Assalammu'alaikum WBT.
Uollssss ni semua ingat kami kami tgh bercuti kan gara2 entry semalam? Oh tidak!! Itu gambar #throwback. Iolls terlupa pulak nak letak #throwback itu. Hehehe. Ala..cite basi dah tu. Tahun lepas masa iolls cuti bersalin 6 bulan tu. Later2 lah ye iolls update uolls pasal cuti-cuti cinta tu ye. Hehehe. Saja bikin gempak, kasi panas line. Mmg dah ada planning nak bercuti-cuti tapi lambat lagi, pertengahan bulan April dan hujung Mei nanti..ke mana? Nnt kita story mory glory ok. Hehehehe.. :)
Meh meh..arini nak kongsikan persembahan kami yg terdekat ni. Sape-sape yang ada kat Putrajaya mesti dah sedia maklum tentang program Santai yang diadakan di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya. Kami, SuWaRa Entertainment telah diundang untuk mengadakan persembahan ANGKLUNG dan TARIAN DEWASA untuk program Santai, pada hari Ahad ini, 23 Mac 2014 bermula jam 4 petang - 7 malam.
Kalau dah nama program tu pun Santai, pengisian program pun santai jugak tau. Antara aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur adalah seperti permainan tradisional, persembahan artis jemputan dan turut dimeriahkan dengan aktiviti jualan yang berkonsepkan gerai.
Tujuan program Santai ini adalah bagi menggalakkan pengunjung mengunjungi Putrajaya dan mengetahui apa kemudahan yang terdapat di sini. Selain itu, pihak Perbadanan Putrajaya juga mahu pengunjung menggunakan ruang yang ada di Putrajaya dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah seperti berbasikal dan sebagainya dalam bentuk santai bersama-sama keluarga.
Sempoi dan santai je kan? Meh la dtg, bawak anak-anak sekali. Kot kita boleh jumpa nnt kan. Roger-roger la iolls k..Nak no tepon? Tengok je kat sidebar tu. Hehehe
Till then, Salam Jumaat and happy weekend!!
Footnote : Jgn lupa malam ini, MALAM CINTA ALLAH & RASUL 1435H bertempat di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya. Sama-sama kita mengingati Allah dan RasulNya dan kembali kepada ajaranNya. Mudah-mudahan kita bersama-sama mendapat manfaat dari program ni. Mudah-mudahan Allah kabulkan doa agar segala permasalahan yg melanda negara kita sekarang ni, dapat menemui jalan penyelesaian. Amin amin..(Iolls tak dapat pergi sebab nak melawat anak makcik accident aritu..)
#PrayForMH370
#DoaUntukMH370
#MH370
#MalaysiaAirlines
#MAS
setiap ahad ke...kalau ye SA nak plan pi sana cuti sekolah ni....mesti best...lagipun dah lama x lepak santai kat Putrajaya tu...done click nuff kat sini jugak tau...
ReplyDeletemenarik ni, moga maju jaya yer
ReplyDeleteSalam jumaat Sue :D
ReplyDeleteSalam ukhuwah ...
ReplyDeleteAkak follow #399 jemputlah ke blog kecil akak :)
macam best je..tapi jauh la pulak Putrajaya..huhu..
ReplyDeletep/s : Sally tak dapat g MALAM CINTA ALLAH & RASUL 1435H...tgk dr rumah jela..
ala ahad tu plan nak g kl!
ReplyDeletekalo takde gi mana boleh la pegi sana nanti sue..
ReplyDeletenanti zee roger2 ke..sue ada sana sekali ke??
Ya hanana..ya hanana.... best.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak suria. kita tengok malam cinta Allah & Rasul dekat tv je. tak berkesempatan nak ke Putrajaya.. sheila singgah sambil menabung sini ~~~
ReplyDeleteinsyaallah, kalau lalu kawasan situ boleh hoi-hoi dengan sue nanti, hehe...
ReplyDeleteAyut pon ingt akak cuti..hihi..byk psmbahan akak..moga suwara trus sukses ye kak...
ReplyDeleteala tak der lak gi arah sana yerk.. akak pun nak doakan moga Suwara akan terus berjaya...
ReplyDeleteSetiap mgu ke kak....sy nih dh kire dekat pun tak berkesempatan nk gi
ReplyDeleteSejak MIL akak balik, dah lama rasanya tak ke Putrajaya. Ni one time event aje yek. La, dah terlepas dah pun datenya. Kalau baca entri cepat, tahu jugalah mana nak pergi hari Ahad lepas.
ReplyDelete