VVIP Yang Terhormat

24.9.12

Tips: Waktu yang Tak Digalakkan Minum Air

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air? Jika boleh, anda cuba elakkan. Tapi, kenapa pula agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik.

Credit : Google

7 waktu yang saya maksudkan itu adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur.
(Tapi anda digalakkan minum air kosong dahulu sebelum bersarapan)
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat.
(Tapi kalau nak minum juga, perlu tunggu selepas beberapa ketika. Ataupun, rehat sekejap lepas tu barulah minum)
5. Sewaktu tengah makan.
(Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yg mengakibatkan perut buncit)
6. Sebelum dan sesudah makan.
(Anda digalakkan minum dalam jangkamasa 30 minit sebelum makan dan 30 minit selepas makan)
7. Selepas melakukan persetubuhan dgn pasangan.

Mudah-mudahan anda boleh mengikuti tips-tips di atas. Mula-mula mungkin susah nak dipraktikkan. Tapi lama-kelamaan ia pasti akan sebati dgn diri anda.

Sebagai permulaan, cuba amalkan selama 21 hari berturut-turut dahulu. Selepas 21 hari tersebut, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.

Selamat mencuba!

Sumber : Rakan FB

Footnote : Dalam sehari saya akan pastikan saya minum lebih dari 2 liter air suam/mineral :)

15 comments:

  1. Pernah gak terbaca info ni... Nice sharing

    ReplyDelete
  2. bagus info ni sbb sebelum ni saya pun tak tau sgt...

    tuto utk sue nk buat banner tukar2 gambar mcm yg dorang buat tu cer sue try ikut tuto kat sini..kak fieda pun belajar kat sini...kena download photoscape dulu la'
    http://myra-aida.blogspot.com/2011/06/tutorial-buat-banner-blog-guna.html

    ReplyDelete
  3. oh baru tau pas mandi xley minum air...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZATIL HULWANI: hihi. Saya mmg x pernah minum air after taking a bath. Selalu sebelum mandi :)

      Delete
  4. ni email kak fieda..

    fieda.rafli@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. nice entry..tapi air sejuklah yg kerap dicari..hehehe

    p/s : sue, nanti kasi alamat kat emel ema yer

    ReplyDelete
  6. ooo..lepas mandi pun xbole minum ea.. tapi saya demam ttp minum ais.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. NOR ZILLA: Hihi. Dh terbiasa kan. Nnt klau dea, ais tu buat mandi bg panas keluar. Mmg berkesan :)

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara