VVIP Yang Terhormat

6.9.12

Eidul-fitr 2012 (Part 2)

Aritu dah story mory cuti-cuti raya Part 1 kan. Meh nak sambung story lagi.

Raya ke-2, Isnin (20 Ogos): Kami bangun seawal jam 4 pagi. Penat? Mmg sgt penat sbb tak cukup tido. (Mana x nya, malam raya bertolak balik Melaka, bape jam sgt la kitorg tido. Pastu 6 pagi dah kena bangun. Pastu tengah hari tu drive ke Seremban pulak. fuhhhh) 

Dah kenapa pulak nak kena bangun awal2 kan? Ni lah sebabnya....


Raya ke-2 kami di Sri Pentas, Bandar Utama. Huhuhu. Cerita mcm sedih lah sgt kan. Actually, x jauh pun kalau dari rumah nenek kat Seremban ke Sri Pentas ni. Dalam 45 min dah sampai. C kakak tamo ikut. So, we've decided bawak bam bam je. Angkut je dia yg tgh nyenyak tido.

Last year dah pernah bersiaran secara LIVE kat NLKO, TV9. Kali ni dapat jemputan lagi. Penerbit sendiri yg nak persembahan angklung ni. Haaa..hebat kan? Hahahaha..alhamdulillah. Kami amat berbesar hati dgn tawaran yg pihak TV9 berikan. Ni juga salah satu cara promosi .Nak tau lebih lanjut tentang produk dan perkhidmatan yg kami sediakan, jom follow SuWaRa Entertainment :)

NLKO bersiaran pada Hari Raya Pertama-Ketiga dgn nama Ketupat Rendang Kopi O. Maklumlah, mood raya la kata kan. hehehehe. Pengacara yg bertugas pd hari tersebut adalah Aziz Desa, Bienda dan Shamsul Ghau Ghau.

Mood beraya di kampng :)
Ikutkan crew nak shoot jugak kat tetamu yg dtg aritu. Tapi disebabkan x brp nak ramai (ade 3 table, tp 1 table je yg penuh), so xdpt la diorg nk shoot gamba kitorg. Hahaha. Xpelah, dok tepi tabir pun dah cukup besar rahmat. (Xyah la interframe sgt la hai. Kang terlebih glemer dari org yg sepatutnya glemer) Kihkihkih
LIVE menerusi kaca TV. Love ur smile!
Kalau dah musim perayaan tu kan, mestilah perform lagu-lagu Raya. So, selaku Manager, saya pilih 3 lagu iaitu Dendang Perantau, Selamat Hari Raya dan Aidilfitri Hari Mulia. Alhamdulillah, bnyk pulak komen kt fb dan WhatsApp yg masuk aritu. Diorg kata performance best. The angklungman, Zack Osman pun asyik senyum je. Xkan nak wat muka seposen kan. Sambil bermain angklung, sambil senyum. Manis sekali!

Pastu, ada pula sesi temuduga LIVE. Part yg paling kelakar apa tau, my dear hubby tulis my phone no atas tapak tangan dia. Sbb no utk biz ni, baru guna. Tu yg nak x nak kena tulis, takut terlupa. Hehehe. (sentap mak bila laki x ingat no tepon bini dia ni. huhu)


Kemain lg dok explain. Penuh perasaan :)
Mase ni pulak, bam bam x reti nak dok diam. Asyik ke hulu ke hilir je. Berlari ke sana, berlari ke sini. Mujur crew2 semua dah kenal bam bam. Budak2 mmg gitu ler. Makin dilarang, makin suka pulak dia buat. Bila kita larang, majuk. Mujurlah adik2 bongsu saya yg kembar tu nak ikut, boleh dorg jagakan bam bam jap. At least, boleh la saya rakam n snap gambar mase my dear hubby tgh perform. Kalau x, mmg x menang tangan la jawabnye. Hehehe.

Seronok pulak dia turun naik kt situ
Upah tgk Upin Ipin baru reti nak dok diam :D
Like this pic! So nostalgic :)
Sila abaikan ke'chubby'an ku itu. Sentap!
Boleh pulak ter'posing' sama dgn Bienda. Ngeeee~

Masa dah nak balik tu, sempat jugaklah saya beramah mesra dan bergambar dgn Zatul Mentor 6 (protege Kak Ogy) dan Bienda. Zatul ni tersgtlah peramah. Kalau tgk kat tv, cam sedikit berisi kan. Tapi bila tgk LIVE ni, orgnya ramping je. Mase dia perform 2nd song tu, my dear hubby bermain angklung mengiringi nyanyian beliau. Ish ish..semakin glamor laki mak skang ni! Bienda pulak ibu muda yg dah mempunyai cahayamata yg baru je berusia 5 bulan. Mcm x percaya je kan sbb dia still nmpk mcm anak dara gitu!

Syukur alhamdulillah..since bulan Ramadhan hingga skang ni, rezeki x pernah putus-putus. X menang tangan dibuatnye ^_^

Footnote: Minggu ni hinggalah ke minggu depan penuh dgn acara makan2 utk tumbesaran badan. Hahaha. Tapi saya x dpt nak memenuhi semua jemputan kerana bz dgn exam. Huhuhuhuhu

22 comments:

  1. ade typo tu dear..bukan 20 sept tp 20 aug kan...

    btw pic tu semua cantik2..u look gojes sgtttt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. IEEDAZ: thihihi..mmg x pasan tp dh betulkan. Thanks informed!

      Delete
  2. Terlepas nak tgk aritu.

    Minggu menternak lemak, selamat menternak lah yer..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. FIZA: oyeke..xpe2, next time klau ade lg saya akn inform ya :)

      Delete
  3. Sue, i tengok u lagi cun dari biendalah..hehe

    ReplyDelete
  4. He he KA sempat juga tgk ari tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KESUMA ANGSANA: semoga terhibur ye. Thanks for ur support! :)

      Delete
  5. LORR mane ada gemuknye sue...cantik superduper gojes laaa...eh lieya pun ade dress yg sue pakai tu...kaler pun same tau ekeekekekeekek......

    wahhh merase kan sue lalui pengalaman gini...best tu.....tu laa rase seronokkan bakat yg ade dihargai....best jek lieya tgk sue n family dpt join rancangan2 tv ni...glamerrrr youuu...

    ReplyDelete
  6. wah, seronoknya boleh sambut raya ngan retis2 kan.. terasa glemer kan...
    mood : jeles..... hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah sue, pasti seronok dpt jumpa artis kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAMAEMA: seronok la klau jupe n bergaul ngan retis yg friendly n x sombong :D

      Delete
  8. akak sama cntik la dgn bienda. fakta taw :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. NIDA HUSNA: ehhh..xdelah sygku. Akk rase kerdil je bila bergambar ngan ngan retis tau. Huhuhu

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara