VVIP Yang Terhormat

18.3.14

"USIAMU GENAP 8 BULAN, ZAYYAN NOURKHALISH"

Assalammu'alaikum WBT.

Anakanda ke-3 kami, Zayyan Nourkhalish dah genap 8 bulan pada 14 Mac 2014 aritu
Apa yang saya rasa? Susah nak dikata
Suka kerana anak saya semakin besar, semakin bijak
Semakin cerdik akalnya, semakin bijak gayanya
Semakin hari, ada sahaja perkara baru yang hendak dicubanya.

Sekarang Zayyan sudah pandai berdiri dengan sendiri tanpa bantuan
Dari meniarap terus berdiri, tak merangkak pun
Sama macam abang bambam dulu
Kalau nak ambil sesuatu barang tu, dia akan mengesotkan badan.

Kalau berdiri lama sikit, dia seakan takut dan trauma nak turun sendiri
Pernah cuba turun sendiri, tapi terjatuh
Kaki belum cukup kuat
Bila diturunkan, akan kembali berpaut di sofa dan berdiri semula
Paling mengejutkan kami apabila dia dah pandai panjat ke atas sofa tanpa bantuan sesiapa
Terkejut juga sebab cepat betul dia pandai panjat
Cuma bila nak turun, dia x berani
Jadinya, dia akan merengek dan menangis minta diturunkan
Proses nak belajar mmg gitu.

Babah menjaganya sepanjang hari di rumah
Bila dengar bunyi kereta mummy, tau la mummy dah balik kerja
Terus bangun dari tidur dan menyengih bila nampak kelibat mummy
Kalau mummy ada, org lain mmg dia tak pandang dah.

Hai la anak..
Begitu eratnya seorang ibu dan anak
Lebih-lebih lagi anak yg mendapat susu badan sepenuhnya
Ya...saya berjaya mengharungi fasa pertama menyusu badan sepenuhnya secara eksklusif
Syukur alhamdulillah..
8 bulan pertama tanpa campuran dari mana-mana sumber susu yg lain
Allah telah kabulkan doaku..Alhamdulillah..
Semoga tuntas sehingga umurnya 2 tahun..
Amin amin..




Mummy nak bawak baby g opis la..yeayyy!!
#PrayForMH370
#DoaUntukMH370
#MH370
#MalaysiaAirlines
#MAS

30 comments:

  1. Assalamualaikum kak suria. comelnya! tak sabar nak jumpa zayyan yang bambam ni.. geram tengok pp dia. gebu.. selamat pagi, sheila singgah sambil menabung sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam Sheila. terima kasih aunty..tu la, zayyan tertunggu2 jugak bila dpt jumpa aunty..tunggu aunty bersalin je la nnt kami dtg tgk baby. hehe

      Delete
  2. makin sihat dier sue..
    muka nak ke arah abg bam bam dah..

    ReplyDelete
  3. happy 8 months old my comel... *_^... nanti boleh kawan dengan adik Ash yer... *_^ suruh mummy bawak pergi outing dengan aunty dengan adik Ash...semoga terus membesar dengan sempurna, sihat dan baik... serta menjadi anak yang soleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu aunty! hehehe..boleh2..xde hal punya..terima kasih atas doa aunty tu ye. mudah-mudahan..amin

      Delete
  4. comel! cepat je dah nak setahun :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...membesar bagai johan yeak zayyan.... tak lame dah nak setahun hah...rase mcm baru2 jek bace cite sue bersalin hehehehehe....

    moga terus sihat dan bijak yeak zayyan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn..sedangkan org lain tgk pun terasa cepat je, inikan pulak sue yg mengandung dan melahirkan dia. mmg terasa cepat sungguh masa berlalu..thanks lieya :)

      Delete
  6. cepat jer dah besar Khalish... bo good boy yer...muahhhh dari acik...hehe

    ReplyDelete
  7. comelnyer zayyan,,,
    dah dpt kaki mmg letih ler babah n mummy nk kejar.
    ehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tenkiu uncle!
      xpe, mummy kita dah biasa dah, lg cepat kurus nnt..kikiki

      Delete
  8. Sekejap aje masa berlalu, kan. Tengok anak-anak walaupun setiap hari, terasa cepat sungguh mereka membesar. Mulalah rasa tak cukup masa diberikan buat mereka. Tahniah Zayyan dah dapat kaki. Tak lama lagi mesti ligat membantu ibu mengemas rumah yek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..rasa mcm nak ulang semula ke masa lalu je. hehehe

      Delete
  9. alhamdulillah, membesar dgn sihat yer, sekejap je rasa masa berlalu

    ReplyDelete
  10. Tomeinya zayyan. Kejap jer dah 8 bulan yer sue.

    ReplyDelete
  11. sekejap je masa berlalu kan... dah makin byk akal zayyan ni... moga impian nak BF zayyan smpai umur 2 tahun tercapai.. amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye masz..terasa cepat je..insyaAllah masz. semoga dipermudahkan. amin

      Delete
  12. Alhamdulillah Zayyan semakin membesar menjadi anak yg sihat dan kuat

    ReplyDelete
  13. Jap lg tgk blik eh dh blari..hihi..moga sukses kak utk lg 1taun 2bln bg susu ibu :)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Kepada kawan-kawan yang sudi ke mari,
Jangan segan-segan utk singgah lagi,
Ke blog yang tak seberapa ini.

Salam sayang dari A Wife♥A Mummy♥A Daughter.. ^_^

Half Purple and Blue Butterfly
 

Copyright © 2012 Reserved to A Wife ♥ A Mummy ♥ A Daughter
Design by kinara kinatara