya Allah SWT akan menyembuhkannya daripada penyakit itu, yang bermaksud “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Tuhan bagi ‘arasy yang agung, semoga Ia berkenan untuk menyembuhkanmu”. (HR Abu Daud dan Tirmizi).
Amin Ya-Rabbal Alamin...

Footnote: Menurut paed bambam, sekarang ni mmg banyak kes penyakit 3 serangkai (demam, batuk, selsema). Kita yg dewasa ni batuk pun bole jadi sampai 2-3 minggu. Huhuhuhuhu. Cuma agak pelik sebab ubat dari klinik mcm x berkesan je pun. Apa pendapat korang?

15 comments:

  1. anak tak sihat..dengan ibubapa dia minta dibelai..muga bambam cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. ala..ciannya dia.... mohon cepat sikit tumbuh gigi si comel tu...

    ReplyDelete
  3. Try alternatif lain klu ubat klinik tak berkesan.

    ReplyDelete
  4. alahai...sayu lieya bace....mmg down kan hari kite bile anak2 yg selalunye aktif terus tak aktif....kite doa yeak semoga cepat sembuh n bambam hepi n aktif semula.....insyaallah....

    bahaya rotavirus tu sue....selalu gak bace pasal penyakit tu....insyaallah moga2 anak kite terus diberi kesihatan yg baik oleh Allah swt...amin...

    ReplyDelete
  5. moga bambam comey ni cepat sembuh yer...nanti bole aunty geletek perut bambam plak yer :)

    ReplyDelete
  6. bambam akk da chat ke blom neh???harap dia cpt2 sembuh n jd cm dulu blk ^_^

    ReplyDelete
  7. masih membiasakan diri dgn blogspot yg baru nie..

    ReplyDelete
  8. Dear all my frenz, thanks so much for all the prays n do'a. Alhamdulillah..bambam getting better now. Cuma selsema ade sikit je lg due to raining n cold weather lately ni. Thanks again. Terharu saya...

    ReplyDelete
  9. Comelnya bambam tu layan si tom tu.. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara