VVIP Yang Terhormat

29.9.14

TOMEI MOMMY YANG MANJA... ^_^

Assalammu'alaikum WBT.

Selamat pagi kawan2. Arini mengantok yg amat, dak tecik tomei Zayyan bangun awal pulak pagi tadi. 2 kali pulak tu, 1.30 pagi dan 4.00 pagi. Boleh pulak dia ajak main2. Takkan nak marah pulak kan, ada anak kecik mcmni la gayanya. Tak pernah dapat tido yang cukup. Hehehe. 

Mujur dia dok diam je dalam katil dia tu. So, mommy pun sambung tido. Itupun tido2 ayam je, buat2 tido sbb kalau dia nampak mommy & babah celik mata, lagi dia ngamok mintak keluar dari katil dia. Ada anak kecik ni, mmg auto x boleh nak lena selagi anak x tido. 

Bukak skit mata, dia amik botol susu & minum sambil leka bermain kereta kecik dia tu. Tengok2 dia terlelap. Alhamdulillah..kelegaan di situ..mommy sambung tido sampailah alarm berbunyi. Dapat lelap sejam je! Kalau sambung tido semula, mmg confirm tak terjaga dah nanti. Gegas bersiap jam 5.50 pagi, keluar rumah jam 6.45 pagi..biar awal bersiap, so boleh budget timing nak buat apa2 yang patut sebelum keluar ke pejabat. But, first thing first, kena make sure baby dah menyusu dan tido..

So, kawan2 yg teringin dan planning nak ada new baby, silalah persiapkan mental dan jasmani supaya bila dah tiba masanya nanti tak cepat melatah. Setiap anak akan melalui fasa yang berbeza. Berubah-rubah mengikut keadaan, cuaca dan masa :)

Meh nak belanja sikit gambar dak tomei mommy yang manja... ^_^

Cubaan membuli baby berjaya! Senyap je bila pakai spec ni..hehehe

Melting sungguh tengok muka dak tomei yg mungil mungil ni..

Cepat baby, sat g awak nak buat show ngan babah. Kang lagu tak siap kena marah pulak..hehehe

Till then, happy working!

Footnote : Eh..minggu ni Raya Haji kan..cepatnya masa berlalu...

30 comments:

  1. boleh kawan dengan ash ni...ha ha ha...boleh sangat...sebabnya dia sekarang dah mood main malam pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..mmg regu la ash dan zayyan ni..tiap2 pagi babah dia bgtau, pas mommy kuar g keje, mesti dia tamo tido, mencari mommy la tu..

      Delete
  2. Replies
    1. kdg2 nangis jugak kak..mengamok tak tentu pasal..hehe..kalau pagi2 pas g keje, dia ngamok cari mommy..

      Delete
  3. Alahai, tomeinya budak kecik ni. Tak cukup tidur pun takpa Sue. Janji dapat dok belek kekiutan muka budak tecik ni. Adatlah kan kalau ada anak kecil. Kita ni orang perempuan, asal bergelar mak je memang tak cukup tidur, tak cukup kaki tangan dan tak cukup masa. Ya tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tau xpe kak. yg paling comel sekali bila dia bangun dia akan tinjau mommy dari katil dia tu. bila mommy curi2 pandang, dia menyengeh dgn gigi comel dia tu..siap sengih2 herot berot muka..seriously cute sgt...hehehe..

      Delete
  4. huhu..mmg tido mcm tak tido je..hikhik..
    kejap-kejap bangun menyusu..si Qhalif kalau bangun..mata pejam mulut bising..stress Ibu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..stress jugak kdg2 tu. mujur la en asben ada tolong sama. kalau nak harapkan saya sorg, agak susah jugaklah sbb esoknya pagi2 nak bangun g kerja..

      Delete
  5. amboiii comeynyer dia...mama bagi makan apa nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kalau lynn nak tau, ape sahaja yg kami suap kat dia, dia akan makan..alhamdulillah, makan tak cerewet cam abg dia..

      Delete
  6. memang comel
    geram sangat tengok dia :)

    ReplyDelete
  7. Comel! Sama la kita. Sekarang ni tidur tu, memang tak cukup je. Sementara anak nak membesar!

    ReplyDelete
  8. alahai...comel nya...bulat ja mata dia...hee

    ReplyDelete
  9. Salam, wahhhhh me melting too~~ comelnyeee dia..mata bulat ikut kau ea kak..? hehe comel sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam dear..hehehe..haah, ramai ckp zayyan ikut akak..tq dear

      Delete
  10. dah bear...matanya luas...kiutnya.... ikut siapa ni? macam lebih ikut sue jer.

    ReplyDelete
  11. hehehe.. tomei sgt geram tenguk ni !

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. haha..tang pipi tu kdg2 nampak bulat, kdg2 nampak kempis pulak..

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara