VVIP Yang Terhormat

25.9.12

Kemalangan Ngeri di Melaka


Credit : OhPemandu
MELAKA 24 Sept. - Dua maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sepuluh buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-MITC di Lebuh Ayer Keroh di sini hari ini.

Nahas yang berlaku pukul 3.30 petang itu membabitkan 3 buah lori, 3 kereta dan 4 motosikal. Mangsa yang maut ialah pemandu lori yang membawa muatan dedak, R. Chandran, 46, dan seorang penunggang motosikal, R. Mukuedan @ Mukundan, 62
Credit : OhPemandu
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah lori membawa muatan dedak ayam dari arah Jasin menghala ke Alor Gajah merempuh sebuah kereta Perodua Kancil dari arah Plaza Tol Ayer Keroh menuju ke pusat bandar raya.

Lori dedak itu yang hilang kawalan ketika tiba di persimpangan lampu isyarat menghala ke MITC kemudian merempuh 2 buah kereta Proton Iswara dan Honda City yagn berada di persimpangan lampu isyarat menuju ke Plaza Tol Ayer Keroh.

Credit : Oh Pemandu

Lori itu kemudiannya merempuh pula 4 motosikal dan 2 lori lain yang berada berhampiran lampu isyarat itu.

Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri itu berkata, pihaknya mengambil masa hampir 4 jam untuk mengeluarkan mayat pemandu lori dedak itu.
Sumber : Utusan Malaysia







Footnote: Sejurus mendpt tau ttg berita ni melalui salah seorang rakan FB (kawan semasa di sek men dulu), saya terus sms adik beradik saya yg berada di Melaka bagi mengetahui keadaan dan kesihatan mereka. Kebetulan family kak ngah saya tinggal berhampiran dgn tempat kejadian. Syukur alhamdulillah, mereka semua dlm keadaan sihat. Risau juga dibuatnya. Salam takziah buat keluarga mangsa yg terlibat.

20 comments:

  1. nsib baik pergi blk kerja tak lalu kwsn tue.. takziah

    ReplyDelete
    Replies
    1. YANA AINA: oooo.awk org melaka gak eh? Risau je kan. Tp betullah kata pepatah, malang x berbau. Huhu

      Delete
  2. Risau bila dengar berita pasal kemalangan ni.....
    nak-nak bila kita sendiri pengguna jalanraya......
    Apapun takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat...
    Nasib masa kami event kat sana dan ulang alik kat jalan tu last 2 weeks takde apa berlaku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. AYUEJEAN: kita kt atas jlnraya ni mmg 50-50 je. Kot kita x langgar org, org yg langgar kita. Mitak dijauhkan la

      Delete
  3. Ngeri lah. Banyak kenderaan yg terlibat yer.

    ReplyDelete
  4. ya Allah...ngerinya...takziah pada family yg terlibat..

    ReplyDelete
  5. dasyt...! yg terbaru dlm bertia td kat ipoh...

    ReplyDelete
  6. tengok kat tv3 ngeri..
    kemalangan jalan raya memang biasa terjadikan...
    harap kita lebih hati2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CHO ZILA: kita dah berhati2, org lain pulak yg gelojoh. Huhu

      Delete
  7. ada terbaca dalam metro...memang ngeri..yang meninggal kaum India...

    ReplyDelete
  8. As salam Sue,

    Ya ALLAH... ngerinya... bila kejadian gini berlaku mmg terus kita teringat saudara-mara & adik beradik kan... Moga ALLAH lindungi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MARYA YUSOF: Wkumslm Marya. betul tu. Sbb family saya rata2nya ade di Melaka

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara